Anda di halaman 1dari 2

Cerpen : 

 Banjir di Mata Emak karya Che Soo Ismail


Sinopsis
Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya tetapi
tersalah tekan nombor telefon rumah ___________. Mak Piah menyangka orang
yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, _________. Mak Piah
memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada bekalan __________ disebabkan
___________ yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras _________. Mak
Piah berterima kasih kepada "Nana" (saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar
tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak
Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.

Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang
sebenar, talian telefon sudah ___________. Hujan sudah turun _________ hari
empat malam tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi
panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan keadaan
Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut __________
nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya
sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke
_________________ banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke
pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak Piah
tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan
tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya. "Saya"
berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada Mak
Piah.

"Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab
pangilan "saya". Mak Piah meminta "saya" yang disangkakannya Nana agar tidak
bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada "saya"agar menjaga anak
dan suaminya baik-balk.

"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat melepaskan rindu
terhadapnya __________ yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak
Piah merindui anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya. "Saya" menemukan alamat
Mak Piah di dalam _____________ telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah
dengan membawa _____________. Mak Piah menyambut kedatangan "saya"
dengan ceria.

Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah
memberitahu "saya" bahawa ____________, abang Nana takut akan isterinya,
manakala Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya kepada Mak Piah
tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah
menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu
kerana keadaannya yang kerap ____________________ sehinggakan kadang-
kadang tidak sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi
banjir tidak surut. Mak Piah memeluk "saya" selepas mendengar kata-kata "saya"
itu.

"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang
masak dan menyuruh "saya" menghantar makanan itu. "Saya" mengangguk sambil
tersenyum. "Saya" terpaksa ______________ dan menanggung dosa hanya kerana
hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak
Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke dalam
peti sejuk. "Saya" memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak
Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan salam kepada anaknya, Nana.

Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama ________ hari. Setelah


sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang
berkumpul. Mak Piah telah _________________ kerana tergelincir jatuh dan
_____________ cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir.
Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita
kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa
banjir. Mak Piah berasa sangat gembira.
Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apa-apa
kepada emaknya malahan dia tidak pernah ____________ emaknya kerana emaknya
mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya
kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya.
Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya selama ini.

Anda mungkin juga menyukai