Anda di halaman 1dari 2

Karangan Jenis Cerita - Kebakaran Rumah Jiran

Sedang kamu dan kawan-kawan bermain di padang, kamu terdengar pekikan api! api!.
Ceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan.

Pada suatu petang, saya, Aishwini, Lydia, dan Selva sedang bermain bola tampar di padang.
Kami terkejut apabila terdengar jeritan api! api!. Tanpa membuang masa, saya dan kawan-
kawan bergegas ke tempat kejadian.
Saya dapati rumah rakan sekelas kami, Sweetha telah terbakar. Salah seorang dari kami
telah berlari ke arah pondok telefon untuk menelefon bomba dan polis. Saya dan rakan yang lain
membantu mengangkat barang-barang penting ke tempat yang selamat.
Sementara, menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk kampung telah
mengambil air untuk mengurangkan kebakaran rumah Sweetha. Ketika itu Sweetha dalam
keadaan panik dan bersedih. Aishwini cuba menenangkannya dan berharap agar dia dapat
bersabar.
Sejurus kemudian, pasukan bomba tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan
kebakaran daripada merebak. Walau bagaimanapun rumah Sweetha tidak dapat diselamatkan.
Bagaimanapun, rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada terbakar.
Pegawai Operasi Bomba mengucapkan terima kasih atas bantuan dan tindakan segera
penduduk kampung. Beliau berharap amalan bantu-membantu dan bekerjasama dapat
diamalkan di kalangan masyarakat. Kebanggaan juga ditunjukan kepada saya dan rakan-rakan.
Keluarga Sweetha telah menginap sementara waktu di rumah saya. Pelbagai bantuan
telah diterima oleh keluarga Sweetha seperti pakaian, makanan, dan wang ringgit. Mereka
mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan.
Soalan: Penduduk kampung di tempat tinggal kamu telah mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan kampung.Ceritakan pengalaman semasa kamu menyertai aktiviti
tersebut.

Pada hujung minggu lepas,saya dan ibu bapa serta para penduduk kampung telah menyertai aktiviti

gotong-royong.Aktiviti gotong-royong tersebut telah dirancang oleh ketua kampung bersama-sama

dengan penduduk kampung.Tujuan utama gotong-royong itu adalah untuk memastikan

kampung kami sentiasa bersih,cantik dan ceria.

Tepat pada pukul 8:00 pagi,saya bersama-sama penduduk kampung telah

berkumpul dihadapan balai raya.Sebahagian penduduk membawa peralatan sendiri walaupun

telah disediakan oleh pihak ketua kampung.Selepas itu,ketua kampung telah memberikan taklimat

ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan.

Saya dan penduduk kampung telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil

agar lebih mudah untuk membersihkan kawasan kampung.Ketua kumpulan mengambil peralatan

yang disediakan di dalam balai raya.Setiap mengambil peralatan yang bersesuaian dengan kerja-

kerja yang hendak dijalankan.

Pada pukul 8:30 pagi,kerja gotong-royong itu pun bermula.Antara kawasan yang

dibersihkan seperti pekarangan balai raya,taman permainan,surau dan lain-lain.Suasana semasa

aktiviti gotong-royong dijalankan sungguh meriah.Penduduk kampung berasa lebih mesra

apabila bekerjasama.Suasana muhibah terjalin antara penduduk kampung yang terlibat.

Kaum wanita pula sibuk menyediakan pelbagai juadah dihalaman belakang balai

raya.Antara juadah yang disediakan ialah mi goreng,nasi,kari ayam dan lain-lain.Setelah penat

bergotong-royong,kami makan bersama-sama.Kawasan kampung kami kelihatan semakin bersih dan

ceria.

Tepat jam dua belas tengah hari,aktiviti gotong-royong itu pun tamat.Walaupun

kepenatan,kami tetap berasa amat gembira dan berpuas hati.Semoga semua penduduk kampung

dapat hidup dengan lebih meriah dan sihat sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai