Anda di halaman 1dari 9

Cerpen :  Banjir di Mata Emak karya Che Soo Ismail

1.    Sinopsis

Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya


tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah
menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya,
Nana. Mak Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada
bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah
sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana" (saya)
kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya,
abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung
walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.

Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya


yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat
hari empat malam tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali
lagi tetapi panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan keadaan
Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita
Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah
berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke
pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu
berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk
bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa
sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada
Mak Piah.

"Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah


menjawab pangilan "saya". Mak Piah meminta "saya" yang
disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat
berpesan kepada "saya"agar menjaga anak dan suaminya baik-balk.

"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat


melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha
Pencipta. Mak Piah merindui anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya.
"Saya" menemukan alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon.
"Saya" pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah
menyambut kedatangan "saya" dengan ceria.

Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak
Piah memberitahu "saya" bahawa Nubhan, abang Nana takut akan
isterinya, manakala Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya
kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat
pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu
mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap
membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik
air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut.
Mak Piah memeluk "saya" selepas mendengar kata-kata "saya" itu.

"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada
Nana yang masak dan menyuruh "saya" menghantar makanan itu.
"Saya" mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong dan
menanggung dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa
bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak Piah mencuci dan
menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke dalam peti
sejuk. "Saya" memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk
mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan
salam kepada anaknya, Nana.

Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari.


Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang
dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah
Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak Piah telah meninggal
dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak
membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal.
Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran
bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir.
Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan
sahaja tidak pernah mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia
tidak pernah menelefon emaknya kerana emaknya mengalami masalah
pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana
sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan
namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap
emaknya selama ini.

2.    Tema
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah
meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.

Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat


merindui anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak
menghubunginya apatah lagi untuk pulang menjenguknya. Keengganan
anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi
dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian. "Saya" pula
mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah
kembali kepada Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya.
Pertemuan "saya" dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap
emaknya. Nasib yang menimpa Mak Piah meraih simpati "saya" untuk
mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk
"saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.

3.    Persoalan
(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak
jarang-jarang menjenguknya.

(b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam


terhadap jiwa seseorang. Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat
hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

(b)            Kasih ibu tidak berbelah bagi.


Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak
Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.
(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.
Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat.
Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.

(d)            Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.


Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak
bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan masing-masing
mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu
mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan
ibu mereka sendiri.

(e) Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.


Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu
bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah dan berjanji untuk
menemani Mak Piah sehingga banjir surut.
5.    Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta
tempat berlakunya kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke


rumah Mak Piah.
( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang
tinggal keseorangan.
(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.

5.2 Latar Masa


 (a) Empat hari empat malam. Contohnya, hujan turun selama empat hari
empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan
kerana banjir yang melanda kampung Mak Piah
sudah sampai ke paras dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama lima
hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan
kepalanya cedera ketika membersihkan rumah
selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal
dunia selepas kejadian banjir melanda
kampungnya.
(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan nombor
telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada
waktu pagi.
5.3 Latar Masyarakat    
(a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah
merupakan masyarakat yang tinggal di
kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, watak "saya" sangat mengambil
berat tentang keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan.
(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan
emak mereka hidup keseorangan di rumah
usang tanpa bertanya khabar atau
menjenguknya walaupun Nubhan tinggal
berdekatan dengan rumah emaknya.
(d) Masyarakat yang mementingkan kasih Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan
sayang. sangat merindui anaknya, Nana serta
mengharapkan Nana sekeluarga berada dalam
keadaan baik..
(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya. Contohnya, watak "saya" sangat merindui
emaknya yang telah meninggal dunia dan dia
begitu teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah
yang tinggal keseorangan itu.
(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat
walaupun keadaannya sudah tua dan rumahnya
dilanda banjir.
6.    Watak dan Perwatakan

6.1 "Saya"
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat
kebahagiaan Mak Piah.

6.2 Mak Piah


(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

6.3 Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.
7.    Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
(a) Pengarang menggunakan Contohnya, • "Dah tu, macam mana?"
ayat pendek. • "Mak takut ular."
• "Mari kita makan! "
(b) ayat panjang. • Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus
dalam hujan yang sudah empat hari em pat malam lebat dan
renyai menyilih ganti. [hlm. 52]
(c) Penggunaan bahasa Arab. Contohnya, • Ya Allah • zuhur • assalamualaikum •
Alhamduldlah • insya-Allah • jenazah • Arwah
(d) Metafora Contohnya, • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda
teruja menyalam perkenalan. [hlm. 54]
• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54]
• Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir [hlm.551]
( e ) Personifikasi Contohnya, • ... banjir kali ini telah menelan dua nyawa. [hlm.
521 • Getar suaranya menggegarkan perasaan. [him. 52]
• ... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm. 54]
( f ) Peribahasa Contohnya, • isihati

( g ) Sinkope Contohnya, • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang.


Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada
makanan. [hlm. 51]
• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk
langsung tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51] •

( h )Repetisi • Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar lagi?


Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon "anak" ini akan
menjadi seperti harga ikan di pasar
kami? Atau sememangnya dia keliru, antara pemanggil
dengan orang yang dipanggil, siapa yang dikenakan bayaran?
[him. 53]
• Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm. 53]
8.    Nilai dan Pengajaran
Nilai Pengajaran Contoh
( a) Kasih Kita mestilah menghargai kasih Walaupun anak-anak Mak Piah tidak
sayang sayang ibu bapa terhadap anak- mengambil berat tentang
anak mereka. kehidupannya di kampung, Mak Piah
masih mengingati dan menyayangi
anak-anaknya.
(b) Kita hendaklah mengamalkan "Saya" sanggup mengharungi banjir
Keprihatinan. sikap perikemanusiaan dan tolong- untuk melihat keadaan hidup Mak
menolong sesama manusia. Piah yang tinggal seorang diri.
(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati "saya" membawa bekalan makanan
dengan membantu golongan untuk Mak Piah yang telah terputus
warga emas. bekalan makanan akibat kejadian
banjir.
(d) Simpati. Kita hendaklah bersimpati kepada "saya" berasa simpati dengan
golongan yang susah. keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan serta keadaan Mak Piah
yang terlalu merindui anak-anaknya.

Anda mungkin juga menyukai