Anda di halaman 1dari 4

1.

0 DEFINISI BUDAYA SEKOLAH

Budaya merupakan faktor penting dalam menentukan keberkesanan tugas dan mutu

perkhidmatan awam amnya dan sekolah khasnya. Budaya sekolah merujuk kepada suatu

sistem nilai, kepercayaan dan norma-norma yang diterima secara bersama serta dilaksanakan

dengan penuh kesedaran sebagai perilaku yang dihayati, yang dibentuk oleh lingkungan yang

menciptakan pemahaman yang sama diantara seluruh warga organisasi iaitu pengetua, guru,

staf dan para pelajar. Budaya organisasi bertujuan untuk megubah sikap dan tingkah laku

individu dalam organisasi agar dapat meningkatkan produktiviti kerja individu dan

memperkasakan kecemerlangan organisasi (Muhamad Jaafar, 2004).

Budaya sekolah ialah kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait

dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, pengajaran, pembelajaran,

kepemimpinan dan struktur organisasi. Budaya sekolah yang seimbang dan positif dapat

membantu perkembangan pembelajaran generasi muda khususnya para pelajar. Budaya

sekolah yang sihat dapat membantu melahirkan generasi pelajar, keluarga dan pendidik

yang bekerjasama dalam menjayakan setiap visi, misi dan aspirasi sekolah (Cohen,

2007).

Sementara itu, budaya secara umum adalah tindak tanduk dan perilaku manusia yang

menggambarkan nilai, adat resam dan cara hidup mereka yang merangkumi dari aspek

pemikiran, sikap, kepercayaan dan tindakan kebiasaan (Mohd. Salleh Lebar, 1997).

Budaya sekolah adalah nilai-nilai dominan yang didukung oleh seluruh warga sekolah yang

menuntut kebijaksanaan warga sekolah terhadap penggabung jalinan unsur-unsur dan


komponen sekolah bersama nilai kerja individu di dalam organisasi. Dalam budaya sekolah,

terkandung corak, idea, norma, pemikiran dan nilai-nilai yang menyumbang kepada

pembentukan kelakuan individu. Pewujudan budaya sekolah memerlukan komitmen seluruh

warganya untuk menggembleng tenaga dan keringat bagi menggerakkan jentera organsasi ke

arah satu misi dan matlamat bersama. Hal ini dikukuhkan melalui kajian Lee (1991) yang

menunjukkan dimensi budaya organisasi yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif

dengan prestasi kerja.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BUDAYA SEKOLAH

Menurut Cavanagh (1997) model budaya sekolah berjaya dibangunkan dengan

menghubungkan antara enam elemen budaya iaitu kepimpinan transformasi, perkongsian

matlamat, nilai profesional, penekanan terhadap pembelajaran, kesejawatan dan kolaboratif.

Setiap sekolah akan membentuk budaya mereka sendiri berdasarkan enam elemen yang

dinyatakan.

Budaya yang wujud di sesebuah sekolah seringkali dikaitkan dengan lokasi sekolah tersebut

kerana ramai yang beranggapan bahawa sekolah di bandar mempunyai prestasi yang lebih

memberangsangkan berbanding sekolah luar bandar. Menurut kajian Rusni Mohd Noor

(2005) faktor lokasi bukanlah merupakan faktor utama dalam membina suatu budaya

sekolah yang memberangsangkan kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar tetapi

budaya sekolah penting kepada peningkatan akademik pelajar

Budaya sekolah dibentuk berdasarkan visi dan misi sekolah, jika sekolah tersebut

mementingkan pencapaian akademik maka penekenan terhadap akademik lebih menjadi

perhatian bagi para guru. Perbandingan kurikulum Malaysia dengan kurikulum antarabangsa
menunjukkan perbezaan dalam matlamat yang ingin dicapai. Maka wujud perbezaan budaya

antara sekolah antarabangsa dan sekolah di Malaysia.

Contohnya, kurikulum Victorian lebih mementingkan kemahiran yang diperlukan pelajar

untuk pembelajaran sepanjang hayat manakala kurikulum IB lebih fokus kepada pencapaian

pelajar untuk jangka masa pendek. Oleh itu, budaya sekolah yang menggunakan kurikulum

Victorian akan berbeza dengan sekolah yang menggunakan kurikulum IB. Walaupun kedua-

dua kurikulum tersebut dilaksanakan di Malaysia. Amalan dan tingkah laku pelajar dan guru

di sekolah ditentukan oleh usaha kearah mencapai matlamat sekolah tersebut.


6.0 RUJUKAN

Cohen, J. (2007). Evaluating and improving school climate. Independent School, 67(1), 18–
26.
Muhamad Jaafar. (2004). Kelakuan organisasi (Ed. ke-3). Leeds Publications, Kuala Lumpur
Mohd. Salleh Lebar. (1997). Sosiologi sekolah dan pendidikan. Selangor,Malaysia: Thinker’s
Library.
Lee, M. (1991). Spirituality in organizations: Empowerment and Purpose. Management
Education and Development, 22(3), 221-226.
Cavanagh, R. (1997). The culture and improvement of Western Australian Secondary
Schools. Curtin University.
Rusni Mohd Noor. (2005). Perkaitan antara budaya sekolah dengan pencapaian akademik
pelakar di Negeri Sembilan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai