Anda di halaman 1dari 1

Latihan Cerpen Oren

Nomborkan sinopsis cerpen Oren di bawah mengikut turutan.


NO
TURUTAN
3

SINOPSIS
Pada suatu malam, ayah bermimpi Oren pulang ke rumah lalu ayah membawanya ke
dapur. Dia memberi Oren susu. Namun, Oren hanya membiarkan susu itu. Oren
memandangnya dan ayah mencium Oren. Tatkala mata mereka bertemu, ayah dapat
merasakan kesayuan dan pada masa yang sama kehairanan melihat kemanjaan Oren.
Cerpen mengisahkan tentang kegusaran ayah dengan kehilangan Oren. Sudah seminggu
lamanya Oren hilang. Ayah risau sehingga hilang selera makan. Apatah lagi pada bulan
Disember, cuaca hujan dengan guruh dan angin yang tidak menentu. Entah bagaimana
pula keadaan Oren nanti. Ayah menyesali sikapnya yang telah pilih kasih antara Oren dan
Kelabu, kucing yang dipungut sewaktu ayah pulang dari kerja. Sejak itu, ayah
memberikan lebih perhatian kepada Kelabu dan kurang mempedulikan Oren.
Pada waktu pagi, ayah keluar dari bilik dan bertanya tentang Oren. Tiba-tiba, Anis muncul
di ruang dapur. Dia membawa Oren dan memberitahu bahawa dia menjumpai Oren di
celah pokok tua yang tumbang di taman permainan. Malangnya, Oren telah mati. Ayah
dan ahli keluarga yang lain berasa sangat sedih.
Ayah mengimbas kembali pada saat dia membawa seekor anak kucing pulang ke rumah.
Anis begitu gembira apabila ayah membawa pulang anak kucing yang dinamakan Oren.
Sikap ayah menjadikan ibu berasa hairan kerana selama ini meskipun Azura dan Anis
beria-ia mahu menjaga kucing, ayah tidak membenarkannya. Rupa-rupanya, ayah
bersimpati terhadap Oren kerana tanpa sengaja ayah telah melanggar ibu Oren sehingga
mati. Ayah berniat baik apabila membawa Kelabu pulang sebagai teman Oren bermain.
Namun, Kelabu yang pandai mengambil hati ayah telah menyebabkan Oren mengalah dan
membawa diri.

Anda mungkin juga menyukai