Anda di halaman 1dari 31

Kertas 2 Karangan-karangan untuk 

rujukan

August 16, 2009 · 1 Comment

Teknologi Maklumat/Teknologi Pengkomputeran/Internet/Telekomunikasi/Satelit Komunikasi

1. Manfaat teknologi Pengkomputeran

(a) Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran


- Hal ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yang banyak
dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.- Teknologi komputer
bukan sahaja dapat menjimatkan masa,ruang dan tenaga manusia, bahkan meningkatkan kecekapan
pengurusan sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan dan swasta menggunakan komputer
untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang berkaitan dengan butir-butir kakitangan
serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan.

(b) Kemajuan sektor perindustrian


– Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat, tetapi juga
lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia. Ini penting terutamanya di
negara-negara maju yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.- Teknologi komputer dapat
menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan
pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.- Komputer boleh membantu manusia
melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya
robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang
terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan
asas untuk perkembangan industri perkilangan.

(c) Kemajuan kesihatan


- Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputer boleh
memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang
dihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat
penyakit berkenaan.
- Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberi sumbangan yang
besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan jantung dan analisis gambar
sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Ini membantu menjamin kejayaan
sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit.

(d) Kemajuan sains dan teknologi


- Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenai persekitaran
bumi.Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian
yang tepat tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalan kajicuaca
yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman malapetaka seperti
banjir dan taufan.
- Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistem
telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas. Ini juga yang
membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosok dunia.
(e) Kemajuan pendidikan
- Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran
dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan gambarajah serta bahan grafik yang
menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar terhadap pelajaran. – Komputer juga
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara
individu melalui program-program komputer yang disediakan. Dengan adanya program tertentu, segala
arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja
dengan berpandukan arahan itu.
- Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh komputer. Dengan cara ini keberkesanan
pembelajaran dapat ditingkatkan.

2. Kesan penggunaan komputer dalam pendidikan (a) Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program
pembelajaran dengan bantuan komputer (CAI). (b) Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan
lebih perhatian ke atas masalah disiplin, pelajaran dan lain- lain hal pelajar – meninggikan produktiviti guru.
(c) Pendidikan jarak jauh. (d) Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan pendidikan dan
seterusnya seluruh sistem pendidikan negara. (e) Perpustakaan berkomputer. (f) Penukaran konsep pendidikan
dari yang lama kepada kebolehan mencari maklumat, menganalisis dan menilai sebagai tanda kecerdikan.

3. Kesan-kesan negatif.

(a) Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan -hilang upaya dan lekas bosan bila hadapi
masalah yang perlukan pemikiran mendalam.

(b) Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin menjadi.

(c) Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan dan lain-lain yang tersimpan
dalam komputer itu terbocor.

(d) Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang mempunyai kuasa memusnah yang besar.

(e) Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka yang berkebolehan dan berkeupayaan
meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat.

(f) Komputer mengambilalih kerja orang ramai – pengangguran.

(g) Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi muda.

Soalan :

1. Negara-negara yang tidak menggunakan komputer akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Sejauh mana
anda bersetuju ?

2. Komputer menjamin kebahagiaan hidup manusia. Bincangkan.

3. Penciptaan komputer (alat mikroelektronik) sama dengan revolusi perusahaan dalam mewujudkan satu
jenis tamadun manusia yang baru. Bincangkan.
4. “Komputer adalah lambang pemodenan dan kemajuan. Ini kerana komputer memainkan peranan penting
dalam pelbagaibidang kehidupan seperti ekonomi, pentadbiran, perubatan,perindustrian, pendidikan dan lain-
lain. Tetapi jika teknologi komputer disalahgunakan, ia akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif yang
mengancam kehidupan.Bincangkan peranan komputer dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini.

HIDROFONIK “Kaedah penanaman hidrofonik telah mula diperkenalkan di negara ini. Kaedah ini tidak
memerlukan ruang tanah yang luas manakala mutu yang dihasilkan setanding dengan kaedah penanaman
biasa”.Pada pendapat anda wajarkah kaedah pertanian tersebut dipraktikkan secara meluas di negara ini ?.

Pengenalan

1. Jimat tanah.

2. Bersih

3. Mudah kendali, kos rendah.

4. Usaha individu.

5. Hutan disimpan. Penutup

Corak pertanian hidrofonik masih baru di Malaysia. Ia merupakan satu kaedah penanaman tanpa
menggunakan tanah kerana tanaman ditanam di atas rak-rak manakala bahan-bahan keperluan dibekalkan
oleh cecair yang diadun secara khas. Sebenarnya, pertanian hidrofonik ini mempunyai potensi yang besar dari
segi ekonomi. Kaedah penanaman ini boleh membawa satu revolusi dalam pertanian di negara ini.

Kaedah penanaman hidrofonik patut diusahakan secara meluas kerana kaedah ini membawa pelbagai
kebaikan dan kemajuan. Pertama, cara pertanian ini terbukti menjimatkan ruang. Jumlah tanaman yang dapat
diusahakan menjadi berlipat ganda dalam kawasan yang tidak begitu luas kerana rak-rak boleh dibina
bertingkat-tingkat. Ini membawa harapan kepada petani yang mempunyai jumlah tanah terhad. Hasil tanaman
mereka dijangka meningkat sekiranya pertanian jenis ini diusahakan.

Selain itu, kaedah tanaman ini juga merupakan satu kaedah pertanian yang menjamin kebersihannya. Oleh
sebab tanah tidak diperlukan, banyak penyakit tumbuh-tumbuhan seperti penyakit akar dapat dielakkan.
Dengan itu cara penanaman ini menjanjikan satu kadar tumbesaran yang lebih cepat dan sihat. Pada masa
yang sama, mutu tanaman akan turut meningkat.

Di samping itu, corak pertanian hidrofonik mudah dikendalikan. Penyiraman tanah tidak perlu dilakukan
setiap hari. Air yang mengandungi pelbagai nutrien hanya perlu ditambah apabila aras air pada rak-rak turun
ke suatu tahap tertentu. Kandungan nutrien dan zat-zat makanan lain dapat diadun dengan mudah mengikut
keperluan jenis tanaman yang ditanam dan ia boleh disalurkan kepada rak-rak melalui paip. Pengemburan
racun-racun serangga senang dijalankan dengan belanja yang minimun kerana pembaziran dapat dikurangkan.
Pendek kata, kos pengedalian tapak tanaman akan dapat dikurangkan dengan pengenalan pertanian secara
hidrofonik.

Oleh sebab kaedah hidrofonik memerlukan ruang yang sedikit, rumah-rumah khas dapat dibina. Tanam-
tanaman hawa sederhana seperti daun salad dan tomato dapat diusahakan di dalam rumah-rumah ini. Ini
merupakan satu kemajuan satu kemajuan dari segi pertanian yang boleh mengurangkan pergantungan kita
kepada import sayur-sayuran dari luar negeri. Selain itu, kaedah hidrofonik ini boleh dipraktikkan juga oleh
orang ramai bagi pelbagai jenis tanaman di halaman rumah. Dengan cara ini orang ramai boleh mendapat
sebahagian daripada bekalan sayur-sayuran mereka melalui usaha sendiri.
Walaupun Malaysia masih mempunyai kawasan tanah dan hutan yang luas tetapi khazanah ini harus
dipelihara.Dengan mempopularkan kaedah tanaman hidrofonik, kawasan hutan tidak perlu ditebangkan secara
keterlaluan untuk menyediakan tanah pertanian. Langkah ini akan mengelakkan pencemaran dan menjamin
keharmonian sisten ekologi.

Kaedah pertanian hidrofonik menjanjikan harapan yang begitu tinggi. Hasil pertanian negara, khasnya sayur-
sayuran akan bertambah untuk menampung penduduk dan seterusnya mengurangkan pengimportan sayur-
sayuran dari luar negeri. Bidang pertanian Malaysia akan memasuki satu era baru dengan bantuan kaedah
pertanian ini.

PEMINDAHAN TEKNOLOGI

1. Usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik
asingdemi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan.

2. Mengapa perlu ? Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi.

(a). Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka.

(b). Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkanpemprosesan data-data dan jentera-jentera
seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil perkilangan.

(c). Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mengujudkan pertumbuhan industri baru
dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional Proton Saga.

(d). Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian
teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation
(melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua),
anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di
rantau ini kelak.

(e). Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentahkeluaran negara dieksplotasikan dengan lebih
cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan negara
dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing
dengan mengeksportnya.

(f). Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahaninfrastruktur seperti jalan raya, lebuhraya,
jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan sebagainya.

(g). Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-sektor
ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-
kompenen keretaoleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta kepada PROTON.

(h). Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalampenghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik
dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan
wawasan pertanian negara.

(i). Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian misalnya mesin penuai padi dalam
membantu mengatasi masalah kekurangan buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga penggunaan
teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam perindustrian.
(j). Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan membolehkan
mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif seperti anak-anak atau buat kerja sambilan.

(k).Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

(l). Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton Saga akan mencetuskan semangat keyakinan
diri di kalangan rakyat untuk menerokai kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih pada masa depan
dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.

ISU PEMAKANAN 1. Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit.

(a). Mengutamakan perisa tanpa hiraukan khasiat makanan.


- Kanak-kanak yang hanya memakan sesuatu jenis makanan sahaja misalnya daging akan mengalami
kekurangan zat garam galian dan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran atau buah-buahan. – Ramai
generasi kini yang mementingkan perisa makanan sehingga banyak memakan makanan tanpa zat dan gizi
makanan seimbang.
- Kekuarangan sesuatu zat makanan tertentu dalam badan kita akan menganggu sistem metabolisme badan
dan membawa pelbagai jenis penyakit. Kekurangan vitamin C dan kalsium boleh mendatangkan penyakit
selsema dan penyakit tulang, misalnya Osteomalasia. Kekurangan vitamin B1 boleh membawa penyakit beri-
beri. Kekurangan zat besi dalam makanan akan mengakibatkan penyakit anemia.

(b). Memakan ikut nafsu sehingga berlebihan.


- Memakan ikut nafsu misalnya terlalu banyak dalam sehariatau terlalu banyak sesuatu jenis makanan yang
tertentu boleh membawa penyakit kepada badan kita. Ini kerana badan-badan menusia biasanya hanya
memerlukan sejumlah tertentu zat makanan sahaja. Kelebihan zat tertentu itu jika tidak dapat dibuang melalui
sistem perkumuhan akan membawa penyakit.
- Misalnya pengambilan zat protin dan kalsium yang berlebihan melalui daging atau makanan laut boleh
mengakibatkan penyakit ‘gout’ atau sakit sendi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan
penyakit diabetes atau kencing manis dan kegemukan yang boleh membawa pula penyakit jantung. Memakan
terlalu lemak akan meninggikan risiko penyakit ’stroke’ dan sakit jantung atau kardio vascular.

(c) Memakan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh membawa penyakit.
- Tabiat sesuatu suku kaum tertentu misalnya orang Korea dan Jepun yang suka memakan daging atau ikan
mentah juga tidak baik dari segi kesihatan. Demikian juga masyarakat Eropah yang suka makan daging
separuh masak.
- Ikan dan daging yang tidak masak sepenuhnya sering mengandungi parasit yang masih aktif. Parasit ini
boleh merosakkan tisu-tisu tertentu dalam badan dan mendatang- kan penyakit misalnya penyakit dalam usus.
– Tabiat suka memakan jeruk boleh meninggikan risiko keracunan makanan yang mungkin membawa maut.

(d) Kegemaran memakan makanan terproses atau makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan. –
Amalan sesetengah penduduk bandar yang sering makan makanan segera seperti daging burger dan lain-lain
adalah tidak sihat. – Makanan-makanan dalam tin, khususnya yang diimport amat digemari mereka yang telah
biasa dengan kehidupan luar negara. Ada pula yang memakan makanan import dalam tin ini untuk
meninggikan status mereka. – Makanan-makanan terproses biasanya mengandungi bahan- bahan kimia
umpamanya bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan yang boleh membawa penyakit barah. – Setengah-
setengah makanan terproses misalnya daging burger pernah didapati mengandungi plumbum dan timah hitam
yang berlebihan sehingga mendatang keracunan makanan.
Faktor-faktor penyebab penyakit lain. –

Penyakit denggi adalah diakibatkan oleh persekitaran yang mengalakkan pembiakan nyamuk aedes. – Budaya
hidup seperti merokok, pengambilan arak boleh membawa penyakit barah paru-paru dan penyakit yang
berkaitan dengan hati kita. – Mereka yang mengamalkan pergaulan seks terlalu bebas,secara abnormal
misalnya homoseksual, biseksual dan pengambilan dadah dengan perkongsian jarum suntikan pula
mengalakkan wabak penyakit aids. – Penyakit darah tinggi, sesetengah jenis barah yang ter- tentu, diabetes
pula adalah berkaitan dengan keturunan.

2. Kesan-kesan negatif pengambilan pil-pil dan makanan berkhasiat tanpa nasihat doktor.

(a) Keracunan, misalnya : Hipervitanirosis A bila mengambil terlalu banyak vitamin

(b) Abaikan makanan lain sesudah mengambil pil-pil vitamin,misalnya seseorang yang mengambil pil vitamin
dan zat galian tidak mengambil sayuran akan mengalami masalah kesihatan kerana kekurangan serabut dalam
makanannya.

(c) Pengambilan pil vitamin akan meningkatkan paras vitamin dalam darah dan tisu badan. Jika seseorang
iaitu berhenti mengambil vitamin tersebut, ia akan mengalami gejala kekurangan vitamin berkenaan walaupun
ia mengambil makanan seimbangan semulajadi kerana tubuhnya tidak boleh menyesuaikan kepada keadaan
penurunan paras vitamin ini.

(d) Pembaziran sumber kewangan kerana banyak mengambil zat- zat berlebihan yang tidak diperlukan oleh
badan melalui pengambilan pil-pil. Keadaan ini juga mengalakkan penipuan oleh penjual atau pengusaha
yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, pati ayam Brand’s mengandungi terlalu sedikit pati berbanding
dengan harganya.

(e) Kebanyakan pil-pil vitamin adalah terbuat dari sintesis bahan-bahan kimia. Pengambilan bahan-bahan
kimia yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan badan. Kajian Prof. Irvin daripada Universiti Texas
menunjukkan bahawa bahan kimialah akan menjadi ancaman utama kepada kesihatan manusia kelak dan
kombinasi berbagai bahan kimia juga akan menimbulkan kesan keracunan yang sebelum ini tidak diketahui
(Utusan Pengguna Sept. 1989). Misalnya, gula tiruan yang dihasilkan secara tindakbalas kimia iaitu sakarin
yang sebenarnya boleh menyebabkan barah jika terlalu mengambilnya.

3. Langkah-langkah mengelakkan pengambilan pil-pil dari makanan berkhasiat.

(a) Penguatkuasaan undang-undang dan akta mengenai ubatan dan makanan – denda berat kepada pengeluar
yang memberikan penerangan palsu pada labelnya.

(b) Kempen pendidikan untuk menyedarkan rakyat / pengguna.

(c) Perubahan sikap doktor – menasihati pesakit tentang amalan makanan seimbang dan bukan mengarahnya
mengambil pil vitamin.

(d) Masyarakat / media massa.


PENIPISAN LAPISAN OZON

1. Akibat penipisan lapisan ozon

(a) Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran ultraungu yangmempunyai
gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan:
– Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang
menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur.Kajian membuktikan bahawa pengurangan 1 peratus
dalam lapisan ozon akan mengakibatkan pertambahan sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit.
Masalah ini lebih serius di negara-negara barat kerana kebanyakan penduduknya berkulit putih yang lebih
peka atau sensitif kepada pancaran ini.
- Penyakit mata Sekiranya seseorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan
menghidap penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini lebih teruk di negara-negara sedang
membangun kerana penduduknya kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata
untuk mengelakkan pancaran ini.
- Sistem imunisasi
Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi menusia,
menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti
radang paru-paru. – Molekul asas kepada semua benda hidup Pancaran ultraungu C yang panjang
gelombangnya antara 240-290 namometer pula masih belum sampai ke bumi. Namun demikian, penyelidikan
dalam makmal menunjukkan ia boleh memusnahkan asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang
merupakan molekul asas kepada semua benda hidup. Jika kerosakan lapisan ozon kian bertambah, suatu hari
nanti pancaran dijangka akan sampai ke bumi dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat.

(b) Kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor pertanian.
- Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air
dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis.Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh
ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan
lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.
- Kerosakan ozon juga menjejaskan industri pembalakan. Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-
tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang untuk membesar. Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu
balak dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau
industri yang berasaskan kayu-kayuan.

(c) Kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut.


- Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Yang demikian,
plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada perubahan pancaran matahari.
- Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-kelamaan ia akan mati.
Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan laut, akibatnya bekalan ikan merosot dan ini
sudah tentu menjejaskan sumber protein bagi manusia.

(d) Kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan CFC akan menyebabkan kenaikan
suhu dunia.
- Ekoran daripada perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5 darjah celcius sebelum
pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan
Kutub Antartika mula cair, bahkan menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu air laut.
- Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5 meter
hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah seperti Maldives, Bangladesh dan
Amzon di Amerika.
2. Langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon.

(a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.


– Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang
banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.
– Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk
meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan
pembebasan CFC ke atmosfera.
- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara
A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia. –
Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu
adalah satu contoh yang baik ke arah ini.

(b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflokarbon (CFC).
– Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri
tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.
- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam
industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep
beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.
- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau
teknik `vacuum expansion’, gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara
sebagai agen pendingin.

(c) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.


– Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara
dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.
- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen,
persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara
masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.

- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah
konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan
antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai
protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu
persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM
pada 20-23 Februari 1990.

(d) Komitmen dan usaha peringkat nasional.


- Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.
- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah
yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.
- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.

(e) Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.
- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.
- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata tempat.
- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.
CONTOH PERSOALAN : 1. Industri pelancongan negara mula mencatatkan pertumbuhan pesat sejak
kerajaan memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia 1990. Sekali lagi Malaysia akan menjadi tumpuan
pelancong pada 1994 kerana kerajaan telah melancarkan TMM 94. Kerajaan menganggarkan seramai tujuh
juta pelancong akan melawat Malaysia pada 1994. Hal ini diususkan oleh Y.B. Datuk Sabaruddin Chik
melalui Berita Harianpada 8 September 1993 di Kuala Lumpur.Sejauh manakah industri pelancongan ini
dapat membawa kebaikan terhadap negara kita ?

Intro : 1. Industri pelancongan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara kasar dan menjadi
sumber negara ketiga penting selepas perkilangan dan pertroleum.

2 . Kita menjadikan pelancong sebagai sebuah industri mulai pertengahan tahun 80-an sewaktu negara
menghadapi kemelesetan ekonomi.

3. Pelancongan dikaitkan dengan kegiatan lawatan para pelancong dari dalam dan luar negeri untuk pelbagai
tujuan. Bertambahlah jumlah pelancong bererti akan menggiatkan usaha untuk menyediakan tempat pengi
napan, pengangkutan, perkhidmatan dan penyediaan prasarana (infrastruktur) yang berkaitan.

Langkah :

1. Usaha memperdagangkan bidang perlancongan di negara ini begitu menonjol sesudah ditubuhkan
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan enganjurkan

Sumbangan :
1. Mempelbagaikan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kesan daripada berkembangnya, industri-
industri yang menjadi sampingan seperti bidang perhotelan juga telah dimajukan. Pada 1985, sejumlah 32,835
bilik penginapan disediakan oleh 825 hotel di seluruh negara. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan
yang berasaskan perhidmatan menawarkan pilihan pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh
industri pertanian dan perkilangan. Banyak hotel baru yang berbintang 5 telah dibina akibat industri
pelancongan. Hotel-hotel ini dapat menambahkan sumber pendapatan negara.

2. Menyelamatkan peraliran ke luar. Menggalakkan pertukaran wang asing negara. Usaha untuk
menggalakkan kedatangan pelancong asing tidak seharus- nya membelakangkan sumbangan pelancong
tempatan.Kemudahan-kemudahan yang disediakan akan dapat dinikmati sama oleh pelancong tempatan.
Perdana Menteri ketika melancarkan khidmat Feri Melaka ke sebuah wilayah Indonesia, mengatakan rakyat
negara ini berbelanja lebih 200 juta ringgit untuk kegiatan pelancongan di luar negeri. Menurut Perbadanan
Penggalakkan Pelancongan, lebih daripada 72 peratus pelancong asing ke Malaysia terdiri dari golongan
profesional dan bertaraf pengurus. Ini secara tidaklangsung mencerminkan hakikat bahawa mereka adalah
orang-orang yang berada dan akan berbelanja besar ketika di negara ini. Justeru itu cukup wajar kalau ini
diberi perhatian kerana akan memberi kesan positif terhadap pertukaran wang asing.

3. Mengurang kadar pengganguran. Berkembangnya industri perhotelan, pertambahan agensi- agensi


pelancongan dan perhidmatan bas-bas persiaran adalah antara kegiatan yang memerlukan ramai pekerja.Ini
termasuklah jawatan untuk diisi oleh para pemandu pelancong. Contoh, sejak tahun 1985, perkembangan
industri perhotelan sahaja telah menghasilkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan dan jumlah itu terus
meningkat setiap tahun. Hotel juga memerlukan ramai pekerja dan pelayan bagi membantu.
Keburukan :

1. Kebudayaan kuning. Kita perlu mengambil kira kebimbangan berbagai-bagai pihak di samping bersedia
untuk menghadapi berbagai-bagai kesan yang mungkin timbul seperti ancaman budayakuning. Para
pelancong tidak mustahil akan mendedahkan corak hidup mereka yang antaranya tidak boleh diterima oleh
rakyat negara ini. Kita juga harus berusaha agar tidak dihanyutkan oleh arus yang akan mengakibatkan
leburnya ciri-ciri kebudayaan timur yang telah dipertahankan sejak berzaman. Mereka mungkin memakai
pakaian yang menjolok mata. Berkelakuan sumbang di hadapan pemuda-pemudi kita.

2. Pencemaran Kebimbangan juga pernah diutarakan oleh FOMCA di mana usaha kerajaan mengutamakan
pelancong luar negeri akan hanya menguntungkan orang luar. Pelancong tempatan pula umumnya kurang
kemampuan untuk tinggal di hotel- hotel mahal dan mewah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia juga mendapati bahawa pembinaan hotel dan kondominium di pinggir laut danpantai
telah menimbulkan masalah pembuangan najis.Pencemaran mungkin sahaja akan berlaku akibat saluran paip
najis dihalakan ke laut atau pantai berkenaan.

3. Sikap dan berfikiran hamba. Kemajuan industri pelancongan juga tidak mustahil akan melahirkan
masyarakat yang berfikiran hamba dan bersikap rendah diri. Suasan itu boleh wujud kerana layanan yang
berlebih-lebihan terhadap para pelancong sehingga mereka dianggap ‘raja’. Masyarakat akan tunduk kepada
mereka kerana ingin memberi perkhidmatan yang baik. Perkembangan industri ini juga akan menggalakkan
pertumbuhan kelab sosial dan kasino yang nyata bercanggah dengan prinsip islam dan norma-
normamasyarakat yang bercorak konservatif kita.

Kesimpulan :

1. Industri pelancongan penting untuk mempelbagaikan sumber ekonomi dan meningkatkan pendapatan
negara. Kita perlu berwaspada terhadap beberapa risiko yang akan timbul seperti penularan wabak penyakit
serius,masalah sosial yang bertali-temali dan ancaman terhadap nilai-nilai tradisi dan murni yang telah
menjamin keharmonian masyarakat selama ini.

2. Industri pelancongan patut dijalankan dengan perancangan yang baik dengan tidak membelakangkan
tuntutan agama dan menggugat alam sekitar. Contoh

Persoalan : 1. Sektor pelancongan penting untuk membantu pembangunan ekonomi negara kita. Agensi-
agensi kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk memajukan industri pelancongan.

Intro : 1. Malaysia kini mencapai nama sebagai satu destinasi pelancongan terbaik. Datuk Sabaruddin Chik
mengatakan kempen galakan yang agresif telah dijalankan untuk TMN 94 dengan penekanan diberikan di
Hong Kong, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Hasil yang dijangka ialah RM5 billion dan 7 juta
pelancong asing akan melawat ke Malaysia. (Sumber : Berita Harian, 9 Sept.1993).

Langkah : 1. Menjualkan imej ke luar negara.Memperkenalkan Malaysia kita ke dunia. Masih terdapat
negara-negara dalam dunia ini masih belum mengetahui kedudukan negara kita. Pihak kerajaan sendiri telah
mengeluarkan belanja yang besar bagi membiayai kos untuk memperkenalkan negara kita di seluruh dunia.
Melalui Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), kesenian dan keindahan alam Malaysia telah dihebohkan ke
luar Malaysia.
2. Tempat peranginan.Tempat yang menarik yang terdapat di negara kita haruslah dijaga dan dibangunkan
supaya kelihatan menarik sepanjang masa. Tanggungjawab ini bukan sahaja harus diambil oleh kerajaan pusat
bahkan harus melihat kerajaan negeri, penguasa-penguasa tempatan dan juga pihak-pihak swasta sama ada
memberikan sumbangan tenaga atau kewangan. Penjagaan tempat-tempat menarik ini akan menggalakkan
kehadiran pelancong sepanjang musim. Kebanyakan pelancong kehendakkan satu suasana yang nyaman dan
tenteram penuh dengan kesenian untuk dinikmati.

3. Program dan aturcara.Pelancong dari luar negeri telah dihiburkan dengan program-program yang menarik
di negara kita. Acara-acara yang disediakan ini merangkumi aspek kesenian dankebudayaan tempatan agar
masyarakat pelancong akan lebih mendekati dan mendalami keperibadian hidup penduduk negara ini. Negara
kita kaya sekali dengan pelbagai kesenian. Pertandingan bercorak tradisional juga boleh diadakan untuk
menarik penduduk tempatan serta pelancong-pelancong asing mengalami dan merasai permainan tradisi yang
kita ada. Contoh: sepak takraw, wau,gasing, perkhemahan sambil belajar. Pelancong-pelancong akan
menyedari bahawa kerajaan kita sangat mengambil berat mengenai keadaan alam sekitar yang terdapat di
negara kita.

4. Media massa.Kementerian Penerangan perlu mengadakan kempen secara besar-besaran. Televisyen, radio,
majalah, suratkhabar,Far Eastern Economic Review, Newsweek, Times Magazine dsb perlu memberitakan
imej Malaysia ke seluruh dunia.Risalah dan poster perlu diedarkan dan dilekatkan di sepanjang jalan di
Malaysia khususnya dan di pasaran baru amnya. Isu ini haruslah dihebohkan setiap kali pemimpin negara
memberi ucapan dan dalam upacara perasmian. Setiap rakyat perlu tahulah hal berkaitan dengan Tahun
Melawat Malaysia 1994 ini iaitu dari murid darjah satu sehingga mahasiswa dan mahasiswi.

5. Kebudayaan unik Malaysia.Malaysia harus mempamerkan kekayaan budaya unik ialah makanan
tradisional, tarian tradisional, permainan tradisional, lagu tradisional, perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali,
Hari Raya Aidil Fitri dsb untuk menarik minat pelancong. Hotel dan agensi pelancongan menganjurkan
aktiviti berkaitan dengan kebudayaan kita seperti pertandingan tarian tradisonal di antara pelancong yang
menginap di hotel mereka.

Kesimpulan : 1. TMM 94 akan memikat pelancong asing tinggal lebih lama di sini kerana banyak acara yang
akan dipersembahkan iaitu selama enam hari. Kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan
tempatan seiring perkembangan industri pelancongan asing.

CONTOH PERSOALAN :

1. Industri kraftangan semakin popular. Ini kerana kraftangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting
terutama di luar bandar. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk memajukan industri di Malaysia. 2.
Industri kraftangan menghadapi banyak masalah. Bincangkan masalah yang dihadapi oleh industri ini dan
cadangkan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Konsep : 1. Perusahaan kraftangan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan. Satu bentuk perusahaan yang
menggunakan kemahiran dan kecekapan anggota badan untuk mengeluarkan hasil daripada bahan-bahan
tempatan seperti kayu, buluh,rotan, mengkuang dan tanah liat di samping penggunaan bahan-bahan yang telah
diproses seperti perak, tembaga,besi dan kain. 2. Hasil pengeluaran ini berupa tongkat, bakul, raga,
tikar,dulang, cawan, periuk, keris, batik, songket atau lain-lain seumpamanya. Barang-barang ini boleh
digunakan sebagai alat keperluan harian, perhiasan, pakaian dan sebagainya.
Masalah : 1. Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja.Kemahirannya diperturunkan dari satu generasi ke
satu generasi yang lain. Mereka menjalankan kegiatan ini sebagai usaha sampingan. Tidak dipentingkan oleh
mereka yang terlibat. Contoh : perusahaan-perusahaan membuat batik, songket, bahan-bahan perak dan
tembaga di Kelantan dan Terengganu, perusahaan tekat-menekat di Perak dan perusahaan membuat tembikar
daripada tanah liat di Sarawak.

2. Perusahaan ini tinggal dalam keadaan yang mundur.Golongan muda-mudi kurang berminat untuk
meneruskan kegiatan ekonomi keluarga ini. Sebaliknya dengan taraf yang dimiliki serta nilai-nilai sosial yang
berubah, mereka lebih cenderung untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih moden. Maka golongan tua atau
yang tidak berpelajaran terpaksa meneruskan usaha tersebut dengan daya pengeluaran yang lembab dan mutu
yang rendah. Ini ditambah pula dengan ketiadaan modal yang secukupnya untuk memajukan perusahaan
tersebut. Keadaan ini bertambah tergugatnya kedudukan mereka apabila adanya persaingan yang hebat
dengan barang-barang tiruan sama ada yang diproses dalam negeri mahupun yang diimport. Contoh : dalam
perusahaan batik.

3. Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Masalah-masalah itu ialah pengawalan mutu, daya
pengeluaran, pengurusan, penggunaan bahan-bahan mentah, tenaga kerja yang mahir, modal dan pengeluaran
barangan yang bermutu tinggi. Kebanyakan hasil kraftangan ini dijual dengan harga yang tidak sama. Ini
menyebabkan orang ramai tidak mempercayai penjual dan mereka tidak berani membeli hasil kraftangan
terutama pelancong.

Langkah : 1. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan.Badan ini telah mengadakan berbagai-
bagai kemudahan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut. Mengadakan program-program latihan dalam
berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran kepada para pengusaha dan bakal
pengusaha. Matlamatnya untuk membantu meningkatkan hasil pengeluaran dan mutu barangan kraftangan
negara ini. Bertujuan untuk memajukan, menggalakkan dan mempergiatkan pertukangan kraftangan ke arah
mewujudkan kegiatan usahawan yang teguh dan kukuh. Membuka pusat latihan dan melatih para belia dan
beliawanis yang berminat. Memberi perhidmatan bimbingan dan teknikal dan menyebarkan maklumat
berkaitan dengan teknik pengeluaran baru, kawalan mutu, pasaran dan beberapa aspek yang berkaitan. Hasil
kraftangan ini dijual kepada pihak KEMAS untuk dinilai sebelum dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan
Raja Chulan, Kuala Lumpur, kedai-kedai Perbadanan Pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya.

2. Pasaran diperluaskan dan program latihan.Langkah tegas yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan dengan
segera. Kerajaan perlu mewujudkan pasaran yang lebih luas di samping meningkatkan lagi program latihan
yang lebih intensi dalam aspek-aspek pengurusan, pengeluaran dan kawalan mutu. Kerajaan hendaklah juga
menubuhkan pusat-pusat perusahaan tangan yang berpotensi di kawasan-kawasan desa dengan berdasarkan
kemudahan- kemudahan yang ada seperti bahan asli, minat penduduk dan bakat yang ada di kalangan mereka.
Sejajar dengan ini, pusat-pusat latihan yang berkenaan harus diperluaskan dan diperlengkapkan. Kemudahan-
kemudahan ini hendaklah pula disusuli dengan bantuan kredit, khidmat nasihat termasuk yang berhubung
dengan pengawalan mutu dan pemasaran.

3. PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran,kemajuan pengeluaran, harga, pembungkusan,


pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraftangan. Untuk mempertingkatkan usaha ini
PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah untuk menjamin hasil kraftangan negara ini memenuhi
permintaan dari dalam negeri dan luar negeri.

4. Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah memberi kemudahan bagi
mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah kewangan dan khidmat nasihat.
Pihak pemasaran telah dihantar ke luar negeri untuk memperkenalkan hasil kraftangan kita. Tujuannya supaya
negara-negara maju dapat memberi sumbangan baik dari segi modal, teknik ataupun kepakaran. Perbadanan
Kraftangan mengharapkan negara-negara maju akan menawarkan projek-projek usahasama dengan pengusaha
tempatan untuk memajukan industri kraftangan negara ini.
5. Pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan perlulah berani dan bersedia menghadapi saingan daripada
pengusaha-pengusaha luar. Para pengusaha mestilah bersikap positif,dinamik dan terbuka untuk pembaharuan
dalam pengeluaran barangan kraftangan. Kejayaannya bukan sahaja dari segi komersial malahan dari segi
kemajuan negara. Syarikat korporat juga digalakkan untuk berkecimpung dalam industri kraftangan dengan
menanam modal bagi membina kilang kraftangan. Kesimpulan : 1. Kerajaan bukan sahaja akan dapat
membantu para pengusaha dan penduduk desa menambahkan pendapatan dan menjamin masa depan mereka.
Ini akan membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara pengeluar hasil kraftangan yang bermutu dan
boleh menambahkan pendapatan secara keseluruhannya. Jadi, langkah ini dalam banyak hal akan merupakan
satu bentuk pelaburan jangka panjang untuk faedah semua.

CONTOH PERSOALAN : 1. Bincangkan peranan universiti dalam pembangunan Malaysia. Intro :

1. Dalam dunia pendidikan, pendidikan universiti merupakan kemuncak pendidikan seseorang. Pendidikan
universiti juga merupakan satu keistimewaan bagi seseorang kerana bukan semua orang dapat menikmati
pendidikan tersebut, iaitu dapat meneruskan pelajarannya di menara gading.

2. Merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Merupakan pasport atau tiket untuk ke arah
kecemerlangan hidup.Tanda status dan kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Peranan : 1. Badan penyebar ilmu Universiti adalah bak kata pepatah `gedung ilmu’ yang di dalamnya penuh
dengan khazanah ilmu yang tidak terhingga nilainya. Dengan demikian sesiapa yang berjaya ke tahap
universiti maka beerti ia telah berpeluang untuk menerokai bidang ilmu yang maha luas itu dan kemudian
akan keluar sebagai seorang ilmuan yang berperanan untuk menyampaikannya kepada hak anak bangsa yang
dahagakan pengetahuan. Rakyat sesebuah negara akan terus maju, apa lagi bagi negara membangun, yang
selama ini jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju, tetapi kini ia sama taraf dengan bangsa-
bangsa yang telah maju di dunia ini. Jelas menunjukkan bahawa universiti dapat mewujudkan sati masyrakat
yang dinamik dan progresif yang sanggup menerima perubahan sesuai dengan aliran zaman.

2. Penyebaran bahasa Melayu Memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahasa ibunda
mereka mempunyai kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya sesuai dengan sifatnya sebagai bahasa rasmi
negara, iaitu menjadi bahasa ilmu yang sekaligus dapat menegakkan keperibadian bangsa. Jadi bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar sistem pendidikan negara seluruhnya. Menjadi bahasa penyebaran ilmu yang
tertinggi di rantau ini khususnya dan di dunia amnya.

3. Pusat untuk mengeluarkan manusia yang berkualiti, bukan sahaja berhemah tinggi tetapi juga mempunyai
kesedaran dan tanggungjawab kepada masyarakat dan sanggup membina masyrakat yang stabil, aman damai
dan bersatu padu. Tegasnya dalam hubungan memenuhi cita-cita nasional, universiti dapat memberikan
sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan tenaga manusia serta berusahamenggerakkan proses
pembaharuan dan memperkayakan di samping mempertinggikan bidang ilmu demi kemajuan bangsa dan
negara.

4. Pengumpulan tenaga manusia mahirDari aspek pembangunan ekonomi negara, fungsi universiti adalah
mengumpulkan tenaga manusia yang pakar dalam berbagai-bagai bidang dan jurusan dengan tujuan supaya
daya pemikiran dan pengetahuan iktisas yang ada pada mereka itu dapat dipergunakan sepenuhnya bagi
meninggikan taraf hidup rakyat dalam negara yang makmur dan harmoni.

5. Penghasilan pemimpinDalam bidang politik pula, universiti adalah tempat tapak semaian bagi melahirkan
golongan intelek yang mempunyai sikap yang rasional dan berpandangan jauh. Dapat menggerakkan dan
menyalurkan motivasi rakyat bagi menuju masa depan yang lebih cerah sambil menjamin pemerintahan
demokrasi serta memberikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara yang progresif.
6. Keseimbangan kerohaniah dan jasmaniahDapat memberikan keseimbangan dia antara keperluan rohani
dengan jasmani bagi mengatasi masalah kehidupan yang mencabar serta kompleks dalam zaman sains dan
teknologi ini. Meskipun sains dan teknologi adalah penting tepat negara tentulah tidak akan memerlukan
golongan pakar sanis semata-mata tetapi juga berkehendakkan kepakaran dalam bidang lain hanya dapat
dihasilkan oleh universiti sahaja.

Kesimpulan : 1. Universiti penting terhadap pembangunan negara. Tidak hairanlah peruntukan wang yang
besar diberikan oleh kerajaan untuk perkembangannya. 2. Diharapkan para siswazah tidak mengabaikan
harapan dan cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020.

CONTOH PERSOALAN :

1. Baru-baru ini ahli-ahli masyarakat sering mempersoalkan kecemerlangan universiti tempatan. Mereka
berpendapat kualiti siswazah yang dilahirkan kurang bermutu. Mereka juga meragui kemampuan tenaga
pengajar. Bincangkan sebab-sebab kemerosotan kecemerlangan ilmiah di universiti-universiti tempatan.

Intro :

1. Kini, sering dinyatakan di dalam akhbar tempatan tentang masalah para pensyarah di universiti yang
menuntut agar skim gaji dan perhidmatan mereka dikaji semula supaya selaras dengan kerjaya mereka.

2. Benarkah masalah ini memberi kesan langsung terhadap kemerosotan kecemerlangan universiti ?
Masyarakat umum menganggapi kemerosotan mutu akademik para graduan sebagai berpunca daripada
kemerosotan dedikasi dan kualiti pengajaran para pensyarah.

Punca : 1. Faktor sejarah Faktor-faktor kemerosotan ini dapat disorot melalui beberapa perkembangan pada
masa-masa lalu. Misalnya, walaupun wujud tradisi kecemerlangan di universiti-universiti negara ini,
penubuhannya lebih terdorong olehpermintaan untuk mengeluarkan tenaga mahir yang mencukupi bagi
memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, politik dan sosial negara. Penubuhannya bujanlah
berdasarkankomitmen yang penuh untuk mencapai kebenaran dan ilmu pengetahuan semata-mata.

2. Sindrom ijazah dan diplomaSecara evolusi timbullah suatu kesan negatif di kalangan para penuntut
universiti yang dikenali sebagai `sindrom diploma dan ijazah’. Dalam hal ini, rata-rata pelajar yang berjaya
menyambung pelajaran di universiti bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Aspek ilmu pengetahuan
diletakkan selepas cita-cita utama tersebut. Oleh yang demikian, ada kalanya universiti-universiti seperti ini
disebut sebagai sekolah tinggi.

3. Campur tangan pihak pemerintah Campur tangan pihak pemerintah dalam urusan pentadbiran universiti
juga berperanan dalam menimbulkan keresahan di kalangan para ilmuan. Misalnya, pengawalan universiti
oleh satu majlis yang dilantik oleh kerajaan. Para wakil dalam majlis tersebut diberi kuasa untuk menentukan
hala cara dan peranan bidang akademik. Hal ini menjadikan universiti seolah-olah suatu lanjutan daripada
sebuah jabatan kerajaan. Hal inilah yang berlaku di universiti- universiti tempatan.

4. Perlantikan pegawai utama universiti Begitulah juga halnya dengan perlantikan pegawai-pegawai utama
universiti yang ditentukan oleh pertimbangan politik dan ketaatan kepada ketua mereka. Perlantikan tersebut
bukanlah berdasarkan kepada kajaguhan akademik,kecekapan mentadbir atau kekananan perhidamatan.
sejajar dengan hal ini, para tenaga akademik dikawal oleh Peraturan Tatakelakuan Kakitangan Akademik dan
diberi gaji berdasarkan tangga gaji pegawai perhidmatan awam.
5. Kehilangan minat pengajar Implikasi yang timbul daripada hal tersebut ialah para tenaga akademik mula
kehilangan minat terhadap tugas pengajaran dan penyelidikan yang dapat mempertahankan kecemerlangan
akademik dan kewibawaan mereka sebagai golongan intelek. Ramai pensyarah yang berlumba-lumba untuk
merebut pelbagai jawatan pentadbiran yang dapat menjanjikan pendapatan yang lebih. Mereka mulai patuh
kepada pentadbiran dan menjalankan tugas sebagai seorang birokrat, iaitu meniru cara berpakaian birokrat,
bekerja mengikut waktu pejabat, malah ada yang membataskan peranan masing-masing kepada mengajar di
bilik kuliah ibarat guru sekolah tanpa mengambil berat kerja-kerja penyelidikan.

Kesimpulan : 1. Kita perlu memperbaiki keadaan tersebut. Jawatankuasa khas harus dilantik bagi merintis
jalan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan akademik sebagai tradisi kecemerlangan universiti. Kita harus
ke arah mencapai dan menjadi sebuah universiti seperti “Harvard University” atau “Cambridge University” di
Amerika dan England.

SUMBANGAN PENDIDIKAN SWASTA

1. Definisi : Sektor swasta memberi sumbangan yang positif untuk memajukan pendidikan bagi mencapai
WAWASAN 2020. Swasta menubuhkan sekolah, pusat akademik, kolej profesional, pusat bimbingan dan
sebagainya untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan pendidikan di Malaysia. Contoh : Kolej
Sunway, Pusat Bimbingan Tanjung, Kolej Stamford dan Kolej Tuanku Abd. Rahman.

2. Kabaikan / Peranan pendidikan swasta :

(a) Memberi peluang pendidikan yang lebih luas dan melanjutkan pelajaran. Mereka yang gagal peperiksaan,
tidak berjaya ke universiti dan memilih kursus mengikut cita rasa sendiri akan ke sekolah swasta. Sekolah
swasta mempunyai syarat kemasukan yang lebih longgar seperti had umur dan kelulusan minima. Boleh
mengatasi masalah psikologi pelajar yang gagal dan mereka belum bersedia untuk berdikari.

(b) Pertukaran wang asing dapat dijimatkan. Tidak perlu membayar lebih kerana belajar di dalam negeri.
Bayaran yuran yang rendah dan perbelanjaan harian yang murah. Tempat tinggal dan makan boleh
dijimatkan. Nilai mata wang yang rendah dibandingkan dengan nilai mata wang yang lebih tinggi di luar
negeri. Berpuluh-puluh ribu pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana universiti tempatan
tidak menawarkan tempat yang mencukupi. Membawa kesan ekonomi yang negatif.

(c) Pembangunan keusahawanan dan kepakaran teknologi. Menawarkan banyak pilihan kursus. Ada yang
bercorak profesional juga. Contoh : Kejuruteraan, Perakaunan,Perhotelan, Jahitan, Masakan, Sistem Bank,
Perhiasan dan sebagainya. Pelajar boleh memilih subjek yang diminati oleh mereka. Membantu kerajaan
menyediakan tenaga kerja yang produktif, mahir, berilmu dan berpengetahuan untuk menyumbangkan ke arah
pencapaian Wawasan 2020. Meningkatkan kemahiran sumber manusia dan membantu kerajaan ke arah
perindustrian yang maju. Menyediakan pelajar-pelajar bagi peperiksaan London Chamber of Commerce and
Industry dan Institute of Chartered Management and Accountancy.

(d) Teknik pembelajaran yang berkesan. Menyediakan pendidikan yang bermutu. Kelas kecil dikelolakan
dengan berhawa dingin. Lebih ekslusif dan mengikut sistem yang paling muktahir. Mungkin menggunakan
muzik bagi menenteramkan suasana pembalajaran yang lebih tenang. Mempunyai modal yang besar dan
mampu menyediakan kemudahan pengajaran pembelajaran yang serba lengkap. Menyediakan sistem
pentadbiran yang berkesan dan profesional. Guru dan pensyarah yang berkaliber akan dijemput untuk
mengajar. Mereka mempunyai kelayakan yang tinggi. Sentiasa menganjur seminar yang bermutu untuk
membantu pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan. Contoh : Kursus bahasa Inggeris untuk peperiksaan
Toefl dan A Levels.
(e) Kegiatan ekonomi yang berpotensi. Untuk kemajuan ekonomi yang pesat, pendidikan yang bertaraf tinggi
adalah penting untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, syarikat-syarikat besar telah mengeluarkan berjuta-
juta ringgit untuk projek pendidikan. Untuk meningkatkan taraf profesionalme dengan menawarkan kursus-
kursus yang baik demi manarik pelajar dan mengaut keuntungan. Contoh : MBF Holdings memiliki Kolej
Taylor. Kursus Kembar (Twinning) dengan universiti terkemuka di dunia antarabangsa amat popular.

3. Keburukan pendidikan swasta :

(a) Mungkin tidak mengikut falsafah pendidikan dengan 100%. Mereka terpaksa menyelewengan sedikit
untuk menarik minat pembelajaran.

(b) Terlalu mementingkan keuntungan – bayaran yuran tinggi – orang kaya sahaja yang mampu. Ini
disebabkan matlamat akhir sektor swasta ialah mencapai keuntungan maksima. Tiada ciri kebajikan wujud
dalam perniagaan.

(c) Wujudnya penyelewengan – Sekolah swasta tutup kalau rugi. Pelajar-pelajar yang ada terpaksa
diberhentikan. Ini akan menyebabkan masalah kepada pelajar dan mereka terasa ditipu. Mengiklankan tentang
kehandalan sekolah swasta tetapi pada hakikatnya tidak sebegitu.

(d) Kelayakan tenaga pengajar diragui kemampuan mereka. Adakah guru sekolah-sekolah swasta terlatih ?
Mampu mereka menegaskan disiplin dan menguatkuasakan peraturan sekolah dengan adil dan berkesan.

4. Kesimpulan : (a) Kementerian pendidikan haruslah menyalurkan bantuan dan menyusun cara untuk
mengawal pengurusan sekolah swasta supaya selaras dengan matlamat falsafah negara.

CONTOH PERSOALAN :

1. Tiap-tiap tahun, bilangan lepasan SPM dan STPM yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan
masing-masing semakin bertambah. Peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang
lebih tinggi belum terjamin memandangkan kemampuan universiti tempatan mengambil pelajar-pelajar adalah
terhad. Baru-baru ini, banyak kolej swasta telah menjalankan program ‘Universiti Berkembar’ dengan
universiti luar negeri untuk membantu mereka yang gagal melanjutkan pelajaran di negara kita. Sejauh
manakah program Universiti berkembar ini dapat membawa kebaikan terhadap perkembangan Pendidikan
Negara.

Intro : 1. Menampung lebih ramai pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Pertambahan bilangan
pelajar yang lulus peperiksaan sama ada di peringkat SPM dan STPM adalah jelas. Tiap-tiap universiti yang
ada di negara ini hanya berupaya untuk menerima sekitar 2000 hingga 3300 orang pelajar pada setiap sessi
pengambilan. Pelajar- pelajar ini sekurang-kurangnya dapat mencapai hasrat mereka untuk dipanggil graduan.
Dengan sumber manusia sedemikian kita dapat membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020.

Kebaikan : 1. Untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran. Program universiti
berkembar di antara kolej-kolej swasta tempatan dengan universiti-universiti luar negeri telah membantu
rakyat mencapai hasrat mereka. Penubuhan dan perkembangan program yang seumpama ini telah membuka
jalan kepada sebilangan pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti
tempatan. Peluang-peluang ini telah menyebabkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa
yang akan datang.
2. Melanjutkan pelajaran di dalam negeri. Corak pengendalian dan pengajarannya berlangsung di negara ini.
Keadaan ini adalah sesuai untuk rakyat kerana mereka tidak perlu membeli pakaian tebal, membawa makanan
sambal belacan, periuk dan sebagainya. Cara kehidupan dan kebudayaan orang-orang tempatan adalah lebih
sesuai dan ini adalah satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan naumun kita harus menimbangkan beberapa aspek
kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut. ini adalah satu kebaikan program berkembar.
Program seperti ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan. Namun
kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut.

3. Pengaliran wang ke luar boleh dielakkan. Pelajar-pelajar yang ingin menambahkan tahap akademik mereka
walaupun gagal mendapat tempat dalam negeri tidak perlu lagi mengeluarkan belanja yang banyak ke luar
negeri. Mereka boleh menyertai program ini di dalam negara ini sahaja. Dalam keadaan ini, kita tidak perlu
membazirkan wang kita di luar negara. Kos perbelanjaan untuk membiayai pendidikan di dalam negeri lebih
menjimatkan.

4. Kemahiran dan kepakaran masuk ke dalam negara. Pihak yang menganjurkan program itu sudah
semestinya menggunakan kepakaran-kepakaran universiti yang bekerjasama dengan mereka. Peluang-peluang
bagi pelajar- pelajar yang menyertai program ini mempelajari pelbagai teknik kemahiran sama ada dalam
bidang teknologi atau ilmu kemanusiaan. Ini juga menyebabkan pemindahan kemahiran dan kepakaran di
kalangan pensyarah. Pensyarah tempatan dapat mempelajari dan berkongsi pendapat dengan pensyarah luar.

Kesan Negatif :

1. Penggunaan bahasa inggeris. Institusi yang menganjurkan program berkembar dengan universiti-universiti
luar negeri menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Ini tidak menepati falsafah pendidikan
negara yang mengutamakan penggunaan bahasa melayu dalam bidang pendidikan. Penggunaan bahasa
inggeris di intitusi swasta boleh menerbitkan kecenderungan pelajar-pelajar menggunakan bahasa inggeris
secara berpanjangan khususnya apabila menceburi sektor pekerjaan. Mereka lebih mengutamakan bahasa
inggeris.

2. Pengiktirafan kerajaan dan swasta. Kolej swasta yang menganjurkan program yang seperti ini dengan
universiti luar negeri tidak mendapat pengiktirafan pihak kerajaan. Mereka melakukan kerjasama ini semata-
mata kerana ingin mencari untung dan bukannya mementingkan kualiti pelajaran serta masa depan pelajar-
pelajar kelak. Pelajar-pelajar yang tamat pengajian mereka akan menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan
kerana ijazah mereka tidak diiktiraf. Pelajar tersebut telah membazirkan wang dan masanya selama menyertai
program tersebut.

3. Yuran pembelajaran yang tinggi. Perbelanjaan penduduk dalam negeri ternyata tinggi kerana kolej-kolej ini
mengenakan yuran yang tinggi bagi kursus-kursus yang dikendalikan. Penduduk di negara kita masih ramai
yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka kerana kemiskinan. Mereka tidak mendapat
biasiswa kerana kolej-kolej ini adalah kolej swasta. Kolej-kolej swasta ini lebih mementing keuntungan
semata-mata. Mereka tidak berapa berminat membaiki kualiti pendidikan pelajar.

Kesimpulan : 1. Semasa meluluskan permit kolej swasta ini untuk mengadakan program berkembar, kerajaan
haruslah berhati- hati dengan kelemahan yang wujud. Ini demi menjaga kualiti pendidikan yang ditawarkan.
CONTOH
PERSOALAN :

1. Setiap kali menjelang musim perayaan gedung membeli-belah mengadakan berbagai-bagai jualan murah
untuk menarik perhatian pengguna dan mengaut keuntungan yang cepat. Sebagai pengguna, kita sering
terperangkap dalam iklan- iklan yang menarik dan jualan murah tersebut. Sebenarnya, para peniaga adalah
secara halus “menipu” pengguna yang berbelanja. Bincangkan hak-hak anda sebagai pengguna dan huraikan
peranan persatuan pengguna dalam membantu pengguna yang menghadapi masalah ini.

Intro :

1. Pengguna adalah “raja” kerana mereka mempunyai kuasa membeli.

2. Pengguna tidak tahu hak mereka mereka sebagai pengguna dan sering ditipu. Pengguna juga tidak bersatu-
padu dalam menentang kenaikan harga barangan.

3. 15 Mac 1992 adalah Hari Pengguna sedunia dan di Malaysia sambutannya telah dirasmikan oleh YAB
Perdana Menteri. Oleh kerana hak pengguna perlu dikawal, satu kementerian hal-ehwal pengguna telah
ditubuhkan dan dipimpin oleh YB Datuk Abu Hasan (1993).

Hak Pengguna :

1. Pemilihan barangan dan perkhidmatan. Memilih barangan dan perkhidmatan secara bebas tanpa desakan,
tanpa rasa takut, segan dan sebagainya. Juga berhak mendapat penerangan atau maklumat terperinci sebelum
mengambil keputusan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti boleh bertanya, tawar-
menawar, memegang dan meniliti dengan sepuas hati.

2. Perlindungan daripada bahaya. Mendapat perlindungan daripada bahaya atau kesan-kesan sampingan
semasa menggunakan barangan atau perkhidmatan, seperti alat-alat elektrik yang merbahaya, jentera dan
sebagainya. Pengguna juga berhak menuntut gantirugi seperti menukar dengan barangan yang baru,
memulangkan semula wang, atau membayar pampasan yang lebih tinggi.

Peranan persatuan pengguna :

1. Perjuangan hak pengguna. Peranan persatuan pengguna adalah memperjuangkan hak-hak pengguna yang
tertipu, menyedarkan pengguna terhadap muslihat di tempat membeli belah, menjalankan kaji selidik
barangan pengguna di pasaran dan lain-lain. Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun
1970 adalah persatuan pengguna yang paling aktif memperjuangkan nasib pengguna. Persatuan pengguna
boleh membantu pengguna yang tertipu, tertindas, atau yang teraniaya dengan cara menjadi orang tengah,
membongkar kes-kes penipuan dalam akhbar terutama Utusan Pengguna atau menolong menjalankan
pendakwaan di mahkamah.

2. Kajian dan pembangunan. Menjalankan kaji selidik dengan penyelidikan yang berfaedah demi kebaikaan
pengguna seperti ada sesetengah Chewing Gum mengandungi geletin babi, ada sesetengah sabun yang
menggunakan lemak babi, tidak sesuai untuk orang Islam, burger mengandungi timah hitam yang
menyebabkan kolestrol yang tinggi dan lain-lain. 3. Kesedaran pengguna. Menyedarkan pengguna terhadap
tipu muslihat di tempat membeli belah seperti kaedah jualan murah, timbangan, mutu atau gred barangan atau
perkhidmatan, harga, tanda harga, halal dan bersih digunakan. Melalui risalah dan buku yang dikeluarkan oleh
persatuan-persatuan ini bolehlah pengguna memahami hal-hal berkaitan dengan pengguna.
Kesimpulan : 1. Pengguna sering menjadi mangsa kerana tidak tahu hak-hak mereka sebagai pengguna. 2.
Bantuan daripada pihak persatuan pengguna adalah perlu bagi mengurangkan masalah penipuan terhadap
pengguna dan para peniaga yang mencari kesempatan. 3. Kerajaan juga perlu mengambil berat dalam hal ini
kerana melibatkan semua rakyat dan kementerian yang berkaitan dengan kepenggunaan telah diwujudkan.

CONTOH PERSOALAN :

1. Pendirian tegas yang ditunjukkan oleh Malaysia baru-baru ini ketika membincangkan isu-isu antarabangsa
telah membawa kesan negatif dan positif kepada negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan
ini ?. Intro: 1. Sesebuah negara yang telah merdeka, adalah wajar menggunakan konsep “Kedaulatan”. 2.
Malaysia sebagai negara berdaulat dan dihormati oleh kebanyakan negara di dunia. Malaysia yang
mengamalkan dasar berkecuali dan adalah bebas untuk menyatakan pendiriannya dengan tegas dan berani.

Kesan negatif: 1 Hubungan Malaysia vs England (1983-1985) Hubungan Malaysia dengan Britain renggang
seketika akibat sikap radikal pemimpin kita melaksanakan atau sekitar melancarkan “Dasar Pandang Ke
Timur” dan “mengimport barang-barang Britain sebagai langkah terakhir”. Akibat masalah ini Menteri Luar
England dihantar ke Malaysia untuk berunding. Akibat dasar kerajaan ini, kerajaan Britain dan Australia telah
menaikkan yuran mahasiswa- mahasiswi di Universiti.

2. Hubungan Malaysia-Australia-England. Awal tahun 1980an hubungan diplomatik Malaysia dan Australia
serta Britain agak rengang sedikit kerana ketegasan badan justisari atau kehakiman menjatuhi hukuman
gantung sampai mati kepada Kelvin Barlow dan Brian Chambers kerana kesalahan mengedar dadah di
Lapangan Terbang Bayan Lepas – kedua-dua rakyat Australia. Apa yang menyedihkan negara kita ialah
tuduhan kerajaan Britain dan Australia terhadap negara Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak
berperikemanusiaan dan boleh dianggap sebagai negara “barbarian”.

3. Sistem Keutamaan Am Malaysia (GSP) Sistem Keutamaan Am Malaysia (General System of Preferences)
dengan Amerika Syarikat hampir ditarik balik pada tahun 1991 kerana tindakan kerajaan Malaysia yang
mengutuk perbuatan Amerika Syarikat pada peringkat antarabangsa, sedangkan tindakan kerajaan kita
tersebut adalah kena pada tempatnya. Bagi Amerika Syarikat pula ugutan untuk menarik balik “GSP” kerana
mereka menuduh Malaysia tidak memberi dan tidak menjaga hak asasi kepada para pekerja – iaitu kebebasan
membentuk kesatuan sekerja

4.Penubuhan EAEC. Tindakan tegas pemimpin kita yang mengeluarkan idea untuk menubuhkan Perundingan
Ekonomi Asia Timur(EAEC) pada tahun 1991 menyebabkan kebanyakan negara-negara maju merasa tidak
senang, terutamanya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuba memujuk dan menyekat kerajaan Jepun
daripada menyertai EAEC yang katanya merupakan satu pakatan kerjasama ekonomi dan bukan sebagai
badan penasihat atau badan perundingan ekonomi. Bagi Amerika Syarikat, cuba mengagalkan kewujudan
EAEC.

Kesan Positif :

1. Dasar Apartheid. Perlaksanaan Dasar Apartheid di Afrika Selatan menampakkan kesan positif. Regim
Afrika Selatan semakin longgar mengenakan syarat-syarat pemerintahannya, iaitu cuba mengurangkan dasar
membezakan kaum. Sebagai contoh Parti KOngres Kebangsaan Afrika (ANC) tidak lagi diisytihar sebagai
parti haram, Presiden ANC, Nelson Mandela telah dibebaskan dan kelonggaran kepada rakyat Afrika untuk
menyertai kongres tersebut.
2. Suruhanjaya Selatan-selatan (1986). Hasil daripada sikap lantang negara Malaysia, iaitu saranan Dr.
Mahathir ketika menghadiri persidangan Pergerakan negara-negara berkecuali (6) di Harare, Simbabwe pada
tahun 1985. Tujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk kerjasama
ekonomi di kalangan negara-negara kecil dan bukan sahaja bergantung kepada negara-negara maju. Untuk
bertentangan dengan 67, diwujudkan G15 dari kalangan negara yang menganggotai Suruhanjaya Selatan-
selatan. Contoh: Malaysia, Thai, Filipina, Singapura dll. Untuk mengatasi masalah ketidakstabilan ekonomi
negara-negara membangun. Wujudnya G15 adalah hasil usaha Malysia pada 1990.

3. Undang-undang dadah. Ketegasan Malaysia di dalam soal dadah menampakkan ciri yang positif, iaitu lebih
banyak negara-negara lain di dunia cuba meniru undang-undang Malaysia yang menjatuhi hukuman mati
kepada pengedar-pengedar dadah. Contoh: Singapura juga telah menjatuhi hukuman mati kepada pengedar
dadah dan kedengaran ura-ura Amerika Syarikat pun akan menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-
pengedar dadah.

4. Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang melaksanakan Dasar Pandang ke Timur menampakkan kesan yang
positif kepada negara. Banyak pelabur-pelabur Jepun membuka firma-firmanya di Malaysia. Malaysia berjaya
menghasilkan kereta nasional (Proton Saga ) dan akan mengeluarkan kereta jenis Daihatsu serta kereta “sport”
dengan kerajaan Australia.

5. Kutukan pencerobohan Iraq di Kuwait Ketegasan Malaysia menyatakan pendiriannya iaitu mengutuk
penceroboh Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990 serta mengundi untuk menyokong pihak bersekutu
menggunakan tentera untuk menghalau Iraq keluar dari Kuwait, sememangnya mendatangkan kesan yang
positif. Untuk menjaga kepentingan GSP antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan untuk mengekalkan
bantuan yang sentiasa diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia.

6. Pendirian Malaysia bagi isu Kampuchea . Isu di Kampuchea berjaya diselesaikan apabila pen- dirian tegas
Malaysia dinyatakan dalam beberapa mesyuarat Agung ASEAN dan pada peringkat antarabangsa (PBB).
Hasilnya Kampuchea sekarang diperintah oleh Majlis Tertinggi Kebangsaan Kampuchea dengan diawasi oleh
Pasukan Pengaman PBB. Kesimpulan : 1. Malaysia cuma memainkan peranannya dalam mengamankan dunia
dengan menyertai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

CONTOH PERSOALAN : 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk menjaga


keamanan dan kesejahteraan negara-negara yang menjadi ahli. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini
peranan PBB untuk mewujudkan keharmonian masyarakat antarabangsa semakin terbatas dan kurang
berkesan. Huraikan pendapat tersebut.

Intro :

1. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua, telah
membuka ruang kepada kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB ditubuhkan pada
Persidangan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1945. Keanggotaannya kini sudah melebihi
165 buah negara apabila beberapa buah bekas republik di Soviet Inuon dan beberapa buah negara di
Kepulauan Pasifik menyertainya.

Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu :

1. Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya perang
dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh negara- negara di dunia dalam bidang-
bidang politik, ekonomi dan sosial.
2. Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada negara-negara yang
memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi, teknikal dan sosial.

3. Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan-badan utama (principal organ),
pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah, Majlis Ekonomi
dan Sosial, pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam bidang-bidang khusu
termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), UNESCO dan
sebagainya.

4. Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu misalnya
Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera Pengaman
PBB di Kampuchea dan sebagainya.

5. Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada Majlis Keselamatan. Majlis ini
dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk
tempoh dua tahun.

Sebab Kegagalan :

1. Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan (Amerika Syarikat,
Rusia, Britain, Perancis dan China) sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang menyentuh
kepentingan mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB kepada kuasa-
kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negara-negara tersebut boleh mengenepikan kutukan dan
kritikan dari negara-negara anggota dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat dan Rusia sering
menggunakan kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu pencerobohan Rusia ke atas
Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas Libya pada tahun 1987.

2. PBB untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB dijadikan alat oleh negara tertentu untuk
mencapai tujuan politik negara tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara lain
supaya tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya mewujudkan
kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa baru
di Timur Tengah yang boleh mengugat kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang
berusaha untuk menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya didalangi oleh
kuasa-kuasa besar.

3. Pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera pengaman PBB juga menghadapi masalah
terutama mengenai pembiayaan, diplomatik, kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan menyerang
dua kampung di Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh, dianggap paling hebat
kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan askar PBB bertumbuk ketika pasukan
Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua askar PBB cedera dalam pergaduhan itu. Israel juga
menggunakan jentolak untuk melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak di tengah jalan bagi
menghalang kemaraan Israel.

4. Campurtangan kuasa-kuasa besar. Sikap suka campurtangan kuasa-kuasa besar khususnya Rusia dan
Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang tidak stabil menyebabkan peranan PBB untuk menyelesaikan
konflik di negara-negara tersebut kurang berkesan. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan “pencerobohan”
Amerika ke atas Panama untuk menangkap Presiden negara tersebut Jeneral Noriega. Begitu juga dengan kes
Grenada dan El Savador, kedua-dua kuasa besar itu (Amerika Syarikat dan Rusia) cuba mengembangkan
pengaruh mereka terhadap dua kumpulan yang sedang berebut kuasa memerintah negara-negara tersebut.
5. Keputusan PMM tidak dilaksanakan. Tiada kuasa melaksanakan keputusan terhadap sesuatu resolusi yang
diputuskan dalam Perhimpunan Agung. Walaupun dalam Perhimpunan Agung hampir keseluruhan negara
mengutuk tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin, tetapi masih tidak ada perlindungan kepada
rakyat Palestin hingga hari ini. Ini kerana soal- soal yang berkaitan dengan keselamatan diserahkan bulat-
bulat kepada Majlis Keselamatan yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan Rusia. Kesimpulan : 1. PBB nyata
kurang berkesan dalam menyelesaikan konflik antarbangsa. Isu Palestin dan Kampuchea masih berlarutan
hampir setengah abad. Usaha-usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan dan
keyakinan negara-negara anggota terhadap pertubuhan yang bersifat “World Govermemt” ini.

CONTOH PERSOALAN : 1. Bincangkan peranan sukan dalam pembangunan negara. 2. Sukan memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara. Sejauh manakah anda
bersetuju dengan pernyataan ini ?. 3. Bincangkan kebaikan dan keburukan sukan. 4. Sejauh manakah alat
sukan boleh meningkatkan mutu sukan ? Intro : 1. Ramai orang menganggap sukan sebagai satu bentuk
rekreasi dan dapat membina kesihatan kita. 2. Aktiviti sukan merangkumi kegiatan seperti berenang, olahraga,
badminton, tenis, skuasy, sepak takraw, golf, gusti, tinju dan lumba kereta. 3. Sukan muncul sebagai satu
fenomena penting di seluruh dunia. Berkembang sebagai kegiatan fizikal berorientasikan pertandingan.
Peranan : 1. Pembangunan sosio-budaya sesebuah masyarakat. Penglibatan individu dalam sukan merupakan
alat yang berkesan untuk membina kesihatan tubuh badan. Kegiatan fizikal sukan membolehkan jantung dan
sistem pengaliran darah bertambah baik. Meningkatkan fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan
memulihkan ketidakfungsian kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan tekanan emosi individu.
Rakyat yang sihat akan menjadi aset yang penting bagi pembangunan negara. 2. Pembina sahsiah yang
menyeluruh. Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial
aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Dianggap sebagai sumber ilmu
dan panduan dalam proses pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah.
Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul dapat dilahirkan kerana sukan boleh
menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. 3. Menyatukan masyrakat
berbagai etnik. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan
pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami. Boleh menyumbang ke arah
perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti
diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Boleh menjalin keperimanusiaan. Penyakit- penyakit sosial seperti
penagihan dadah, alkoholisme, lari dari rumah, keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin dapat dikurangkan
kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. 4. Sebagai satu industri dan perdagangan.
Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contoh : Amerika
Syarikat memperohlehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat
sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di
negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula
memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat
sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah
meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan
dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion
pada tahun-tahun 1980an. 5. Peluang pekerjaan. Menyedikan peluang pekerjaan profesional dan bukan
profesional. Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam
French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang
terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain
bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini
adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik. Kesimpulan : 1. Baru-baru ini, wujud
satu hubungan yang erat dinamakan “simbiotik” antara sukan, media dan pengiklanan. Televisyen telah
mengeksploitasikan sukan sebgai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan. Contoh : liputan sukan
Olimpik melalui televisyen pada 1992 dibayar RM21 juta oleh Syarikat Dunhill. Kos penajaan bolasepak
semi- pro Malaysia pula berjumlah RM6.6 juta. 2. Sukan boleh meningkatkan imej dan martabat negara.
Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. ” MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ”
mengikut Rahim Razali pengulas sukan negara.
CONTOH PERSOALAN : 1. Cara-cara untuk memajukan bidang perindustrian di negara kita demi mencapai
Wawasan 2020. Bincangkan. 2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat adalah dasar yang
penting untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Sejauh manakah anda bersetuju
dengan pernyataan ini ? 3. Bincangkan sumbangan industri berat dalam pembangunan negara. Konsep
perindustrian dalam pembangunan negara. 1. Sektor perindustrian memainkan fungsi utama dalam kemajuan
sesebuah negara. Perkembangan industri perkilangan boleh meningkatkan gunatenaga dan mengglakkan
pertumbuhan industri baru, menambahkan pendapatan negara dan memperbaiki imbangan pembayaran.
Banyak usaha telah dipergiatkan demi menggerakkan jentera pembangunan perindustrian Malaysia. Langkah
mempercepatkan kadar perindustrian : 1. Pelabur asing pelabur asing mempunyai modal yang kukuh,
kemahiran teknologi, rangkaian pemasaran yang luas di peringkat antarabangsa. Kalau ada pelabur asing,
Malaysia tidak perlu meminjam daripada sumber kewangan asing demi membuka kilang-kilang baru atau
mengimport teknologi moden. Kerajaan telah memberi galakan yang lebih menarik kepada syarikat asing
seperti pengecualian cukai menerusi taraf perintis, pengwujudan kawasan perdagangan bebas dan penyediaan
kemudahan infrastruktur yang sempurna. 2. Pasaran yang luas. Faktor pasaran penting terhadap pembangunan
industri perkilangan. Permintaan yang luas boleh mendorong pengilang untuk menambahkan pengeluaran dan
memperluaskan pelaburan. Kerajaan telah menerokai pasaran baru terutamanya negara sosialis dan negara
sedang membangun yang berpotensi. Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan meyertai
ekspo-ekspo antarabangsa untuk mempamerkan barangan buatan Malaysia. Contoh : Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia, Pusat Dagangan Eksport Malaysia dan Pesuruhjaya Perdagangan di luar negara telah
menyebarkan maklumat kepada ahli-ahli perniagaan di luar negara. 3. Penyediaan tenaga buruh mahir.
Tenaga buruh yang mahir penting untuk memajukan proses perindustrian. Tahap kepakaran yang tinggi dapat
meningkatkan daya produktiviti dan meminimunkan kos pengeluaran dan meninggikan kualiti barangan yang
dihasilkan. Kerajaan telah menubuhkan banyak intitusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal, seperti
Universiti Teknologi Malaysia dan Institut Kemahiran MARA untuk melatih dan melahirkan tenaga pekerja
mahir dan yang mempunyai semangat keusahawanan yang sesuai dengan keperluan pembangunan sektor
perindustrian. 4. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dalam usaha membolehkan barangan buatan
Malaysia mendapat sokongan dan menembusi pasaran antarabangsa, kerajaan dan pengusaha haruslah
meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan. Kita dapat memperkenalkan teknik pengeluaran baru
yang sesuai demi meninggikan daya produktiviti dan keupayaan persaingan untuk barangan tempatan di
pasaran asing. Pengeluaran barangan yang bermutu tinggi dan murah akan mendapat perhatian para pengguna.
Institusi penyelidikan penrindustrian seperti SIRIM dapat mengawal barang-barang pembuatan yang
berkualiti. 5. Kestabilan politik. Mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakkan. Semua orang Semua
orang perlu berganding bahu demi melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan mesra. Usahawan barulah
berani menanam modal dan memperluaskan aktiviti perkilangan mereka. Gangguan politik dan masalah
ketenteraman boleh mengagalkan projek pembangunan sesebuah negara. Sekiranya sesebuah negara itu
sentiasa mengalami masalah perkauman dan krisis mogok yang berleluasa, ini akan menjejaskan
pembangunan negara. Masalah ini akan mengakibatkan ramai pelabur asing dan pemodal tempatan beralih ke
negara- negara yang lebih stabil demi menjamin keuntungan pelaburan mereka.

CONTOH PERSOALAN : 1. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing. 2. Pelaburan


asing bantu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara. Sejauh manakah pelaburan asing dapat
membawa kebaikan terhadap pembangunan negara ?. Konsep ekonomi dan pelaburan : 1. Kemelesetan
ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan
ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang
negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi menarik kemasukan
pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan negara. 2. Pelaburan asing
merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing dapat
menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan
kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan
pelaburan asing di negara ini. Sumbangan pelaburan asing : 1. Teknologi muktahir. Membolehkan
pemindahan teknologi moden ke negara ini. Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai
projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu
penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur asing akan membawa bersama
teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan
melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran
agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek
mencarigali minyak di Terengganu. 2. Gunatenaga yang mahir. Matlamat utama kerajaan menggalakkan
pelaburan asing ialah untuk meningkatkan gunatenaga dan mengurangkan kadar pengganguran negara.
Apabila pelaburan asing bertambah, banyak kilang baru akan didirikan. Dalam usaha menjayakan projek ini,
negara kita memerlukan banyak tenaga buruh. Maka wujudlah peluang pekerjaan yang lebih banyak.
Perkembangan ini memberi kesempatan kepada para penganggur untuk mendapatkan pekerjaan dalam kilang-
kilang tersebut. 3. Pendapatan negara bertambah. Pengaliran wang ke luar negeri akan berkurangan kerana
banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah
dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi
barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan
asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-
bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan
mentah tempatan lebih terjamin. 4. Menyelesaikan hutang negara. Sumber kewangan dalam projek-projek
pelaburan asing itu merupakan modal pelaburan yang tidak perlu dibayar balik. Dalam usaha mengatasi
kemelesetan ekonomi dan memajukan taraf hidup rakyat, pihak kerajaan banyak meminjam daripada intitusi
kewangan asing sehingga menyebabkan hutang negara mencapai 45 billion ringgit pada tahun 1989. Ini
merupakan perkembangan yang kurang sihat kerana setiap tahun negara kita terpaksa membayar balik
sejumlah besar hutang tersebut ke luar negeri. 5. Pembangunan infrastruktur. Kemudahan asas yang sempurna
merupakan nadi utama untuk mempergiatkan pembangunan perindustrian. Justeru itu, kerajaan telah
memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air, di samping sistem
pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan projek pelaburan asing. Pelabur-pelabur asing sendiri
juga akan menyediakan kemudahan rekreasi dan tempat kediaman untuk para pekerja. Penyediaan
perhidmatan sosial ini akan meninggikan taraf hidup sosial rakyat negara ini. Contoh : Jalan Sultan Azlan
Shah telah dibina untuk memudahkan haluan kilang-kilang di Bayan Lepas dan Bayan Baru di Pulau Pinang.
Langkah : 1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing.
Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati
kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat
asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan
peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100%
dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan
membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh
pelabur asing. 2. Rombongan penggalakan pelaburan. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke
luar negeri adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar
negeri. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar
pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan
menerusi pejabat Lambaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini
dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan kepada
bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia
sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan. 3. Tapak perindustrian. Kawasan perindustrian
yang sesuai dan kemudahan infrstruktur yang sempurna mustahak untuk menjayakan sesuatu projek pelaburan
asing. Dalam usaha menarik pelabur asing, tapak perusahaan yang strategik telah dipilih untuk dimajukan
sebagai kawasan perusahaan. Kerajaan juga perlu memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk
menyediakan kemudahan elektrik dan bekalan air, di samping memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan
perindustrian tersebut demi menjayakan projek pelaburan asing. Contohnya, Kawasan Perindustrian Mak
Mandin, Butterworth di Pulau Pinang dan Kawasan Perindustrian Shah Alam, Selangor. Dengan adanya
kemudahan infrastruktur yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek
pelaburan mereka di sini kerana boleh menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan. 4.
Teknologi dan kemahiran. Kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan
kemahiran dan kecekapan tenaga buruh dan mempergiatkan program penyelidikan dan pembangunan untuk
memperkenalkan teknik pengeluaran moden. Daya produktiviti yang tinggi bukan sahaja menjimatkan kos
penghasilan, bahkan memaksimunkan keuntungan sesuatu projek pelaburan. Ini memang sesuai dengan hasrat
pelabur asing untuk meningkatkan keuntungan. Dengan usaha ini, pelabur asing tertarik untuk melabur di
Malaysia kerana terdapatnya tenaga pekerja yang mahir serta tingkat teknologi yang tinggi. 5. Keyakinan
pelabur asing. Kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan pelaburan asing. Jika sesebuah
negara iru sentiasa mengalami pergolakan politik akan menjejaskan keyakinan para pelabur kerana modal dan
keselamatan mereka akan terancam. Masalah ini akan menyebabkan ramai pelabur asing beralih ke negara-
negara yang lebih stabil. Yang demikian, segala perjuangan politik yang keterlaluan harus dielakkan demi
melahirkan sebuah negara yang aman, damai dan harmoni agar usahawan asing berani menanam modal di
negara ini. Kerajaan juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing.
Matlamatnya ialah untuk memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak memiliknegarakan mana-mana
syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini akan menambahkan keyakinan pelabur asing dan mengglakkan
kemasukan modal asing ke negara ini. Keburukan : 1. Persaingan dengan pelabur-pelabur tempatan. Mereka
dianaktirikan dan tidak mendapat tender-tender yang sepatutnya mereka usahakan. Tidak dapat bertanding
dengan pelabur asing yang berteknologi canggih dan bermodal lumayan. Barangan baru yang dihasilkan tidak
dapat dikeluarkan oleh pelabur tempatan. 2. Tiada pemindahan teknologi. Mereka membawa kepakaran dan
kakitangan sendiri. Merugikan negara kita kerana ini adalah harapan negara. Mereka lebih mengutamakan
keuntungan menyebarkan pengetahuan baru. Hanya membawa wang keluar dari Malaysia. 3. Pencemaran.
Masalah ini akan berlaku daripada segi air, udara dan alam sekitar. Ini bertentangan dengan konsep untuk
hidup dalam alam yang bersih. Dengan pembukaan kilang-kilang baru, hutan diterokai dan pokok ditebang
untuk tujuan tersebut. Ini telah merosakkan sistem eko-sistem dan ekologi alam sekitar. Asap yang keluar dan
sisa-sisa buangan kilang mencemarkan laut, sungai dan udara yang bersih. 4. Kebudayaan kuning dan asing.
Ini bertentangan dengan kebudayaan yang lebih halus di negara kita. Adat, cara hidup, tarian, seni, lagu dan
agama dipengaruhi oleh pelabur-pelabur asing. Ini kerana masyarakat lebih mendewakan kebudayaan mereka
yang dianggap kompleks dan “sophisticated”. Ini secara tidak langsung telah mencemarkan hubungan
kekeluargaan orang- orang Asia. Semangat kejiranan juga merosot. 5. Penjajahan ekonomi asing. Ini amat
membahayakan kerana pelabur-pelabur asing ini boleh menyebabkan kita terlalu bergantungan kepada
mereka. Tanpa pelabur asing kedudukan ekonomi negara kta akan terjejas dan menjadi tidak stabil. Contoh :
Sekiranya Amerika Syarikat menarik balik GSP, banyak kilang elektronik akan tutup. Ini boleh
mengakibatkan ramai pekerja kilang elektronik menganggur dan menggugat kestabilan ekonomi negara kita.

CONTOH PERSOALAN :

1. Masalah kesesakan jalan raya menjadi semakin meruncing khususnya di Kuala Lumpur. Apakah pandangan
anda terhadap isu ini serta cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasinya. Intro :

1. Kesesakan lalu lintas dihadapi oleh kebanyakan bandaraya- bandaraya di seluruh dunia termasuk di benua
Eropah dan benua Amerika dan di negara kita. Masalah ini sudah pun difikirkan corak penyelesaian di
peringkat kabinet.

Pandangan : 1. Sistem pengangkutan awam. Kita juga menerima hakikat bahawa sistem pengangkutan awam
yang ada pada hari ini belum lagi dapat menampung pertambahan jumlah penggunaan jalan raya yang
semakin meningkat. Walaupun kerajaan berusaha dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaiki
sistem jalan raya di bandar-bandar besar namun masalah kesesakan masih dapat diatasi.
2. Penggunaan kenderaan sendiri. Kesesakan adalah kerana bertambahnya penggunaan kenderaan
persendirian di ibu kota. Daripada perangkaan statistik menunjukkan pada tahun 1987, jualan kenderaan
bermotor yang berdaftar adalah sebanyak 84,559 buah dan meningkat kepada 507393 pada tahun 1990
manakala menjelang tahun 1993 dianggarkan sebanyak 1 juta kenderaan bermotor yang membanjiri jalan-
jalan di ibu kota. Jumlah ini adalah satu perubahan yang begitu cepat sekali. 3

. Pertambahan penduduk. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh serta Johor
Bharu, adalah satu fenomena biasa kalau kita dapati bahawa kadangkala dalam sebuah keluarga memiliki
lebih daripada sebuah kereta. Malahan ramai di antara mereka yang pergi ke tempat kerja dengan tidak
berkongsi kenderaan sebaliknya mereka memandu seorang diri ke tempat kerja dan kadangkala berkongsi
kenderaan. Justeru itu tidak hairanlah soal kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar ini masih tidak boleh
diatasi sepenuhnya. Adalah dijangkakan bahawa penduduk kota raya akan bertambah lebih banyak menjelang
tahun 1995. Pada masa tersebut, penggunaan kereta di bandar ini akan makin bertambah sekiranya langkah-
langkah tertentu tidak diambil segera untuk mengatasinya.

4. Undang-undang tidak dipatuhi. Kenderaan-kenderaan komersial seperti lori, trelar dan sebagainya perlu
diberi perhatian. Kenderaan ini banyak kali didapati tidak mematuhi arahan memasuki kawasan bandar,
apatah lagi melibatkan jalan-jalan yang sibuk. Kadang kala kenderaan berkomersial ini membawa masuk atau
mengangkat keluar barang-barang muatan yang mengikuti arahan waktu. Apa yang ada sekarang ini adalah
arahan melarang kenderaan berat daripada memasuki pusat bandar selepas jam 9.00 hingga 6.00 petang. Jika
arahan ini tidak dipatuhi, Kuala Lumpur khususnya sebagai ibu kota yang merupakan pusat pentadbiran dan
perniagaan akan menjadi semakin sesak dengan kenderaan berat tersebut.

Langkah :

1. Perkhidmatan kenderaan awam. Sistem perkhidmatan awam yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur
seperti perkhidmatan bas serta teksi perlu diperbaiki. Pada akhir tahun 1970an, perkhidmatan bas mini telah
diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyenangkan warga kota untuk berulang-alik ke tempat kerja. Masalah
waktu menunggu, tempat duduk dan jarak perhentian turut mendorong pengguna memilih untuk
menggunakan kenderaan sendiri. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini bergantung kepada pihak
swasta. Syarikat-syarikat swasta ini perlu memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna.

2. Area Traffic Control. Pada tahun 1979, sistem yang diperkenalkan ialah “Area Traffic control” seperti yang
diamalkan di Singapura. Menerusi sistem ini pengguna digalakkan mengawal jumlah penumpang yang ada di
dalam sesebuah kenderaan untuk memaksimunkan penumpang sekaligus mengurangkan jumlah kenderaan
yang masuk ke sesuatu kawasan. Sistem ini harus cuba diamalkan di Malaysia.

3. Sistem LRT. Memperkenalkan sistem pengangkutan dalam bandar yang seakan-akan sama dengan keretapi
dan beroperasi di antara satu tempat lain dalam bandar yang sama. Sementara LRT pula ialah sistem
pengangkutan yang sama konsepnya dengan sistem monorel tetapi memberi perkhidmatan pengangkutan di
antara bandar-bandar. Contoh : di antara Shah Alam dan Kuala Lumpur.

4. Pembangunan luar bandar. Mencadangkan supaya kilang-kilang atau gudang-gudang ditempatkan di luar
pusat bandar. Kerajaan patut mengenakan syarat bahawa kenderaan komersial hanya boleh memasuki pusat
bandar pada waktu tertentu. Satu lagi cadangan yang agak praktikal ialah cuba menempatkan pejabat-pejabat
kerajaan di luar bandar. Bagaimanapun buat masa ini, perlaksanaannya masih di peringkat awal.
Kesimpulan :

1. Pembuat dasar perlu merangka program tertentu untuk jangka panjang.

2. Pengguna-pengguna jalan raya harus bersedia untuk memaksimunkan jumlah penumpang di dalam
sesebuah kereta. Pihak pengusaha bas pula perlu meningkatkan perkhidmatan. Semua pihak perlu bersama-
sama cuba memberi sumbangan supaya rangkaian jalan raya di kawasan bandar dapat digunakan dengan
sempurna dan seterusnya tidak menjejaskan imej bandar-bandar utama di Malaysia.

CONTOH PERSOALAN :

1. “Lebih kurang 13,000 kes kebakaran berlaku tiap-tiap tahun dan dalam tempoh rancangan Malaysia ke-5
sejumlah RM1 billion kerugian akibat kebakaran dilaporkan. Bilangan manusia yang terkorban akibat
kebakaran antara Januari dan Oktober 1990 ialah 807 orang. Ini adalah satu hal yang serius di negara kita.
Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah kebakaran yang semakin meningkat untuk
mengelakkan kerugian dari segi wang dan nyawa yang terkorban.

2. Kebakaran sering berlaku. Kes kebakaran berlaku di mana- mana sahaja. Api semasa kecil adalah kawan
dan semasa besar adalah lawan. Sejauh manakah kelalaian manusia dianggap sebagai punca utama kes
kebakaran di negara kita ? Intro : 1. Kes kebakaran semakin meningkat. Pencegahan adalah langkah yang baik
untuk menyelamatkan kerugian harta benda dan nyawa. Langkah pencegahan melibatkan setiap lapisan
masyarakat.

Langkah-langkah :

1. Mengemaskinikan kemudahan pencegahan api. Alat mencegah api penting di sekolah-sekolah kerajaan dan
swasta, bangunan tinggi, pusat-pusat hiburan malam, kilang, bangunan awam dan bangunan kerajaan. Jabatan
perkhidmatan bomba perlu menyelia kemudahan pencegahan api dari masa ke semasa bagi menentukan
semua alat itu dalam keadaan baik dan mencukupi. Kerjasama pihak pemilik bangunan adalah penting.
Dendaan dan hukuman perlu dikuatkuasa bagi pemilik bangunan yang enggan bekerjasama. Penggunaan alat
itu juga perlu ditunjuk ajar oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba.

2. Mengemaskinikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. Menambahkan bilangan kakitangan bomba dan juga
peralatan yang mencukupi dan canggih. Pertambahan bangunan-bangunan dan kawasan petempatan adalah
tidak selaras dengan pertambahan bilangan kakitangan perkhidmatan bomba. Peralatan-peralatan semasa
operasi kebakaran seperti alat pernafasan perlu ditambah. Sistem pili perlu lebih maju dan moden. Ini dapat
mengelakkan masalah tekanan air rendah.

3. Mewajibkan pemasangan alat pengesan kebakaran. Diwajibkan di semua bangunan dan kawasan
petempatan. Memudahkan anggota bomba mengesan tempat kejadian kebakaran dengan cepat. Mengelakkan
kerugian harta benda dan nyawa yang maksimun. Sebelum meluluskan kegunaan bangunan untuk kerajaan
dan swasta, pihak jabatan bomba perlu mewajibkan mereka memasang alat pengesan ini. Hal ini perlu
dikuatkuasakan melalui undang-undang. Peraturan ini perlu dikuatkuasakan dengan tegas.

4. Memperkenalkan perkhidmatan Unit Bomba Sukarela. Unit ini perlu ditubuhkan di kilang, bangunan dan
kawasan petempatan. Mengurangkan pergantungan masyarakat terhadap ahli bomba. Tindakan pengawalan
api dan pengurusan orang awam dijalankan oleh Unit Bomba Sukarela sementara menunggu ketibaan ahli
bomba. Pihak bomba perlu memberi latihan dan memberi ceramah kepada unit-unit ini. Kursus- kursus khas
juga perlu dianjurkan untuk ali-ahli unit ini. Contoh kilang yang mempunyai unit “fire fighting squat” ialah
Advanced Micro Devices (M) Sdn. Bhd. Penang.
5. Kempen mencegah kebakaran dan demonstrasi. Masyarakat perlu disedarkan tentang pentingnya mencegah
kebakaran. Mengadakan demonstrasi tindakan semasa kebakaran di sekolah, kilang, bangunan tinggi dan
kawasan petempatan. Mengadakan demonstrasi ciri-ciri jerjak yang sesuai di rumah-rumah kediaman. Media
massa seperti televisyen dan radio serta majalah dan suratkhabar amat penting untuk menjalani kempen ini.
Poster-poster perlu dilekatkan di mana-mana sahaja. Program televisyen merangkumi filem dokumentari
mengenai teknik pencegahan kebakaran dan temuduga diadakan dengan mangsa-mangsa kebakaran.

Kesimpulan : 1. Pencegahan adalah baik lebih baik daripada menghadapi kebakaran. Penglibatan dan
kerjasama semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

CONTOH PERSOALAN : Ramai kanak-kanak di Malaysia telah didera dengan menakutkan. Bilangan
kanak-kanak yang didera agak tinggi. Ibu bapalah yang merupakan pendera utama kanak-kanak ini. Sejauh
manakah kemiskinan merupakan punca kepada berlakunya kes penderaan kanak-kanak ? Penderaan kanak-
kanak membawa maksud sebarang perbuatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara sengaja atau
tidak daripada segi fizikal, mental, emosi dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Walaupun telah lama
wujud, namun baru-baru ini saja isu tersebut menjadi perhatian umum. Salah satu punca utama yang dikesan
ialah faktor kemiskinan dalam sesebuah keluarga. Kerap kali ibu bapa yang miskin mengalami tekanan
ekonomi dan kerja daripada majikan dan juga keperluan keluarga. Tiada tempat bagi mereka melepaskan
geram kecuali kepada anak-anak mereka. Golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi
anak mereka kerap menjadikan anak mereka “papan pukulan” apabila anak-anak mereka bermanja atau pun
bergaduh. Telah dilaporkan bahawa golongan berpendapat rendah dan berpendidikan rendah merupakan
golongan yang paling ramai mendera kanak-kanak. Selain daripada itu, cara bagaimana ibu bapa atau penjaga
diperbesarkan juga menyumbang kepada punca penganiayaan tersebut. Ibu bapa yang pernah dibesarkan
dengan cara kekerasan berpendapat bahawa cara tersebut merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan
anak-anak. Kanak-kanak yang nakal dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa hilang
pertimbangan lantas melakukan sesuatu yang boleh mencederakan si anak itu. Ini telah membawa kepada kes
penderaan yang serius serta meninggalkan kesan parut yang mendalam kepada kanak-kanak tersebut. Di
samping itu, penyakit sosial seperti kemabukan dan judi juga turut mengakibatkan penganiayaan kanak-
kanak. Bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tambahan pula kalah berjudi tidak akan kenal
siapa anak dan isteri. Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran. Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri itu,
perkara yang serius seperti menendang dan menumbuk kanak-kanak pasti akan berlaku. Akibatnya, lama-
kelamaan sekiranya tidak dirawati, kanak- kanak tersebut mungkin menemui maut akibat kecederaan
dalaman. Dalam pada itu, pasangan muda yang berkahwin kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab
mereka. Di bandar terutamanya si suami akan pulang lewat bekerja meletakkan segala tanggungjawab kepada
si isteri yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga si anak yang degil lagi nakal. Tanpa ajaran dan
nasihat dari golongan tua, isteri tersebut akan mendidik anaknya tidak lain tidak bukan dengan memukul
sahaja. Kadang-kadang, kes ini membawa kepada penganiayaan yang serius. Selain itu, ibu bapa yang
meletakkan tanggungjawab mereka kepada sesetengah penjaga juga akan menyebabkan anak- anak mereka
didera. Kelewatan membayar upah dan ibu bapa yang bekerja ke luar negeri akan menyebabkan penjaga
melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut. Derita ini jelas ditanggung oleh B.Balasundram yang
dijumpai dalam keadaan separuh sedar dalam tandas wanita di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jelaslah bahawa
terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak. Oleh itu, demi menjaga masa
depan kanak-kanak tersebut kerjasama daripada semua pihak membanteras gejala ini amat diperlukan.
CONTOH PERSOALAN : 1. Bahan kosmetik lebih banyak mendatangkan kesan buruk daripada kebaikan.
Bincangkan. 2. Kosmetik tradisional menjamin kecantikan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan
tersebut ? Konsep kosmetik : 1. Kosmetik termasuk ginju, celak, pemerah pipi, pembayang mata, bedak,
losyen dan sebagainya 2. Shiseido, Sans Soucis, Avon, Fambo, Kanebo dan Amway adalah jenama-jenama
kosmetik yang popular. Keburukan kosmetik : 1. Kandungan bahan kimia yang tinggi. Setengah-setengah
bahan kosmetik misalnya “pearl cream” mengandungi paras merkuri (raksa) dan logam berat plumbum yang
terlalu tinggi. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf dan keracunan bila bahan ini
meresap masuk ke dalam badan. Pendedahan ini dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, iaitu
terdapat beberapa jenis krim muka yang boleh mencacatkan muka pemakainya. Contoh : Arche Pearl, Dragon
Face Cream dan Torelo New Pearl Park. Benzoyl Per oksida yang ada dalam alat solek boleh menyebabkan
penyakit kanser. Statistik : 1983, 853 orang wanita telah meninggal dunia di England kerana menghidapi
penyakit kanser kulit yang digelar Melanome. 2. Pembaziran ringgit Malaysia. Pembaziran wang kerana
kebanyakan kosmetik, terutamanya yang popular adalah amat mahal harganya. Ini menyebabkan ramai wanita
membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli barangan kosmetik. Wang itu lebih baik
digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas, perbelanjaan sekolah dan menyimpan ke dalam
bank. 3. Kelihatan lesu. Wanita yang selalu menggunakan kosmetik akan kelihatan lesu dan kelihatan tidak
bermaya jika mereka berhenti menggunakannya. Semasa menggunakan kosmetik mereka kelihatan berseri
dan matang serta cantik. Wanita akan berasa ketagih dan menggunakan kosmetik kerana tanpa kosmetik
mereka akan berasa negatif dan rendah diri. Kebaikan kosmetik : 1. Melicinkan kulit. Membersihkan kulit dan
menjadikannya licin serta kurang berkedut. Contoh : Losyen pembersih, “Toner”, losyen pelembap dan
sebagainya. Ini kerana alam sekitar kini selalu dicemari oleh habuk dan debu.Kita perlu selalu menjaga
kebersihan kulit dengan menggunakan alat-alat kosmetik ini. 2. Sebagai daya penarik. Minyak wangi boleh
membantu wanita yang mempunyai bau badan supaya tidak tersisih dan rendah diri. Boleh menarik perhatian
seperti yang diiklankan oleh kosmetik “Impulse” di televisyen. Digunakan sebagai daya penarik dalam majlis
atau upacara yang melibatkan bilangan orang yang ramai. 3. Kejelitaan. Membuatkan wajah wanita kelihatan
lebih jelita, muda dan cantik. Kosmetik boleh menjadikan wanita kelihatan segar dan matang. Alat solek dapat
menutup parut jerawat yang hodoh.

Langkah mengatasi masalah kosmetik : 1. Sikap wanita tentang kosmetik perlu diubah. Mereka perlu
memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka perlu memahami pendidikan pengguna dan
matlamatnya. Perlu mempelajari dan bersikap lebih betul dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Amalkan
sikap sederhana terhadap penggunaan kosmetik oleh wanita. 2. Tindakan Persatuan Pengguna. Misalnya
Persatuan Pengguna Pulau Pinang melakukan kajian dan dedahkan bahaya bahan-bahan kosmetik dalam
pasaran kepada kaum wanita yang menggunakannya. International Organisation of Consumers Union (IOCU)
juga perlu membuat kajian dan memaklumkan maklumat yang muktahir kepada ahli-ahlinya di seluruh dunia.
3. Tindakan kerajaan. Pemeriksaan dan analisa kandungan bahan kosmetik oleh ahli-ahli farmasi dari jabatan
farmasi dan Kementerian Kesihatan. Penguatkuasaan akta dadah dan kosmetik dengan tegas, misalnya
menjalankan ujian rapi terhadap semua jenama kosmetik sebelum dibenarkan penjualan. Mereka yang
bersalah menjual atau membuat kosmetik merbahaya dikenakan hukuman yang berat. 4. Bantuan nasihat
pakar kecantikan. Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor atau pakar kecantikan yang berkelayakan
tentang jenis alat solek atau kosmetik yang sesuai. Pakar-pakar kecantikan ini (Beautician) perlu mempunyai
etika kerja dan profesion yang bermutu tinggi. Tidak boleh menipu dan terlalu mementingkan keuntungan. 5.
Kosmetik cara tradisional. Menjaga kecantikan tanpa bahan kosmetik buatan kimia. Menjaga kesihatan
dengan memakan makanan seimbang, sentiasa riang dan banyak bersenam. Menggunakan bahan asli (cara
tradisioanal), misalnya menghaluskan muka dengan tomato – gantikan krim muka dan lain-lain bahan asli
seperti telur, timun, jus lemon, minyak zaitun, madu mentah serta santan kelapa.

CONTOH PERSOALAN : 1. Pada waktu ini hospital swasta di negara ini berkembang dengan begitu pesat.
Ahli masyarakat yang mampu, ramai yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital tersebut. Mereka
percaya bahawa pusat-pusat ini memberi perkhidmatan yang lebih selesa. Sejauh manakah perkembangan
pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan kepada masyarakat kita. Intro : 1. Pusat rawatan swasta
ditubuhkan untuk menampung keperluan kesihatan di negara ini. Di bandar-bandar utama di Malaysia
pertumbuhannya bagai cendawan selepas hujan. Kepesatan ini menyebabkan permintaan yang tinggi kepada
pakar perubatan sehingga kebanyakan doktor tempatan berlumba-lumba untuk berkhidmat serta membuka
sendiri pusat rawatan swasta. Kebaikan : 1. Pilihan untuk orang ramai. Sebelum ini, kebanyakan mereka
bertumpu di hospital kerajaan yang keadaannya kurang selesa. Mereka terpaksa berbaris lama menunggu
giliran untuk mendapatkan rawatan yang sekejap. Ramai pula yang merungut tentang ketidakcekapan
kakitangan hospital kerajaan. Masalah ini dapat diatasi dengan adanya pusat rawatan swasta. Mereka tidak
perlu menunggu lama kerana pusat rawatan swasta mempunyai strategi sendiri untuk menghiburkan
pelanggannya sehingga mereka tidak terasa menunggu lama. Mereka berasa seperti menunggu di lobi hotel
berbintang lima. 2. Kecekapan kakitangan dan kemudahan. Pihak pusat rawatan amat mementingkan
kecekapan kakitangannya. sistem pendaftaran yang teratur, rawatan yang cekap tetapi teliti dan kemudian
kecekapan dalam pemberian ubat amat dipentingkan. Hal ini berbeza dengan hospital kerajaan. Untuk
mendaftar sahaja seseorang itu terpaksa mengisi borang sendiri sehingga memakan masa yang lama. Untuk
menunggu giliran mendapat ubat pula biasanya boleh menimbulkan kemarahan. Masalah ketidakcekapan
urusan ini dapat diatasi oleh pusat rawatan swasta yang sememangnya amat menjaga kecekapan supaya
memuaskan hati pelanggannya. 3. Perkhidmatan pakar 24 jam sehari. Orang ramai boleh mendapatkan
rawatan di pusat rawatan swasta mengikut kemahuannya. Kebanyakan pusat rawatan dibuka 24 jam dan orang
ramai boleh datang apabila memerlukan. Apabila diserang penyakit pada larut malam, mereka tidak
menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan. Ini berbeza dengan hospital kerajaan yang mungkin perlu
menunggu sehingga keesokan hari. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di pusat rawatan swasta dengan
memberi bayaran doktor yang tinggi. Setiap perkhidmatan yang diberikan oleh pakar atau jururawat perlu
dibayar dalam ringgit Malaysia. Keburukan : 1. Bayaran perkhidmatan kesihatan tinggi. Disebabkan sumber
kewangan yang mengendalikan pusat rawatan itu diperolehi daripada bayaran yang dikenakan kepada
pelanggan, biasanya bayaran yang dikenakan agak tinggi. Semakin teliti pemeriksaan dibuat atau semakin
canggih peralatan yang digunakan untuk merawat seseorang pesakit, semakin tinggilah bayaran yang akan
dikenakan. Di samping bayaran ubat, mereka juga akan mengenakan bayaran pendaftaran dan dalam keadaan-
keadaan tertentu mereka mengenakan bayaran kepakaran. Semua ini sudah pasti tidak mampu dibayar oleh
mereka yang miskin. 2. Pusat rawatan hanya di bandar. Hanya ditubuhkan di bandar-bandar. Sudah pasti
perkhidmatannya tidak menyeluruh kepada masyarakat luar bandar. Masyarakat dari luar bandar yang mahu
mendapatkan rawatan di pusat rawatan ini terpaksa pergi ke bandar dan ini sudah pasti menimbulkan masalah
kepada mereka. Akhirnya mereka ini terus bergantung kepada klinik kerajaan yang berhampiran untuk
mendapatkan rawatan masing-masing. 3. Kekurangan doktor kerajaan. Perkembangan pusat rawatan swasta
ini juga membawa keburukan kepada pihak hospital kerajaan. Masalah serius yang dihadapi ialah kekurangan
doktor. Disebabkan pendapatan dari pusat rawatan swasta lebih lumayan, hampir semua doktor berminat
berkhidmat dengan swasta. Doktor kerajaan yang ada sering kali berhenti kerja dan berkhidmat dengan
swasta. Gejala ini menyebabkan hospital kerajaan kekurangan doktor yang berwibawaIni akan memberi kesan
kepada masyarakat miskin untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta.

Kesimpulan : 1. Perkembangan pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan dan keburukan kepada
masyarakat. Peranan mereka untuk meningkatkan taraf kesihatan di negara ini amat penting. Negara maju
kurang pengantungan rakyat kepada khidmat kesihatan kerajaan. Orang ramai kini semakin cenderung
mendapatkan rawatan di pihak swasta.

CONTOH PERSOALAN : 1. Untuk membantu pembiayaan kos pembinaan lebuh raya, maka pengguna jalan
raya dikenakan bayaran tol. Apakah kebaikan dan keburukan yang timbul dengan sistem pembayaran tol itu ?
Intro : 1. Bayaran tol di lebuh raya boleh mengurangkan beban kerajaan yang berbelanja berjuta-juta ringgit
Malaysia untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya yang mengenakan tol ialah
seperti di Changkat Jering di Perak.

Kebaikan :

1. Membantu pembiayaan jalan raya lain. Wang yang dikutip boleh disalurkan untuk membina jalan raya yang
lain. Dengan demikian pembayar tol dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Mengurangkan beban
kerajaan selaras dengan kemajuan industri kenderaan di Malaysia.

2. Jalan raya lebih selesa. Jalan raya yang dikenakan tol dibina dengan begitu baik dan selesa. Jalan-jalan itu
lurus dan senang mengendalikan kereta. Petrol yang digunakan juga boleh dijimatkan. Jalan itu luas dan tidak
susah untuk mengendalikan kereta yang dipandu.
3. Masa perjalanan dapat dijimatkan. Orang ramai tidak perlu membuang masa untuk ke sesuatu tempat walau
pun terpaksa membayar tol. Contohnya, perjalanan yang biasanya memakan masa selama lapan jam iaitu dari
Butterworth ke Kuala Lumpur kini boleh sampai dengan empat jam sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan
keselesaan memandu.

4. Keselamatan lebih terjamin. Lorong dua hala boleh mengurangkan kemalangan jalan raya. Ciri-ciri
keselamatan lain seperti pondok telefon kecemasan yang disediakan oleh pembinaan jalan. Lorong- lorong
yang dibina itu amat selesa dan ini boleh mengelakkan kemalangan jalan raya seperti jalan-jalan lama yang
digunakan. Jalan lama menyusahkan pemotong kereta dan lori. Lori yang lambat perjalanannya ini boleh
menyebabkan keselesaan pemandu.

Keburukan :

1. Membebankan para pengguna Mereka terpaksa membayar tol dan membayar cukai jalan. Ini cukup
membebankan para pengguna. Mereka yang tinggal di Butterwoth dan bekerja di pulau Pinang dikehendaki
membuat bayaran bulanan yang bernilai lebih kurang RM 260.00 sebulan. Wang ini boleh digunakan untuk
menampung perbelanjaan perkara lain untuk keluarganya.

2. Menimbulkan kesesakan di pondok pembayaran tol. Tol Jalan Kucing, Kuala Lumpur telah menimbulkan
masalah ini. Pengguna tidak menyediakan wang kecil yang secukupnya dan perlu menunggu pertukaran wang
akan diberikan pengutip tol. Ini akan memakan masa yang lama. Katakan setiap pemandu menggunakan masa
3 minit untuk membereskan bayaran, maka 50 kereta akan memakan masa sebanyak 150 minit. Ini yang
dikatakan kesesakan.

3. Tidak adil kepada pengguna tertentu. Mereka teras membayar dua kali. Cukai Jalan dibayar, kemudian tol
pula perlu dibayar. Oleh itu, kita akan berfikir wang cukai jalan digunakan untuk apa. Mereka yang tidak
menggunakan lebuh raya tidak perlu bayar. Maka, pada suatu hari nanti apabila kerajaan tidak lagi menerima
tol orang-orang ini dikecualikan daripada bayaran dan dapat menikmati lebuh raya secara percuma.
Kesimpulan : Pengenaan tol ada baik buruknya kepada pengguna. Bergantunglah kepada kebijaksanaan
mereka untuk menggunakan pintu tol.

Categories: BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN · BAHAGIAN B:


KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI · KERTAS 2 STPM

Anda mungkin juga menyukai