Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 1

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai

*putus rezeki * mahal seperti berlian * indah khabar daripada rupa*

* bagai melepas batuk di tangga * kalau ada asap, tentu ada api*

* seperti pinang dibelah dua * gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga*

*masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak*

1. Harga pakaian di butik ini ___________________________________________

2. “Kerja ini tidak akan siap sekiranya kamu bersikap

________________________________”, kata ibu kepada abang.

3. Persengketaan antara Murni dengan abangnya itu merupakan perkara biasa kerana

_______________________________________________________

4. Kakak Munirah dan abang Haikal yang bersanding pada hari itu

_____________________________________________________________

5. Apabila kami tiba di pulau peranginan itu, barulah kami tahu bahawa apa-apa yang

diperkatakan oleh Kamal hanyalah

______________________________________________________________

6. Sejak medan selera itu ditutup, banyaklah pegerai yang

______________________________________________________________

7. Pekerja baharu itu mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Bak kata orang,

______________________________________________________________

8. “Janganlah kita berburuk sangka. Tentu ada sebabnya maka Razak dan isterinya

bermasam muka dengan iparnya. Kata orang ___________________________”,

nasihat Pak Majid kepada isterinya.


LATIHAN 2

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan yang berikut.

1. Sofea dan adiknya sudah berbaik semula selepas bergaduh selama beberapa
minggu.
_____________________________________________________________

2. Hakimi dan Hamizan memang berkawan baik dan sentiasa bersama-sama .

_____________________________________________________________

3. Kawan-kawannya tidak mahu menasihati Suzlihan lagi kerana nasihat


mereka itu tidak diendahkannya.

_____________________________________________________________

4. Penduduk kampung itu sentiasa bekerjasama apabila menghadapi sesuatu


masalah.

_____________________________________________________________

5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-
sungguh.

_____________________________________________________________

6 . Pinjaman perniagaan Aqil sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya
menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

_____________________________________________________________

LATIHAN 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan dua peribahasa
yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang


pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun
menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan penting di tempat kerjanya
kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan baik.
Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan
pegawai-pegawai yang lain.

1. ______________________________________________________________

2. ______________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai