Anda di halaman 1dari 7

PENDEKATAN KEPEDULIAN (CARING APPROACH NODDING)

MUHAMMAD FAIZ BIN BAHARIN

Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli , mengambil berat dan menyayangi , yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan perhatian terhadap pengalaman mereka.

Pendekatan penyayang/kepedulian atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpan kepada konsep saling dan pertalian dengan orang lain pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan .

Perkataan care itu sendiri daripada caring approach diambil daripada konteks Anglo Saxon, di mana ia membawa maksud kesedihan atau keresahan . Oleh yang demikian,kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengekal dan mengukuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja yang seorang individu itu mempunyai perhubungan dengannya. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu yang dalaman.

CARA PERLAKSANAAN

Cara perlaksanaan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut :

a) Modeling-tumpuan harus diberikan kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for).Konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku melalui teladan dimana mereka boleh diperhati dan diikuti.

b) Dialog diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for ). c) Amali mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.

d) Pengesahan mengesah dan menggalakkan the best in others dalam perhubungan antara individu.

INFO MORAL

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking.

Pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care) , maka guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan moral.

Anda mungkin juga menyukai