Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Menuai Emas.

Kisah bermula apabila Alif teringat akan ayahnya sewaktu melihat sawah padi yang
sedang menguning. Alif teringat akan kata-kata ayahnya yang dia akan menuai emas
jika berjaya mengusahakan tanah sawah tersebut.
Alif bertemu dengan tok ketua ketua yang bermotosikal dan hampir
melanggarnya. Alif bertanya bila jentera menuai padi akan sampai untuk menuai hasil
padi mereka. Tok ketua berbangga dengan hasil usaha yang dilakukan oleh anak muda
seperti Alif. Alif hanya tersenyum dan mengatakan yang inilah hasil jika berbudi pada
tanah
Alif teringat peristiwa setahun yang lalu apabila tanah petak sawahnya menjadi
konflik. Semua pemilik tanah sawah bersetuju untuk menjual kepada pemaju kecuali
tanah sawah Alif. Abang Man yang bertindak sebagai ketua berusaha untuk memujuk
Alif dan Mak Wan untuk menjualkan saja tanah sawah itu.
Semasa perbincangan di rumah Mak Wan dan Alif telah berlaku sedikit
ketidakpuasan hati apabila Abang Man telah menyentuh hal peribadi Alif. Abang Man
telah menuduh Alif tidak lulus universiti. Oleh sebab itulah dia tidak mahu
menjualkan tanah sawah itu. Tuduhan Abang Man telah menguris hati Mak Wan. Mak
Wan meminta semua yang datang ke rumahnya agar balik dahulu.
Alif memberitahu ibunya yang dia bukan menolak pembangunan tetapi mahu
mengusahakan sawah melalui teknologi moden . Mak Wan bersetuju dengan Alif.
Alif tekad untuk mempertahankan tanah sawahnya walaupun terpaksa berdepan
dengan Abang Man. Alif yakin terdapat beberapa orang tuan tanah yang masih
bersikap tunggu dan lihat seperti Pak Nik, Tok Ketua dan Mak Lang Munah.
Alif teringat ketika dia berbual dengan pegawai pertanian, beberapa kebaikan
daripada benih padi baru telah diberitahu oleh pegawai tersebut iaitu kebal dari racun
rumpai, menjimatkan penggunaan air dan dapat mencegah masalah perosak utama
iaitu siput gondang emas. Dengan kaedah moden tuaian padi tidak seperti dahulu lagi.
Proses penuaian dengan jentera tuai akan mengambil masa yang singkat.
Tindakannya tidak setuju untuk menjualkan sawahnya adalah bijak.
Walaupun dihina, dikutuk dan dimarahi dengan Abang Man dan beberapa lagi orang
kampung namun dia tetap sabar. Abang Man menuduh dan terus menyalahkan Alif
telah melakukan sesuatu sehingga pemaju projek membatalkan hasrat untuk membeli
tanah mereka.
Akhirnya apa yang diusahakan Alif membuahkan hasil yang baik. Alif
meminta kebenaran daripada semua pemilik tanah sawah untuk mengusahakan projek
estet padi dan ia membuahkan hasil. Alif teringat kata-kata ayahnya kebaikan berbudi
kepada tanah.

Anda mungkin juga menyukai