Anda di halaman 1dari 2

Anak rusa yang cerdik

Ada seekor anak rusa yang sangat kurus tetapi cerdik.


Pada suatu hari, Si Anak Rusa mencari makanan di suatu
kawasan lapang. Tiba- tiba, dia ternampak seekor harimau
hendak menangkap seekor rusa yang sedang bunting. Si Anak
Rusa mencari akal.

Sebaik sahaja harimau itu hendak menerkam ibu rusa, Si


Anak Rusa terlebih dahulu menjerit. “Tunggu dulu, Sang
Harimau!” Sang Harimau terperanjat lalu menoleh ke arah anak
rusa itu.

“Oh, Kamu datang untuk menyerah diri, ya!” kata harimau.

“Tidak. Aku datang nak beritahu suatu rahsia kepada


kamu,” jawab Si Anak Rusa.

“Hah, rahsia apa? Cepatlah beritahu,” gesa Sang Harimau.


“Sebenarnya rusa itu sedang bunting dan menghidap
sejenis penyakit yang berbahaya. Kamu lihatlah badan ibu rusa
itu. Jika engkau makan juga rusa itu, badan engkau pun akan
menjadi seperti badannya,” kata Si Anak Rusa.

“Mengapakah engkau berkata begitu?” tanya Sang


Harimau.

“Lihatlah perut rusa itu,” jawab Si Anak Rusa.

Apabila mendengar kata – kata Si Anak Rusa itu, harimau


menganggap ibu rusa menghidap sejenis penyakit. Sang
harimau tidak jadi makan ibu rusa itu. Ibu rusa amat terhutang
budi kepada Si Anak Rusa kerana telah menyelamatkannya.

Begitulah cerita tentang helah yang bijak dapat


menyelamatkan satu nyawa. Oleh itu, kita mestilah selalu
panjang akal.

Anda mungkin juga menyukai