MENUAI EMAS
M U K A S U R AT 6 8 - 7 5 , N A S K H A H
ANTOLOGI 'BAIK BUDI, INDAH
BAHASA'
SINOPSIS
• Kata-kata semangat arwah abah masih terngiang-ngiang, manakala sokongan kental emak
(Mak wan) dalam mempertahankan tanah bendang mereka, sambil memujuk pemilik
petak bendang yang lain akhirnya membuka jalan kepada Alif untuk menggembleng
muafakat penanaman padi secara estet. Galakan Tuk Ketua juga memberi kekuatan
kepada Alif untuk menangani tentangan Abang Man dan orang kampung yang termakan
umpan pemaju perumahan untuk menjual petak bendang masing-masing. Kemuncak
sindiran Abang Man ialah Alif tidak lulus universiti, sedangkan emak sendiri menghadiri
majlis konvokesyen Alif. Khidmat nasihat pegawai pertanian dan penggunaan mesin
berteknologi canggih dimanfaatkan sebagai projek estet mini yang mengubah kaedah
bermandi keringat dan selut kepada gaya pengurusan yang cekap dan sistematik.
Akhirnya, semua 15 orang pemilik petak sawah dengan keluasan hampir 60 hektar itu
setuju berganding bahu sehingga terbentang petak emas yang tersedia untuk dituai
TEMA