Anda di halaman 1dari 2

Menilai kategori kerjaya guru sebagai professional dalam perkhidmatan awam.

Kamus Dewan IV (2005): Profesion ialah satu bidang pekerjaan yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang kursus.
Cruess, Johnston dan Cruess (2004): Profession ialah pekerjaan yang melibatkan
penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang
kepada kod etika dan komited memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada
masyarakat yang disifatkan sebagai satu perjanjian antara profesion berkenaan dengan
masyarakat.
Lieberman (1956): Profesion sebagai suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh
masyarakat, menikmati autonomi, mementingkan kualiti perkhidmatan, mempunyai kod etika
dan mempunyai organisasi sendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan profesion.
Menurut Shulman (1986), menggariskan beberapa 7 kategori pengetahuan yang mesti
dihayati dan dikuasai untuk menjadi guru professional:
 Pengetahuan tentang pendagogi umum.
 Pengetahuan tentang kandungan subjek.
 Pengetahuan tentang pendagogi kandungan subjek.
 Pengetahuan tentang kurikulum.
 Pengetahuan tentang pelajar.
 Pengetahuan konteks pendidikan.
 Pengetahuan tentang falsafah, matlamat, tujuan, dan nilai pendidikan.

Kemahiran ikhtisas guru merangkumi kemahiran mengurus bilik darjah, menggunakan


metodologi pengajaran, membina dan mengguna bahan bantu pengajaran dengan tujuan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga mesti mempunyai
kemahiran seperti berikut:
 Kemahiran teknologi.
 Kemahiran professional.
 Kemahiran komunikasi.
 Kemahiran interpersonal.
 Kemahiran intrapersonal.

Nilai dan sahsiah guru adalah sesuatu yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni,
perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif,
motivatif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.
Kriteria Profesion Keguruan Sebagai Kerjaya Profesional
Kriteria Keterangan + contoh
Kriteria unik Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan terbaik
untuk membangunkan personality, kebolehan intelek, rohani, emosi, dan
jasmani pelajar secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmoni.
Walaupun kanak-kanak mempunyai ibu bapa, televisyen dan internet,
namun hanya guru merupakan pakar yang terlatih untuk mewariskan
pengetahuan, kemahiran, nilai, kebudayaan dan kepercayaan kepada
generasi yang akan datang.

Contoh: Guru mata pelajaran, Guru pakar, dan Guru cemerlang.


Tahap Seseorang guru perlu menjalani tempoh pengajian di institusi pendidikan
pendidikan guru dalam tempoh empat hinggan lima tahun untuk mendalami 3
yang tinggi komponen iaitu:
 Pengetahuan dan kefahaman: tentang konten, kurikulum, pelajar,
falsafah dan matlamat pendidikan dan persekitaran pemdidikan.
 Kemahiran kaedah dan teknik: pendagogi umum, pendagogi
kandungan, pengurusan bilik darjah ICT.
 Amalan nilai professional: amalan nilai-nilai murni, perlakuan
guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic,
inovatif, kreatif, motivatif, dan patuh kepada Etika
Profesionalisme Keguruan.
Latihan yang Bidang kerja professional adalah pekerjaan yang penting dan harus
lama dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan
ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang
tersebut. Latiha ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham
tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas
mereka. Sebagai contohnya, mendapat latihan selama 4 tahun di
Universiti atau Institusi Pendidikan Guru.
Kod Etika Etika ialah suatu system yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah
Perkhidmatan laku bagu sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini
meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul
dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli
berkenaan. Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah “Tatasusila Profesion
Keguruan”. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus
dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Seseorang yang melanggar
etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan
hukuman sewajarnya.
Persatuan Kebanyakan profesion mempunyai suatu badan atau organisasi yang
terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya
yang berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej
profesion. Badan ini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan
terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar kod etika yang telah
dipersetujui.
Tanggungjawa Ahli suatu profesion diamanahkan dengan tanggungjawab terhadap
b semua tindakan dan keputusan yag dibuat. Oleh kerana perkhidmatan
yang diberikan oleh seseorang professional itu melibatkan kebajikan
manusia, maka tanggungjawab amatkah berat.

Anda mungkin juga menyukai