Anda di halaman 1dari 2

Pra-tulisan merupakan proses menyediakan kanak-kanak dari segi fizikal dan mental untuk menulis.

Proses ini Proses menulis melibatkan pergerakan motor halus. Penulis telah memilih artikel penyelidikan tindakan yang telah dikaji oleh Nourlieda binti Abdullah. Beliau merupakan pelajar guru PISMP KG (BM) Ambilan Januari 2009. Beliau telah membentangkan hasil kajiannya di Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL pada tahun 2012. Artikel ini diberikan tajuk Cantik dan Kemas. Dalam kajian ini, pengkaji telah memberikan fous utama terhadap usaha yang mantap untuk membantu meningkatkan perkembangan koordinasi mata dan tangan dalam aktiviti menulis. Demi melaksanakan kajian, pengkaji telah memilih seorang murid prasekolah yang bernama Aaron sebagai subjek kajian. Dia berumur enam tahun. Menurut Hill dan M.Dobbyn dipetik dari artikel Nur Khairunnisa Hanisa menyatakan aktiviti pergerakan tangan dan mata seperti aktiviti menggunting, mengoyak, menampal, mengguli doh, gosaokan dan origami mampu meningkatkan perkembangan motor halus. Berdasarkan aktiviti ini, pengkaji telah memilih aktivitiaktiviti seperti gosokan, origami, mengguli doh dan guntingan sebagai pelaksanaan tindakan bagi kajian ini. Daripada data awal, pengkaji mendapati subjek kajian lemah dalam kawalan koordinasi tangan dan mata. Maka hasil kajian dapat dilihat dengan jelas dengan mengetahui tahap perkembangan koordinasi mata dan tangan. Pada pendapat penulis, pratulisan merupakan satu aktiviti atau prosedur yang harus dilalui oleh kanak-kanak untuk mencapai tahap menulis yang optimum. Aktiviti pratulisan bukan sahaja membantu kanak-kanak untuk menulis huruf, malah ia membantu kanak-kanak dalam proses perkembangan motor halus. Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak,

keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Berdasarkan teori ini, kita dapat mengatakan bahawa pratulisan merupakan salah satu aspek yang dapat menentukan tahap perkembangan seseorang kanak-kanak. Menurut piaget (1952), kemampuan atau perkembangan kognitif adalah hasil daripada hubungan perkembangan otak, naluri dan pengalaman-pengalaman yang membantu individu untuk beradaptasi dengan lingkungannya. Sejurus itu, pengkaji

telah mengambil inisiatif untuk mengkaji keberkesanan aktiviti-aktiviti pratulisan terhadap penulisan seseorang kanak-kanak. Sebagai aktiviti pertama, pengkaji telah memilih aktiviti gosokan menggunakan krayon (warna). Penggunaan warna dalam aktiviti merupakan suatu langkah yang bijak terhadap menarik minat kanak-kanak. Di samping itu, pengkaji juga telah melaksanakan aktiviti tersebut kepada tiga peringkat yang meliputi tahap kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks. Menurut piaget (1952) lagi, kanak-kanak akan lebih cenderung melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar jikalau mereka berjaya menghabiskan sesuatu aktiviti. Maka, keminatan kanak-kanak adalah faktor penting untuk melibatkan kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti. Seterusnya, pengkaji telah melaksanakan aktiviti origami. Menurut Freidrich Froesbel, seni origami amat sesuai di dalam pendidikan formal. Beliau mendapati bahawa penggunaan origami telah meningkatkan kemahiran motor, mencungkil kreativiti, mencabar emosi, menajamkan kemahiran mendengar dan mematuhi arahan, memperkuatkan tumpuan, kecekapan kombinasi mata dan tangan serta sebagai hiburan dan keseronokan. Manakal, Lavenson (1995) pula mengatakan bahawa pembelajaran origami dapat mengembangkan kemahiran dari sudut kognitif, efektif dan psikomotor. Di samping itu, Zentai & Domborari (2005) menyatakan origami dapat memberi keseronokan kepada murid serta pengalaman yang baru, boleh meneroka ,dan mengembara imaginasi mereka. Tambahan pula,

Norsuhada(2002) menyatakan origami dapat merangsangkan lebih banyak bahagian otak berfikir secara kreatif dan kritis. Berdasarkan pandangan-pandangan pakar, aktiviti origami merupakan satu aktiviti yang membantu perkembangan kognitif dan intelek seseorang kanak-kanak. Maka, pengaplikasian aktiviti origami ini dalam pratulisan mampu memangkin perkembangan pergerakan tangan dan mata yang menjurus kepada penulisan yang kemas. Selain daripada itu,

Anda mungkin juga menyukai