Anda di halaman 1dari 27

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ SASTERA & SAINS


(SGDV 2073)
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI
TUGASAN BERKUMPULAN
PERKEMBANGAN MORAL (INTEGRATIF)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR.RAHMAH HJ HANAFI
DISEDIAKAN OLEH :
NOOR SYAKIRAH BINTI ELIAS

211414

NOORAINI BINTI MOHASSAN

211421

NOOR HARIZAH BT MOHD ZAHIR 211607

KUMPULAN: A
KANDUNGAN
0

KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Model Rest dan Narvaez
2.1 Sensiviti Moral
2.2 Pertimbangan Moral
2.3 Motivasi Moral
2.4 Pelaksanaan

MUKA SURAT

1
2
3
4
6
7

3.0

Perkembangan Prososial Menurut Nancy

Eisenberg
3.1
Konsep Perkembangan Prososial
3.2
Peringkat-Peringkat Penaakulan Prososial
3.3 FaktorFaktor Perkembangan Tingkah Laku
4.0

Prososial
Model Laupa dan Turiel
4.1 Teori Domain
4.2 Pertimbangan Moral

8
9
10

14
15
21

5.0 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

1.0

PENGENALAN

Persepktif perkembangan moral dari aspek integritif adalah merupakan


model

yang

pembolehubah

menggabungkan

pelbagai

dan

yang

sebagainya

komponen,

mana

boleh

faktor-faktor,
mempengaruhi

pencapaian moral seseorang individu. Perkembangan moral dari aspek


integritif melalui beberapa model yang diperkembangkan oleh tokohtokoh yang terkemuka. Antaranya adalah seperti Darcia Narvaez dan
James Rest yang memperkembangkan empat komponen tindakan moral
iaitu sensitiviti moral, penaakulan moral, motivasi moral dan juga
pelaksanaan. Tokoh-tokoh ini juga memfokuskan kepada kerumitan proses
psikologi yang wujud dalam tingkah laku moral. Kesemua komponen
tersebut adalah untuk melihat tindak balas seseorang terhadap situasi
sosial dalam kehidupan seharian mereka.
Manakala

tokoh

Nancy

Eisenberg

pula

memfokuskan

kepada

perkembangan tingkah laku prososial kanak-kanak dan faktor-faktor yang


memberi kesan terhadap perkembangan tersebut. Antara faktor yang
boleh

mempengaruhi

perkembangan

tingkah

laku

prososial

ialah

personaliti, emosi yang melibatkan perasaan empati dan simpati, faktor


situasi yang mendorong seseorang untuk memberi pertolongan dan
faktor-faktor lain.
Perkembangan moral dari aspek integritif juga melibatkan tokoh Marta
Laupa dan Elliot Turiel yang mana memperkembangkan pendekatan teori
berdasarkan idea bahawa moral dan pertimbangan moral boleh dibentuk
sejak kanak-kanak lagi. Menurutnya, moral adalah suatu kebajikan,
2

keadilan

dan

hak.

Manakala

social-conventional

pula

merupakan

kefahaman tentang keseragaman sosial adalah kesan organisasi sosial itu


sendiri. Keperibadian juga diketengahkan oleh Laupa dan Turiel di mana
hak keistimewaan seseorang individu dianggap terkecuali daripada
peraturan sosial. Hal ini menunjukkan setiap individu mempunyai hak
keistimewaan yang berbeza-beza dalam aspek pelanggaran moral.

2.0 MODEL REST DAN NARVAEZ


Model ini mengganggap perkembangan moral sebagai proses psikologi yang terlibat
apabila seseorang individu bertindak secara bermoral. Model ini pada asalnya dirangka
apabila Rest melakukan literatur moral dan menggunakannya untuk mengklasifikasikan
pelbagai kajian yang dijalankan dalam domain perkembangan moral dengan titik permulaan
yang berbeza. Model ini menganalisis penghasilan tingkah laku moral dari segi empat
komponen adalah berguna untuk menjelaskan pelbagai kegagalan dalam tingkah laku moral.
Ianya bertujuan untuk menyediakan rangka kerja untuk mengadakan pelbagai penyelidikan
atau teori dalam kajian psikologi moral untuk memahami pelbagai kontroversi teori dalam
kesusasteraan psikologi dan untuk perancangan intervensi pendidikan moral.
Psikologi secara asasnya membahagikan moral kepada tiga unit iaitu kognitif, kesan
dan juga tingkah laku individu. Ianya dianggap bahawa setiap pembahagian ini mempunyai
prestasi perkembangan yang tersendiri. Misalnya, cuba fikirkan dilema yang pernah kita
alami. Contohnya, pernah ataupun tidak kita berada di dalam suatu situasi di mana kita
teragak-agak sama ada mahu menghulurkan bantuan ataupun tidak kepada seseorang, pernah
atau tidak kita berfikir bagaimana mahu membahagikan masa kita, ataupun pernah atau tidak
kita fikirkan cara atau jalan untuk menyentuh tentang isu sensitif dengan orang lain dan
sebagainya. Seperti yang anda fikirkan mengenai situasi berikut, adakah anda dapat
membahagikan perasaan daripada pemikiran anda? Jika anda peka, maka anda akan dapati
bahawa ianya tidak dapat dipisahkan. Anda akan berpendapat bahawa tingkah laku akan
mempunyai kaitan dengan perasaan dan juga pemikiran. Kita dapat mengesan di sini bahawa
terdapat hubungan antara perasaan dan pemikiran ini tetapi sangat kompleks. Menurut model
ini, sekurang-kurangnya ada empat komponen yang menghasilkan tingkah laku moral. Ianya
akan menentukan bagaimana seseorang individu tersebut bertindak balas dalam situasi sosial
tertentu.
4

2.1 Sensiviti Moral


Komponen yang pertama adalah sensiviti moral . Sensiviti moral dikatakan
terjadi apabila matlamat, perancangan, keinginan serta harapan individu yang
berada dalam dilema. Menurut Hoffman (1984), beliau berpendapat bahawa
kepentingan untuk domain moral sikap peka terhadap kebajikan dan juga hak-hak
orang lain, terutamanya apabila ianya bertentangan dengan kepentingan sendiri.
Sensiviti moral ini dapat dilihat dalam kebimbangan seseorang individu mengenai
akibat tindakan seseorang itu terhadap orang lain.
Selaras dengan cadangan Hoffman, Rest mendefinisikan sensiviti moral
sebagai kesedaran tentang bagaimana tindakan kita akan memberi kesan kepada
orang lain dan mungkin apa yang berlaku menyebabkan tingkah laku berbeza
terhadap pihak-pihak yang berbeza. Rest mengandaikan bahawa sensiviti moral
melibatkan senario yang berbeza mengikut situasi dan bayangkan bagaimana
tingkah laku mampu memberi impak kepada pihak yang berada di dalam situasi
sosial tersebut.
Sensiviti moral adalah sebahagian besar daripada proses sedar. Narvaez (1998)
mencadangkan bahawa persepsi moral yang berkaitan dengan bagaimana hipotesis
tentang dunia dan maklumat diproses serta menyusun stimulasi kepada beberapa
bentuk yang boleh difahami dan seterusnya boleh ditafsirkan secara sedar.
Komponen ini mementingkan sifat empati. Empati biasanya ditafsirkan sebagai
kesusahan yang dapat kita rasai oleh diri sendiri berdasarkan kesusahan orang
lain. Apabila kanak-kanak semakin matang, begitu juga dengan tindak balas
terhadap perasaan empati di dalam dirinya. Dia akan berusaha untuk
menenangkan individu itu dengan cara yang mampu untuk menenangkannya.
Misalnya, kanak-kanak itu mungkin akan bertindak untuk memberi teddy bear
kepada ibunya ketika si ibu berasa sedih. Kanak-kanak itu berpendapat bahawa

teddy bearnya mampu untuk menenangkan ibunya iaitu sama sepertinya apabila
berada dalam keadaan kecewa atau sedih.
Pada usia dua atau tiga tahun, kanak-kanak mula menyedari bahawa orang lain
memerlukan keperluan yang berbeza dengannya. Kanak-kanak tersebut mula
membina inferens berdasarkan dunia pengetahuannya dan itu akan membantu
kanak-kanak tersebut memberi pertolongan yang efektif kepada orang lain. Jadi,
kanak-kanak tadi akan berasa sedih jika terlihat ada pihak yang hidupnya dalam
kemiskinan dan lebih banyak kurangnya berbanding diri kanak-kanak itu sendiri.
2.2 Pertimbangan Moral
Komponen kedua pula ialah pertimbangan moral. Ianya merujuk kepada
apakah akibat daripada tindakan yang diambil berdasarkan alternatif yang patut
dipilih berdasarkan keaadaan atau situasi sosial. Dalam komponen ini, situasi
sosial boleh dikatakan sebagai keperluan serta kebajikan pihak-pihak yang
berbeza dan perlu dipertimbangkan. Pendekatan perkembangan kognitif telah
menjadikan sumbangan paling meyakinkan ke dalam bidang ini. Ini adalah
berdasarkan kepada idea-idea Piaget yang mendakwa bahawa terdapat perbezaan
kualitatif dalam pemikiran kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.
Seseorang kanak-kanak juga boleh mendapati perkembangan kanak-kanak mula
berkembang apabila pemikiran mereka berubah daripada seorang yang egosentrik
kepada pemikiran yang seimbang.
Terdapat dua andaian yang boleh dikaitkan dengan ahli-ahli teori ini. Yang
pertamanya adalah secara automatik orang akan membayangkan pengalaman
sosial mereka dan membina struktur yang bermaksud sebagai tindak balas kepada
pengalaman mereka. Bagi individu-individu, membuat pertimbangan moral
seolah-olah satu perkara yang mudah. Bahkan kanak-kanak yang kecil itu mampu
menunjukkan perasaan tidak puas hati atau memberontak apabila mereka
merasakan diri mereka ditipu atau dilayan secara tidak adil. Yang lebih menarik
6

adalah hakikat bahawa intuisi moral orang ramai mengenai betul atau salah
sesuatu perkara boleh menjadi sesuatu perbezaan yang begitu drastik antara satu
sama lain.
Andaian yang kedua pula adalah sebagai orang yang mempunyai pengalaman
sosial, mereka membangunkan konsep yang lebih terperinci dalam dunia sosial
dan pemahaman yang progresif berdasarkan tujuan, fungsi dan juga sifat perkiraan
sosial. Pada mulanya kanak-kanak akan terikat dengan kuasa serta status penjaga,
oleh itu, dia akan beranggapan bahawa cara bergaul dengan orang-orang yang
lebih kuat ini adalah patuh dengan segala arahan yang diberikan kepadanya.
Tetapi, kanak-kanak tadi akan sedar bahawa setiap individu mempunyai
personaliti peribadi yang berbeza seperti apa yang disukai, apa yang tidak disukai,
minat dan juga matlamat. Mereka akan mula syak dengan apa yang penjaga cakap
baik itu tak semestinya dia juga menganggap baik setiap masa.
Apabila seseorang individu itu menyedari akan batasan atau had undangundang, dia mula memikirkan cara yang lain daripada struktur semasa untuk
memperuntukan kerjasama masyarakat yang meluas.
Oleh itu, tanggungjawab sosial yang norma menetapkan bahawa apabila anda
melihat keperluan terhadap seseorang yang bergantung kepada anda, anda perlu
menolongnya walau dengan apa-apa cara sekalipun.
2.3 Motivasi Moral
Komponen yang ketiga adalah motivasi moral. Motivasi moral dilihat sebagai
motivasi moral yang berkaitan dengan keutamaan nilai individu, dan lebih khusus.
Fungsi utama motivasi moral adalah untuk memilih persaingan hasil nilai yang
ideal, kepada salah satu untuk bertindak, memutuskan sama ada untuk cuba
memenuhi ideal moral seseorang atau tidak. Sebaik sahaja pertimbangan telah
terbentuk tentang tindakan yang paling bermoral, wujud juga kesedaran

bagaimana urusan tindakan bermoral ini boleh mengganggu mengoptimumkan


nilai-nilai yang lain.
Seseorang itu menyedari bahawa pelbagai tindakan dan hasil yang mereka
peroleh dalam keadaan tertentu. Ramai yang memegang daya tarikan alternatif,
mengapa seseorang itu tetap mahu memilih pilihan moral? Apakah faktor
pendorong ke atas pemilihan ini? Ahli psikologi telah tampil dengan banyak teori
untuk menerangkan mengapa nilai-nilai moral ini tetap menjadi pilihan
berbanding nilai yang lain. Antaranya adalah:
i. Manusia memilih nilai moral kerana makhluk yang membantu
ii.

antara satu sama lain dan mempunyai kelebihan dalam hidup.


Malu, takut, dan rasa bersalah atas kesalahan yang membuatkan
orang ingin melakukan perkara yang betul. Ianya seperti
interaksi antara jurulatih dengan atlet, pegawai tentera dan

iii.

rekrut, pemimpin agama dan jemaah.


Manusia belajar untuk melakukan perkara yang benar melalui

iv.

mekanisma yang meresap pemodelan sosial.


Manusia memilih untuk melakukan perkara yang bermoral

v.

dengan cara taat setia kepada kuasa lebih tinggi.


Manusia menjadi bermotivasi untuk memilih nilai-nilai moral
berbanding nilai-nilai lain kerana pengalaman hidup dalam

vi.

masyarakat dan mempunyai hubungan yang penyayang.


Manusia melakukan perkara bermoral berdasarkan motif untuk
pertahankan mereka pada konsep diri yang merangkumi rasa

vii.

keutuhan.
Manusia memilih untuk melakukan perkara bermoral melalui
pemahaman sosial.

2.4 Pelaksanaan
Komponen yang terakhir adalah pelaksanaan. Komponen ini memerlukan
usaha menyeluruh kepada penghalang yang tidak di sangka. Ianya membayangkan
dan mengekalkan di samping matlamat akhir adalah penting. Ciri-ciri kesabaran,
8

kesungguhan, dan kecekapan terdiri daripada watak atau kekuatan ego.


Kegagalan dalam tingkah laku diri telah disebut sebagai sikap penakut. Kekuatan
ego adalah sangat penting bagi mana-mana tugasan jangka panjang, dan tidak
mengira moraliti. Teknik pengawalan diri sendiri melibatkan kognitif mengubah
matlamat objek. Kanak-kanak diajar untuk berfikir tentang objek upahan iaitu
marshmallow seperti bola kapas, manakala kanak-kanak yang lain telah diberitahu
untuk menganggap marshmallow sebagai marshmallow. Kanak-kanak yang
menumpukan kepada transformasi objek dalam fikiran mereka. Sekali lagi, kerana
dengan komponen lain, ia adalah jelas bahawa kognitif dan menjejaskan interaksi
dalam komponen 4. Ketabahan, kecekalan, kekuatan ego adalah apa yang unik
tentang komponen 4. Komponen inilah penting sama ada individu ini mahu
bertindak baik atau berbuat jahat.
3.0

PERKEMBANGAN PROSOSIAL MENURUT NANCY EISENBERG


Tingkah laku prososial adalah merupakan suatu tingkah laku

sukarela yang

bertujuan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Menurut Eisenberg, perkembangan prososial adalah kompleks, secara


moralnya tingkah laku dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah
persekitaran, faktor peribadi, kognitif dan juga pengaruh emosi. Oleh itu,
ahli psikologi tersebut telah mencipta satu model untuk menerokai
perkembangan dan faktor psikologi sosial yang mempengaruhi tingkah
laku kanak-kanak dan orang dewasa.
3.1

KONSEP PERKEMBANGAN PROSOSIAL


Perkembangan prososial sangat berkait rapat dengan tingkah

laku prososial dalam diri seseorang. Oleh itu, tingkah laku prososial
9

merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong


atau memberi faedah kepada individu atau individu yang lain
(Eisenberg and Mussen 1989, ms3).
tindakan

tersebut

berbanding

Hal ini merujuk kepada

motivasi

yang

terhasil

antara

tindakan tersebut. Tingkah laku prososial melibatkan pelbagai


aktiviti

seperti

berkongsi

menyelesaikan masalah orang lain,

menyelamat dan tolong-menolong. Selalunya tingkah laku prososial


dikelilingi dengan altruisme.
Tingkah laku prososial merujuk kepada bentuk-bentuk aktiviti
yang dinilai secara postif oleh masyarakat manakala altruisme
adalah motivasi untuk menolong orang lain dengan niat yang ikhlas
dan memenuhi keperluan orang lain tanpa mengira bagaimana
tindakan tersebut akan memberi faedah kepadanya. Contoh bagi
altruisme yang biasa kita lihat ialah memberi derma kepada individu
yang mana menderma adalah tindakan prososial dan altruisme
adalah

motivasi

untuk

melakukan

tindakan

tersebut.

Secara

ringkasnya dapat disimpulkan ialah tingkah laku prososial terjadi


akibat daripada sikap bertanggungjawab dan bermoral. Seseorang
yang bertindak menolong tanpa mengharapkan ganjaran sosial,
material dan psikologikal dianggap mempunyai sikap altruistik di
mana iaitu sikap mengutamakan kesenangan dan kepentingan
orang lain tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan
daripada orang yang ditolong itu.
3.2

PERINGKAT-PERINGKAT PENAAKULAN PROSOSIAL

10

Terdapat

beberapa

peringkat

penaakulan

moral

yang

boleh

mempengaruhi perkembangan prososial terutamanya dalam kalangan


kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penaakulan moral prososial
kanak-kanak juga menyokong perubahan keperibadian dan matlamat
mereka. Antara peringkat-peringkatnya adalah seperti berikut:
i.

Hedonistic (self-focused orientation)


Individu yang sentiasa mempertimbangkan tentang keperluan diri
dan orang lain dalam memberi pertolongan. Individu ini akan
memberi pertolongan jika ianya akan memberi manfaat dan

ganjaran.
ii.
Needs-oriented
Keinginan untuk

membantu

orang

lain

adalah

merupakan

keperluan asas atau utama tetapi memerlukan bukti perasaan


simpati

dan

rasa

bersalah

jika

gagal

membantu.

Sebagai

contohnya, seseorang memberi pertolongan kerana mereka amat


memerlukan pertolongan itu.
iii.
Stereotyped orientation
Kebimbangan terhadap penerimaan baik atau buruk seseorang
dalam tingkah laku prososial. Penerimaan menentukan tingkah laku
prososial sama ada memberi pertolongan atau tidak.
iv.

Emphathic orientation

Penghakiman individu termasuk bukti diri yang mencerminkan


perasaan simpati, mempunyai nilai kemanusiaan dan rasa bersalah
pada sesuatu tindakan.
v.

Internalized values orientation

11

Justifikasi seseorang individu untuk menolong atau tidak yang mana


melibatkan nilai-nilai, norma-norma atau tanggungjawab sosial
terhadap orang lain.

3.3

FAKTORFAKTOR PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL


Kebiasaannya

manusia

menunjukkan

tingkah

laku

prososial

terhadap sesuatu keadaan disebabkan oleh pengaruh psikologi yang


pernah dialami dalam hidup mereka. Hal ini demikian kerana pengaruh
psikologi banyak mempengaruhi cara manusia bertindak terhadap suatu
keadaan dan suasana yang melibatkan aktiviti sosial.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh ahli psikologi Eisenberg
tentang perkembangan tingkah laku prososial kanak-kanak, beliau telah
menyatakan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap proses
perkembangan.

Antara

faktor-faktor

tersebut

meliputi

personaliti

seseorang, faktor emosi, faktor situasi, dan juga keperibadian individu


tertentu.
i.

Personaliti
Setiap individu

mempunyai

personaliti

yang

berbeza.

Kepelbagaian personaliti ini menjadi penentu kepada tingkah laku


prososial. Menurut Huston (1981) dalam kalangan mereka yang
mempunyai

keberanian

menolong

walaupun

diri

mereka

menghadapi bahaya ialah mereka yang mempuanyai kemahiran


lebih baik dalam menolong orang berbanding manusia lain. Selain
itu, norma personaliti pada individu yang berasaskan perasaan
12

mempengaruhi individu tersebut untuk menolong orang lain.


Sebagai contohnya, individu yang menderma darah menunjukkan
bahawa tingkah laku mereka ini dipengaruhi oleh norma personaliti
individu itu sendiri. Dalam menentukan tingkah laku prososial, ia
melibatkan

personaliti

altruistik

iaitu

empati

yang

tinggi,

mempercayai bahawa dunia ini adil kerana saling tolong-menolong,


percaya setiap individu bertanggungjawab untuk menolong orang
lain, mempunyai lokus kawalan dalaman yang baik dan sifat
ii.

egosentrik yang rendah dalam diri mereka.


Emosi atau perasaan
Kesan emosi mendorong manusia untuk bertindak dalam
keadaan di luar dugaan. Kesan emosi untuk menentukan tingkah
laku prososial boleh dilihat dari aspek seperti empati, perasaan
bersalah dan simpati serta motivasi untuk menolong.
Empati (Eisenberg & Strayer, 1987; Wispe, 1986) adalah
merupakan kebolehan individu meletakkan diri dalam keadaan
orang lain. Apabila seseorang melihat orang lain dalam kesusahan,
empati bertindak sebagai pendorongnya untuk menolong mereka.
Tingkah laku menolong ini adalah disebabkan oleh perkongsian
emosi dengan individu lain iaitu cuba merasai atau memahami apa
yang

telah

dialami

oleh

individu

tersebut.

Empati

biasanya

pertolongan yang diberi untuk mengurangkan tekanan diri dan


emosi orang lain dalam bentuk ganjaran, perkhidmatan dan
sebagainya.

13

Manakala perasaan bersalah pula biasanya timbul apabila


melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri dan orang lain.
Perasaan ini dapat memudahkan seseorang untuk menolong orang
lain. Kebiasaannya seseorang itu menolong orang lain disebabkan
perasaan simpati dan kasihan terhadap mereka. Contohnya ditimpa
bencana alam, kemalangan, masalah rumahtangga, kematian dan
sebagainya. Perasaan simpati inilah mendorong seseorang untuk
membantu meringankan tekanan yang dialami oleh orang lain.
Motivasi untuk menolong juga merupakan kesan emosi yang
dapat menentukan tingkah laku prososial. Hal ini kerana keinginan
untuk menolong biasanya mempunyai motif atau matlamat yang
tertentu

mengakibatkan

seseorang

itu

menolong

orang

lain.

Pengalaman dalam menolong orang lain juga dapat memotivasikan


seseorang untuk mempunyai tanggungjawab sosial dalam diri
mereka. Keinginan untuk menolong juga dikaitkan dengan suasana
rasa sama ada suasana rasa baik dan rasa kurang baik. Hal ini
sangat memberi pengaruh dalam menentukan seseorang sama ada
ingin menolong orang lain ataupun tidak.
iii.

Faktor situasi
Faktor situasi juga sangat penting dalam menentukan tingkah
laku moral. Hal ini kerana situasi juga boleh mempengaruhi
seseorang itu akan memberi pertolongan ataupun tidak. Situasi
adalah merangkumi keadaan persekitaran, tekanan masa, dan juga
kehadiran orang lain.
14

Persekitaran juga penting dalam menentukan tingkah laku


prososial. Kehidupan bermasyarakat yang lebih bersifat keakuan,
keadaan

cuaca,

bebanan

hidup

adalah

antara

faktor

yang

mempengaruhi seseorang agar memberi pertolongan ataupun tidak.


Selain

itu,

faktor

kebisingan

sesuatu

persekitaran

juga

menyebabkan kurangnya gerak balas manusia terhadap sesuatu


peristiwa dalam persekitaran.
Manakala tekanan masa yang sibuk dengan rutin harian juga
menyebabkan

seseorang

itu

tidak

mempunyai

masa

untuk

menolong orang lain. Hal ini kerana seseorang akan membuat


pertimbangan sebelum memberikan pertolongan dimana ianya tidak
mengganggu masa mereka. Selain daripada tekanan masa dan
keadaan persekitaran, kehadiran orang lain juga menyebabkan
mereka

mengurangkan

sedikit

komitmen

dalam

memberi

pertolongan terhadap orang lain. Mereka juga megharapkan balasan


dan ganjaran akan diperolehi sekiranya mereka menolong ketika
kehadiran orang lain.
iv.

Keperibadian
Faktor keperibadian boleh memotivasikan tingkah laku prososial
dalam memberikan pertolongan termasuklah identiti diri orang yang
menolong yang mana mengambil kira perbuatan suka membantu,
harga diri dan nilai-nilai peribadi, matlamat dan keutamaan mereka
untuk menolong seseorang. Selain itu, menurut Bandura (1986)
seseorang itu akan menolong orang lain apabila ganjaran yang
15

diperoleh memberi kepuasan kepadanya. Bentuk ganjaran adalah


dalam pelbagai bentuk seperti harta benda, penghormatan, pujian
dan sebagainya.
Latar belakang seseorang juga mempengaruhi tingkah laku
prososial seseorang individu. Sifat keperibadian dilihat sebagai
penilaian kendiri dalam diri seseorang. Hal ini kerana seseorang
mempunyai kendiri yang tinggi dalam membantu orang lain serta
suka melakukan kebajikan terhadap orang yang memerlukan. Di
samping itu, sikap seseorang untuk menolong bergantung kepada
kelakuan yang mengubah sikap antara individu dalam masyarakat
yang sama.
Secara kesimpulannya, tingkah laku prososial berkait rapat dengan
kejujuran untuk menolong di mana sesuatu pertolongan itu dilakukan
tanpa niat untuk mendapatkan balasan atau ganjaran. Semangat inilah
harus ada dalam diri setiap individu khususnya sejak kanak-kanak lagi.
Selain itu, setiap individu juga harus sedar tentang kebolehan dirinya
untuk memberikan pertolongan kepada orang lain.
5.0

MODEL LAUPA DAN TURIEL


4.1 Teori Domain
Domain moral/etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik,

benar betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan
hubungan antara individu (Frankena, 1973; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Domain
moral/etika melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk pernyataan normatif dan ini adalah

16

berbeza daripada pernyataan deskriptif yang merujuk kepada penilaian fakta. Namun begitu,
bukan semua pernyataan normatif melibatkan soal moral atau etika.
Dalam bab ini kami akan mengemukakan pendekatan teori berdasarkan idea bahawa
pertimbangan moral dan sosial dalam membangunkan konsep domain adalah berbeza. Teori
domain moral telah mencadangkan bahawa individu yang memperoleh konsep moral tentang
keadilan, kebajikan orang lain, dan hak-hak yang bermula pada awal zaman kanak-kanak,
dan bahawa pengetahuan ini berkembang semasa zaman kanak-kanak dan remaja.
Perbincangan teori domain sosial dan bukti ini menunjukkan bahawa kanak-kanak seperti
orang dewasa dalam membezakan pelanggaran moral dari pelanggaran norma-norma sosial
dan norma-norma sosial boleh mempengaruhi pertimbangan moral.
Teori Domain menyatakan bahawa kanak-kanak membina konsep-konsep moral,
sosial dan psikologi pada masa yang sama tetapi pada situasi yang berbeza. Kanak-kanak
mula membina akhlak berdasarkan pengalaman. Kanak-kanak boleh belajar moral dan nilainilai konvensional bermula pada umur tiga tahun lagi. Takrifan domain sosial ini merupakan
pendekatan domain daripada Turiel dan Laupa dalam bidang pembangunan sosial dan sering
dikemukakan sebagai alternatif kepada struktur pembangunan teori perkembangan moral.
Dalam buku Perkembangan Pengetahuan Sosial: Akhlak dan Konvensyen (1983),
Elliot Turiel menggariskan tiga domain pengetahuan iaitu moral, bagaimana prinsip-prinsip
individu sepatututnya dalam menganggap seorang yang lain. Moral ini adalah berkaitan
dengan kebajikan, keadilan dan hak asasi. Seterusnya pula dari aspek masyarakat di mana
peraturan-peraturan yang direka untuk menggalakkan kelancaran fungsi sosial kumpulan dan
institusi. Ia juga disebut sebagai sosial-konvensional yang berkaitan dengan pemahaman
dalam keseragaman sosial dan kelaziman yang merupakan sebahagian daripada kecekapan
struktur organisasi sosial. dan yang terakhir ialah psikologi dari segi pemahaman kendiri,
orang lain, dan kepercayaan tentang autonomi dan keperibadian seseorang itu.

17

4.2 Pertimbangan Moral


Teori perkembangan Turiel berdasarkan moral rangka kerja psikologi Lawrence
Kohlberg terhadap penaakulan moral. Di sini Kohlberg menyatakan bahawa, "pertimbangan
moral boleh ditakrifkan sebagai pertimbangan nilai, pertimbangan sosial, dan pertimbangan
yang memaksa individu untuk mengambil tindakan. Menurut Kohlberg (1976), terdapat enam
peringkat moral yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ianya dikenali sebagai
tahap pra-konvensional, tahap konvensional dan tahap pasca konvensional.
Menurut Kohlberg (1987), terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral iaitu
pertimbangan tentang nilai bukan fakta, pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan
tentang manusia dan pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak
dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri. Oleh
kerana pertimbangan moral adalah preskriptif maka pertimbangan ini mengarah atau
mewajibkan seseorang mengambil sesuatu tindakan yang berasaskan kepada peraturan atau
prinsip. Rachels (1995), menyatakan
bahawa pertimbangan moral mesti disokong dengan sebab yang baik (berdasarkan kepada
fakta dan prinsip) bukan perasaan mengikut kecenderungan sendiri seperti Saya suka minum
teh tarik dan menimbangkan kepentingan setiap individu secara saksama.
Menurut MacKinnon (1995) pertimbangan moral amat berkait rapat dengan teori etika
dan prinsip etika/moral seperti yang diringkaskan dalam rajah yang berikut:
Teori Etika (Moral)

Prinsip Etika (Moral)

Pertimbangan Etika (Moral)

18

Teori etika adalah a systematic exposition of a particular view about what is the
nature and basis of good or right (MacKinnon, 1995). Teori etika memberikan sebab
munasabab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betul atau salah dan
cuba memberi justifikasi atas norma itu. Ia memberikan asas kepada prinsip moral atau garis
paduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk
menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu.
Berikut adalah contoh situasi untuk menghuraikan kaitan antara teori etika dengan
pertimbangan moral:
Situasi: Seorang guru merotankan seorang pelajar kerana meniru semasa ujian kelas.
Adakah tindakan itu baik atau tidak?
Pertimbangan moral akan berbeza mengikut alasan yang diberikan berdasarkan kepada
teori etika yang berlainan seperti dalam jadual yang berikut:

Asas dalam

Sebab atau alasan

Sebab atau alasan

Teori etika yang

pertimbangan

tindakan adalah baik

tindakan adalah tidak

relevan

Akan membawa kesan

baik
Akan mengakibatkan

Teori utilitarianisme

kepada semua pelajar

pelajar itu menderita

tentang pentingnya untuk

sahaja bukan bagi

membuat kerja rumah.

pelajar lain.

Untuk memastikan pelajar

Kerana akan

itu mematuhi peraturan

menggalakkan guru lain

yang telah ditetapkan.

melanggar garis panduan social

moral
Kesan

Teori kemoralan

disiplin yang telah


Motif

Guru tersebut mempunyai

ditetapkan
Guru itu mempunyai

19

Teori moral Kant

motif yang baik untuk

motif untuk membalas

memberi kesedaran

dendam kerana pelajar

terhadap pelajar dan

tersebut pernah

menjadikan pelajar

mencabar autoritinya.

bersikap jujur dan


Tindakan

bertanggungjawab.
Tindakan itu sesuatu

Guru itu telah melanggar Teori moral Kant

obligasi guru terhadap

intergriti secara fizikal

pelajar.

terhadap pelajar itu.

Tindakan itu merupakan

Kerana menggunakan

satu norma atau kebiasaan

hukuman fizikal tidak

dalam masyarakat di mana benar dibenarkan

Teori kemoralan
social

guru harus mendisiplinkan mengikut garis panduan


pelajarnya.

disiplin yang telah


ditetapkan.

4.2.1 Pernyataan normatif


Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan tentang
pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah dan diterima atau ditolak.
Sebagai contoh berzina adalah satu perbuatan yang sangat keji dan pengguguran adalah suatu
perbuatan yang tidak bermoral. Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat
dua cara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak
dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan seseorang. Perbuatan
ini dipangil pertimbangan nilai obligasi. Kesan perbuatan tersebut tidak diambil kira.
Contohnya "Kita patut menepati janji" dan "Perbuatan mencuri adalah salah".

20

Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang.
Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic. Sebagai contoh dapat dilihat
apabila seseorang yang kedekut adalah tidak baik. Harus diingat bahawa ada pernyataan
normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku.
Apabila pernyataan itu dinyatakan, kita menentukan patut atau tidak patut seseorang itu
berkelakuan sedemikian. Sebagai contoh, kita patut membantu orang yang tidak bernasib
baik. Oleh itu, bermurah hatilah.
Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk
perintah atau arahan. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi oleh
anggota masyarakat. Contohnya ialah peraturan perlembagaan mesti dipatuhi oleh rakyat
Malaysia.

21

4.2.3 Prinsip moral


Prinsip moral biasanya digunakan sebagai satu tunjuk arah dalam pertimbangan moral
(Peters, 1981; Mukherjee et. al., 1992) kerana ia:
i. dapat menentukan apakah peraturan moral yang asas dalam kes tertentu;
ii. menjadikan sesuatu pertimbangan moral relevan;
iii. memberi bukti dalam sesuatu keputusan moral;
iv. membolehkan semua fakta yang relevan dikaji sebelum sesuatu keputusan moral diambil
v. mempunyai ciri sejagat atau diterima secara umum oleh sesama manusia.

Terdapat dua jenis prinsip moral iaitu;


i. Keadilan
Dalam prinsip ini telah dinyatakan dalam teori Turiel mengenai teori domain sosial.
Prinsip adil melibatkan konsep hak, kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau
kebebasan. Tindakan yang adil melibatkan sebab atau fikiran yang rasional iaitu mengkaji
motif dan latar belakang sesuatu ke atas kes tertentu. Sesuatu tindakan dianggap adil jika
hukuman diberi kepasa sesuatu salah laku yang dilakukan, hak individu yang dianggap sah
diberi, terdapat kesaksamaan dalam ganjaran, harga dan pertukaran dan kesaksamaan dalam
agihan sumber. Prinsip adil ini menuntut layanan yang sama diberi kepada kes serupa dengan
menggunakan pendekatan yang sama dan pertimbangan kepada kes yang memerlukan
keperluan khas dengan menggunakan cara yang berlainan jika terdapatnya sebab yang
munasabab dan adil. (Audi, 1999; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999; Mukherjee et. al., 1992).
Keadilan terbahagi kepada dua iaitu keadilan semulajadi dan keadilan konvensional.
Keadilan semulajadi adalah semula jadi apabila ia mempunyai kesahan yang sama di manamana dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan kita boleh mengambil daripada
keadilan daripadanya manakala keadilan konvensional pula apabila tidak ada sebab asal

22

kenapa ia perlu mengambil satu bentuk daripada yang lain dan peraturan yang mengenakan
telah dicapai melalui perjanjian selepas itu ia memiliki kebaikan. Contohnya seluruh
warganegara wajib mematuhi segala peraturan yang berlaku di negara tersebut.

ii. Penyayang (care)


Prinsip penyayang atau care melibatkan konsep hormat, tanggungjawab dan kasih
sayang dalam mengekalkan perhubungan antara individu dan perkembangan kebajikan orang
lain. Prinsip ini memerlukan seseorang individu mengelakkan kecederaan terhadap orang lain
dengan mengambil berat tentang keperluan, kepentingan dan perasaan orang lain dalam
kebajikan orang lain. Selain daripada itu prinsip ini juga bermakna bahawa kita melayani
orang lain sebagai sesuatu matlamat dan bukan sebagai alat kerana setiap orang mempunyai
pandangan dan matlamat tersendiri.

23

5.0 KESIMPULAN
Secara

kesimpulannya

apa

yang

dapat

kita

jelaskan

dalam

perkembangan moral secara integratif ialah terdapat banyak penyebab


yang boleh membuatkan moral itu tidak berhasil dan gagal diaplikasikan
dalam diri seseorang. Hal ini demikian kerana setiap tingkah laku moral
memerlukan proses yang tepat di mana ia melibatkan moraliti seperti
empati, simpati, konsep-konsep keadilan, sikap altruistik dan sebagainya.
Tingkah laku moral perlulah seiring dengan setiap komponen yang telah
dikemukakan oleh model Narvaez dan Rest. Hal ini kerana perkembangan
moral boleh menentukan pelbagai proses dalam situasi yang berbeza
dalam kehidupan kita.
Selain itu, perkembangan moral adalah berkait dengan tingkah laku
prososial. Ini dikemukakan oleh tokoh psikologi Eisenberg yang mana
menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi
tingkah laku prososial. Kepelbagaian faktor yang dinyatakan dapat
membantu seseorang individu untuk sentiasa peka dan sensitivity
terhadap perkembangan. Hal ini sangat penting bagi menyesuaikan diri
dengan persekitaran sosial individu sama ada dari segi kognitif, emosi dan
sebagainya.
Manakala Laupa dan Turiel pula menyatakan bahawa kanak-kanak
membesar secara kompleks adalah berdasarkan pengalaman persekitaran
sosial mereka. Kanak-kanak yang refleksi terhadap interaksi sosial yang
dialami membolehkan mereka membuat pertimbangan tentang dunia
sosial yang ada

disekeliling.

Selain itu, setiap individu

24

membuat

tanggapan yang berbeza tentang penerimaan pertimbangan moral yang


dilakukan. Kajian yang telah dibuat menjelaskan tentang pertimbangan
bagaimana untuk bertindak terhadap sesuatu isu sosial. Hal ini jelas
menunjukkan

bahawa

ketiga-tiga

model

yang

dinyatakan

adalah

bertepatan dengan nilai moraliti dalam kehidupan. Hal ini kerana ia


membicarakan tentang tindakan kita sebagai individu yang hidup secara
bermoral secara langsung dapat membantu proses
seseorang.

25

perkembangan

RUJUKAN
Kurtines.W.M

&

Gewirtz.J.L

(Eds.).(1995).

Moral

development

an

introduction.
Boston :Allyn and Bacon.
Hairunnaja Najmuddin. Psikologi Ketenangan Hati: Panduan Merawat Jiwa
Yang

Selalu
Gundah Dan Gelisah. Perlis : Perbadanan Perpustakaan Awam

Liisa Myyry. (2003). Component of Morality. daripada


http://ethesis.helsinki.fi/julkaisut/val/sosps/vk/myyry/componen.pdf
James, M. (2006). The Study Of Service-Learning as a Moral Matter. Diperoleh pada 26
April 2015 daripada http://www.rapidintellect.com/AEQweb/6oct3364w6.htm.
Lewis, P. (2008). The Emerging Comprehensive Moral Psychology of Darcia Narvaez.
Diperoleh pada 26 April 2015 daripada http://www3.nd.edu/~dnarvaez/documents/
Lewis_EmergingMoralPsychofDNarvaez.pdf
Tingkah laku prososial. Diakses pada 14 April, 2015 daripada
http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06/tingkahlakuprososial.html
Knafo. A, Weiner.M & Dubrovsky.I (1969). Prosocial Behavior. Diakses pada
14 April,
2015 daripada http://www.education.com/reference/article/prosocialbehavior/
Pengertian Keadilan dan Macam-macam keadilan. Diakses pada 1Mei,
2015, daripada
http://www.artikelsiana.com/2015/01/pengertian-keadilan-macammacam-keadilan.html#_

26

Anda mungkin juga menyukai