Anda di halaman 1dari 32

CERPEN

BANJIR DI AIR MATA EMAK

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 1
Ismail
SINOPSIS

Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon


temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah
Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat
panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah
memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada bekalan
makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya
sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih
kepada "Nana" (saya) kerana menelefon untuk bertanya
khabar tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang
duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung
walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 2
Ismail
SINOPSIS
• Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang
dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Hujan sudah
turun empat hari empat malam tanpa henti. "Saya" cuba menelefon
Mak Piah sekali lagi tetapi panggilannya tidak dijawab. "Saya"
bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut
dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya
sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan
banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. "Saya"
tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak
lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar,
apatah pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa sangat cemas
apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada Mak
Piah.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 3
Ismail
SINOPSIS
• "Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah
menjawab pangilan "saya". Mak Piah meminta "saya" yang
disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah
sempat berpesan kepada "saya"agar menjaga anak dan
suaminya baik-baik.
• "Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat
melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang
Maha Pencipta. Mak Piah merindui anak-anaknya. "Saya"
merindui emaknya. "Saya" menemukan alamat Mak Piah di
dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah
dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan
"saya" dengan ceria.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 4
Ismail
SINOPSIS
• Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat
peramah. Mak Piah memberitahu "saya" bahawa Nubhan,
abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pulak takut
akan suaminya. "Saya" bertanya kepada Mak Piah tentang
sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak
Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu
mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang
kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak
sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah
selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk "saya" selepas
mendengar kata-kata "saya" itu.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 5
Ismail
SINOPSIS
• "Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya
sama ada Nana yang masak dan menyuruh "saya"
menghantar makanan itu. "Saya" mengangguk sambil
tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong dan menanggung
dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa
bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak Piah
mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang
"saya bawa ke dalam peti sejuk. "Saya" memohon izin
untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak Piah
lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan salam
kepada anaknya, Nana.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 6
Ismail
SINOPSIS
• Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari. Setelah
sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum
ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai
sedang berkumpul. Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir
jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya
selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua hari
sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah
mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah berasa sangat
gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah
mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah
menelefon emaknya kerana emaknya mengalami masalah pendengaran.
Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong
kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana berasa
sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya selama ini.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 7
Ismail
TEMA
• Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang
bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam
dalam kehidupan seseorang.
• Perkara tersebut mengundang rindu yang
berpanjangan. Mak Piah sangat merindui anak-
anaknya yang telah beberapa bulan tidak
menghubunginya apatah lagi untuk pulang
menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang
menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi
dirinya.
• "Saya" pula mendambakan kasih sayang daripada
seorang emak yang telah kembali kepada Yang Maha
Pencipta.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 8
Ismail
PERSOALAN
a. Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian
daripada anak-anak.
– Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana
anak-anak jarang-jarang menjenguknya.
b. Kasih ibu tidak berbelah bagi.
– Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk
emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-
jirannya.
c. Menyesal kemudian tiada gunanya.
– Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan
sudah terlambat. Emak mereka telah pergi meninggalkan
mereka untuk selama-lamanya.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 9
Ismail
PERSOALAN
e. Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
– Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak
bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan masing-
masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat
terhadap ibu mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga
mereka dan mengabaikan ibu mereka sendiri.
f. Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.
– Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak
Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah dan
berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir surut.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 10
Ismail
BINAAN PLOT

• Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi


tersalah menekan nombor telefon lalu panggilannya terus
sampai ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada
"saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa
orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak
masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana banjir telah naik
ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan dirinya yang
sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.

PERMULAAN
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 11
Ismail
BINAAN PLOT
• "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak berjawab. "Saya"
bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak Piah tinggal
seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya
Mak Piah menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak
sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah memikirkan
keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke paras
dada. Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini
menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Perasaan
dan keinginan "saya" hendak berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat.
"Saya" mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon.
"Saya"datang ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa
berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu
merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana.

PERKEMBANGAN
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 12
Ismail
BINAAN PLOT
• Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah
diserang demam panas selama lima hari. Setelah sembuh,
"saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti yang
dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di
pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul.
Belum sempat "saya" melangkah masuk ke dalam rumah Mak
Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya" mengikut
jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

KLIMAKS
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 13
Ismail
BINAAN PLOT
• Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka
menyesal kerana tidak pulang menjenguk dan membantu
emak mereka semasa banjir. Emak mereka meninggal dunia
setelah kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak
membersihkan rumah selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah
kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.

PELERAIAN
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 14
Ismail
TEKNIK PLOT
• "Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun
tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah
sampaii ke paras dada ..." [hlm. 51]

DIALOG
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 15
Ismail
TEKNIK PLOT
• Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau
sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa saya
bukanlah Nana, kembali menujah-nujah telinga. Saya capai
telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan butang
panggilan ke nombor itu sekali lagi. [hlm. 52]

PEMERIAN
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 16
Ismail
TEKNIK PLOT
• Pada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya pemilik suara tua
yang sedang bercakap dengan watak "saya" melalui telefon.
• Contohnya, • Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat
pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan sejak dilahirkan.
Siapakah empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana?
Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor rumah teman
yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur
kata, selaju jejari saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas
menyampaikan kisah yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara
tua itu menamatkan pengisahan dengan penghargaan dan
pesanan. [hlm. 51]

SASPENS
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 17
Ismail
LATAR
LATAR TEMPAT
(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat
berlakunya kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke rumah Mak
Piah.

( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang tinggal keseorangan.

(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 18
Ismail
LATAR
LATAR MASA
a) Empat hari Contohnya, hujan turun selama empat hari empat malam.
empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir yang
melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera ketika
membersihkan rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal
dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya.

(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan nombor telefon rumah
temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 19
Ismail
LATAR
LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah merupakan
kampung. masyarakat yang tinggal di kampung.

(b) Masyarakat yang Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat


prihatin. tentang keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan.

(c) Masyarakat yang Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak


tidak bertanggungjawab. mereka hidup keseorangan di rumah usang tanpa
bertanya khabar atau menjenguknya walaupun
Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah emaknya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 20
Ismail
LATAR
LATAR MASYARAKAT

d) Masyarakat yang Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan sangat


mementingkan kasih merindui anaknya, Nana serta mengharapkan Nana
sayang. sekeluarga berada dalam keadaan baik..

(f) Masyarakat yang terlalu Contohnya, watak "saya" sangat merindui emaknya yang
merindui ibunya. telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk
berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan itu.

(g) Masyarakat yang taat Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat walaupun
akan perintah agama. keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 21
Ismail
WATAK DAN PERWATAKAN
1. SAYA
i. Anak yatim piatu.
ii. Seorang yang sensitif.
iii. Seorang yang prihatin.
iv. Seorang yang mudah bersimpati.
v. Seorang yang merindui ibunya.
vi. Seorang mengambil berat terhadap kehidupan
Mak Piah.
vii. Seorang yang sanggup berbohong semata-mata
untuk melihat kebahagiaan Mak Piah.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 22
Ismail
WATAK DAN PERWATAKAN
2. MAK PIAH
i. seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah
kampung.
ii. seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan
Nubhan.
iii. Seorang yang peramah.
iv. Seorang yang takut akan ular.
v. Seorang yang pengasih dan penyayang.
vi. Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
vii. Seorang yang kurang pendengaran.
viii. Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 23
Ismail
WATAK DAN PERWATAKAN
3. NANA
i. Anak bongsu Mak Piah.
ii.Seorang yang takut kepada suami.
iii.
Seorang yang tidak bertanggungjawab.
iv.Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk
emaknya.
v. Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila
kehilangan emaknya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 24
Ismail
GAYA BAHASA

Pengarang menggunakan • "Dah tu, macam mana?"


ayat pendek. • "Mak takut ular."
• "Mari kita makan! "

Ayat panjang. • Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan,


suara itu putus dalam hujan yang sudah empat
hari em pat malam lebat dan renyai menyilih
ganti. [hlm. 52]

Penggunaan bahasa • Ya Allah • zuhur • assalamualaikum •


Arab. Alhamdulilah • insya-Allah • jenazah • Arwah
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 25
Ismail
GAYA BAHASA

Metafora • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja menyalam


perkenalan. [hlm. 54]
• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54]
• Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir [hlm.551]

Personifikasi • ... banjir kali ini telah menelan dua nyawa. [hlm. 521 • Getar
suaranya menggegarkan perasaan. [him. 52]
• ... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm. 54]

Peribahasa • isihati
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 26
Ismail
GAYA BAHASA
Sinkope • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak
boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm. 51]
• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung tak
hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51] •

Repetisi • Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar lagi? Ataukah


agaknya dia bimbangkan bil telefon "anak" ini akan menjadi seperti
harga ikan di pasar kami? Atau sememangnya dia keliru, antara
pemanggil dengan orang yang dipanggil, siapa yang dikenakan
bayaran? [him. 53]
• Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm. 53]

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 27
Ismail
NILAI & PENGAJARAN
Kasih sayang Kita mestilah menghargai Walaupun anak-anak Mak Piah
kasih sayang ibu bapa tidak mengambil berat tentang
terhadap anak-anak mereka. kehidupannya di kampung, Mak
Piah masih mengingati dan
menyayangi anak-anaknya.

Keprihatinan Kita hendaklah "Saya" sanggup mengharungi


mengamalkan sikap banjir untuk melihat keadaan
perikemanusiaan dan hidup Mak Piah yang tinggal
tolong-menolong sesama seorang diri.
manusia.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim
07/03/2023 28
Ismail
NILAI
Kasih sayang
Keprihatinan
Baik hati
Simpati.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 29
Ismail
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah sikap baik hati dengan membantu
golongan warga emas.
2. Kita hendaklah bersimpati kepada golongan yang
susah.
3. Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan
dan tolong-menolong sesama manusia.
4. Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa
terhadap anak-anak mereka.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 30
Ismail
NILAI & PENGAJARAN
(c) Baik hati Kita hendaklah sikap baik hati dengan
membantu golongan warga emas.

(d) Simpati. Kita hendaklah bersimpati kepada golongan


yang susah.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 31
Ismail
NILAI & PENGAJARAN
(c) Baik hati Kita hendaklah sikap ‘say’``` membawa bekalan makanan
baik hati dengan untuk Mak Piah yang telah terputus
membantu golongan bekalan makanan akibat kejadian
warga emas. banjir.

(d) Simpati. Kita hendaklah "saya" berasa simpati dengan


bersimpati kepada keadaan Mak Piah yang tinggal
golongan yang susah. keseorangan serta keadaan Mak Piah
yang terlalu merindui anak-anaknya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim


07/03/2023 32
Ismail

Anda mungkin juga menyukai