Anda di halaman 1dari 7

Jawab semua soalan.

1. Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?

A. 30 Ogos 1957

B. 31 Ogos 1957

C. 31 Ogos 1963

D. 31 Julai 1957

2. Kita mesti sentiasa berwaspada semasa melintas jalan raya. Apakah maksud
perkataan berwaspada?

A. Cuai

B. Berhati-hati

C. Lalai

D. Berlengah-lengah

Soalan 3 dan 4

Puan Anita seorang guru yang saya kagumi. Beliau bukan sahaja

seorang guru yang bertanggungjawab, malah juga seorang ibu yang

penyayang. Ilmunya sangat luas sehingga kami menggelarnya

Perpustakaan Bergerak.

Puan Aina dilahirkan pada tahun 1965. Kerjaya sebagai guru

memang menjadi cita-cita beliau sejak kecil lagi. Maka, tidak hairanlah

jika beliau sangat sayang akan tugasnya sebagai pendidik ini.

Selain mengajar, Puan Aina juga terlibat dalam dunia penulisan.

Beliau menulis cerpen, novel dan puisi. Semua karya beliau telah

diterbitkan dan pernah memenangi beberapa anugerah. Tulisan beliau

sering menjadi rujukan kami.

3. Ilmu Puan Anita sangat luas sehingga murid menggelarkannya _____________.
Nyatakan gelaran yang diberikan kepada Puan Anita ?

A. Guru Cilik.

B. Guru Cemerlang

C. Klinik Bergerak

D. Perpustakaan Bergerak

4. Berapakah umur Puan Anita sekarang?

A. 52 tahun

B. 19 tahun

C. 45 tahun

D. 47 tahun

Apabila Puan Fatimah meninggal dunia akibat kemalangan

jalan raya tahun lepas, keluarganya menjadi kucar-kacir

dan saling berbalah.

5. Apakah peribahasa yang sesuai bagi pernyataan diatas?

A. Lembu punya susu, sapi punya nama

B. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

C. Bagaikan anak ayam kehilangan ibu

D. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

6. Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap.

I. Anak kecil bermain di tepian,

II. Kasih ibu bermati-matian,

III. Sanggup berkorban jiwa dan raga,

IV. Tempat si rusa berkejaran juga;

A. I, II, III, IV

B. I, IV, II, III

C. II, III, I, IV

D. III, IV, I, II

7. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Air matanya sudah kering mengenangkan nasib dirinya.

II. Semalam, keluarga kami makan hanya berlaukkan ikan kering.

III. Air di empangan itu hampir kering akibat kemarau.

IV. Gorengkan keropok ini hingga kering.

A. I dan III sahaja

B. II dan III sahaja

C. I, II dan IV sahaja

D. I, II dan III sahaja

8. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Orang ramai mengunjungi gerai-gerai yang ada semasa Pameran

Pertanian Peringkat Daerah Sabak Bernam.

A. Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak Bernam menempatkan

beberapa buah gerai di mana orang ramai boleh mengunjunginya.

B. Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak Bernam diadakan semalam di

mana ramai orang mengunjungi gerai-gerai yang ada di sana.

C. Gerai-gerai ditempatkan di Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak

Bernam agar orang ramai mudah untuk mengunjunginya.

D. Gerai-gerai yang ada semasa Pemeran Pertanian Peringkat Daerah Sabak

Bernam telah dikunjungi oleh orang ramai.

Baca sayair dan pantun berikut, kemudian jawab soalan.

Syair Nikmat Kemerdekaan

Wahai sekalian rakyat budiman

Pesanan ini jadikan pedoman,
Perpaduan rakyat itulah pedoman,
Perpaduan rakyat itulah idaman
Rakyat sejahtera Negara pun aman.

Negara yang makmur aman sentosa,

Hasil perjuangan pemimpin berjasa,
Generasi wawasan hargai jasa,
Nikmat merdeka dijaga sentiasa.

Generasi wawasan cuba usahakan,

Fikir sumbangan yang dapat diberikan,
Nilai patriotisme jika diamalkan,
Nikmat kemerdekaan dapat dikekalkan.

Hafiza Mohd Thani

Pantun Salam Merdeka

Bunga cempaka bunga kacukan,

Jadi dandanan harum baunya;
Salam merdeka Tuanku bawakan,
Rela bersatu janji rakyatnya.

Pokok gajus diselangi nangka,

Nangka dipetik dibuat pengat;
Bulan Ogos Negara merdeka,
Rakyat menanti penuh semangat.

Tembaga kilat kelihatannya indah,

Emas ditempa mahal harganya;
Negara berdaulat merdekalah sudah,
Stadium Merdeka tempat isytiharnya.

Zulkifli Abu Bakar

9. Yang manakah di antara yang berikut, apakah ciri-ciri persamaan syair dan
pantun di atas?

A. Tanda baca pada akhir baris adalah sama

B. Bilangan baris dalam satu rangkap adalah sama

C. Bunyi hujung baris bagi syair dan pantun adalah sama

D. Setiap baris mempunyai bilangan suku kata yang sama

10. Apakah maksud patriotisme dalam syair di atas ?

A. bertanggungjawab

B. menaruh penghargaan

C. bersama-sama atau dengan cara saling membantu

D. perasaan cinta yang amat kuat terhadap tanah air

Bahagian B

Hasilkan sebuah karangan berdasarkan gambar yang diberi. Panjang karangan tidak
kurang daripada 70 patah perkataan dan tidak melebihi 100 patah perkataan.

___________________________________________________________________

( 30 MARKAH)

Anda mungkin juga menyukai