Anda di halaman 1dari 6

LARI DARI RUMAH

Sejak belakangan ini, masalah remaja lari dari rumah semakin gawat. Setiap hari kita membuka lembaran surat khabar mestilah dapat membaca berita tentang remaja lari dari rumah. Fenomena ini sangat dirisaukan oleh seluruh masyarakat kerana remaja merupakan tiang dan harapan negara kita. Jikalau negara kita mempunyai remaja begini maka masa depan negara akan terjejas. Oleh itu, faktor-

faktor yangmenyebabkan masalah remaja lari dari rumah perlu dikenal pasti dengan segara dan mengorak langkah yang efektif untuk mengatasinya.

PUNCA Punca utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah adalah kurang perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan remaja. Apabila mereka menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi maka mereka akan meluahkan penyelesaian. masalah tersebut dengan ibu bapanya untuk mencari jalan bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa kini mementingkan

Walau

kemewahan hidup akan sentiasa sibuk dalam kerjaya. Secara tidak langsung, mereka telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk memelihara dan membantu anaknya dalam mengatasi masalah. Akibatnya, remaja akan berasa mereka tersisih dan mereka akan mencari hiburan dan ketenangan di luar rumah sehingga mereka enggan balik ke rumah yang tidak mempunyai kasih sayang. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca remaja lari dari rumah. Pemikiran remaja belum matang menyebabkan mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka akan meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya kepada rakan. Apabila mereka berlaku pertelingkahan dengan ibu bapanya, mereka akan meluahkan perasaan tidak puas hatidengan rakannya. Rakan yang buruk akan mengajar mereka lari dari rumah untuk mencari keseronokan di luar untuk melepaskan ketidak puasan mereka.

Kekurangan pendidikan agama dan moral juga menyebabkan remaja lari dari rumah. Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan agama dan moral yang kukuh

LARI DARI RUMAH

maka ia tidak akanberfikir rasional semasa membuat sesuatu keputusan. Mereka akan sentiasa menganggap masyarakat ini tidak adil terhadap mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik atau buruk. Ibu bapa yang sibuk dalam kerjaya menyebabkan mereka telah melupakan tanggungjawab untuk mendedahkan pendidikan agama kepada anaknya. Hal ini telah menyebabkan anaknya tidak mempunyai jiwa dan fikiran yang matang untuk menghadapi masalah. Oleh itu, apabila rakannya mengajak mereka lari dari rumah untuk mencari hiburan yang lebih seronok di luar rumah untuk melepaskan tekanan maka mereka akan terikutnya. Selain itu, pengaruh media massa juga perlu bertanggungjawab dalam masalah remaja lari dari rumah. Kini, kebanyakan media massa yang tanpa sempadan telah menyebabkan wayang-wayang dan drama-drama barat memasuki pasaran tempatan kita. Watak dalam drama dan wayang barat selalu memupuk kebebasan diri sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kita dipengaruhi oleh tindak-tanduk mereka. Oleh itu, mereka akan belajar daripada drama atau wayang yang ditonton dengan melarikan diri dari rumah kerana mereka menganggap tindakan tersebut merupakan suatu lambangan yang hebat dan bangga. Untuk mengatasi masalah remaja lari dari rumah, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam dunia remaja kerana segala tindakan ibu bapa akan menjadi teladan kepada anaknya. Oleh itu, ibu bapa yang sentiasa sibuk dalam pekerjaan dan jarang berada di rumah akan menyebabkan anaknya belajar tindakannya seperti berlepak-lepak sampai larut malam sehingga enggan balik rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anaknya seperti sentiasa berada dalam rumah, menemani anaknya dan bersama-sama mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Seterusnya, remaja akan berasa dalam rumahnya mempunyai kasih sayang dan mereka akan sentiasa berada dalam rumah dan kurang berfoya-foya di luar rumah.

Selain itu, pendidikan agama dan moral juga dapat mengatasi masalah remaja lari dari rumah. Pendidikan agama dan moral merupakan senjata yang paling kukuh untuk menentang segala masalah yang dihadapi oleh manusia kerana pendidikan agama

LARI DARI RUMAH

dan moral mengajar kita membuat perkara yang baik dan menghindari diri daripada perkara yang tidak bermanfaat. Oleh itu, remaja yang mempunyai pendidikan agama dan moral yang tinggi maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya seperti melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

KESAN 4.0 Kesan dan risiko remaja yang terbabit dalam masalah lari dari rumah Golongan belia atau remaja yang lari dari rumah akan menyebabkan beberapa kesan buruk berlaku khususnya terhadap remaja yang lari tersebut. Kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati beberapa masalah yang akan timbul apabila remaja lari dari rumah, kebanyakan remaja yang lari dari rumah cenderung melibatkan diri dengan penyalahgunaan bahan, mereka didapati menghisap rokok, meminum alkohol dan menyalahgunakan beberapa jenis dadah berbanding remaja yang tidak terlibat dengan masalah lari dari rumah (Grenee, Ennet, & Ringwaltz, 1997). Remaja yang lari dari rumah akan mengalami risiko penyalahgunaan bahan dan juga jenayah keganasan lain. Remaja lazimnya akan mudah terperangkap dengan masalah-masalah seperti dadah, alkohol, jenayah, pelacuran, pornografi dan sebagainya lagi. Situasi seperti ini berlaku apabila remaja lari dari rumah, remaja menjadi bebas tanpa kongkongan daripada mana-mana pihak termasuklah ibu bapa. kebebasan itulah yang menyebabkan remaja akan cuba mencari keseronakan bersama-sama rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan remaja mudah terdedah dengan pengambilan pelbagai jenis dadah seperti syabu, ganja, pil ecstacy, heroin dan sebagainya lagi. Salah satu jenis dadah yang sering disalahgunakan oleh remaja ialah syabu atau istilah lainnya dipanggil sebagai Ice, dadah ini adalah merupakan sejenis dadah perangsang methamphetamine yang paling popular disalahgunakan (Clinard & Meier, 2004). Selain itu, remaja seperti ini juga akan cenderung melibatkan diri dengan pengambilan alkohol, pengambilan bahan ini sering dikaitkan dengan tujuan untuk berhibur bersama rakan-rakan yang lain. Kesannya ialah remaja mungkin akan jadi tertagih dengan alkohol sehingga boleh menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja yang lari dari rumah dan menerima pengaruh-pengaruh seperti ini. Remaja yang lari dari rumah juga terdedah kepada salah laku atau jenayah yang berkaitan dengan jenayah seksual. Bagi golongan dan remaja yang lari dari rumah khususnya remaja perempuan, mereka akan cenderung melibatkan diri dengan aktivitiaktiviti pelacuran, pornografi, menjadi mangsa keganasan seks dan sebagainya lagi. Remaja perempuan yang lari dari rumah akan menyebabkan mereka tidak dapat menanggung kos perbelanjaan seharian, situasi seperti ini akan menyebabkan golongan gadis ini terdesak untuk menjual tubuh badan sendiri atau melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran dan pornografi, kesan yang paling serius sekali ialah mereka mungkin akan terdedah kepada sindiket-sindiket pelacuran yang menjual gadis

LARI DARI RUMAH

tempatan ke luar negara (Loh Kha Bee, 2009). Golongan remaja perempuan yang lari dari rumah juga cenderung menjadi mangsa seksual. Menurut Cauce (2004), remaja perempuan yang lari dari rumah dalam lingkungan umur 13, 14, dan 15 tahun lebih banyak menjadi mangsa seksual berbanding dengan remaja perempuan yang berumur lebih daripada 17 tahun. Ini disebabkan mereka masih belum matang dan tidak mampu mempertahankan diri dalam mengurangkan risiko-risiko yang mungkin mereka akan hadapi. Situasi-situasi seperti ini akan menyebabkan membawa kepada beberapa lagi masalah seperti komplikasi dan gangguan psikologi yang mungkin akan dihadapi oleh golongan belia dan remaja yang terlibat dalam kes lari dari rumah ini. Antara kesan komplikasi penyakit yang mungkin dihadapi oleh remaja yang terlibat dalam kes lari dari rumah ini ialah seperti penyakit kelamin, kehamilan di luar perkahwinan, jangkitan penyakit HIV/AIDS dan sebagainya lagi. Penyakit dan masalah ini adalah disebabkan oleh kesan daripada aktiviti sosial yang dijalankan oleh remaja yang lari dari rumah. Penyakit kelamin seperti sifilis adalah merupakan penyakit yang biasa dihadapi oleh mereka yang melakukan hubungan seks tanpa mengambil langkah keselamatan seperti pengunaan sarung kondom, dimana ia adalah merupakan penyakit yang mudah berjangkit kepada remaja yang sering bertukar-tukar pasangan. Kehidupan sosial yang bebas terhadap remaja yang lari dari rumah ini akan menyebabkan beberapa lagi masalah seperti kehamilan di luar perkahwinan, perkaraperkara seperti ini sudah tentu akan menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku di dalam masyarakat. Akhir sekali ialah remaja seperti ini akan mudah terdedah kepada penyakit serius seperti AIDS pembawaan virus HIV. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan terhadap golongan remaja yang lari dari rumah ini, dilaporkan bahawa remaja lelaki dan remaja perempuan yang menjadi mangsa seksual didapati lebih berisiko menghidapi penyakit pembawaan HIV berbanding daripada remaja yang bukan merupakan mangsa seksual (Grenee, Ennet, & Ringwaltz, 1999). Selain itu remaja yang lari dari rumah juga cenderung menghadapi masalah dari sudut psikologikal seperti kemurungan, tekanan, kecelaruan tingkah laku, mencederakan diri sendiri dan akhirnya melakukan percubaan membunuh diri. Masalah psikologi yang dihadapi oleh mereka ini mungkin disebabkan oleh masalah yang timbul akibat daripada tindakan mereka yang lari dari rumah. Lazimnya perasaan-perasaan seperti rasa menyesal, menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan nasib yang menimpa dirinya akan memberikan kesan terhadap emosi remaja. Sebagai akibatnya remaja-remaja seperti ini akan mengalami kecelaruan yang disebut sebagai proses pencacatan-kendiri (self-mutilation), pencacatan-kendiri adalah merujuk kepada tindakan menyakiti atau mencederakan diri sendiri. kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati bahawa sebanyak 69 peratus daripada remaja yang terlibat dalam masalah lari dari rumah adalah mereka yang didapati mengalami masalah pencacatan-kendiri, iaitu salah satu masalah psikologi yang akan memberi kesan terhadap kesihatan fizikal mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi jumlah bilangan remaja lelaki dan remaja perempuan lari dari rumah yang menghadapi kecelaruan pencacatan-kendiri (Tyler, et al., 2003).

LARI DARI RUMAH

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 1. Ibu bapa mestilah memerhati setiap gerak - geri atau pergerakan anak mereka. adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak - anak remaja mereka. Ibu bapa juga harus mengetahui rakan - rakan anak mereka dan memastikan mereka berkawan dan bergaul dengan orang yang mempunyai kedudukan moral yang baik.Pergaulan bebas sudah sinonim dalam masyarakat akan membuatkan anak -anak mudah terpengaruh untuk terlibat dalam masalah sosial seandainya ibu bapa membiarkan anak - anak mereka tanpa tempat bergantung. 2. Ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak - anak. hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang inginkan perhatian. Andai kata mereka ketandusan kasih sayang sudah pasti mereka akan melepaskan diri dari kelompok keselesaan. maa berlakulah kes remaja lari dari rumah. 3. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak - anak.Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak - anak menjalankan aktiviti kerohanian, melancong dan beriadah. hal ini cuukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang telah mengishtiharkan hari sabtu dan ahad kepada semua pegawai kerajaan supaya mereka dapat menghabiskan waktu cuti bersama anak - anak. 4. Ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak -anak dengan memberi keyakinan, keberanian, mewujudkan sifat positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak - anak terhadap agama, nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip - prinsip akauntibiliti, tepati janji, berketrampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta potensi anak. PERANAN SEKOLAH........ 1. Menambahkan aktiviti - aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kokurikulum. 2. Perubahan - perubahan teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dan teknik pengajaran luar kelas. Ianya juga haruslah dikawal setiap penggunaan teknologi pada masa kini dari mengelakkan remaja menyalah gunakan teknologi tersebut. 3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah dan merujuk masalah disiplin kepada pihak polis supaya kes disiplin dapat dikawal. 4. PIBG perlu bekerjasama dengan pihak sekolah. dengan mengadakan pertemuan lebih kerap antara ibu bapa dan guru khasnya bagi pelajar yang bermasalah. Ibu bapa harus menerima teguran guru dengan sikap terbuka dan positif. 5. Kaunseling diperingkat sekolah adalah penting dalam membantu remajamengatasi masalah mereka. Kaunselor - kaunselor yang berkelayakan dan

LARI DARI RUMAH

berpengalaman dilantik dalam memantapkan perlaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Kesimpulannya, masalah remaja lari dari rumah akan membawa kesan sampingan kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, semua pihak yang berkaitan dan berkuasa perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini agar masa depan negara kita dapat terjamin dan mempunyai imej yang baik dalam sudut pandangan antarabangsa. Seterusnya, negara kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dan maju kerana mempunyai tiang negara yang berbakat

Anda mungkin juga menyukai