Anda di halaman 1dari 2

BANJIR DI MATA EMAK: CERPEN KOMSAS

TINGKATAN 2 (EVERLASTING MOTHER'S LOVE)


Pendahuluan

Cerpen yang termuat mulai muka surat 51 hingga 57, antologi Baik Budi, Indah
Bahasa ini disampaikan menerusi sudut pandangan orang pertama. Pencerita
menggunakan kata ganti diri 'saya' bagi menggambarkan penderitaan Mak Piah / Nek
Piah dalam menghadapi peristiwa banjir secara bersendirian. Penulis cerpen, Che Soo
Ismail, 56, kelahiran Alor Setar yang berkelulusan darjah lima sebenarnya sangat
dikenali sebagai penulis skrip drama radio (rujuk antologi, muka surat 100).

Watak utama

1 'Saya' : pencerita

2 Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk

3 Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah

Latar tempat: rumah Mak Piah


: rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
: tanah perkuburan

Tema: kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia

Sinopsis

Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut
oleh suara wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik
tadi menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi.
Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-gesa meminta 'saya'
tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. 'Saya'
tertanya-tanya bahkan terasa ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat
kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada. 'Saya' berdoa agar pertemuan dua
kerinduan itu dimakbulkan / menjadi kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat
nombor tersalah dail itu.

Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang
mencecah paras leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan
lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke pusat
pemindahan kerana masalah kencing kerap (selalu buang air kecil). Mak Piah terus
memeluk 'saya' sebaik berjanji untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian
'saya' menyimpan bekalan bahan mentah masakan ke dalam peti sejuk sebelim
pulang. Takdir menentukan 'saya' demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah
Mak Piah sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia
tergelincir ketika membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis
wajah Mak Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana
meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang ...

Perwatakan

1 bersangka baik: Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun
pada hakikatnya
Nana mengabaikannya

2 penyayang: 'Saya' melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih
sayang

3 prihatin / peka: 'Saya' mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan


makanan di rumah
Mak Piah yang dilanda banjir

Nilai murni
(gunakan huraian yang sama seperti di atas)

1 baik hati:

2 kasih sayang

3 keprihatinan / kepekaan

Persoalan
(huraian sama)

1 Bersangka baik dalam keluarga

2 Kasih sayang ibu sepanjang hayat

3 Keprihatinan / kepekaan terhadap warga tua

Pengajaran

1 Kita hendaklah bersangka baik sesama keluarga

2 Kita hendaklah mengasihi/ menyayangi ibu sepanjang hayat

3 Kita hendaklah prihatin / peka terhadap kebajikan warga tua

Perbincangan kbat

Cara meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap keperluan warga emas

Anda mungkin juga menyukai