Anda di halaman 1dari 9

Cerpen : Banjir di Mata Emak karya Che Soo Ismail

1. Sinopsis
Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya
tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah
menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya,
Nana. Mak Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada
bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah
sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana" (saya)
kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya,
abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung
walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.

Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya


yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat
hari empat malam tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali
lagi tetapi panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan keadaan
Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita
Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah
berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke
pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu
berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk
bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa
sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku
kepada Mak Piah.

"Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah


menjawab pangilan "saya". Mak Piah meminta "saya" yang
disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat
berpesan kepada "saya"agar menjaga anak dan suaminya baik-balk.

"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat


melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha
Pencipta. Mak Piah merindui anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya.
"Saya" menemukan alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon.
"Saya" pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah
menyambut kedatangan "saya" dengan ceria.

Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak
Piah memberitahu "saya" bahawa Nubhan, abang Nana takut akan
isterinya, manakala Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya
kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat
pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu
mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya
yang kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak
sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi
banjir tidak surut. Mak Piah memeluk "saya" selepas mendengar kata-
kata "saya" itu.

"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada
Nana yang masak dan menyuruh "saya" menghantar makanan itu.
"Saya" mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong dan
menanggung dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa
bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak Piah mencuci dan
menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke dalam peti
sejuk. "Saya" memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk
mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan
salam kepada anaknya, Nana.

Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari.


Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang
dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah
Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak Piah telah meninggal
dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak
membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa
kesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada
jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya
semasa banjir. Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan
bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apa-apa kepada
emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana
emaknya mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa
mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat
untuk menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal
atas perbuatannya terhadap emaknya selama ini.

2. Tema
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah
meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.

Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah


sangat merindui anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak
menghubunginya apatah lagi untuk pulang menjenguknya. Keengganan
anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi
dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian. "Saya" pula
mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah
kembali kepada Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya.
Pertemuan "saya" dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap
emaknya. Nasib yang menimpa Mak Piah meraih simpati "saya" untuk
mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk
"saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.

3. Persoalan
(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak
jarang-jarang menjenguknya.
(b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap jiwa seseorang. Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat
hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya.
(c) Kasih ibu tidak berbelah bagi.
Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak
Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.
(d) Menyesal kemudian tiada gunanya.
Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat.
Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.
(e) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak
bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan masing-masing
mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu
mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan
mengabaikan ibu mereka sendiri.
(f) Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.
Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu
bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah dan berjanji untuk
menemani Mak Piah sehingga banjir surut.

4. Plot Binaan
4.1 Plot
(a) Permulaan Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya,
tetapi tersalah menekan nombor telefon lalu panggilannya terus sampai
ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada "saya" yang disangka
anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak
menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana
banjir telah naik ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan
dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.

(b) Perkembangan "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak


Piah tetapi tidak berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah.
Hal ini demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya
sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya Mak Piah
menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak
sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah
memikirkan keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya
telah sampai ke paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan
dia akan emaknya. Hal ini menambahkan rasa rindu kepada ibunya
yang sudah meninggal dunia. Perasaan dan keinginan "saya" hendak
berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya" mendapatkan
alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang
ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa
berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu
merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana.

(c) Klimaks Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah
diserang demam panas selama lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus
pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila
"saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang
berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah masuk ke dalam rumah
Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya" mengikut
jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih.


Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk dan membantu emak
mereka semasa banjir. Emak mereka meninggal dunia setelah
kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak membersihkan rumah
selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya
ditemui jirannya.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,


(a) Dialog "Orang jual ikan dah tiga hari tak
datang. Mamak jual roti pun tak
boleh masuk kampung. Mak tak
ada makanan. Banjir dah sampaii
ke paras dada ..." [hlm. 51]
(b) Pemerian. Suara tua yang tadinya berbicara
tanpa memberi saya walau sedikit
kesempatan untuk menerangkan
bahawa saya bukanlah Nana,
kembali menujah-nujah telinga.
Saya capai telefon, mencari di
menu panggilan keluar. Saya
tekan butang panggilan ke nombor
itu sekali lagi. [hlm. 52]
c) Saspens Pada permulaan cerita, pembaca
tertanya-tanya pemilik suara tua
yang sedang bercakap dengan
watak "saya" melalui telefon.

Contohnya, Dia memanggil saya


dengan nama yang tidak tercatat
pada kad pengenalan, tidak juga
nama timangan sejak dilahirkan.
Siapakah empunya suara tua yang
rusuh di hujung talian sana?
Seperti saya yang terburu-buru
mendail nombor rumah teman
yang baru diberikan pagi tadi,
suara tua itu juga pantas mengatur
kata, selaju jejari saya salah
menekan nombor rumahnya.
Selepas menyampaikan kisah
yang sesetengahnya tidak saya
fahami, suara tua itu menamatkan
pengisahan dengan penghargaan
dan pesanan. [hlm. 51]

5. Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak
Piah serta tempat berlakunya
kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat


panggilan telefon ke rumah Mak
Piah.
(c) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah
yang tinggal keseorangan.
(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah
dikebumikan.
5.2 Latar Masa
(a) Empat hari empat malam. Contohnya, hujan turun selama
empat hari empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada
bekalan makanan kerana banjir
yang melanda kampung Mak Piah
sudah sampai ke paras dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam
selama lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh
tergelincir dan kepalanya cedera
ketika membersihkan rumah
selepas kejadian banjir. Mak Piah
meninggal dunia selepas kejadian
banjir melanda kampungnya.
(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya"
mendapatkan nombor telefon
rumah temannya, iaitu Ameera
pada waktu pagi.

5.3 Latar Masyarakat


(a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan
Mak Piah merupakan masyarakat
yang tinggal di kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, watak "saya" sangat
mengambil berat tentang
keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan.
(c) Masyarakat yang tidak Contohnya, Nana dan Nubhan
bertanggungjawab. membiarkan emak mereka hidup
keseorangan di rumah usang
tanpa bertanya khabar atau
menjenguknya walaupun Nubhan
tinggal berdekatan dengan rumah
emaknya.
(d) Masyarakat yang Contohnya, Mak Piah masih
mementingkan kasih sayang. mengingati dan sangat merindui
anaknya, Nana serta
mengharapkan Nana sekeluarga
berada dalam keadaan baik..
(f) Masyarakat yang terlalu Contohnya, watak "saya" sangat
merindui ibunya. merindui emaknya yang telah
meninggal dunia dan dia begitu
teruja untuk berjumpa dengan
Mak Piah yang tinggal
keseorangan itu.
(g) Masyarakat yang taat akan Contohnya, Mak Piah masih
perintah agama. menunaikan solat walaupun
keadaannya sudah tua dan
rumahnya dilanda banjir.

6. Watak dan Perwatakan


6.1 "Saya"
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat
kebahagiaan Mak Piah.

6.2 Mak Piah


(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah
kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

6.3 Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan
emaknya.
7. Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


(a) Pengarang Contohnya, "Dah tu, macam mana?"
menggunakan ayat "Mak takut ular."
pendek. "Mari kita makan! "
(b) ayat panjang. Tanpa sempat saya membetulkan
tanggapan, suara itu putus dalam hujan
yang sudah empat hari em pat malam lebat
dan renyai menyilih ganti. [hlm. 52]
(c) Penggunaan bahasa Contohnya, Ya Allah zuhur
Arab. assalamualaikum Alhamduldlah insya-
Allah jenazah Arwah
(d) Metafora Contohnya, Lukisan ceria terpamer di
wajah tua, tanda teruja menyalam
perkenalan. [hlm. 54]
... hasratnya yang terpendam di lembah
kepiluan. [hlm. 54]
Saya merakamkan cerita dalam lautan
fikir [hlm.551]
( e ) Personifikasi Contohnya, ... banjir kali ini telah menelan
dua nyawa. [hlm. 521
Getar suaranya menggegarkan perasaan.
[him. 52]
... rindu yang mencengkam sukma ini,...
[hlm. 54]
( f ) Peribahasa Contohnya, isihati

( g ) Sinkope Contohnya, Orang jual ikan dah tiga


hari takdatang. Mamak jual roti
pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada
makanan. [hlm. 51]
Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak
menjenguk langsung tak hirau keadaan mak
dalam banjir ni. [hlm. 51]
( h )Repetisi Atau telinganya sudah tidak mampu
mendengar lagi? Ataukah agaknya dia
bimbangkan bil telefon "anak" ini akan
menjadi seperti harga ikan di pasar
kami? Atau sememangnya dia keliru, antara
pemanggil dengan orang yang dipanggil,
siapa yang dikenakan bayaran? [him. 53]
Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!
[hlm. 53]

8. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran Contoh


(a) Kasih Kita mestilah Walaupun anak-anak
sayang menghargai kasih Mak Piah tidak
sayang ibu bapa mengambil berat tentang
terhadap anak-anak kehidupannya di
mereka. kampung, Mak Piah
masih mengingati dan
menyayangi anak-
anaknya.
(b) Kita hendaklah "Saya" sanggup
Keprihatinan. mengamalkan sikap mengharungi banjir
perikemanusiaan dan untuk melihat keadaan
tolong-menolong hidup Mak Piah yang
sesama manusia. tinggal seorang diri.
(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap "saya" membawa
baik hati dengan bekalan makanan untuk
membantu golongan Mak Piah yang telah
warga emas. terputus bekalan
makanan akibat kejadian
banjir.
(d) Simpati. Kita hendaklah "saya" berasa simpati
bersimpati kepada dengan keadaan Mak
golongan yang susah. Piah yang tinggal
keseorangan serta
keadaan Mak Piah yang
terlalu merindui anak-
anaknya.

Anda mungkin juga menyukai