Anda di halaman 1dari 14

SAJAK KUDUP PERANG

Kumpulan: Khor Eu May


Yap Yeon
Amirul Amin
Nishantini
Kelas: 5 SAINS 1
Guru : Pn Sarifah
SAJAK KUDUP PERANG
Maksud Sajak
Rangkap 1-Penyajak mengingatkan bahawa
seseorang yang masih bergelar panglima perang
akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan
perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak
masih berasa berterima kasih kerana berpeluang
untuk menikmati kehidupan sambil mencari-cari
pahlawan sejati.
Rangkap 2-Penyajak sedar bahawa dia tidak
sempat hidup dalam zaman perbalahan dan penuh
dengan angkara. Oleh itu,dalam kekeliruan,
penyajak tertanya-tanya akan orang yang
membunuh pendusta.
Rangkap3- Penyajak tidak mahu menyanjung
Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana
kesetiaan Tuah yang tidak berbelah bahagi
terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan
bersikap saksama walaupun adanya pendustaan
sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan
berlaku di kota.
Rangkap4- Penyajak juga tidak menggangap
Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih
mengingati perjuangan Jebat
dalammempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat
telah dianggap suci.
Rangkap 5- Penyajak menginsafi bahawa
peperangan penuh dengan muslihat dan berita
palsu yang menghapuskan kebenaran dan
membenarkan yang salah. Perang juga
membangkitkan keganasan dalam kehidupan
yang damai. Justeru, usaha untuk memulihkan
sisa-sisa kehidupan yang damai amatlah sukar.
Rangkap6-Penyajak sedar bahawa sehingga
kini,masyarakat masih bertengkar untuk
menentukan pahlawan sebenar antara Tuah
dengan Jebat.
TEMA
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan
pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Penyajak sedang mencari keadilan antara dua
orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat
yang menuntut keadilan. Tuah yang setia kepada
istana telah berlawan dengan Jebat yang
membela Tuah kerana angkara lidah yang
menyebarkan fitnah.
PERSOALAN
Peperangan akan mewujudkan perasaan
dendam.
Usaha untuk mencari kebenaran tentang
pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.
Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar
yang telah membunuh pendusta.
Sikap tidak mahu memuji dan beroihak antara
Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut
keadilan.
Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh
pendustaan.
Peperangan menyemarkkan pelbagai dakyah
palsu yang menghapuskan kebenaran.
BENTUK SAJAK
Bebas
Terdiri daripada enam rangkap.

Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.

Jumlah patah perkataan dalam setiap baris juga


tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah
kata dalam satu baris.
Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri
daripada empat hingga tujuh belas suku kata.
GAYA
a)Inversi
BAHASA
-Contoh: sesekali turut direntakkan daki pendusta- rangkap 3
baris 8 (sepatutnya: daki pendusta sesekali turut
direntakkan)

b) Personifikasi
-Contoh: i)takhta setia-rangkap 3, baris 4
ii)putik dendam-rangkap 1, baris 4
iii)selumbar sengsara-rangkap 3,
baris 9
c) Metafora
-Contoh: peta keadilan-rangkap 4, baris 4

d) Simile
-Contoh: seperti perawan- rangkap 5, baris 7

e)Hiperbola
-Contoh: i) jari-jemari takdir- rangkap 1, baris 6
ii) daerah angkara- rangkap 2, baris 6
iii)selumbar sengsara-rangkap3,baris9
iv)menjungkit amarah- rangkap5,baris5
f) Unsur alam
-Contoh: i) putik-rangkap 1, baris 4
ii)fajar-rangkap 2, baris 2
iii)kelopak- rangkap 2, baris 7
iv) selumbar-rangkap 3, baris 9
v)lautan- rangkap 4, baris 5
vi)bayu- rangkap 5, baris 2
g) Penggunaan bahasa klasik atau Sanskrit
-Contoh: i) kesumat-rangkap 4, baris 5
ii) keramat- rangkap 4, baris 6
iii) perawan-rangjap 5, baris 7
KEINDAHAN BUNYI
Asonansi
i) Perulangan bunyi vokal a
Contoh: mewarnakan keindahan pada hodohnya-
rangkap 5, baris 4
ii) Perulangan bunyi vokal i
Contoh: ringkik kuda, gemerincing- rangkap 2,
baris 3
iii) Perulangan bunyi vokal u
Contoh: mengudupkan putik dendam-rangkap 1,
baris 1
Aliterasi
i) Perulangan bunyi konsonan p
Contoh: pedang pusaka rangkap 2, baris 4
ii) Perulangan bunyi konsonan d
Contoh: sesekali turut direntakkan daki pendusta- rangkap 3,
baris 8
iii) Perulangan bunyi konsonan s
Contoh: Sehingga senja tiba- rangkap 6, baris 1
NILAI
1. Nilai keberanian
-Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kepastian
antara pahlawan dengan pengkhianat.
2. Nilai keadilan
-Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan
saksama.
3. Nilai keinsafan
-Contohnya, Penyajak insaf bahawa peperangan dan
perbalahan akan menggugat kedamaian hidup.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan
yang sahih agar kita tidak tersilap membuat
keputusan.
2. Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak
melakukan kezaliman.
3. Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan
perbalahan tidak mendatangkan kebaikan.
4. Kita mestilah gigih berusaha dan bersungguh-sungguh
untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih
bermakna.

Anda mungkin juga menyukai