Anda di halaman 1dari 10

Antologi Kerusi merupakan sebuah buku yang digunakan sebagai teks Komsas di

Tingkatan 5.Karya-karya yang terdapat dalam buku ini perlu dibaca dan dikaji oleh pelajar-
pelajar yang akan menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 dalam peperiksaan SPM.

Dalam buku ini terdapat karya-karya yang meliputi pelbagai genre iaitu
 puisi tradisional- pantun , syair , gurindam , seloka
 puisi moden – sajak
 prosa tradisional
 cerpen
 drama

Setiap genre akan dikaji dari aspek tema dan persoalan , watak dan perwatakan , latar
, binaan plot dan teknik plot , nilai , pengajaran , sudut pandangan dan gaya bahasa.

Selain daripada mempelajari dan mendalami buku ini sebagai persediaan menghadapi
peperiksaan SPM dan menjawab soalan-soalan berkaitan , pelajar-pelajar juga akan
berpeluang mengenali dan menghayati karya sastera yang sarat dengan pelbagai
mesej.Banyak ilmu dan nilai murni yang dapat diperoleh daripada karya-karya yang ditulis
itu untuk dijadikan teladan serta panduan dalam kehidupan seharian.Di samping itu ,
pelajar-pelajar turut terdedah kepada pelbagai ragam Bahasa Melayu yang indah dan patut
dibanggakan.Selain itu juga, pastinya pembelajaran komsas ini akan menerapkan bibit-
bibit kecintaan terhadap warisan bahasa dan budaya yang perlu dikenali dan diwarisi oleh
generasi muda khususnya pelajar-pelajar di sekolah supaya hasil kesusasteraan kita “tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.”

BAHASA JIWA BANGSA


Pantun Enam Kerat
Maksud Pantun

Rangkap pertama : Hujan, panas atau ancaman keris dan lembing tidak dihiraukan
asalkan dapat memenuhi hajat di hati.
Rangkap kedua : Bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi akan hilang harumnya
dianggap tidak berguna lagi.
Rangkap ketiga : Sesuatu yang sedikit dijadikan banyak ; alam pula dijadikan sumber
ilmu.
Rangkap keempat : Tempat bergantung hidup telah tiada, tidak tahu ke mana hendak
mengadu.

Tema
Puisi ini bertemakan pelbagai ragam manusia yang dipenuhi suka, duka dan cabaran.

Persoalan

 Berani menempuh apa-apa dugaan dan cabaran untuk mencapai cita-cita.


 Orang yang telah rosak akhlaknya dianggap tidak berguna dan dipandang hina.
 Kegigihan untuk mencapai kejayaan atau kesenangan dengan menjadikan alam sebagai
sumber pengetahuan dan panduan hidup.
 Kehilangan tempat bergantung mengakibatkan kesusahan dan keadaan tidak tentu arah.

Bentuk Pantun
 Pantun enam kerat ini terdiri daripada empat rangkap.
 Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap.

 Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah
kata sebaris.
 Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, antara lapan hingga sebelas
suku kata.
 Rima akhir pantun ialah abcabc.

Gaya Bahasa

 Penggunaan bahasa kiasan


CONTOH : Telah patah tempat berpijak.( telah patah bermaksud telah hilang atau telah tiada,
sementara tempat berpijak bermaksud tempat seseorang bergantung harapan)
 Perlambangan
CONTOH : bunga kembang, alam terbentang.
 Sinkof
CONTOH : keris lembing aku tak takut.
 Asonansi (pengulangan bunyi vokal)
CONTOH : jika tak maut merana juga. (dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a
sebanyak enam kali.
 Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan)
CONTOH : Telah patah tempat berpijak. (dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi
konsonan t sebanyak empat kali.
 Rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi)
CONTOH :
Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru ;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Nilai

 Berani
CONTOH : berani menempuh segala dugaan untuk mencapai cita-cita.
 Gigih
CONTOH : gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dan kesenangan.
 Berdikari
CONTOH : terpaksa berusaha sendiri setelah hilang tempat bergantung.

Pengajaran
 Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam usaha mencapai cita-cita.
 Kita hendaklah berhati-hati sebelum terlambat.
 Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan yang diidamkan
 Janganlah kita mudah berasa kecewa atau berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup.

Pantun Lapan Kerat


Maksud Pantun

Rangkap Pertama : rasa bersyukur kepada Tuhan tetap ada walaupun menerima nasib
yang malang sehingga terpaksa hidup dengan mengharapkan
simpati orang lain.
Rangka Kedua : mengundang tetamu makan bersama-sama setelah semua hidangan
dan kelengkapan disediakan.
Rangkap Ketiga : berharap agar seseorang yang pergi merantau dapat menyesuaikan
diri di tempat orang kerana ia pergi sendirian tanpa ditemani sesiapa
untuk menolongnya

Tema

Puisi ini bertemakan ragam manusia yang berlandaskan takdir dan adat.

Persoalan
 Sikap bersyukur atau berterima kasih kepada Tuhan atas apa-apa nasib diterimanya.
 Tata tertib ketika menghadap hidangan ; menjamu selera dengan penuh kesopanan.
 Kebijaksanaan menyesuaikan diri di rantau orang.

Bentuk Pantun
 Pantun lapan kerat ini terdiri daripada tiga rangkap.
 Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama,
 Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata
sebaris.
 Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan sehingga sebelas
suku kata.
 Rima akhir pantun ialah abcdabcd.

Gaya Bahasa

 Pemilihan kata indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.
CONTOH :
Berukir bertangkai perak
Tuan pergi dagang seorang
 Personifikasi
CONTOH : Penganan mulia.

 Anafora (pengulangan kata pada awal baris secara berturutan)


CONTOH :
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding

 Asonansi (pengulangan bunyi vokal)


CONTOH : Bagus rupanya bunga melur. (Dalam contoh ini terdapat pengulangan bunyi
vokal u sebanyak empat kali)

 Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan)


CONTOH : Pinggan mangkuk sudah terhidang. (Dalam contoh ini terdapat pengulangan
bunyi konsonan g sebanyak empat kali)

 Rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi)
CONTOH :
Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang engan pokok puding
Hidup subur kanan dan kiri ;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

Nilai
 Bersyukur
CONTOH : bersyukur kepada Tuhan atas apa-apa dugaan atau nasib yang
menimpa diri kerana ada hikmah di sebaliknya.
 Bersopan-santun
CONTOH : bersopan-santun dan bertata tertib semasa menikmati hidangan.
 Bijaksana
CONTOH : bijaksana dalam menyesuaikan diri di perantauan.
 Simpati
CONTOH : bersimpati terhadap orang-orang yang bernasib malang.

Pengajaran
 Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan dan menerima segala dugaan dengan hati yang
tabah.
 Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
 Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri di perantauan.

Syair Jong Pecah


Maksud Pantun

Rangkap pertama tujuan syair ini disampaikan adalah untuk menjadi renungan
kita bersama.

Rangkap kedua pada zaman dahulu terdapat sebuah negara yang rakyatnya
bijaksana, gagah perkasa dan bersatu padu.

Rangkap ketiga walaupun ada musuh yang menyerang, tetapi negara itu dapat
dipertahankan kerana rakyatnya yang bersatu padu.

Rangkap keempat pada suatu ketika, timbul pergaduhan di kalangan rakyat


tanpa diketahui sebabnya. Akibatnya, kedaulatan negara
terjejas.

Rangkap kelima penjajahan pun berlaku mengakibatkan nama baik negara


tercemar, sistem politik dan ekonominya runtuh dan rakyat
hidup dalam kesedihan.

Rangkap keenam penjajahan berlaku selama empat puluh enam tahun. Kesan
daripada penjajahan ini, rakyat kehilangan identiti budaya
dan ilmu. Malah harga diri
dipandang rendah juga.
Rangkap ketujuh para pahlawan muncul bersilih ganti dan berjuang untuk
menuntut kemerdekaan. Ada yang terkorban dan jasa mereka
semakin lama semakin dilupakan.

Rangkap kelapan sudah sampai masanya untuk rakyat bersatu padu dan
berkorban demi membebaskan negara daripada terus dijajah.

Rangkap kesembilan Selama tiga puluh tiga tahun selepas kemerdekaan, telah
banyak kejayaan dapat dicapai.

Rangkap kesepuluh Rakyat seharusnya bersatu padu dan tidak berpecah belah.
Hal ini demikian kerana perpecahan itu hanya
menguntungkan pihak musuh

Rangkap kesebelas Penyair berdoa kepada Tuhan yang Pengasih agar keimanan
dan perpaduan dikukuhkan serta diberi pedoman supaya
negara sentiasa aman.

Rangkap kedua belas Semoga syair ini dapat dijadikan renungan. Penyair menyeru
semua anggta masyarakat agar bersatu demi perpaduan
negara.

Tema
Syair ini bertemakan kepentingan perpaduan dalam mengekalkan kemerdekaan dan
kedaulatan negara.

Persoalan
 Perpaduan penting untuk keamanan negara.
 Kedaulatan negara tergugat jika rakyat tidak bersatu padu.
 Penjajahan akan menyebabkan negara kehilangan identiti budaya.
 Perpecahan akan memberikan peluang kepada orang lain untuk mengaut
keuntungan.

Bentuk syair
 Syair ini terdiri daripada dua belas rangkap.
 Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama iaitu empat baris serangkap.
 Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama iaitu antara tiga hingga lima patah kata
sebaris.
 Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama iaitu antara sembilan hingga tiga
belas suku kata.
 Setiap baris syair merupakan maksud.
Gaya Bahasa
 Anafora
CONTOH : Entah dimana salah dan silap
Entah siapa lalai dan lelap
 Metafora
CONTOH : bunga bangsa gugur terkorban

 Simpulan bahasa
CONTOH : harga diri
 Simile
CONTOH : budaya dan ilmu setandus gurun
 Perlambangan
CONTOH : pahlawan melambangkan pemimpin, bahaya melambangkan cabaran

Nilai

 Bersatu padu
CONTOH : bersatu padu dalam semua hal akan membantu sebuah negara yang
aman dan harmoni.
 Mengenang jasa
CONTOH : jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh pemimpin hendaklah
dikenang dan dihargai.
 Cinta akan negara
CONTOH : semangat cinta akan negara perlu diterapkan dalam jiwa rakyat.

Pengajaran

 Kita hendaklah hidup bersatu padu dalam sesebuah negara supaya negara aman dan
sejahtera.
 Kita hendaklah berusaha mengekalkan kemerdekaan dan memajukan negara.
 Kita janganlah bertelagah sesama sendiri kerana akan mewujudkan perpecahan dan
menguntungkan pihak lain.

Syair Kelebihan Ilmu


Maksud Pantun
Rangkap 1 : ilmu diibaratkan batu bercahaya dan mempunyai kesakitan. Walaupun
seseorang itu telah meninggal dunia tetapi ilmu yang dimiliki sukar dipisahkan,
tetap tersemat di dalam dadanya.
Rangkap 2 : ilmu tidak boleh dijual dan amat tinggi nilainya. Ilmu mempunyai banyak
kelebihan kepada manusia di mana-mana sahaja.
Rangkap 3 : semasa seorang diri, ilmu seolah-olah menjadi teman dan menjadi tempat
mengadu. Menjadi rakan berbual-bual serta memberi petunjuk jalan yang
benar. Dikhalayak ramai pula, kita boleh mengesan sama ada seseorang itu
berilmu ataupun tidak berdasarkan pertuturannya. Ilmu menjadikan seseorang itu
dipandang mulia.
Rangkap 4 : ilmu dapat menjadikan manusia gembira setelah dia berjaya dalam bidang
yang diceburi. Ilmu juga menjadi petunjuk kepada manusia yang kurang
mengerti ataupun kurang faham terhadap sesuatu perkara. Orang yang kuat
beramal dengan ilmu agama pasti akan dirahmati Allah. Dia akan memperoleh balasan
pahala sampai bila-bila sekiranya ada manusia yang mengamalkan ilmunya.
Rangkap 5 : ilmu yang baik membolehkan manusia sentiasa dirahmati Allah. Bidang ilmu
ternyata terlalu luas, bukan sekadar seperti sungai ataupun telaga tetapi lebih
luas daripada lautan.
Rangkap 6 : ilmu merupakan sesuatu yang amat berfaedah kepada semua insan, dipelajari
oleh golongan cerdik pandai. Bidang ilmu tiada batasan dan boleh diperoleh
secara berterusan sehingga ke akhir hayat.

Tema

Kelebihan ilmu dan keistimewaan orang yang memilikinya.

Persoalan
 Ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia.
 Orang yang memiliki ilmu akan dipandang mulia.
 Ilmu membolehkan manusia hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Gaya Bahasa

 Metafora
CONTOH : ilmu itulah gemala sakti

 Anafora
CONTOH : ia penerang jalan ke syurga
ia pemuas tekak yang dahaga
 Bahasa asing
CONTOH : Fana

 Imej alam
CONTOH : darat, rimba, sungai dan laut.

Nilai

 Menghargai
CONTOH : ilmu wajar dituntut dan diamalkan oleh semua insan kerana ilmu membantu
manusia dalam segala hal.
 Gigih
CONTOH : gigih untuk menuntut ilmu di dunia dan di akhirat

 Hormat-menghormati
CONTOH : menghormati orang yang berilmu.

Pengajaran
 Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dituntut dalam kehidupan seharian.
 Kita janganlah berputus asa alam menuntut ilmu.
 Kita harus mengamalkan ilmu yang dituntut dalam kehidupan seharian.
 Kita hendaklah gigih mencari ilmu kerana ilmu mempunyai pelbagai kegunaan.

Anda mungkin juga menyukai