Anda di halaman 1dari 1

Tulis berita tentang suatu kebakaran di tempat kamu.

Contoh Jawapan

SEREMBAN, Sabtu Sederet rumah kedai lima pintu, dua buah rumah papan dua tingkat dan dua
buah kereta serta sebuah motosikal musnah sama sekali dalam suatu kebakaran yang berlaku di
Jalan Tunku Kurshiah pada jam 10.30 malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, 19 orang kehilangan tempat tinggal. Mangsa kebakaran tidak sempat
menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak terlalu cepat. Empat buah kereta bomba
dengan 24 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Daerah Seremban, Encik Aliff Saziq
berkejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon pada jam 10. 45 malam tadi.

Kebakaran berlaku dengan pantas sehingga kesemua pemilik rumah kedai tidak sempat
menyelamatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai. Api
bertambah marak selepas sepuluh minit kebakaran berlaku dipercayai akibat letupan tong gas.

Pihak bomba yang tiba pada jam 11.00 malam hanya berjaya mengawal kebakaran kirakira 45 minit
kemudian, seterusnya menyelamatkan rumah-rumah yang berhampiran daripada turut terbakar.
Pemilik sebuah kedai motosikal kerugian hampir RM750,000.00 dalam kebakaran tersebut berkata
bahawa semasa kejadian, dia baru sahaja selesai membersih kedainya apabila tiba-tiba terdengar
dua letupan kuat sebelum api menyambar pintu hadapan kedainya.

Tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut. Beberapa orang penghuni mengalami cedera
ringan akibat melecur. Mereka kini dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besar Seremban.

Jumlah kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan sementara punca kebakaran masih disiasat.
Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas
pada sistem pendawaian elektrik

Anda mungkin juga menyukai