Anda di halaman 1dari 5

Dialog Masalah Remaja Lari Dari Rumah

Ahli Kumpulan: Lim Wan Yi, Tang Wei Li, Khor Eu May, Yap Yeon
Semua orang sedang membaca surat khabar di perpustakaan awam.
Hanya Wei Li yang bermuka muram sahaja.

Wan Yi: Mengapa kamu bermuram saja, Wei Li ? Adakah kamu


menghadapi masalah ?

Wei Li : Abangku telah lari dari rumah.

Yap Yeon: Kenapa berlaku perkara macam ini?

Eu May: Yalah , kenapa wei li?

Wei Li: Abangku telah bergaduh dengan ayahku.

Wan Yi: Sebab?

Wei Li: Dia telah mencuri duit ayah demi membeli rokok.

Yap Yeon: Oh, remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru
di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang
begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan
anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah
diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.

Eu May: Benar kata Yap Yeon, remaja kini memang suka lari dari rumah
hanya disebabkan oleh perkara yang remeh. Apakah punca-puncanya?

Wan Yi: Sebab utama ialah ibu bapa pada zaman ini sering mengabaikan
amalan mendidik anak mereka itu. Kegagalan ini banyak dikaitkan dengan
sikap ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kejayaan kerjaya atau mencari
rezeki buat keluarga mereka itu. Remaja akan berasa diri mereka
disisihkan oleh ibu bapa kerana tidak ada langsung interaksi dengan
orang tua mereka itu untuk tempoh yang panjang pula. Jadi, kegagalan
ibu bapa melakukan tugas mendidik itu yang membawa fenomena sosial
ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Wei Li: Selain itu, ialah kurangnya pegangan agama di kalangan mereka
yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan
mengajar seseorang itu menjadi manusia yang berguna. Agama Islam
khususnya, melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu
bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila seseorang itu
mengabaikan ajaran agama akan menyebabkan mereka lebih terdedah
kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah.
Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal
mendidik anak mereka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku
masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.

Yap Yeon: Bukan itu sahaja, remaja lari dari rumah berlaku akibat
keretakan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila
berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa
menyebabkan anak-anak mereka akan berasa bosan. Pergaduhan antara
ibu bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama
berlakunya kes anak-anak lari dari rumah. Apabila ibu atau bapa
mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka ini
akan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih. Mereka
cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah
mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka
mereka sanggup melakukannya. Golongan ini sanggup melakukan apa
sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka.

Eu May: Pengaruh media massa turut mempunyai kaitan dalam penularan


perbuatan lari dari rumah ini. Penyiaran program hiburan Barat oleh pihak
media massa terutama elektronik ini telah meracuni pemikiran remaja
kita tentang erti kehidupan sebenar itu. Lama-kelamaan, minda remaja
akan cuba meniru semua tindakan yang dilihat menerusi program
tersebut termasuklah tindakan lari dari rumah kerana beranggapan
tindakan itu bijak. Sesungguhnya, penyiaran program sebegini membawa
minda remaja kita keliru lalu bertindak di luar batas-batas budaya
tempatan itu pula.

Wan Yi: Kalau situasi ini terus berlaku apakah kesan-kesannya?

Wei LI: Remaja yang lari dari rumah akan mengalami risiko
penyalahgunaan bahan dan juga jenayah keganasan lain. Remaja
lazimnya akan mudah terperangkap dengan masalah-masalah seperti
dadah, alkohol, jenayah, pelacuran, pornografi dan sebagainya lagi.
Situasi seperti ini berlaku apabila remaja lari dari rumah, remaja menjadi
bebas tanpa kongkongan daripada mana-mana pihak termasuklah ibu
bapa. kebebasan itulah yang menyebabkan remaja akan cuba mencari
keseronakan bersama-sama rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan
remaja mudah terdedah dengan pengambilan pelbagai jenis dadah seperti
syabu, ganja, pil ecstacy, heroin dan sebagainya lagi.

Yap Yeon: Remaja yang lari dari rumah juga terdedah kepada salah
laku atau jenayah yang berkaitan dengan jenayah seksual. Bagi
golongan dan remaja yang lari dari rumah khususnya remaja perempuan,
mereka akan cenderung melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti pelacuran,
pornografi, menjadi mangsa keganasan seks dan sebagainya lagi. Remaja
perempuan yang lari dari rumah akan menyebabkan mereka tidak dapat
menanggung kos perbelanjaan seharian, situasi seperti ini akan
menyebabkan golongan gadis ini terdesak untuk menjual tubuh badan
sendiri atau melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran dan pornografi,
kesan yang paling serius sekali ialah mereka mungkin akan terdedah
kepada sindiket-sindiket pelacuran yang menjual gadis tempatan ke luar
negara. Ini disebabkan mereka masih belum matang dan tidak mampu
mempertahankan diri dalam mengurangkan risiko-risiko yang mungkin
mereka akan hadapi.

Eu May: Selain itu remaja yang lari dari rumah juga cenderung
menghadapi masalah dari sudut psikologikal seperti kemurungan,
tekanan, kecelaruan tingkah laku, mencederakan diri sendiri dan
akhirnya melakukan percubaan membunuh diri. Masalah psikologi
yang dihadapi oleh mereka ini mungkin disebabkan oleh masalah yang
timbul akibat daripada tindakan mereka yang lari dari rumah. Lazimnya
perasaan-perasaan seperti rasa menyesal, menyalahkan diri sendiri dan
menyalahkan nasib yang menimpa dirinya akan memberikan kesan
terhadap emosi remaja. Sebagai akibatnya remaja-remaja seperti ini akan
mengalami kecelaruan yang disebut sebagai proses pencacatan-kendiri,
pencacatan-kendiri adalah merujuk kepada tindakan menyakiti atau
mencederakan diri sendiri.

Wan Yi: Antara kesan komplikasi penyakit yang mungkin dihadapi


oleh remaja yang terlibat dalam kes lari dari rumah ini ialah
seperti penyakit kelamin, kehamilan di luar perkahwinan,
jangkitan penyakit HIV/AIDS dan sebagainya lagi. Penyakit dan
masalah ini adalah disebabkan oleh kesan daripada aktiviti sosial yang
dijalankan oleh remaja yang lari dari rumah. Kehidupan sosial yang bebas
terhadap remaja yang lari dari rumah ini akan menyebabkan beberapa
lagi masalah seperti kehamilan di luar perkahwinan, perkara-perkara
seperti ini sudah tentu akan menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak
yang berlaku di dalam masyarakat. Akhir sekali ialah remaja seperti ini
akan mudah terdedah kepada penyakit serius seperti AIDS pembawaan
virus HIV.

Wei Li: Bagaimana untuk menyelesaikan kemelut ini sehingga ke akar


umbi?

Yap Yeon: Untuk mengatasi masalah remaja lari dari rumah, perhatian
dan kasih sayang daripada ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam dunia remaja kerana segala
tindakan ibu bapa akan menjadi teladan kepada anaknya. Oleh itu, ibu
bapa yang sentiasa sibuk dalam pekerjaan dan jarang berada di rumah
akan menyebabkan anaknya belajar tindakannya seperti berlepak-lepak
sampai larut malam sehingga enggan balik rumah. Oleh itu, ibu bapa
perlu memberi perhatian kepada anaknya seperti sentiasa berada dalam
rumah, menemani anaknya dan bersama-sama mengatasi masalah yang
dihadapi oleh mereka. Seterusnya, remaja akan berasa dalam rumahnya
mempunyai kasih sayang dan mereka akan sentiasa berada dalam rumah
dan kurang berfoya-foya di luar rumah.

Eu May: Akhir sekali ialah langkah-langkah yang dijalankan oleh institusi-


institusi yang terlibat dalam kemasyarakatan. Pada masa kini
terdapat beberapa institusi telah ditubuhkan yang berfokuskan kepada
golongan belia khususnya terhadap remaja. Institusi atau pertubuhan
yang ditubuhkan melalui agensi kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan ini membantu mengelak golongan remaja di negara ini terbabit
dengan masalah-masalah sosial seperti masalah lari dari rumah ini.
Institusi seperti ini juga perlu menggalakkan lebih ramai lagi remaja untuk
menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan. Program seperti bengkel
kepimpinan, ceramah, kem perkhemahan, aktiviti sukan, aktiviti
keagamaan, aktiviti kemasyarakatan, khidmat sosial komuniti dan
sebagainya lagi dapat memberi manfaat yang berguna kepada remaja
sekaligus dapat mencegah remaja terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang
tidak sihat, hal ini kerana masa yang ada lebih ditumpukan kepada
kegiatan yang berfaedah berbanding kegiatan yang tidak berfaedah.

Wan YI: Apakah tindakan kamu wei li untuk memujuk abang kamu balik ke
rumah.

Wei Li: Selepas perbualan ini, saya telah mengetahui cara untuk
menyelesaikan masalah ini. Terima kasih atas cadangan dan pendapat
kamu atas isu ini. Cadangan kalian memang berguna untuk saya. Jangan
risau saya akan membincangkan perkara ini dengan keluarga saya.

Wanyi, YapYeon ,EuMay: sama-sama

Wan Yi: Eh, aku kena pergi kelas tambahan Bahasa melayu ,saya kena
pergi sekarang, bye!

Yap Yeon: Saya pun.

Eu May: Saya pun kena tolong ibu saya membuat kerja rumah.Bye!

Wei Li: Bye!


Dialog ini pun berakhirlah di sini.Semua rakan Wei Li pun balik ke rumah
masing-masing. Bagi Wei Li pula dia bertekad untuk mencari balik
abangnya yang hilang itu.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai