Anda di halaman 1dari 18

SAJAK

PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR


KEDAMAIAN
Oleh :BAHA ZAIN
PERUNTUKAN MASA

80 Minit
Objektif
 Mengenalpasti tema sajak
 Menyatakan gaya bahasa dalam sajak
 Menghuraikan empat mesej dalam sajak
 Menganalisis empat intuisi dalam karya
Aku terbangun pada waktu tengah malam
membuka jendela melihat seluas alam
pernahkah engkau terbangun seperti ini?
Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Penyajak tersedar dari tidur pada waktu


tengah malam lalu membuka jendela untuk
meninjau suasana alam. Penyajak
menimbulkan persoalan adakah pernah
mengalami peristiwa sepertinya, tiba-tiba
tersedar dari tidur dikejutkan dengan mimpi
buruk ataupun mungkin diselubungi
perasaan resah kerana teringatkan sesuatu.
Lihatlah gelap pekat di mana-mana
nampakkah engkau di sana ada pelita?
Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang
tidak pekat hitam, tetapi remang-remang.

Ketika menyaksikan suasana malam yang


gelap-gelita, persoalan dilontarkan kepada
pembaca adakah terlihat kerdipan cahaya
dari pelita yang memperlihatkan terhasilnya
baying-bayang walaupun tidak terlalu hitam
tetapi masih kelihatan samar-samar.
Sepi malam melindungi engkau dari bisikan orang
kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan
putuskanlah ke mana matamu memandang
pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?
masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan
akal budi
atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.
Suasana larut malam yang sunyi tanpa gangguan
perbualan manusia sekeliling. Apa yang ada pada
waktu itu hanyalah godaan syaitan. Sekali lagi
penyajak menimbulkan persoalan tentang membuat
pilihan terhadap sesuatu perkara yang turut
mengambilkira dari segala aspek kehidupan
termasuklah perasaan hati mahupun pemikiran.
Ataupun mungkin godaan syaitan turut
mempengaruhi pilihan yang hendak dibuat.
Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke
depan
meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah
perkuburan
di situ kita injak keamanan dengan mencerca
keganasan
kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita
malaikat
agama jadi alasan, jadi boneka permainan.
kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan
perjuangan
kita nyaringkan suara supaya orang tidak
mendengar:
mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,
syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti
keamanan
Penyajak mempersoalkan tentang manusia
yang hanya mengejar kesenangan dalam
hidup walaupun hakikatnya kita pasti akan
berdepan dengan kematian. Kita sering
melaungkan suara keamanan dan sering
menolak pertelingkhan yang terjadi agar
masyarakat melihatianya suatu perjuangan
yang mulia dengan menjadikan agama
sebagai sandaran.
Kebencian terhadap peperangan dan
memperjuangkan keamanan menjadi slogan
yang sering dilaungkan. Namun tidak semua
yang bersetuju dengannya. Harga kedamaian
tidak ternilai jumlahnya ini kerana apa
maknnya kejayaan dalam perjuangan untuk
Perang akan memusnahkan kubu, bangunan,
muzium, geleri dan universiti
perang telah mengoyakkan halaman-halaman
sejarah
perang akan mencipta sejarah baru di halaman-
halaman yang baru
sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar yang
Peperangan hanya akan menghancurkan
dahulu.
segalanya termasuklah perkampungan,
bangunan, muzium, galeri mahupun
universiti. peperangan juga turut
memusnahkan tinggalan sejarah dan bakal
mencatatkan lembaran baru (sejarah) kesan
dari peperangan yang dilancarkan oleh askar
yang datang menyerang.
Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas
keagungan pemimpin lama
jadi tirani apabila mencium bau wang
pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau
keuntungan?
Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian
yang merumahkan kemanusiaan.
Seringkali peperangan tercetus apabila seseorang
pemimpin yang baru cuba menggulingkan
sesebuah kerajaan yang lama. Pemimpin yang zalim
yang hanya menggunakan kekuasaan untuk
mengaut kekayaan. Persoalan dilontarkan kepada
mereka yang hanya memikirkan tentang
laba( keuntungan) biarpun peperangan akan
memusnahkan ketamadunan bangsa. sama ada
bahasa mahupun kebudayaan yang sememangnya
berupaya memupuk nilai-nilai yang baik dalam
Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan
untuk semua bangsa yang membenci
persengketaan.
Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah
dipermainkan?
Masyarakat hari ini kian lupa tentang ajaran
agama Islam yang merupakan panduan
hidup untuk semua bangsa yang menolak
pertelingkahan. persoalan terus dilontarkan
oleh penyajak adakah kita semua telah
dipedaya oleh pihak-pihak yang
berkepentingan?
Tema.
 bertema cintakan kedamaian.
-penyajak mendambarkan dunia yang aman
jauh dari huru-hara peperangan.
-peperangan disebabkan sikap tamak manusia,
gilakan kuasa, dan iri hati sesama sendiri.
-manusia dipermainkan oleh kehendak yang
tidak terbatas dan mereka tidak pernah merasa
damai kerana tindakan mereka sendiri yang
menyimpang.
persoalan
 Peperangan yang membawa kemusnahan
kepada manusia dan dunia contoh :
Perang akan memusnahkan kubu,
bangunan, muzium galeri dan universiti
Perang telah mengoyakkan halaman-
halaman sejarah
.pemimpin yang tamak bila berkuasa
 Para pemimpin dunia yang tamakan kuasa
sanggup menindas rakyatnya demi harta dan
wang. Mereka sanggup lakukan apa sahaja
demi kepentingan peribadi.

Jadi tirani apabila mencium bau wang


Pernahkah engkau jadi tamak haloba
apabila mencium bau keuntungan ?
.
 Manusia menyalah guna agama untuk tujuan
tidak baik. Mereka berselindung di sebalik
agama untuk mengaburi pandangan sebenar
orang ramai.
Kita laungkan suara-suara keramat
seolah- olah kita malaikat
Agama jadi alasan, jadi boneka permainan
GAYA BAHASA
 ASONANSI – Perulangan vokal a ( B1 )
 ALITERASI – perulangan konsonan k (B10R4)
 EPIFORA

…..sejarah baru
….. yang baru
 PERULANGAN KATA DI DALAM BARIS

Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau


 PERSONIFIKASI

perang telah mengoyakkan halaman


MESEJ
 Peperangan membawa kesan yang buruk
 Perlunya membuat keputusan yang bijak
 Matang membuat keputusan
Contoh-Contoh Soalan
1. Jelaskan tema sajak Pernahkah engkau
mentafsir kedamaian karya Baha Zain.[4 m]

2. Berdasarkan contoh , huraikan gaya bahasa


dalam sajak di atas [12m]

3. Huraikan mesej yang ingin disampaikan


dalam sajak [9m]

Anda mungkin juga menyukai