Anda di halaman 1dari 3

Kebakaran besar Kompleks Campbell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kebakaran besar memusnahkan bangunan Kompleks Campbell setinggi 20 tingkat.

Kebakaran besar Kompleks Campbell adalah kes kebakaran yang terburuk pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia.
Berlaku pada 8 April 1976 iaitu hanya tiga tahun setelah Kompleks Campbell mula dibina, kebakaran tersebut
mengakibatkan kerugian sejumlah RM50 juta serta mengorbankan satu nyawa. Terletak di Jalan Campbell (kini Jalan
Dang Wangi), Kompleks Campbell mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan mengandungi podium setinggi empat tingkat
menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat
setinggi 20 tingkat. Semasa Kompleks Campbell mula dibuka, ia adalah satu-satunya bangunan pencakar langit di Kuala
Lumpur. Bangunan itu dipercayai mula terbakar pada jam 10.30 malam akibat litar pintas.

Kronologi kejadian[sunting | sunting sumber]

1. 10.45 malam - asap tebal dikesan di tingkat dua kompleks


2. 11.00 malam - Pasukan bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian.
3. 11.15 malam - Jalan Campbell ditutup kepada semua lalu lintas.
4. 7 pagi - asap masih kelihatan di tingkat tiga dan sebahagian dinding mula retak akibat terlalu panas
5. 10 pagi - api mula reda
6. 12.30 tengah hari - asap tebal tiba-tiba kelihatan di tingkat 16, 17, 18
7. 1.30 tengah hari - hujan renyai
8. 1.30 tengah hari - kira-kira 100 penduduk dan warga polis yang tinggal berdekatan diarahkan berpindah
9. 2.00 petang - hujan lebat tetapi api terus marak dengan cepat
10. 2.10 petang - api merebak dari tingkat ke tingkat bangunan.
11. 2.30 petang - bomba menghentikan operasi memadam kerana api terlalu besar
12. 2.50 petang - angin bertiup kencang menyebabkan api bertambah marak dan kaca tingkap mulai jatuh.
13. 3.30 petang - api marak ke tingkat 20 dan 21
14. 4.30 petang - api mulai padam dan hanya kelihatan di tingkat paling atas.
15. 5.30 petang - Jalan Campbell mula dibuka kepada orang ramai.
16. 6 petang - orang ramai yang berkumpul menyaksikan kebakaran mula berundur.
17. 2 pagi - api dilihat masih membara di tingkat paling atas dan pihak berkuasa ditempatkan di situ mengawal
keadaan.

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

 Insiden kebakaran besar berlaku semasa filem blockbuster Hollywood, The Towering Inferno masih segar dalam ingatan
rakyat Malaysia.
 Mendiang Tan Sri Lim Thean Leong, pengerusi serta pengasas Bolton Berhad, syarikat yang memiliki bangunan
tersebut dilaporkan tenang semasa mendengar kejadian kebakaran besar tersebut.
 Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia (FPAM) telah ditubuhkan pada tahun yang sama selepas insiden
kebakaran besar tersebut.
 Insiden kebakaran besar tersebut juga telah mendedahkan kelemahan dari segi aspek piawaian keselamatan
bangunan ketika kebakaran serta kemampuan pasukan bomba yang terhad. Akibat daripada tragedi tersebut, satu
undang-undang telah diluluskan bagi mewajibkan setiap bangunan tinggi mematuhi piawaian keselamatan
kebakaran sebelum dibenarkan untuk didiami atau digunakan bagi tujuan komersial.
Pasukan bomba dan penyelamat padam kebakaran Kompleks Campbell hampir 30 jam pada Mei 1973.

MEI 1973, sebuah kompleks berharga RM10 juta dibuka dan secara tidak rasmi menjadi mercu tanda Kuala Lumpur pada
masa itu kerana ia satu-satunya bangunan pencakar langit di pusat bandar raya yang menjadi kebanggaan warga kota.

Kompleks Campbell itu mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai
jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat.

Ketika usianya baru mencecah tiga tahun, bangunan itu hangus dijilat api pada 8 April 1976 yang disifatkan tragedi
paling besar pada era 70-an kerana pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir 30 jam untuk
memadamkan kebakaran itu.

Kejadian dikatakan bermula pada jam 10.30 malam dan api marak sehingga jam 2 pagi di bangunan yang menempatkan
180 kedai serta 20 tingkat bangunan pejabat.

Bangunan itu menempatkan Ibu Pejabat Bank Kerjasama Rakyat, Lembaga Latihan Persijilan Perusahaan Ketukangan
Kebangsaan, seksyen akaun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kejadian disifatkan media sama seperti filem ‘The Towering Inferno’ yang mendapat sambutan hangat di pawagam ketika
itu.

Seorang peniaga, Yap Leong Hoem, 59, maut selepas terjun dari tingkat dua kompleks berkenaan manakala lebih 1,000
orang hilang pekerjaan – antaranya pekerja Emporium Campbell, pejabat, gerai kompleks, kedai pakaian, alat solek,
kedai kasut, kedai rekod dan syarikat pelancongan.

Kebakaran itu mula disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat dua kompleks selepas ternampak
kepulan asap keluar daripada sebuah kedai batik kira-kira jam 10.45 malam dan asap mula menyelubungi seluruh tingkat
berkenaan.

Ketika itu, kebanyakan kedai di situ sudah ditutup kerana hanya beroperasi sehingga jam 10 malam setiap hari.

Pengawal keselamatan bersama seorang lagi rakannya cuba memadam kebakaran awal menggunakan alat pemadam api
tetapi gagal kerana api marak terlalu cepat.

Mangsa yang terkorban, Yap Leong Hoem, dikatakan berada di tingkat dua dan terlalu panik menyebabkannya membuat
pilihan nekad dengan terjun bangunan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur
(HKL).

Enam lagi termasuk wanita yang berada di kelab malam di tingkat lima turut pengsan kerana terhidu asap tebal.

Pasukan bomba mula memasuki bangunan dengan memakai topeng gas serta membawa tangki oksigen untuk
menyelamat dan memadam kebakaran tetapi usaha awal mereka selama dua jam tidak begitu berhasil.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut membantu mengawal keadaan dan Jalan Campbell mula ditutup kepada
orang ramai bagi memudahkan usaha mengawal dan memadam kebakaran.

Wartawan Berita Harian yang membuat liputan kebakaran, Muhammad Sharom Suboh bersama dua rakan setugas, Halim
Majid dan Ali Mansor menyifatkan kejadian itu amat menggerunkan tetapi memberi banyak pengalaman serta pengajaran.

“Kami dapat menyaksikan api merebak dari satu tingkat ke satu tingkat lain. Satu demi satu tingkat hangus, kaca pecah
dan berterbangan. Orang ramai memenuhi segenap penjuru kawasan sekitar untuk melihat sendiri kebakaran.

“Ia menggerunkan kerana itulah pengalaman pertama menyaksikan kebakaran begitu besar. Walaupun hujan lebat pada
tengah hari, ia tidak memadai untuk membantu pasukan bomba. Ketika itu pun, kelengkapan pasukan bomba tidak
secanggih sekarang.

“Wartawan juga bertugas membuat liputan 24 jam sehari kerana kebakaran serta operasi memadam mengambil masa
terlalu lama,” katanya.

Sharom yang berusia 19 tahun ketika itu dan kini memegang jawatan Ketua Perkhidmatan Sokongan Editorial NSTP
menjelaskan, warga kota yang bangun pagi pada hari kejadian untuk keluar bekerja serta menjalankan urusan harian
terkejut dengan kejadian yang meranapkan bangunan kebanggaan ibu kota.

Kebakaran itu dikatakan menyebabkan kerugian kira-kira RM50 juta dan difahamkan, bangunan itu diinsuranskan
sebanyak RM30 juta. Setiap kedai di situ dilapor mengambil insurans sekurang-kurangnya RM100,000.

Kejadian itu turut menarik perhatian Menteri Kebajikan Am, Aishah Ghani; Ahli Parlimen Bukit Bintang, Lee Lam Thye
serta Penolong Ketua Polis Negara, Datuk Mahmud Yunus.

Kronologi kejadian:

10.45 malam – asap tebal dikesan di tingkat dua kompleks

11.00 malam – Pasukan bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian.

11.15 malam – Jalan Campbell ditutup kepada semua lalu lintas.

7 pagi – asap masih kelihatan di tingkat tiga dan sebahagian dinding mula retak akibat terlalu panas

10 pagi – api mula reda

12.30 tengah hari – asap tebal tiba-tiba kelihatan di tingkat 16, 17, 18

1.30 tengah hari – hujan renyai

1.30 tengah hari – kira-kira 100 penduduk dan warga polis yang tinggal berdekatan diarahkan berpindah

2.00 petang – hujan lebat tetapi api terus marak dengan cepat

2.10 petang – api merebak dari tingkat ke tingkat bangunan.

2.30 petang – bomba menghentikan operasi memadam kerana api terlalu besar
2.50 petang – angin bertiup kencang menyebabkan api bertambah marak dan kaca tingkap mulai jatuh.

3.30 petang – api marak ke tingkat 20 dan 21

4.30 petang – api mulai padam dan hanya kelihatan di tingkat paling atas.

5.30 petang – Jalan Campbell mula dibuka kepada orang ramai.

6 petang – orang ramai yang berkumpul menyaksikan kebakaran mula berundur.

2 pagi – api dilihat masih membara di tingkat paling atas dan pihak berkuasa ditempatkan di situ mengawal keadaan.

Mei 1973, sebuah kompleks berharga RM10 juta dibuka dan secara tidak rasmi menjadi mercu tanda Kuala Lumpur pada
masa itu kerana ia satu-satunya bangunan pencakar langit di pusat bandar raya yang menjadi kebanggaan warga kota.
Kompleks Campbell itu mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai
jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. Ketika usianya baru mencecah tiga
tahun, bangunan itu hangus dijilat api pada 8 April 1976 yang disifatkan tragedi paling besar pada era 70-an kerana
pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir 30 jam untuk memadamkan kebakaran itu. Kejadian
dikatakan bermula pada jam 10.30 malam dan api marak sehingga jam 2 pagi di bangunan yang menempatkan 180 kedai
serta 20 tingkat bangunan pejabat. Bangunan itu menempatkan Ibu Pejabat Bank Kerjasama Rakyat, Lembaga Latihan
Persijilan Perusahaan Ketukangan Kebangsaan, seksyen akaun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kebakaran itu mula disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat dua kompleks selepas ternampak
kepulan asap keluar daripada sebuah kedai batik kira-kira jam 10.45 malam dan asap mula menyelubungi seluruh tingkat
berkenaan.Ketika itu, kebanyakan kedai di situ sudah ditutup kerana hanya beroperasi sehingga jam 10 malam setiap
hari. Pengawal keselamatan bersama seorang lagi rakannya cuba memadam kebakaran awal menggunakan alat
pemadam api tetapi gagal kerana api marak terlalu cepat. Pasukan bomba mula memasuki bangunan dengan memakai
topeng gas serta membawa tangki oksigen untuk menyelamat dan memadam kebakaran tetapi usaha awal mereka
selama dua jam tidak begitu berhasil.Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut membantu mengawal keadaan dan
Jalan Campbell mula ditutup kepada orang ramai bagi memudahkan usaha mengawal dan memadam kebakaran.

Seorang peniaga, Yap Leong Hoem, 59, maut selepas terjun dari tingkat dua kompleks berkenaan manakala lebih 1,000
orang hilang pekerjaan – antaranya pekerja Emporium Campbell, pejabat, gerai kompleks, kedai pakaian, alat solek,
kedai kasut, kedai rekod dan syarikat pelancongan. Mangsa yang terkorban, Yap Leong Hoem, dikatakan berada di
tingkat dua dan terlalu panik menyebabkannya membuat pilihan nekad dengan terjun bangunan dan disahkan meninggal
dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Enam lagi termasuk wanita yang berada di kelab malam
di tingkat lima turut pengsan kerana terhidu asap tebal. Kebakaran itu dikatakan menyebabkan kerugian kira-kira RM50
juta dan difahamkan, bangunan itu diinsuranskan sebanyak RM30juta. Setiap kedai di situ dilapor mengambil insurans
sekurang-kurangnya RM100,000. Kejadian itu turut menarik perhatian Menteri Kebajikan Am, Aishah Ghani; Ahli Parlimen
Bukit Bintang, Lee Lam Thye serta Penolong Ketua Polis Negara, Datuk Mahmud Yunus.
**masa ni aku tak lahir lagi..tapi aku ada jugak tengok2 kat sekitar KL lokasi bangunan ni..tah aku pun tak tau kat
mana...ada 1 building tu nama campbell, mungkin tapak kejadian kot...huhuhu

Anda mungkin juga menyukai