Anda di halaman 1dari 26

Cerpen Ibu dan Ceper (Tingkatan 4)

Sinopsis Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

Tema Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman.

Persoalan 1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan. Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. 2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya

3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam. Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Plot Binaan Plot

(i) Permulaan Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam.

(ii) Perkembangan Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawahsawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu.

(iii) Klimaks Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.

(iv) Peleraian Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu benarbenar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi.

Teknik Penceritaan 1. Pemerian Ceper pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu. 2. Dialog Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini! 3. Imbas Kembali Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.

Watak dan Perwatakan Watak Utama Ibu 1. Cekap bekerja. Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja. 2. Rajin . Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung. 3. Bermasyarakat. Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia. 4. Kuat semangat. Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.

Watak Sampingan Aku 1. Anak tunggal dalam keluarga. 2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah. 3. Sudah berumah tangga . 4. Penyayang.

Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu. 5. Bertanggungjawab. Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.

Latar Latar Tempat Sungai Ceper 1. Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat. 2. Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya. 3. Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.

Latar Masa 1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu. 2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri. 3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna. 4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya. 5. Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.

Latar Tempat 1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah. 2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja. 3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan. 4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau. 5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir. 6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air.

Latar Masyarakat 1. Masyarakat petani Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut. 2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup. Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah

kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau. 3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.

Gaya Bahasa 1. Kata ganda - kehijauan-hijauan 2. Simpulan bahasa - naik angin 3. Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang 4. Personifikasi - .kudengar ngauman Ceper 5. Hiperbola - Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah -tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing

Nilai 1. Nilai bertanggungjawab. Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya. 2. Nilai kegigihan. Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga. 3. Nilai kesabaran. Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

Pengajaran 1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. 2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri. 3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara. 4. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.

Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)


Sinopsis Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.

Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan. Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai. Tema Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat. Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.

Persoalan 1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran. Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar

masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu. 2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa. Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri. 3. Persoalan jati diri yang teguh. Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.

Plot Binaan Plot (i) Permulaan Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam.

(ii) Perkembangan Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.

(iii) Klimaks Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.

(iv) Peleraian Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.

Teknik Penceritaan 1. Pemerian Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi 2. Dialog Dah kaujemput budak-budak suratkhabar? tanya Pak Itam. Sudah! jawab Tuk Mat. 3. Imbas Kembali Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. 4. Monolog dalaman Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya.

Watak dan Perwatakan Watak Utama Pak Itam 1. Berasal dari Kuala Semantan, Pahang. 2. Berumur 85 tahun. 3. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara. 4. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah. 5. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya. 6. Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya. 7. Seorang yang taat akan perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan. 8. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu dengannya di rumah.

Watak Sampingan Tuk Mat

1. Bekas anggota polis. 2. Jiran Pak Itam. 3. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas. 4. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya. 5. Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.

Siti Nurhidayah 1. Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara. 2. Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam. 3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman. Latar Latar Masa 1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam. 2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat. 3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan.

Latar Tempat 1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan . 2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas. 3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi. 4. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ. Latar Masyarakat 1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara. Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.

2. Masyarakat penulis dan wartawan. Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena. 3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama. Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran. Gaya Bahasa 1. Simile - kian mengecil seperti sebiji debu 2. Peribahasa - seperti enau di belukar 3. Metafora -tangisan ketakwaan 4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You 5. Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan Nilai 1. Nilai pengorbanan. Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara. 2. Nilai cinta akan negara. Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi. 3. Nilai bekerjasama. Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.

Pengajaran 1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain. 2. Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah. 3. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari. 4. Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah.

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi) KOMSAS Ting 4


Sinopsis Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan.

Tema Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai. Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah.

Persoalan 1. Persoalan jati diri Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran. 2. Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya. Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya. 3. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga. Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anakanak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

Plot Binaan Plot 1. Permulaan Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia.

2. Perkembangan Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampong. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi.

3. Klimaks Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya.

4. Peleraian Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya.

Teknik Penceritaan 1. Teknik Dialog Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat nanti, rayu Mikraj. Tak perlu! Israk menghayun kata-kata

2. Teknik Imbas Kembali Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda. Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir.Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya. 3. Teknik Pemerian Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan. Daun-daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi.

Watak dan Perwatakan Watak Utama Israk 1. Anak teruna Adam dan Siti Hawa. 2. Merupakan cucu sulung Wah. 3. Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering. 4. Biadap Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga menyakiti hati neneknya. 5. Degil Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj. 6. Insaf Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah.

Mikraj 1. Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa. 2. Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah. 3. Berjiwa seni dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan dengan alam. 4. Penyayang - dia amat menyayangi Wah. 5. Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah. Wah 1. Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj. 2. Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga. 3. Alim dan taat akan agama dia sentiasa berwuduk . 4. Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya. 5. Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang meninggal dunia sebelum kelahiran anak mereka.

Latar Latar Masa 1. Musim durian 2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip. 3. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang. Latar tempat 1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah. 2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah. 3. Rumah kayu milik Wah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang menghormati orang tua Mikraj amat menghormati Wah 2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung. Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering. 3. Masyarakat yang bertanggungjawab Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah. 4. Masyarakat yang penyayang Wah amat menyayangi cucu-cucunya.

Gaya bahasa 1. Simile. pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona. 2. Dialog Lama sampai? aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas. Baru.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab. 3. Peribahasa. Sudah terhantuk baru terngadah Macam anjing dengan kucing . Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum. Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya. 4. Pesonifikasi. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji. 5. Metafora. Bara kata-kata

Nilai 1. Nilai menghormati ibu bapa. Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya 2. Nilai ketabahan. Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami. 3. Nilai keprihatinan Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya. 4. Nilai kasih sayang Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita. 2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat 3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita. 4. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 5. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi) KOMSAS Ting 4


Sinopsis Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan.

Tema Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai. Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah.

Persoalan 1. Persoalan jati diri Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran. 2. Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya. Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya. 3. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga. Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anakanak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

Plot Binaan Plot 1. Permulaan Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia.

2. Perkembangan Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampong. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi.

3. Klimaks Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya.

4. Peleraian Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya.

Teknik Penceritaan 1. Teknik Dialog Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat nanti, rayu Mikraj. Tak perlu! Israk menghayun kata-kata

2. Teknik Imbas Kembali Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda. Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir.Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya. 3. Teknik Pemerian Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan. Daun-daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi.

Watak dan Perwatakan Watak Utama Israk 1. Anak teruna Adam dan Siti Hawa. 2. Merupakan cucu sulung Wah. 3. Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering. 4. Biadap Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga menyakiti hati neneknya. 5. Degil Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj. 6. Insaf Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah.

Mikraj 1. Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa. 2. Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah. 3. Berjiwa seni dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan dengan alam. 4. Penyayang - dia amat menyayangi Wah. 5. Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah. Wah 1. Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj. 2. Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga. 3. Alim dan taat akan agama dia sentiasa berwuduk . 4. Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya. 5. Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang meninggal dunia sebelum kelahiran anak mereka.

Latar Latar Masa 1. Musim durian 2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip. 3. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang. Latar tempat 1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah. 2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah. 3. Rumah kayu milik Wah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang menghormati orang tua Mikraj amat menghormati Wah 2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung. Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering. 3. Masyarakat yang bertanggungjawab Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah. 4. Masyarakat yang penyayang Wah amat menyayangi cucu-cucunya.

Gaya bahasa 1. Simile. pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona. 2. Dialog Lama sampai? aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas. Baru.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab. 3. Peribahasa. Sudah terhantuk baru terngadah Macam anjing dengan kucing . Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum. Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya. 4. Pesonifikasi. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji. 5. Metafora. Bara kata-kata

Nilai 1. Nilai menghormati ibu bapa. Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya 2. Nilai ketabahan. Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami. 3. Nilai keprihatinan Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya. 4. Nilai kasih sayang Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya. Pengajaran 1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita. 2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat 3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita. 4. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 5. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.

Mellisa (Abdullah Hussain) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi. Tema Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya. Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanakkanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera. Persoalan 1. Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara. Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara. 2. Persoalan persengketaan antara kaum Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. 3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara. Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air. Plot Binaan Plot

1. Permulaan Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid. 2. Perkembangan Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab. 3. Klimaks Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei. 4. Peleraian. Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi. Teknik penceritaan 1. Imbas kembali Mei, Mei! kata Hisyam.Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam. Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu. 2. Teknik Pemeriaan Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. 3. Teknik Monolog Dalaman Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.

4. Teknik Dialog Siapa? Mei! Ada telefon. Okey.Saya datang. Watak dan Perwatakan Watak Utama Mellisa 1. Nama panggilannya ialah Mei. 2. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong. 3. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka. 4. Bersemangat patriotik Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera. 5. Mempunyai daya ingatan yang tinggi. Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-kanaknya bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa heronya berlaku. 6. Seorang yang terpelajar. Mellisa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera. Watak Sampingan Hisyam 1. Berketurunan Minang. 2. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib. 3. Penyayang - amat menyayangi Mellisa. 4. Rajin sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi. 5. Bercita-cita tinggi dia ingin menjadi peguam atau tentera. Syahid 1. Pengarah Syarikat surat khabar 2. Wajahnya persis Hisyam. 3. Berani dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa. 4. Suka berterus terang dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa. Latar Latar Masa 1. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar. 2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah. 3. 13 Mei berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.

Latar Tempat 1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja 2. Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa. 3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh. 4. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh. Latar Masyarakat 1. Masyarakat muda yang amat cinta akan negara Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu. 2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku. 3. Masyarakat pelajar yang gigih. Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah. 4. Masyarakat miskin Hisyam tinggal di rumah setinggan. 5. Masyarakat majmuk yang bersengketa Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku. Gaya bahasa 1. Simile Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam 2. Peribahasa Bertegang urat leher Tidak lari gunung dikejar. 3. Pesonifikasi Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya. 4. Metafora Bisul rusuhan

Nilai 1. Nilai kasih sayang Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. 2. Nilai kegigihan. Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu. 3. Nilai keberanian. Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa. 4. Cinta akan tanah air Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera Pengajaran 1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah. 2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan. 3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan

Anda mungkin juga menyukai