Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH 1435H

&
SAMBUTAN AIDIL ADHA 2014M

SMK PENDAMARAN JAYA

PENDAHULUAN

Amalan Qurban dan Aqiqah merupakan amalan yang akan


menghidupkan suasana Sambutan Aidi Adha. Amalan ini dapat
mendidik pelajar mengingati dan menghayati peristiwa
pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail agar menjadi panduan
hidup pelajar-pelajar. Oleh itu, sebagai memenuhi agenda agama
dan tuntutan sosial masyarakat, gabungan tenaga dari Panitia
Pendidkan Islam bersama PIBG Sekolah akan menganjurkan Majlis
Qurban, Aqiqah dan Sambutan Aidil Adha untuk tahun
2014H/1435H.

OBJEKTIF

1. Mengingati dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi


Ibrahim dan Nabi Ismail agar menjadi panduan hidup pelajar-
pelajar..
2. Menanamkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam diri
pelajar-pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.
3. Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan
guru-guru melalui amalan hidup beragama yang dianjurkan
oleh agama Islam.

1
LAPORAN PROGRAM

07 Oktober 2014, Selasa : telah dijalankan aktiviti Qurban dan


Aqiqah serta Sambutan Aidil Adha 2014 anjuran bersama Panitia
Pendidikan Islam dan Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Pendamaran
Jaya. Program ini bermula jam 8.00 pagi di Dataran Perhimpunan
lama. Program ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang
dirancang. Qurban daging sebanyak 3 ekor adalah dari penyertaan
21 orang guru dan Aqiqah seekor kambing pula dari Puan Noraini
Hassan. Penyembelihan di buat di tempat persembelihan. Daging
yang telah siap dipotong dihantar ke sekolah untuk proses agihan.
Anggaran belanjawan program pula dalam sekitar RM3080.00

Program dimulakan dengan pendaftaran pelajar, ahli jawatankuasa


serta jemputan pada jam 07.30 pagi. Pelajar yang menghadiri
program ini seramai 175 orang dan guru seramai 43 orang. Selesai
sesi pendaftaran semua peserta diberikan taklimat perjalanan
program dan sarapan. Program diteruskan dengan bacaan Tahlil,
Takbir dan Doa pada jam 08.00 pagi. Semua hadirin bersemangat
menjalankan aktiviti ini serta bertakbir memuji kebesaran Allah.

Setelah selesai bertakbir pada jam 09.00 pagi, proses penerimaan,


pengurusan, pembungkusan serta pengedaran daging Qurban dan
Aqiqah dijalankan. Dalam jangkamasa yang sama ahli
jawatankuasa untuk memasak dan penyediaan hidangan
menjalankan tugas mereka. Pada jam 11.00 pagi diadaka Jamuan
Makan untuk semua hadiri. Program berakhir pada jam 12.00
tengahari.

2
PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

1 Secara keseluruhannya program ini telah disempurnakan dengan


begitu cemerlang dan mencapai objektifnya.
2 Program yang bermanfaat dan mendapat sambutan diluar
jangkaan daripada guru dan pelajar
3 Sangat sesuai dijadikan Acara Tahunan Sekolah
4 Majoriti peserta bersemangat melibatkan diri dalam aktiviti yang
dirancang seperti mengadakan Tahlil dan bertakbir.
5 Membaca Tahlil dan Berdoa dapat mengingati mereka yant telah
tiada.
6 Membesar dan mengagungkan kebesaran Allah dengan
membaca Takbir
7 Sistem siaraya berfungsi dengan baik
8 Tempat dan peralatan berjaya disiapkan sebelum daging
korban sampai.
9 Alatan yang disediakan olej ajk ialah papan pemotong, palstik
pembungkus, plastik alas, penyangkut daging, alat timbang,
meja untuk agihan daging dan pisau pemotong.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1 Program diteruskan pada masa akan datang dengan


menambah bilangan guru yang menyertai korban.
2 Mengadakan sistem kupon untuk pengagihan daging
3 Agihan tugas AJK guru yang kurang melibatkan diri dan
mungkin terlepas pandang.
4 Hebahan perlu jelas dan sampai kepada semua guru dan
agihan tugas biarlah bersesuaian.
6 Menggalakkan penglibatan lebih ramai ibu bapa.

3
7 Melatih pelajar mengetuai dan membaca Takbir Hari Raya
8 Menyediakan Audio takbir, zikir dan nasyid sebagai halwa
telinga hadirin hadirat
9 Mengadakan edaran teks takbir kepada semua hadirin

Disediakan oleh
Disemak oleh

.............................................
.................................................
(AJK Dokumentasi)

Anda mungkin juga menyukai