Anda di halaman 1dari 8

Puisi Moden Tingkatan Satu

Aku
(Rosli K.Matari)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

Rangkap 2
Penyajak menyusuri sepanjang pesisir pantai sambil membayangkan dirinya ialah Nabi
Adam.

Rangkap 3
Penyajak menggambarkan hari tersebut seolah-olah merupakan hari Nabi Adam iaitu
manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Pada hari itu, baginda dapat melihat
keindahan alam ciptaan Tuhan buat kali pertama.

Rangkap 4
Sebelum baginda dicipta oleh Tuhan, baginda tidak pernah mendengar deruan ombak.

Rangkap 5
Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Rangkap 6
Baginda juga tidak pernah mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan
di situ.

Rangkap 7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru
sahaja dicipta.

50
Puisi Moden Tingkatan Satu

Tema
Tema sajak ‘Aku’ karya Rosli K. Matari ialah percaya akan kewujudan Tuhan.
Penyajak menyatakan kewujudan Tuhan dengan membuktikannya melalui manusia dan
alam yang dicipta oleh-Nya.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia harus bersyukur kepada Tuhan
yang mencipta hidupan dan alam ini.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat
kepada Tuhan.

iii. Persoalan kedamaian alam semula jadi


Contoh : Penyajak menggambarkan keindahan alam semula jadi melalui angin yang
bertiup di mana-mana dan bunyi ombak.

51
Puisi Moden Tingkatan Satu

Kita Umpama Sehelai Daun


(SMahadzir)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini ibarat sehelai daun. Manusia dilahirkan,
membesar dan menjadi dewasa. Manusia harus mampu menyumbangkan jasa kepada
insan lain agar dapat menerangi kehidupan mereka seterusnya keluar daripada
belenggu penderitaan.

Rangkap 2
Sekiranya kita gagal untuk menjadi manusia yang berbuat jasa, tiada ruang dan
peluang untuk sesiapa yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap 3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang bakal menjadi tua lalu mati. Oleh itu, kita
tidak seharusnya bersikap sombong dengan kelebihan yang kita miliki sehingga
melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun yang menyumbangkan jasa semasa hidup
malahan setelah mati, jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tema
Tema sajak, “Kita Umpama Sehelai Daun” tulisan SMahadzir ialah manusia seharusnya
berbuat jasa dalam kehidupan.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan berbuat jasa kepada orang lain
Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar hidup berjasa kepada orang lain
seperti daun yang mampu menjadi teduhan unggas daripada panas matahari.

52
Puisi Moden Tingkatan Satu

ii. Persoalan sikap rendah hati


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar mengamalkan sikap rendah hati
iaitu tidak sombong akan kebolehan diri.

iii. Persoalan keprihatinan terhadap orang lain


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca supaya prihatin akan kesusahan
hidup orang lain.

Kuingin Berterima Kasih


(Ihsan Noorzali)
Maksud Sajak
Rangkap 1

53
Puisi Moden Tingkatan Satu

Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan
api kemarahan.

Rangkap 2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang
subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

Rangkap 3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki
kepada nelayan.

Rangkap 4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang
rakyat terhadap tanah air.

Rangkap 5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati
kedukaan dan penderitaan mangsa peperangan. Penyajak juga berharap dapat
memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan
menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan.

Rangkap 6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak
dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan
keamanan sejagat.

54
Puisi Moden Tingkatan Satu

Tema
Manusia yang bersyukur atas nikmat yang diterima menjadi tema kepada sajak “Kuingin
Berterima Kasih” karya Ihsan Norzali. Jika semua manusia mengamalkan nilai
kesyukuran, dunia akan menjadi sebuah tempat yang aman untuk didiami oleh
manusia.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa hujan yang turun mampu menyejukkan
suasana dan jiwa manusia.

ii. Persoalan kepentingan berbakti kepada tanah


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa petani yang rajin bercucuk tanam akan
memperoleh hasil yang lumayan.

iii. Persoalan penghargaan kepada perwira negara


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dia berasa kagum akan semangat
patriotisme yang dimiliki oleh perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan
negara.

iv. Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dunia akan menjadi tempat yang indah
apabila semua orang menyedari kepentingan hidup bersama-sama dengan
aman.

Kunci Bahasa

55
Puisi Moden Tingkatan Satu

(Abdul Hadi Yusof)


Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur
yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik
dan bersistematik walaupun berlaku perubahan zaman.

Rangkap 3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik sehingga tidak timbul
sebarang kekeliruan.

Rangkap 4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

Rangkap 5
Bahasa juga digunakan untuk berkomunikasi.

Rangkap 6
Bahasa didapati begitu indah melalui ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta
bahasa yang puitis.

Tema
Tema yang ingin disampaikan oleh Abdul Hadi Yusof dalam sajaknya “ Kunci Bahasa”
ialah kepentingan bahasa kepada setiap masyarakat di dunia amnya dan Malaysia
khasnya. Bahasa memiliki pelbagai kepentingan dalam kehidupan masyarakat misalnya
bahasa itu digunakan dalam komunikasi sesama manusia. Tanpa bahasa kehidupan
masyarakat akan terbatas.

56
Puisi Moden Tingkatan Satu

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan penggunaan bahasa yang bersusila
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa yang digunakan secara bersusila
menggambarkan keperibadian penuturnya serta mengelakkan hati orang lain
tergores .

ii. Persoalan silaturahim yang terjalin melalui bahasa


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa hubungan sesama manusia terjalin
melalui bahasa yang difahami oleh kedua-dua pihak.

iii. Persoalan perkembangan bahasa


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa seharusnya menerima
perkataan-perkataan baharu untuk membolehkan bahasa itu berkembang.

57

Anda mungkin juga menyukai