Anda di halaman 1dari 3

CERPEN SALAM

1. SINOPSIS

Cikgu Saidin tidak mahu pulang ke kampungnya, sejak kematian ayahnya lima
bulan yang lalu, walaupun telah dipujuk oleh abangnya. Sikap Pak Japar yang
tidak mahu bertolak ansur dan bekerjasama dengan bapanya punca utama ia
tidak mahu pulang ke kampungnya. Pertemuannya dengan Pakcik Salleh
menyebabkan Cikgu Saidin berasa gelisah dan serba salah. Akhirnya Cikgu
Saidin mengambil keputusan untuk pulang ke kampung hendak berjumpa Pak
Japar kerana dia telah diberi tanggungjawab oleh Pakcik Salleh untuk
menyampaikan salamnya kepada Pak Japar. Akhirnya, Cikgu Saidin telah
berjaya menyampaikan salam itu kepada Pak Japar yang sedang sakit.

2. PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

a) Cikgu Saidin tidak pulang ke kampungnya sejak kematian ayahnya lima


bulan yang lalu.
b) Abangnya, Saman, cuba memujuk Saidin untuk pulang ke kampung
dengan mengirim dua pucuk surat tetapi gagal.
c) Saidin tidak mahu pulang ke kampung kerana dia benci dan memusuhi
Pak Japar sebab Pak Japar lah ayahnya tawar hati untuk mengusahkan
kebunnya dan mengambil keputusan menjadi nelayan.
d) Pertemuannya dengan Ustaz Zaini menyebabkan kesedaran pada diri
Saidin atas segala dosa yang dilakukannya selama ini.
e) Pertemuan di anatara Saidin dengan Pak Salleh penyebabkan utama
Saidin mengambil keputusan secara tiba-tiba hendak pulang ke
kampungnya.
f) Itu kerana Pakcik Salleh meminta Saidin untuk menyampaikan salamnya
kepada Pak Japar. Dengan keinsafan pada dirinya, ia mengambil
keputusan hendak menyampaikan salam itu.
g) Apabila sampai di rumah abangnya, Saidin mendapat khabar daripada
kakak iparnya, Sinah, bahawa Pak Japar sedang sakit.

3. WATAK DAN PERWATAKAN

Dalam cerpen ini terdapat beberapa watak iaitu Cikgu Saidin, Saman, Pak
Japar, Pakcik Salleh, Sinah dan Cikgu Zaitunah.
a) Cikgu Saidin

Dalam cerpen ini Saidin menjadi watak protagonis. Dia seorang pemuda yang
kacak, seorang pegawai kerajaan dan guru menengah di Kuala Belait. Saidin
mempunyai fikiran yang terbuka, ini dibuktikan apabila dia menerima
pendapat dan nasihat yang diberikan kepadanya. Misalnya ia menerima
pendapat dari Ustaz Zaini tentang pengertian dosa dan dia sanggup
menyampaikan salam Pakcik Salleh kepada Pak Japar walaupun dia
menganggap Pak Japar itu musuhnya. Dia seorang yang mudah bergaul dan
peramah ini ternyata hubungan baiknya dengan kawan serumahnya, ia
sanggup dating ke rumah Pak Japar untuk menyampaikan salam yang
diamanahkan kepadanya. Dia juga seorang yang bertanggungjawab dan
amanah. Saidin suka menyimpan perasaan dendam pada seseorang dan ini
ternyata dia begitu benci dan menganggap musuh kepada orang yang
menyakiti hati bapanya.

b) Saman

Seorang anak muda yang tahan lasak dan kuat bekerja. Dia mengusahakan
kebun buah-buahan peninggalan ayahnya. Saman mempunyai pemikiran yang
matang dan tenang dalam menghadapi sesuatu masalah dan ini jelas semasa
dia tidak mengendahkan segala perbuatan Pak Japar terhadap ayahnya. Dia
juga seorang yang mudah bergaul dan dia mempunyai hubungan yang baik
dengan jirannya walaupun jirannya itu pernah menyakiti keluarganya. Seorang
yang penyabar, dia tidak marah kepada Pak Japar yang memarahi bapanya.
Juga seorang yang bertanggungjawab, dia berusaha memujuk adiknya pulang
ke kampung dan dia juga melawat Pak Japar ketika dia sedang sakit.

c) Pak Japar

Dalam cerpen ini Pak Japar menjadi watak antagonis. Pak Japar ialah seorang
tua yang berusia dalam lingkungan 60-an. Dia merupakan seorang pesara dari
Syarikat Minyak Shell Brunei di Pekan Seria dan juga seorang petani. Pada awal
cerpen, dia digambarkan mempunyai fikiran yang tidak terbuka dan lebih
mementingkan diri sendiri. Walau bagaimanapun akhirnya pemikirannya agak
terbuka, ini terbukti semasa dia datang ke rumah Saman untuk meminta maaf
atas perbuatannya selama ini. Dia ini seorang pemarah, lebih mementingkan
diri, tidak mahu bertolak ansur tetapi pada akhir cerita dia menyedari
kesalahannya selama ini dan sanggup meminta maaf atas perbuatannya
selama ini.

d) Pakcik Salleh

Pakcik Salleh ialah seorang tua yang berusia lingkungan 60-an dan seperti
dengan Pak Japar, Pakcik Salleh seorang pesara dari Syarikat Minyak Shell
Brunei di Pekan Seria. Dia seorang yang suka becerita dengan sesiapa saja. Ini
dibuktikan semasa Pakcik Salleh berjumpa dengan Cikgu Saidin, dia bercerita
tentang kisah-kisahnya semasa ia masih bekerja di Syarikat Minyak Shell
Bersama Pak Japar. Dia telah bekirim salam dengan Pak Japar kerana kebetulan
Cikgu Saidin tinggal sekampung dengannya.

e) Sinah

Sinah ialah seorang wanita yang masih muda dan kuat bekerja, dan juga
seorang suri rumah tangga sepenuh masa di samping bertanam pokok bunga-
bungaan. Dia mempunyai fikiran yang terbuka, ini jelas semasa dia tidak
mengambil hati terhadap perbuatan Pak Japar terhadap mertuanya malahan
dia menyuruh Cikgu Saidin menziarahu Pak Japar yang sedang sakit. Sinah
mempunyai hubungan yang baik dengan jiran-jirannya. Sinah seorang yang
tidak penyabar dan ini dilihatkan semasa dia menimbulkan masalahnya yang
belum memperolehi anak walaupun baru berkahwin empat tahun.

f) Cikgu Zaitunah

Dia seorang guru sekolah menengah Kuala Belait. Dia pernah menuntut
semaktab dengan Cikgu Saidin dan merupakan watak sampingan dalam cerpen
tersebut.

4. LIMA (5) PERUTUSAN/PENGAJARAN

a) Janganlah berdendam terhadap perkara yang berlaku pada masa dahulu.


b) Amanah hendaklah dilakukan dengan baik walaupun orang yang hendak
disampaikan itu adalah musuh sendiri.
c) Hendaklah insaf jika sedar yang benda dilakukan itu adalah berdosa.
d) Janganlah mementingkan diri sendiri dan hendaklah bertolak ansur.
e) Hendaklah melaksanakan tanggungjawab untuk kepentingan hubungan
silaturahim dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai