Anda di halaman 1dari 7

Tema

Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam
dalam kehidupan seseorang.

Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui anak-anaknya
yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk pulang menjenguknya.
Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi dirinya yang
mendambakan kasih sayang dan perhatian. "Saya" pula mendambakan kasih sayang daripada
seorang emak. Emak "saya" telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan
emaknya. Pertemuan "saya" dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang
menimpa Mak Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah
membuka peluang untuk "saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.

3. Persoalan

(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.

Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang menjenguknya.

(b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang.
Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-
lamanya.

(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.

Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di
hadapan jiran-jirannya.

(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.

Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka telah pergi
meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.

(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.

Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan
pasangan masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu mereka.
Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu mereka sendiri.

(e) Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.

Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu bersungguh-sungguh mencari
rumah Mak Piah dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir surut.
4. Plot Binaan

4.1 Plot

(a) Permulaan — Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah menekan
nombor telefon lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada
"saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual
roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana banjir telah naik ke paras dada. Tanpa
sempat "saya" menjelaskan dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.

(b) Perkembangan — "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak berjawab.
"Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri.
Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya Mak Piah menjawab panggilan
telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati
"saya" mula resah memikirkan keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai
ke paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini menambahkan
rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Perasaan dan keinginan "saya" hendak
berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya" mendapatkan alamat rumah Mak Piah
daripada buku panduan telefon. "Saya"datang ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan.
"Saya" terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan
kiriman daripada anak perempuannya, Nana.

(c) Klimaks — Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang demam panas selama
lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum
ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Belum
sempat "saya" melangkah masuk ke dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar.
"Saya" mengikut jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian — Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal kerana tidak
pulang menjenguk dan membantu emak mereka semasa banjir. Emak mereka meninggal dunia
setelah kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak membersihkan rumah selepas banjir.
Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,


(a) Dialog • "Orang jual ikan dah tiga hari tak datang.
Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung.
Mak tak ada makanan. Banjir dah sampaii ke
paras dada ..." [hlm. 51]

(b) Pemerian. • Suara tua yang tadinya berbicara tanpa


memberi saya walau sedikit kesempatan untuk
menerangkan bahawa saya bukanlah Nana,
kembali menujah-nujah telinga. Saya capai
telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya
tekan butang panggilan ke nombor itu sekali
lagi. [hlm. 52]

c) Saspens Pada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya


pemilik suara tua yang sedang bercakap dengan
watak "saya" melalui telefon.

Contohnya, • Dia memanggil saya dengan nama


yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak
juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah
empunya suara tua yang rusuh di hujung talian
sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail
nombor rumah teman yang baru diberikan pagi
tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata,
selaju jejari saya salah menekan nombor
rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang
sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu
menamatkan pengisahan dengan penghargaan
dan pesanan. [hlm. 51]

5. Latar

5.1 Latar Tempat

(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta


tempat berlakunya kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke


rumah Mak Piah.
( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang tinggal
keseorangan.

(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.

5.2 Latar Masa

(a) Empat hari empat malam. Contohnya, hujan turun selama empat hari
empat malam.

(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan


kerana banjir yang melanda kampung Mak Piah
sudah sampai ke paras dada.

(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama lima


hari.

(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan


kepalanya cedera ketika membersihkan rumah
selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal
dunia selepas kejadian banjir melanda
kampungnya.

(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan nombor


telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada
waktu pagi.

5.3 Latar Masyarakat

(a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah


merupakan masyarakat yang tinggal di
kampung.

(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, watak "saya" sangat mengambil


berat tentang keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan.

(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan
emak mereka hidup keseorangan di rumah
usang tanpa bertanya khabar atau
menjenguknya walaupun Nubhan tinggal
berdekatan dengan rumah emaknya.

(d) Masyarakat yang mementingkan kasih Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan
sayang. sangat merindui anaknya, Nana serta
mengharapkan Nana sekeluarga berada dalam
keadaan baik..

(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya. Contohnya, watak "saya" sangat merindui
emaknya yang telah meninggal dunia dan dia
begitu teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah
yang tinggal keseorangan itu.

(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat
walaupun keadaannya sudah tua dan
rumahnya dilanda banjir.

6. Watak dan Perwatakan

6.1 "Saya"

(a) Anak yatim piatu.

(b) Seorang yang sensitif.

(c) Seorang yang prihatin.

(d) Seorang yang mudah bersimpati.

(e) Seorang yang merindui ibunya.

(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.

(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat kebahagiaan Mak Piah.

6.2 Mak Piah

(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.

(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.

(c) Seorang yang peramah.

(d) Seorang yang takut akan ular.

(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.

(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.

(g) Seorang yang kurang pendengaran.

(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

6.3 Nana

(a) Anak bongsu Mak Piah.


(b) Seorang yang takut kepada suami.

(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.

(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.

(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.

7. Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

(a) Pengarang menggunakan ayat Contohnya, • "Dah tu, macam mana?"


pendek.
• "Mak takut ular."

• "Mari kita makan! "

(b) ayat panjang. • Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu
putus dalam hujan yang sudah empat hari em pat malam
lebat dan renyai menyilih ganti. [hlm. 52]

(c) Penggunaan bahasa Arab. Contohnya, • Ya Allah • zuhur • assalamualaikum •


Alhamduldlah • insya-Allah • jenazah • Arwah

(d) Metafora Contohnya, • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda


teruja menyalam perkenalan. [hlm. 54]

• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54]

• Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir [hlm.551]

( e ) Personifikasi Contohnya, • ... banjir kali ini telah menelan dua nyawa. [hlm.
521 • Getar suaranya menggegarkan perasaan. [him. 52]

• ... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm. 54]

( f ) Peribahasa Contohnya, • isihati

( g ) Sinkope Contohnya, • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak
jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada
makanan. [hlm. 51]

• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk


langsung tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51] •

( h )Repetisi • Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar lagi?


Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon "anak" ini akan
menjadi seperti harga ikan di pasar kami? Atau sememangnya
dia keliru, antara pemanggil dengan orang yang dipanggil,
siapa yang dikenakan bayaran? [him. 53]
• Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm. 53]

8. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran Contoh

( a) Kasih sayang Kita mestilah menghargai kasih Walaupun anak-anak Mak Piah tidak
sayang ibu bapa terhadap anak- mengambil berat tentang
anak mereka. kehidupannya di kampung, Mak Piah
masih mengingati dan menyayangi
anak-anaknya.

(b) Keprihatinan. Kita hendaklah mengamalkan "Saya" sanggup mengharungi banjir


sikap perikemanusiaan dan tolong- untuk melihat keadaan hidup Mak
menolong sesama manusia. Piah yang tinggal seorang diri.

(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati "saya" membawa bekalan makanan
dengan membantu golongan untuk Mak Piah yang telah terputus
warga emas. bekalan makanan akibat kejadian
banjir.

(d) Simpati. Kita hendaklah bersimpati kepada "saya" berasa simpati dengan
golongan yang susah. keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan serta keadaan Mak Piah
yang terlalu merindui anak-anaknya.

Anda mungkin juga menyukai