Anda di halaman 1dari 13

SOALAN 2 - Situasi Kegagalan Rasa Hormat Dalam Keluarga Yang Pernah Anda

Alami Dalam Keluarga Anda Atau Jiran Anda

Situasi kegagalan rasa hormat dalam keluarga jiran saya ialah kelarian anak perempuan
dari rumah disebabkan ibu bapa melarang perhubungan percintaan anaknya.

Kisahnya......

selama ini saya hanya mendengar cerita daripada media sosial ataupun akhbar mengenai
remaja lari dari rumah. Hari 11/05/2012 kira-kira jam 5 petang, jiran rumah saya
namanya kakak Parwathi telah menunggu untuk anaknya, Sharumila yang tidak balik dari
sekolah. Masa pun dekat- dekat sampai maghrib tetapi anaknya tidak sampai rumah lagi.
Jadi ibu saya menasihatkan kakak Parwathi untuk membuat laporan polis atas kehilangan
anak dia serta kami jugak cari beberapa tempatnya seperti rumah kawan, sekolah , tempat
awam dah lain lain tetapi masih tidak dijumpai. Beberpapa jam lepas tetiba kawan saya
namaya Amira yang kerja sebagai penyambut tetamu hotel dekat hotel Bajet Ipoh
menelefon saya dan bagitau " budak sebelah jiran hang,sorry tak kenal nama la tempah
bilik bersama dengan seorang lelaki tapi kedua-dua tak cukup umurya, lagi nampak
macam mencurigakan sesuuatu ,kamu tolonglah menyampaikan benda ini dekat parents
dia," saya bagi deme duduk dekat tempat kaunter " sambil terkejut, saya kirim salam
dekat kawan saya dan saya terus lari ke rumah jiran saya dan menyampaikan bahawa
anak dia bukan hilang tapi dia lari dari rumah tanpa pengetahuan ibu pada serta mencuri
beberapa rantai emas dan duit simpanan kakak Parwathi sebelum melarikan diri dari
rumah. Kawan saya jugak melaporkan keadaan ini dekat balai polis berhampiran dan
setelah perbincangan dengan pihak polis, anak jiran saya dan lelakinya itu akhirnya di
bawa ke balai polis untuk diambil keterangan selanjutnya dan jiran saya dan ibu bapa
budak lelaki telah berhubung dengan pihak polis dan membawa pulang anak masing-
masing ke rumahnya serta juga dapat tahu mereka cuba melarikan diri disebabkan ibu
bapa mereka melarang terhadap perhubungan mereka. Akhirnya, pihak polis jugak
menasihatkan kedua-dua ibu bapa supaya jaga anak mereka baik-baik walaupun sibuk
dengan kerja atau hal lain.
Refleksi perasaan saya tentang situasi ini,

Refleksi perasaan saya tentang situasi ini ialah, banyak iktibar boleh diambil daripada
kejadian ini dan rasa sedih atas kejadian yang amat memalukan diri sendiri serta
memudaratkan maruah keluarga yang baik di hadapan orang setempat. Saya juga rasa
kesian dekat anak jiran disebabkan tidak berfikir panjang dan rasional serta tidak
memikirkan segala keburukannya atats keputusan dia. Saya juga terdapat banyak nilai
pembelajaran dan pengajaran untuk diri sendiri serta orang lain supaya menjauhi benda-
benda keburukan seperti ini bagi sesebuah keluarga.

1) Ibu Bapa harus Menjalankan Tanggungjawab Dengan Sepenuhnya tanpa alasan.


Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mendapati bahawa kira-kira sepuluh
peratus daripada ibu bapa di negara ini tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
pemimpin bagi membimbing dan mencorak anak-anak ke arah kebaikan, situasi ini
menyebabkan kes lari dari rumah semakin hari semakin meningkat dan berada pada tahap
yang membimbangkan. Presiden PIBGN menjelaskan bahawa kebanyakan alasan yang
diberikan oleh ibu bapa khususnya golongan bapa yang bekerja ialah mereka sering sibuk
di tempat kerja, sehingga menyebabkan waktu untuk meluangkan masa bersama anak-
anak sangat terbatas. Kajian yang dijalankan juga mendapati bahawa ibu bapa
berkomunikasi dengan anak-anak kurang daripada 30 minit setiap hari, hal ini
mengakibatkan jurang antara ibu bapa dan anak-anak semakin besar sehingga akhinya
anak-anak lebih berasa selesa untuk mencari rakan di luar rumah bagi meluahkan
perasaan mereka.

2) perkukuhkan institusi kekeluargaan


Bagi mengelak anak-anak atau remaja lari dari rumah, ibu bapa sepatutnya haruslah
memahami perasaan anak tentang apa yang mereka inginkan dan apa yang diperlukan
oleh mereka dari sudut pendekatan emosi dan psikologikal dan bukannya dengan hanya
memberikan anak-anak keperluan material semata-mata. Ibu bapa seharusnya sedar dan
tidak menganggap bahawa dengan hanya memberi keperluan material seperti memberi
mereka wang, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya sudah cukup menjadikan anak-
anak mereka berasa bahagia. Sebenarnya anak-anak atau remaja juga menginginkan
keperluan dari sudut psikologi seperti keperluan keselamatan dan dimiliki, keperluan
kepada autonomi, keperluan kompentensi perasaan dan penghargaan kendiri serta
keperluan untuk difahami.

3) Didikan Agama Yang Mencukupi


Kurang didikan agama juga boleh menyebabkan seseorang remaja itu tidak dapat
bertindak secara rasional apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Pendidikan agama
dapat dijadikan benteng yang kukuh untuk menahan seseorang daripada melakukan
perkara yang tidak baik. Walau bagaimanapun, ramai antara ibu bapa kini tidak
memberikan perhatian sewajarnya terhadap hal ini. Remaja yang kurang berpendidikan
agama mudah mengikut perasaan serta kurang kesedaran terhadap peranan dan
tanggungjawab mereka kepada ibu bapa dan keluarga. Mereka mudah terikut-ikut dengan
keadaan persekitaran yang tidak sihat dan terjebak dalam gejala sosial, termasuklah
melarikan diri dari rumah apabila timbul sesuatu masalah yang dianggap membebankan.
REFLEKSI TENTANG MENGAPA PERKARA INI BERLAKU

1) pemantauan yang kurang terhadap anak-anak oleh ibu bapa


Punca utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah adalah kurang perhatian daripada
ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan remaja. Apabila mereka
menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi maka mereka akan meluahkan masalah
tersebut dengan ibu bapanya untuk mencari jalan penyelesaian. Walau bagaimanapun,
kebanyakan ibu bapa kini mementingkan kemewahan hidup akan sentiasa sibuk dalam
kerjaya. Secara tidak langsung, mereka telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu
bapa untuk memelihara dan membantu anaknya dalam mengatasi masalah. Akibatnya,
remaja akan berasa mereka tersisih dan mereka akan mencari hiburan dan ketenangan di
luar rumah sehingga mereka enggan balik ke rumah yang tidak mempunyai kasih sayang.

2) Kekurangan Didikan Agama


Kekurangan pendidikan agama dan moral juga menyebabkan remaja lari dari rumah.
Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan agama dan moral yang kukuh maka ia tidak
akan berfikir rasional semasa membuat sesuatu keputusan. Mereka akan sentiasa
menganggap masyarakat ini tidak adil terhadap mereka sehingga mereka tidak dapat
membezakan perkara yang baik atau buruk. Ibu bapa yang sibuk dalam kerjaya
menyebabkan mereka telah melupakan tanggungjawab untuk mendedahkan pendidikan
agama kepada anaknya. Hal ini telah menyebabkan anaknya tidak mempunyai jiwa dan
fikiran yang matang untuk menghadapi masalah.

3) Pengaruh Media Massa


pengaruh media massa juga perlu bertanggungjawab dalam masalah remaja lari dari
rumah. Kini, kebanyakan media massa yang tanpa sempadan telah menyebabkan
wayang-wayang dan drama-drama barat memasuki pasaran tempatan kita. Watak dalam
drama dan wayang barat selalu memupuk kebebasan diri sendiri. Keadaan ini telah
menyebabkan remaja kita dipengaruhi oleh tindak-tanduk mereka. Oleh itu, mereka akan
belajar daripada drama atau wayang yang ditonton dengan melarikan diri dari rumah
kerana mereka menganggap tindakan tersebut merupakan suatu lambangan yang hebat
dan bangga.

4) Pengaruh rakan sebaya


Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan remaja
lari dari rumah.Keadaan ini sering wujud di surat khabar.Remaja-remaja kini sering kenal
kawan melalui internet.Contohnya,melalui Facebook,Friendster,Msn,dan
sebagainya.Melalui internet,mereka akan kenal kawan dari berlainan tempat dan latar
belakang.Mereka berkawan dengan keadaan tidak tahu latar belakang kawan
tersebut.Mereka akan lari dari rumah dengan keluar mengikut orang yang dikenal melalui
internet dengan tidak tahu dengan latar belakangnya.Terutamanya remaja-remaja yang
mementingkan kekasihnya.Biasanya,remaja yang fikiran kurang matang akan
dipengaruhi oleh teman lelakinya. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik
dari segi fizikal seperti bergaya dengan pakaian berjenama dan berketerampilan
menarik.Teman lelakinya sering memberi hadiah yang mahal dan memberikannya
menikmati kemewahan seperti membawa kereta mewah. Remaja perempuan tidak tahu
hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam,teman lelakinya hanya memanis
mulut dengan kata-kata yang indah dengan ada tujuannya,remaja perempuan yang kurang
matang akan lari dari rumah bersama dengan kekasihnya.
BAGAIMANA ANDA BOLEH LAKSANAKAN SITUASI INI DENGAN CARA YANG
BERBEZA

Kebelakangan ini,kes remaja lari dari rumah telah menjadi isu-isu hangat yang
diperkatakan.Keadaan ini sering dapat nampak di surat khabar dan melalui media
massa.Pelbagai pihak sering memberi pandangan dan kritikan mereka dalam kes-kes
yang telah berlaku ini. Pada pendapat saya, situasi lari dari rumah boleh dilaksanakan
dengan beberapa cara yang berbeza,antranya ialah :

1) Ibu Bapa menyeimbangkan peranan dalam Keharmonian Keluarga


Ibu bapa seharusnya boleh memainkan pelbagai peranan dalam membentuk disiplin
dan peribadi anak-anak. Kecuaian ibu bapa untuk memahami peranannya yang sebenar
menjadikan anak-anak hilang panduan dan keliru dalam menjalani hidupnya, maka
jangan salahkan anak-anak apabila mereka memilih orang lain untuk dicontohi. Peranan
berkesan yang dimainkan oleh ibu bapa di rumah dengan melakukan sesuatu yang positif
untuk keharmonian kekeluargaan akan membawa keharmonian ini ke tempat kerja. Jika
keharmonian ini dapat disalurkan ke tempat kerja sudah tentunya kelangsungan
keharmonian ini dapat diwujudkan dalam masyarakat. Keseimbangan ini amat perlu
supaya segala tekanan akan dapat diatasi.
Tamsilnya, kebanyakan ibu bapa sentiasa stress dan mengalami konflik disebabkan
pelbagai masalah di luar dan dalam rumah seperti perselisihan faham antara satu sama,
membawa stress tempat kerja ke rumah serta bergaduh dengan ahli kelurga menyebabkan
mereka gagal menjaga anak-anak dengan cara yang betul. Bagi mengelakkan pelbagai
masalah, ibu bapa harus memecahkan peranannya dengan seimbang . Keseimbangan
peranan dan berfikiran positif tanpa sebarang stress dapat membina keluarga yang
harmoni dan aman serta dapat mengelakkan perbuatan yang tidak baik seperti lari dari
rumah.
2) Mengamalkan Corak hidup Masyarakat Yang Lama Dalam Keluarga
Sesebuah keluarga itu cuba menjaga maruah dan nama baik kelompoknya, maka anak-
anak mereka dijaga, diasuh supaya akur dan tidak boleh melanggar peraturan hidup atau
adat budaya bangsanya. Kedua-dua pihak seolah-olah sudah ada semacam kesefahaman
dan perjanjian yang harus mereka patuhi sebagai landasan bagi seseorang individu itu
dianggap bermoral. Bentuk masyarakat yang tertutup ketika itu menyebabkan lingkungan
kekeluargaan masih rapat dan erat . Misalnya seorang anak walaupun dia agak berani,
tetapi dalam beberapa hal apabila dia mahu menyuarakan kehendak dan pendapatnya,
terdapat semacam satu perasaan hormat, malu dan segan terhadap orang yang lebih
dewasa daripadanya. Seorang jejaka atau teruna merasa segan dan malu untuk meluahkan
hajat peribadinya kepada ibu bapanya. Oleh itu, para ibu bapa seharusnya pandai
menangkap riak, atau memastikan gerak laku yang agak asing pada diri anak-anak
mundanya untuk mencungkil rahsia mereka itu.
Sebagai contoh, ikutkan kisah diatas, jiran saya kemungkinan boleh amalkan corak hidup
masyarakat lama serta mengajar anak- anak peraturan hidup dan adat budaya mereka dari
sejak kecil memyebabkan anak jiran saya bolehlah berfikir mana satu baik atau
sebaliknya sebelum mangambil keputusan untuk melarikan dari rumah.
3) Mengajar Adat Dan Kebiasaan keluarga
Dalam adat dan kebiasaan bagi sesebuah masyarakat zaman dahulu itu iaitu hidup yang
sederhana dan ringkas. Melarang bersifat tamak, haloba, dengki, khianat dan sebagainya.
Dalam adat dan kebiasaan bagi sesebuah masyarakat ketika itu adalah mementingkan
sebuah masyarakat yang adil, bertolongbantu, berbudi pekerti, berhemah tinggi serta
mempunyai kepandaian sejati sama ada dari segi fizikal mahupun mentalnya. Soal akhlak
dan budi pekerti mulia sangat diambil berat oleh sesebuah keluarga, sehinggakan mereka
sanggup membuang anaknya yang telah melanggar adat daripada mengetepikan sahaja
adat itu sendiri. Anggota masyarakat itu pula dengan rasa penuh tanggungjawab akan
menyedia dan memberikan sokongan ke arah moral, psikologi dan sebagainya kepada
anak-anaknya. Para ibu bapa, ketua keluarga, ketua suku kaum mahupun ketua kampung
akan sama-sama membetulkan yang salah. Sama-sama menegur mana-mana yang tidak
kena dalam masyarakatnya. Ini disebabkan dalam sesebuah keluarga akan merasakan
dengan memiliki rasa kekitaan yang kuat.
Sebagai contohnya, jika ibu bapa jiran saya mengamalkan adat dan kebiasaan zaman
dahulu dalam keluarga mereka kemungkinan besar boleh mengelakkan anak mereka
daripada membuat perbuatan yang tidak elok. Ini dikata sebab,jika anak jiran saya
mematuhi segala peraturan dan adat mereka mungkin dia berasa takut atas kehilanagn
keluarga atau dibuang disebabkan perbuatannya ,maka dia mementingkan keluarga
daripada keperluan kasihi dia.

4) Ibu Bapa Perlu Tegas Dan Memberi Hukuman Yang Kecil Jika Anaknya Bersalah
ibu bapa perlu tegas dan menghukum anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan
sebagai langkah mengajar yang baik dan buruk. Sebagai contoh, anak yang dimanjakan
boleh berkelakuan degil dan tidak menghormati nasihat orang tua. Hukuman bertujuan
memberi kesedaran perbuatan itu salah dan harus dielakkan. Menghukum bukan
bermakna ibu bapa membenci anak-anak tetapi menunjukkan yang mereka menyayangi
dan mahu anak-anak mempunyai nilai peribadi yang baik. Apabila ibu bapa mencurahkan
kasih sayang dan bertegas secara sama rata maka ia akan membentuk etika yang baik dan
anak-anak pula akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka.

5) Mengamalkan Personaliti Dan Tingah Laku Yang Mulia Depan Anak-Anak


Jika ibu bapa mempunyai personaliti yang garang, ganas, suka memukul, memarahi dan
mengamalkan tingkah laku yang buruk maka ia akan memberi kesan kepada perwatakan
anak-anak. Contohya, anak jiran saya mengambil keputusan berlari disebabkan perangai
ibu bapa yang menghalang hubungan mereka serta kemungkinan besar mereka
menggunakan cara kasar seperti pukul dan sebagainya dekat anakya. Dalam keadaan ini,
walaupun ibu bapa mengajar perkara yang baik namun segala perbuatan tidak elok
daripada ibu bapa juga akan diwarisi oleh kanak-kanak tersebut. Jadi sebagai ibu bapa
yang berfikiran matang harus mengamalkan disiplin yang tinggi dan menjadi teladan baik
kepada anak untuk berjaya pada masa depan.
CARA BAGAIMANA SITUASI YANG BERBEZA INI BOLEH MENGUBAH
AMALAN

1) keseimbangan peranan ibu bapa


Apabila ibu bapa meyeimbangkan perana mereka dengan sistematik maka ia membuka
jalan untuk kerharmonian rumah tangga serta boleh mengabaikan segala perlakuan yang
memudaratkan imej keluarga. Maksud saya bekerjalah bersungguh-sungguh di tempat
kerja agar waktu pejabat itu digunakan sepenuhnya untuk melaksana tugas hakiki dan
amanah yang diberikan oleh organisasi sebaliknya bila berada di rumah, berilah perhatian
dan belaian kepada orang tersayang.
Contohnya, pendapat ini dapat membantu untuk ibu bapa untuk menyeimbangkan
peranan serta dapat menjaga anak-anak dengan bersungguh - sunnguh serta
menggelakkan segala perbuatannya.

2) mengamalkan corak hidup zaman dahulu


Pada pendapat saya, zaman sekarang ini semua insan banyak lupakan corak hidup
bagaimana orang tua berkuasa dan menjaga sesebuah keluarga dengan menjaga nama
keluarga serta tidak terikat dengan terlalu kebebesan terutamanya untuk anak perempuan
serta mengamalkan cara hidup yang berimej tinggi serta tidak terikat dengan gaya hidup
barat seperti zaman terkini.
Contohnya, keluarga jiran saya mendidik anak mereka dengan sedikit corak amalan
hidupan lama serta memberi mengurangkan kebebasan dalam buat semua perkara
menyebabkan tidak berani melakukan segalan perbuatan yang kurang baik.
3) Mengajar Adat Dan Kebiasaan keluarga
Generasi zaman sekarang ini banyak tidak mengambil peduli mengenai adat
danbudaya. Pantang larang yang di wujudkan oleh nenek moyang kita dahulu
adalahuntuk mengekalkan adat yang telah di warisi turun-temurun agar tidak hanya
tinggal adat tapi tidak diamalkan.
Sebagai contoh, apabila ibu bapa mengajar adat dan kebiasaan keluarga yang diwarisi
sejak kecil membantu anak mereka untuk meningkatkan nilai kehidupan moral serta
mengikut adat yang diajari olehibu bapa serta mesti berfikir panjang sebelum melibatkan
diri dalam sesuatu perlakuan.

4) Ibu Bapa Perlu Bertegas Dan Menghukum Jika Anak Bersalah.


Sepatutnya, dalam mendidik anak-anak dari kecil ibu bapa perlu bertindak tegas tetapi
adil. Tegas bermaksud ibu bapa tidak terlalu mengalah kepada anak dan membiarkan
mereka bermaharajalela tanpa kawalan dan kesan akibat kelakuan mereka. Anak-anak
perlu didisplinkan dengan peraturan dan diajar apa yang boleh buat serta apa yang tidak
boleh buat. Ibu bapa perlu maklumkan bentuk hukuman yang anak-anak akan terima jika
tidak ikut aturan yang ditetapkan. Jika anak melakukan kesalahan, ibu bapa juga perlu
dengar penjelasan dari anak, beri peluang dia bela diri sebelum member hukuman
setimpal.
Contohnya, ibu bapa jiran saya harus memberi hukuman yang sepatutnya kepada anaknya
atas perbuatan dia contonya, menghantar anaknya ke pusat penjagaan bagi beberapa
bulan untuk pemulihaan serta ia menjadi satu pengajaran untuk diri serta adik beradik.
Apakah Akan Berlaku Apabila Mengamalkan Cara Yang Berbeza Dalam
kehidupan untuk Memperbaiki Amalan Kehidupan.

1) keseimbangan peranan ibu bapa


Keluarga yang mempunyai kaedah pengurusan peranan seimbang yang baik mampu
menguruskan kehidupan dengan lebih baik. Perkara yang paling penting perlu ada dalam
pengurusan peranan seimbang ialah komunikasi keluarga yang positif . Komunikasi
antara ahli keluarga membantu mereka untuk lebih jelas akan keinginan dan matlamat
setiap ahli keluarga. Hal ini demikian kerana tekanan wujud disebabkan berlaku
ketidakseimbangan di antara permintaan dan kemampuan untuk memenuhinya. Apabila
keluarga jelas dan memahami kemahuan masing-masing, mereka akan lebih berusaha
untuk mencari sumber bagi memenuhi keperluan dan kemahuan keluarga.

2) mengamalkan cara hidup lama


Seterusnya, dengan mengamalkan cara hidup zaman dahulu ia membantu untuk
seseorang mengawal diri dengan baik. Dalam konteks keluarga, perkara ini boleh
diaplikasi dengan mendidik ahli keluarga supaya mempunyai kawalan diri yang baik.
Ketua keluarga perlu menyediakan setiap ahli keluarga supaya mampu mengawal diri
dengan baik dan boleh bersedia menghadapi masalah dengan lebih positif. Kawalan diri
yang baik membantu individu untuk bersedia menghadapi masalah dengan bertindak
balas dengan cara yang lebih positif. Selain daripada itu, kawalan diri yang baik juga
membantu meningkatkan harga diri dan keyakinan diri individu. Hal ini membantu
keluarga membina kehidupan yang lebih sejahtera.

3) mengajar adat dan kebiasaan keluarga


Selain itu, melalui ajaran adat dan kebiasaan keluarga kepada anak-anak ia membantu
sebuah keluarga tidak berani untuk melakukan segala perbuatan buruk atau membawa
kemaluan yang dilarang oleh ahli keluarga serta adat tersebut dikekalkan pada bila- bila
supaya tidak ditelan pupus zaman. Ajaran adat dan kebiasaan keluarga juga dapat
menyatupadukan anggota keluarga dan mengeratkan hubungan yang erat dan kekitaan
sesama.

4) Ibu Bapa Perlu Bertegas Dan Menghukum Jika Anak Bersalah.


Jika anak melakukan kesalahan, ibu bapa juga perlu dengar penjelasan dari anak, beri
peluang dia bela diri sebelum member hukuman setimpal. Jadi anak akan tahu yang dia
telah bersalah. Sebarang hukuman kepada anak dilakukan penuh berhemah, rasional dan
mengambil kira bentuk kesalahan serta umur anak.Anak-anak perlu belajar melalui
kesilapan yang telah di buat dan berjanji tiadak ulangi lagi. Jangan terlalu menangkan
anak yang berbuat salah. Akibatnya nanti, anak akan sentiasa rasa dia betul dalam apa
sahaja yang dilakukan,serta sukar mendengar nasihat. Dengan kata lain, manjakan anak
berpada-pada. Memanja jangan sampai membina imej negatif dalam diri anak. Jadilah
ibu bapa yang memberi contoh teladan terbaik kepada anak-anak.

Rujukan

 Dra Ny. Y. Singgih D. Gunarsa 1982. Psikologi untuk keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

 Masao’od Abd. Rashid 1988. Keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Mohd. Fadzilah Kamsah 1999. Kecemerlangan Mendidik Anak. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Fadzilah Kamsah 2000.

 Kemahiran Kekeluargaan menjadi ibu bapa cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd

 Nur Zahirah Hj Jaapar & Raihanah Hj Azahari. (2011). Model Keluarga Bahagia
Menurut Islam.Jurnal Fiqh, 25-44.

 Segrin, C., & Flora, J. (2008). Family Communication. USA: Taylor & Francis

Anda mungkin juga menyukai