Anda di halaman 1dari 12

ASSIGNMENT 2: Analisis Kes Permasalahan Delinkuensi

Juvenil dan Penyelewengan Sosial

CODE & SUBJECT: KKD3023 Penyelewengan Sosial dan Delinkuensi Remaja (A211)

LECTURER’S NAME: Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip

PREPARED BY;

NO. NAME MATRIC NO.

1. MUHAMAD HAZIM BIN MUHAMAD EDDIN SYAZRI D20202096195

2. NURUL FATHIN FARHANA BINTI SARKAWI D20202096198

SUBMITTED DATE:
JANUARI 2022

1|Page
ISI KANDUNGAN ANALISIS

NO. TITLE PAGE

1. PENGENALAN & ULASAN 3

2. DEFINISI PENYELWENGAN SOSIAL 4


DAN KES PERMASALAHN SOSIAL
3. KONSEP 5-6

4. FAKTOR PENYELEWENGAN SOSIAL 7

5. KESAN- KESAN PERMASALAHAN 8-9


MENCURI KEPADA DIRI DAN ORANG
LAIN

6. CADANGAN / STRATEGI MENANGANI 10


MASALAH

7. PESANAN KEPADA DIRI DAN 10-11


MASYARAKAT

8. RUJUKAN 12

2|Page
PENGENALAN
Ini harus merangkumi objektif laporan dan masalah yang menimbulkan keperluan
untuk keberadaannya dan konteks di mana ia dijalankan.
Analisis ini adalah karya penulisan yang berfokus kepada kes permasalah sosial atau secara
lebih tepat lagi, merupakan analisis mengenai kes kecurian yang berlaku pada 8 Februari
2019 di serbuan Op Lejang. Kes permasalahan ini dipilih kerana dua lelaki remaja yang
bawah umur 18 tahun telah melakukan kes jenayah pada dua waktu berbeza di kawasan yang
sama. Oleh itu, kes digunakan sebagai fokus utama analisis untuk membuat faktor
penyelewengan, kesan penyelewengan serta cadangan dan strategi untuk menanggani
penyelewengan sosial agar jenayah yang mengaitkan remaja berkurangan.
Selain itu, analisis ini juga ingin menjelaskan definisi Permasalahan Delinkuensi
Juvenil, Penyelewengan sosial, konsep yang berkaitan delinkuensi dan juvenil dan
mengkaitkan kesemua ini kepada kes jenayah yang dijadikan tumpuan analisis agar
menunjukkan kepada para pembaca bahawa bagaimana masalah delinkuensi dan
penyelewengan bermula. Hal ini supaya para pembaca boleh sedar akan permulaan
penyelewengan dan memberi para pembaca pemahaman yang lebih mendalam mengenai
penyelewengan juga.

1.1 Ulasan Kes Permasalahan Sosial dipilih


Pada 8 Februari 2019 pihak polis telah memberkas dua pelajar di dua serbuan berasingan Op
Lejang kerana disyaski mereka telah mencuri komponen motosikal yang telah dileraikan.
Berdasarkan akhbar antara mereka ialah seorang remaja berumur 16 tahun yang ditahan pada
5:30 pagi di Kampung Kandang Hilir Kota Lama Kanan dan seorang berumur 15 tahun di
sebuah rumah di Kampung Kledang, Kota Lama Kanan, kira-kira pukul 9.30 malam. Dua
remaja tersebut direman empat hari sehingga Selasa (12 Feb 2019).
Kes ini menunjukkan bahawa dua budak remaja dari satu kawasan yang sama telah
melakukan dua jenis jenayah yang sama pada hari yang sama. Berdasarkan akhbar yang
diberi kemungkinan dua budak remaja ini merupakan kawan atau pergi di sekolah yang sama
kerana 1 Februari 2019 sebuah motor di Masjid Kota Lama kiri turut telah dicuri satu
bahagian dia. Oleh itu, boleh dipercayai bahawa faktor besar berlakunya kes ini ialah faktor
pengaruh rakan dua remaja tersebut.

3|Page
2.0 Definisi
2.1 Definisi kes Permasalahan Delinkuensi Juvenil
Delinkuensi Juvenil merupakan remaja yang bawah umur 18 tahun dan dianggap sebagai
tidak matang lagi oleh pihak makhamah, remaja tersebut telah melakukan perlakuan yang
dianggap sebagai jahat, antisosial, jenayah atau melanggar norma masyarakat. Mereka yang
digelar delinkuen bukan semuanya adalah remaja atau kanak-kanak tetapi individu yang
memberi impak negatif dalam masyarakat kerena terjebak dengan gejala-gejala yang terkutuk
seperti merokok, melepak dan sebagainya. Misalnya, delinkuen merupakan sebuah kumpulan
yang melakukan perbuatan yang dianggap merosakkan masyarakat oleh itu banyak ibu-bapa
akan mengajar anak-anak mereka untuk mengelakkan diri daripada berhubung dengan
mereka yang dipanggil delinkuensi.
Kes Permasalahan Delinkuensi Juvenil merujuk kepada masalah para-para remaja yang masih
dibawah umur 18 tahun yang melakukan perlakuan delinkuen. Kes permasalahan ini
dianggap suatu kes yang besar kerana semua negara menghadapinya dan sedang mencari cara
penyelesaiannya untuk memastikan generasi akan datang lebih baik dari generasi
sebelumnya. Oleh itu Kes Permasalahan Delinkuensi Juvenil mempunyai kaitan dengan
penyelewengan sosial serta gejala sosial kerana melibatkan para remaja.
2.2 Definisi Penyelewengan sosial
Berdasarkan fahaman ahli sosiologi, penyelewengan ialah sekumpulan koleksi, manusia atau
perlakuan yang masyarakat tidak menghargai (Sagarin, 1975), dipadang hina (Higgins &
Butler, 1982) atau terkutuk. Definisi normatif, penyelewengan bermaksud pelanggaran
norma. Norma ialah piawai tentang "apa yang manusia patut atau tidak patut fikir, katakan,
atau lakukan dalam keadaan tertentu" (Blake dan Davis, 1964).
Penyelewengan sosial pula bermaksud penyelewengan yang berkaitan dengan kumpulan dan
perlakuan yang dianggap tidak norma oleh masyarakat. Penyelewengan sosial merangkumi
perkara seperti perlakuan individu, pemikiran dan keadaan sebagai penyeleweng serta
sebagai status norma sesebuah kumpulan. Pendapat juga akan menukarkan pandangan
sesuatu sebagai penyelewengan sosial seperti meminum alkohol dianggap penyelewengan
tetai dianggap norma di negara eropah.

4|Page
3.0 Konsep
3.1 Konsep dalam Penyelewengan
3.1.1 Penyelewengan masyarakat
Konsep ini merujuk kepada bentuk penyelewengan yang dianggap oleh kebanyakan ahli
masyarakat sebagai menyeleweng kerana mereka berkongsi idea yang sama tentang tingkah
laku yang diluluskan dan tidak diluluskan. Penyelewengan dalam masyarakat berfokus
kepada aktiviti yang tidak diterima oleh masyarakat yang dilakukan oleh ahli masyarakat
yang menyebabkan individu tersebut dianggap sebagai sebagai delinkuen. Konsep ini
mengatakan aktiviti yang dianggap sebagai aktiviti penyeleweng kerana majoriti ahli
masyarakat mempercayai perkara tersebut adalah perkara yang negatif maka menganggap
individu yang terjebak kepada perkara tersebut sebagai orang yang patut dijauhi.
3.1.2 Penyelwengan situasi
Konsep ini merujuk kepada cara sesuatu perbuatan itu dilihat sebagai menyimpang atau tidak
bergantung pada konteks atau lokasi di mana ia berlaku. Kedua-dua konsep penyelewengan
ini mencadangkan bahawa, walaupun terdapat beberapa perbuatan yang dipersetujui ramai
orang adalah menyimpang dalam satu masyarakat, perbuatan yang ditakrifkan sebagai
menyimpang akan berbeza-beza antara kumpulan dalam masyarakat. Sama ada sesuatu
perbuatan itu dilihat menyimpang atau tidak selalunya bergantung pada tempoh sejarah,
tempat atau konteks, kumpulan sosial. Contohnya, penggunaan dadah atau perubatan untuk
menolong individu sambung berfungsi sehingga ketagih dianggap sebagai menyeleweng oleh
majoriti tetapi oleh para pembina badan dianggap norma kerana penggunaan steroid
dinormalisasikan.
3.2Teori dalam Delinkuensi
3.2.1 Teori Anomie
Teori anomie menerangkan penyelewengan dalam cara yang berkaitan dengan pergangguan
norma sosial. Teori menawarkan penjelasan umum tentang beberapa bentuk penyelewengan
sosial, termasuk jenayah, ketagihan alkohol, ketagihan dadah, bunuh diri dan gangguan
mental. Teori anomie merangkumi kedua-dua organisasi sosial yang kondusif kepada
penyelewengan dan asal-usul motivasi menyimpang, walaupun implikasinya terhadap
organisasi sosial kurang mendapat perhatian berbanding aspek lain (Messner, 1988). Merton
pula mendakwa bahawa penyelewengan terhasil daripada jenis organisasi sosial tertentu.
Secara ringkasnya, teori ini diaganggap bahawa ketenteraman sosial adalah produk daripada
set norma yang dikumpul oleh sebuah masyarakat, dan norma ini dikongsi oleh ahli komuniti,
dan akhir sekali mengatakan penyelewengan dan reaksi masyarakat terhadapnya adalah
penting untuk mengekalkan ketenteraman.
3.2.2 Conflict Theory
Dalam teori konflik, tingkah laku devian adalah tindakan yang tidak mematuhi institusi
sosial. Institusi sosial mengubah norma, kekayaan, atau status bercanggah dengan individu.
Hak undang-undang orang miskin mungkin diabaikan, manakala kelas pertengahan berpihak
kepada golongan elit dan bukannya golongan miskin. Menurut pandangan konflik,
penyelewengan mewakili tingkah laku yang bercanggah dengan kepercayaan masyarakat
5|Page
yang mempunyai kuasa untuk membentuk pendapat umum dan dasar sosial. Perspektif ini
menganggap jenayah, bersama-sama dengan bentuk penyelewengan lain, sebagai kategori
yang dibina secara sosial (Hester dan Eglin, 1992).
Kesimpulan teori konflik, tingkah laku devian adalah tindakan yang tidak mematuhi institusi
sosial. Keupayaan institusi untuk mengubah norma, kekayaan, atau status bercanggah dengan
individu. Hak undang-undang orang miskin mungkin diabaikan, manakala kelas pertengahan
berpihak kepada golongan elit dan bukannya golongan miskin.
3.2.3 Labeling Theory
Teori labeling menawarkan penjelasan proses penyelewengan. Teori proses menumpukan
pada psikologi sosial penyelewengan, iaitu keadaan yang membawa kepada perbuatan
penyelewengan oleh individu dan kumpulan kecil. Teori berfokus kepada akibat interaksi
penyeleweng dengan masyarakat konvensional, terutamanya dengan pihak berkuasa. Teori
ini menekankan kepentingan proses melalui mana masyarakat mentakrifkan tindakan sebagai
penyelewengan dan peranan sekatan sosial negatif dalam mempengaruhi individu untuk
terlibat dalam perbuatan menyimpang berikutnya. Ahli teori ini mengalihkan perhatian
mereka daripada individu dan tindakan mereka dan fokus pada dinamik definisi sosial yang
melabelkan aktiviti atau orang tertentu sebagai penyeleweng.
Secara ringkasnya, Teori labeling ialah pendekatan dalam sosiologi penyelewengan yang
memfokuskan pada cara agen kawalan sosial melampirkan stereotaip stigmatisasi kepada
kumpulan tertentu, dan cara orang yang distigma mengubah tingkah laku mereka setelah
dilabel.

3.2.4 Control Theory


Teori control, perspektif umum yang meluas mengenai penyelewengan. Seperti teori anomie,
teori kawalan menyatakan beberapa idea utama perspektif ketidakorganisasian sosial. Malah,
seorang pengkritis melayan beberapa ahli sosiologi yang dikaitkan dengan penyelewengan
sosial. Teori vontrol telah memberi tumpuan kepada penerangan jenayah dan gejala daripada
bentuk penyelewengan yang lain. Teori control mendasarkan hujahnya pada prinsip utama
bahawa penyelewengan terhasil daripada ketiadaan kawalan atau kekangan sosial. Ahli teori
kawalan mencadangkan punca yang berbeza untuk kekurangan kawalan ini, tetapi mereka
bersetuju bahawa pengurangan kawalan atas sebab apa pun akan menghasilkan lebih banyak
penyelewengan dengan membebaskan orang untuk mengikut kecenderungan "semula jadi"
mereka. Teori control tidak maju terutamanya idea-idea baru kerana merupakan teori lebih
mendalam teori sebelum ini.
Secara ringkasnya, teori control mengatakan kedua-dua kawalan dalaman dan luaran
berfungsi menentang kecenderungan penyelewengan. Orang ramai mungkin mahu sekurang-
kurangnya sedikit masa untuk bertindak secara menyeleweng, tetapi kebanyakannya tidak.
Mereka mempunyai pelbagai kawalan sendiri dan kod moral. Travis Hirschi menyatakan
bahawa kawalan dalaman dan luaran ini membentuk kawalan kendiri seseorang, yang
menghalang tindakan bertentangan dengan norma sosial. Teori ini juga mencadangkan
bahawa orang yang dilabelkan oleh masyarakat sebagai "penjenayah" mungkin ahli
kumpulan bawahan seperti minoriti, orang miskin dan sebagainya.

6|Page
4.0 Faktor Penyelewengan Sosial
4.1 Faktor kekeluargaan dan kesusahan bersosial
Keluarga adalah institusi pertama yang mengajar norma kehidupan sosial. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam proses ini. Adik beradik adalah orang kedua yang bergaul
dengan ahli keluarga mereka. Jika kedua-dua atau salah seorang ibu bapa tidak hadir kerana
kematian atau sebab lain, anak gagal mendapat pembelajaran yang sewajarnya,mendapat
kasih sayang dan ‘memerlukan kepuasan’ dalam keluarga. Sekiranya individu tidak mendapat
keluarga tersebut bermakna perhatian mereka mamp dialihkan ke arah aktiviti anti-sosial.
Seperti kes ini, kedua-dua individu ini melakukan jenayah yang sama kerana terpengaruh dari
sumber yang sama.
4.2 Kekurangan Pendidikan Agama dan Akhlak
Masjid, pendidikan agama al-Quran dan al-Sunnah mewujudkan nilai-nilai moral dalam diri
individu. Adab hidup bermasyarakat berdasarkan baik dan buruk, betul dan salah
berkembang semasa perhubungan sosial di institusi tersebut. Oleh itu, pendidikan agama
akan membawa kepada individu yang baik.
Kegagalan mendapatkan pendidikan agama membuka jalan ke arah delinkuensi. Pintu nilai
moral tertutup membuka pintu kepada penyelewengan maka tingkah laku individu ini bukan
wajar dan menjadi penyelewengan. Kegagalan nilai agama dan moral menjadi punca utama
berlakunya tingkah laku terpesong dan delinkuen atas pendapat ramai. Kekuraungan akhlak
yang ditunjukkan mereka adalah bila satu dari mereka mencuri bahagian motosikal di depan
masjid.

4.3 Kekurangan Kemudahan Asas


Manusia berusaha untuk mencapai keamanan dan kemudahan dalam kehidupan
bermasyarakat. Objektif ini dicapai melalui kemudahan asas seperti elektrik, gas, telefon,
penghawa dingin, peluang kesihatan yang lebih baik, persekolahan kanak-kanak dan lain-
lain. Terdapat ramai yang menggunakan cara yang salah seperti jenayah, rompakan, kecurian,
penipuan, penjualan dadah semata-mata untuk mendapatkan akses. kepada kemudahan
moden. Keinginan untuk mempunyai kemudahan dalam apa jua keadaan menyebabkan
penyelewengan sosial.
Kes tersebut mengatakan para remaja terbabit mencuri bahagian motosikal untuk dijual.
Perkara ini berkemungkinan individu tersebut sedang melalui masalah kewangan atau kerana
ingin menolong keluarga yang hidup dalam kawasan yang mempunyai taraf kehidupan yang
rendah.

7|Page
5. Kesan- Kesan Permasalahan Mencuri Kepada Diri Dan Orang Lain.

Dalam kes ini , seperti yang telah kita ketahui bahawa perbuatan mencuri dikalangan remaja
amatlah dilarang di Malaysia . Ini digelar sebagai Delinkuensi Juvenal kerana dalam kes ini
melaporkan dua pelajar tingkatan empat yang berumur enam belas tahun ditangkap kerana
kes mencuri motosikal di Kampung Kandang Hilir Kota Lama Kanan , pada jam 5:30 pagi
jumaat (Abd Razak , 9 Februari 2019) . Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar , ACP
Razali Ibrahim berkata antara komponen yang dapat dirampas adalah rangka motosikal ,
kulit motosikal , enjin motosikal , raga motosikal , tangki motosikal , minyak motosikal ,
ekzos dan penghadang angin motosikal . Dua remaja tersebut telah direman selama empat
hari bermula dari Sabtu (9 Februari 2019 sehingga 12 Februari 2019) .

Kesan-kesan permasalahan mencuri kepada diri adalah , dapat memburukkan nama diri
sendiri , diri akan menjadi ketagih dengan perbuatan mencuri , digantung sekolah ataupun
dibuang sekolah jika terdapat kes kes negatif yang lain sehingga boleh menyebabkan nama
mereka disenaraikan dalam rekod hitam sekolah . Jenayah dalam perspektif islam berasal dari
ja-na-ya yang bermaksud melakukan dosa (Majma’al-Lugha ,1990) Dari sudut terminiologi
jenayah bermaksud suatu bentuk perbuatan melakukan , meninggalkan atau sebagai penyebab
yang dapat mendatangkan kemudaratan kepada manusia terutama pada diri sendiri . Di dalam
islam ,jika seseorang itu telah disabitkan jelas kesalahan mereka mencuri , mereka seharusnya
dikenakan hukuman hudud iaitu dipotong tangan . Tetapi jika berlakunya syubhah iaitu
Tazkir “hukuman hudud digugurkan kerana wujudnya keraguan” tetapi mereka masih lagi
akan dihukum seperti dibuang negeri , sebatan , penjara , denda atau kecaman’ (Ibn Qudamah
(1997)). Tambahan pula , kesan kesan permasalahan mencuri kepada diri ini juga , boleh
menyebabkan diri mudah cemas , kecewa dan murung jika kes yang pencurian yang kita
lakukan diketahui oleh masyarakat . Diri akan disisihkan oleh masyarakat , diri kita hilang
pertimbangan hidup , masyarakat akan hilang kepercayaan pada diri kita dan juga boleh
menyebabkan tekanan fizikal , emosi dan mental , ini boleh menyebabkan diri kita akan
terdedah dengan aktiviti negatif yang lebih ekstrem seperti menghisap dadah ataupun
sanggup melakukan perbuatan membunuh kerana terlalu ‘stress” dihina , diperli dan dicaci
oleh masyarakat . Akhir sekali , kesan kesan mencuri pada diri sendiri adalah boleh
menyebabkan peningkatan masalah sosial dan akhlak pada diri sendiri . Mahmood Nazar et
al.(2004),mendapati bahwa kurangnya didikan agama dan faktor diri , keluarga yang
bermasalah mempunyai hubungan yang amat signifikan terhadap pengambilan dan
penyalahgunaan dadah dan mencuri kalangan remaja .

Selain itu , kesan kesan mencuri kepada orang lain adalah , masyarakat akan terikut dengan
aktiviti sosial yang sering berlaku dikawasan sekeliling mereka . Misalnya , remaja mudah
terpengaruh dengan aktiviti negatif yang dilakukan oleh dewasa . Tambahan pula , kesan
kesan mencuri kepada orang lain adalah boleh menyebabkan kes kematian misalnya kes
kematian pembunuhan di Ipoh , Perak disebabkan pencuri tersebut telah mencuri pembesar
suara di kawasan perumahan apartment ini menyebabkan amarah kepada penduduk
dikawasan perumahan tersebut sehingga mereka sanggup memukul , menghentak kepala

8|Page
pencuri , memijak dan sebagainya (Asliza Musa , 25 November 2021) ini boleh
menyebabkan kematian kepada si pelaku yang mencuri manakala masyarakat yang telah
memukul pencuri tersebut sehingga kematian mereka disabit kesalahan membunuh dan boleh
menyebabakan penjara . Bukan itu sahaja , kesan kesan mencuri terhadap orang lain adalah ,
Tambahan pula , kesan kesan mencuri terhadap orang lain adalah , boleh menggugat
keselamatan orang awam . Ini kerana kes pencurian ini bukan sahaja dilakukan oleh
kalangan dewasa tetapi dikalangan remaja dan kanak -kanak juga . Menurut teori Albert
Bandura , iaitu “Teori Sosial Learning” menyatakan bahawa kanak -kanak akan pelajari dan
praktikan dari apa yang mereka lihat dan mereka juga akan lakukan daripada apa yang
dilakukan oleh orang disekelilingnya ( Albert Bandura,1980) . Seterusnya , dengan
berlakunya peningkatan kes mencuri dikalangan remaja ini terhadap orang lain adalah boleh
membei impak kemunduran terhadap masyarakat dan juga generasi baharu . Ini kerana kanak
-kanak dari awal perkembangan mereka telah didedah dengan gejala negatif misalnya
mencuri kerana terdapat sebahagian masyarakat dewasa lingkungan menggunakan kanak -
kanak lima tahun sehingga sembilan tahun sebagai alat untuk mereka mendapatkan duit
dengan mudah akan tetapi perbuatan ini boleh mengajar mereka kepada gejala negatif
misalnya orang dewasa mengajar cara untuk mencuri barang kepada kanak kanak atau ibu
bapa yang tidak mengawasi anak anak mereka mengambil barang tanpa pengetahuan ibu
bapa.

9|Page
6. Cadangan / Strategi menangani masalah

Cadangan menangani masalah mencuri dikalangan remaja ini adalah sebagai ibu bapa
hendaklah mendidik anak anak mereka dari awal dengan baik dan cukup pengetahuan
berkaitan baik dan buruk bak kata pepatah melayu “meluntur buluh dari rebungnya’.Menurut
Sabitah (1995) antara punca berlakunya masalah sosial ini dalam kalangan generasi muda
adalah disebabkan kurangnya didikan agama dalam kalangan ibu bapa dan kanak -kanak . Ini
boleh menyebabkan remaja terlalu bebas dengan aktiviti sosial sehingga tidak dapat
membezakan yang salah dan yang betul dalam segala aktivti sosial yang mereka lakukan . Ini
boleh menyebabkan kerosakan akhlak remaja bukan sahaja peningkatan kes mencuri
dikalangan remaja malah perbuatan sumbang maharam seperti zina , kelahiran anak luar
nikah , dadah , arak dan menghisap gam . Tambahan pula , cara untuk mengatasi masalah
kes mencuri dikalangan remaja adalah pihak sekolah mengadakan program jati diri , program
sahsiah kepada remaja remaja sekolah . Ini dapat memberi kesedaran kepada anak anak
muda kini berkaitan kesan kesan jika remaja dan kanak -kanak terjebak dengan gejala negatif
pada diri dan orang lain . Bukan itu sahaja , guru boleh mengadakan program lawatan ke
Muzium Penjara Tertua seperti di Taiping , Perak . Ini kerana, di Muzium Penjara tersebut
terdapat pendedahan terhadap hukuman yang akan disabitkan kepada remaja dan orang
dewasa jika melakukan kesalahan di sisi undang -undang negara . Selanjutnya , masyarakat
mengadakan kempen perangi dadah , rokok , dan mencuri dikalangan masyarakat di Malaysia
khususnya kepada golongan remaja dan kanak kanak kerana mereka adalah pencorak masa
hadapan untuk negara . Bak kata pepatah Melayu “pemuda harapan bangsa pemudi tiang
negara “.
7. Pesanan kepada diri dan masyarakat

Pesanan yang dapat saya berikan kepada diri saya berkaitan kes mencuri ini ialah kita
hendaklah sentiasa meghindari diri kita dari melakukan perbuatan yang dilarang dalam
agama yang boleh menyebabkan akhlak mundur dan rosak . Tamsilnya mencuri.Mencuri
adalah perbuatan yang dibenci dalam semua agama kerana mencuri ini satu perbuatan yang
negatif yang ditujukan kepada masyarakat yang boleh menyebabkan manusia mudah terikut
dengan persekitaran disekelilignya .”Wahai orang -orang yang beriman , makanlah daripada
benda -benda yang baik (halal) yang telah kami berikan kepada kamu (Surah Baqarah (172) .
Ayat ini menjelaskan bahawa suruhan Allah kepada hambanya untuk mencari rezeki daripada
sumber yang terbaik lagi halal. Tuntutan supaya berwaspada dan berhati -hati dalam mencari
rezeki amatlah penting kerana ia adalah zat yang bersatu menjadi darah daging . Selain itu ,
pesanan kepada diri saya berkaitan kes mencuri adalah , kita hendaklah pandai mencari
kawan yang baik yang boleh mengajak diri kita kepada jalan yang lurus dan dijauhi dari
perbuatan yang boleh merosakkan akhlak dan sahsiah pada diri kita . Seperti kes yang kami
laporkan berkaitan dua orang pelajar berumur lingkungan enam belas tahun ditangkap kerana
terlibat dalam kes mencuri motosikal . Ini jelas disebabkan oleh faktor rakan sebaya,
mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , rakan sebaya bererti anak- anak muda yang sama
umurnya dalam satu kumpulan. Pada lingkungan remaja ini , berlaku pada tahap peringkat
umur yang muda , remaja mudah terpengaruh , terikut dan meniru dengan rakan sebaya ini
disebabkan remaja masih mentah , nalurinya kurang tabah dan sifat ingin mencuba itu mudah

10 | P a g e
berkobar -kobar .Jadi apabila dipujuk atau dipengaruhi oleh rakan rakan sebaya , mereka
sudah tentu tidak dapat mengawal perasannya untuk turut terlibat dalam gejala negatif
misalnya mencuri . Sebahagian remaja yang melakukan kes mencuri ini adalah disebabkan
mereka ingin mendapatkan perhatian oleh orang ramai kerana mereka kurang kasih sayang
dari ahli keluarga disebabkan itu mereka mempengaruhi orang lain atau terpengaruh dengan
remaja lain untuk mendaptkan perhatian semata -semata . .Seterusnya , pesanan saya kepada
diri berkaitan mencuri ini adalah , kita hendaklah pandai dalam mengurus emosi dan nafsu
mencuri dalam diri kita . Kebiasaanya kes mencuri ini berlaku apabila berlaku ketidak puas
hatian diri kita dengan orang lain . Kita melihat orang lain mendapat lebih daripada apa yang
kita ada , maka wujud perasaan ketidak puas hatian dalam diri . Ini juga boleh menjadi punca
kes mencuri dikalangan remaja . ‘seseunggunya nafsu manusia itu sangat menyeluruh
melakukan kejahatan , kecuali (nafsu) orang yang telah dirahmati oleh Tuhanku (maka
terselamatlah dia daripada hasutan nafsu itu”) (Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Al-
Fauzan 2015 , Surah Yusuf , 53:242 ).

Selain itu ,pesanan saya kepada masyarakat berkaitan mencuri adalah , masyarakat
hendaklah sentiasa mengambil tindakan segera berkaiatan kes kecurian kepada pihak polis .
Ini kerana , jika tidak dilaporkan ini boleh menyebabkan kes kecurian akan meningkat dan
juga generasi muda akan mudah terdedah dengan aktiviti negatif dan jenayah .Bukan itu
sahaja , masyarakat seperti ibu bapa hendaklah sentiasa memantau aktivti yang dilakukan
dengan anak anak mereka dan dengan siapa anak anak mereka berkawan , kerana pada
peringkat remaja mereka lebih cenderung melakukan sesuatu yang baharu dan mempunyai
semangat berkobar -kobar terhadap perkara yang baharu bak kata pepatah melayu “isteri
tinggal -tinggalkan anak tangan -tangankan. Tambahan pula , pesanan saya kepada
masyarakat adalah kita hendaklah sentiasa berhati -hati dengan pencuri kerana perwatakan
seorang pencuri adalah sukar dikenalpasti adakalanya seorang pencuri itu adalah orang yang
tinggal berdekatan dengan kita ataupun kenalan rapat kita .Masyarakat hendaklah sentiasa
menyimpan barang ditempat yang selamat, tersembunyi dan juga tidak menunjukkan duit
yang banyak kepada rakan rakan . Tambahan pula , masyarakat hendaklah elakkan diri
daripada berjalan bersendirian di kawasan sunyi dan jika ada orang yang mencurigai
mengekori cuba menuju segera ketempat yang ada ramai orang kerana apabila seorang
individu melalui laluan yang sunyi berseorangan ini memberi peluang emas kepada pencuri
atau peragut untuk meagur barang dengan mudah . Selain itu , kepada kaum wanita , elakkan
diri dari memakai barang kemas terlalu banyak dipergelangan tangan dan juga di leher ini
kerana boleh menyebabkan selain kes pencurian akan tetapi boleh menyebabkan kes
pembunuhan , kerana dengan melakukan pembunuhan lebih memudahkan mereka mencuri
barang tersebut . Akhir sekali , pesanan saya kepada masyarakat adalah pihak berkuasa
seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hendaklah sentiasa
mambuat rondaan dan mempertingkatkan kawalan keselamatan di setiap taman mereka . Ini
dapat mengelakkan kes kecurian dikawasan mereka .

11 | P a g e
8. RUJUKAN
Kes Permasalahan yang digunakan:
- Mohd Ali, A. R. M. A. (2019, February 9). Pelajar Tingkatan Empat ditangkap kes
curi motosikal [Review of Pelajar Tingkatan Empat ditangkap kes curi motosikal].
Astroawani.com; astro awani online. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-
tingkatan-empat-ditangkap-kes-curi-motosikal-198066
Rujukan buku, artikel dan lain-lain
- Bandura,A.(1980) Social Learning Theory,Englewood Cliffs,NJ :Prentice-Hall.
- Majma Al-Lugha (1990) Memperkasakan Pegangan Agama Dalama Kalangan
Remaja Bermasalah Tingkah Laku:Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera.Journal
Of Science and Humanities 7(1) 084,093
- Sabitah (1995) Tinjauan Kriminologis Pelaku Pencurian Di Kota BalikPapan
Dikaitkan Norma Kesusilaan .Journal UNIBA Law Review 1(1) 29,82
- Maksud Rakan Sebaya ( Kamus Dewan Bahasa ) Edisi Keempat
- Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Al-Fauzan 2015 , Surah Yusuf , 53:242 ).
Retrieved from https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4547-
irsyad-al-fatwa-siri-ke-522-bertaubat-daripada-mencuri-dengan-cara-bersedekah-kepada-
fakir-miskin.
- Thompson, A. K. (2020, October 28). What is Deviance? ReviseSociology.
https://revisesociology.com/2020/10/28/what-is-deviance/
- Rhodes, L., & Clinard, M. B. (1964). Sociology of Deviant Behavior. Social Forces,
42(3), 389.
- National Research Council and Institute of Medicine. (2001). Juvenile Crime,
Juvenile Justice. National Academies Press.

12 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai