Anda di halaman 1dari 6

Blog Ustaz Najhan

HOME ABOUT KELUARGAKU NOTA PENDIDIKAN ISLAM SPM (TILAWAH 1) SUBSCRIBE TO FEED

Search...

Apr 01 Nota Pendidikan Islam SPM (Tilawah 1) Surah at-Taubah ayat 6: LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM Maksud ayat

Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). 1. Intisari ayat Allah swt telah memerintahkan Nabi Muhamad saw agar memberi perlindungan epada kaum musyrikin yang berminat memahami Islam dan menghantar mere ke mana-man tempat yang aman, selepas mereka mendengar dan memahami keterangan-keterangan Allah tenang Islam. Ini bertujuan memberi perlindungan kepada golongan yang tidak mengetahui hakikat Islam 1. Maksud memberi pertolongan 1. memberi penerangan tentang Islam secara meluas/ajar asas-asas Islam/hadiri kelas-kelas fardhu ain 2. menunjukkan contoh telada yang bai kepada mereka 3. memberi sokongan moral dan material

4. membantunya menghubungi badan-badan yang memberi perlindungan atau membimbing saudara-saudara baruseperti PERKIM, ABIM, JAKIM dan Jabatan Agama Islam di setiap negeri di Malaysia.

1. Kepentingan memberi layaanan baik kepada orang bukan Islam 1. Perkataan Islam berasal dari Sejahtera dan selamat dan menganjurkan kedamaian 2. Wajib menunaikan permintaan orang kafir yang ingin memahami Islam 3. Wajib menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka 4. Mewujudkan suasana aman dan menjaga hubungan baik dengan mereka 5. Menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam 6. Umat Islam akan menjadi contoh teladan dalam semua aspek kehidupan 7. Supaya mereka memperolehi petunjuk daripada Allah unutk menerima Islam.

1. Cara Menyampaikan dakwah kepada orang kafir 1. Melalui media massa radio, surat khabar, TV 2. Mengadakan sesi perbincangan untuk menjelaskan ajaran Islam 3. Buktikan kepada orang bukan Islam bahawa Islam adalah agama kedamaian dan harmoni 4. Bergaul dengan cara yang baik dengan orang bukan Islam, tidak bertindak kasar 5. Bil-Lisan iaitu degn kata-kata: dgn cara ucapan, ajakan ,penerangan dan penjelasan 6. Bil-Kitab iaitu dgn penulisan: dengan cara menulis, novel, esei dan sebagainya 7. Bil-Hal iaitu dgn keadaan:menyesuaikan dakwah dengan keadaan Islam seperti cara beribadat, berpakaian dan bertutur 1. Cara menyampaikan dakwah/menyebarkan dakwah

1. Maksud dakwah Mengajak manusia dengan cara yang bijaksana kepada jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk melaksanakan yang makruf dan mencegah kemungkaran 1. Ciri-ciri yang perlu ada pada pendakwah 1. Iman yang teguh

2. Ilmu yg luas dalam pelbagai bidang 3. Akhlak yang mulia untuk dicontohi 4. Sabar/tabah menempuh ujian dan tekanan 5. Berani menegakkan kebenran 6. Ikhlas dlm perjuangan/harapkan upah dan pujian 7. Tidak mementingkan diri sendiri 8. Sentiasa siap sedia berjihad/semangat jihad yang tinggi

1. Hikmat para pendakwah memiliki ciri-ciri yang baik 1. mereka akan berjihad bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan upah 2. mereka akan berjaya dalam dakwah mereka 3. seruan mereka tidak akan dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu 4. mereka akan diteladani oleh orang bukan Islam 5. mereka akan dihormati

1. Sebab pendakwah gagal dalam tugas mereka 1. tekanan masyarakat 2. tidak ikhlas/mengharapkan upah dam pujian 3. tidak sabar menempuh ujian 4. mudah putus asa

1. Strategi berdakwah yg sesuai diamalkan di Negara ini; bergaul dgn baik dgn menunjukkan contoh teladan yang baik

menunjukkan kepada orang bukan Islam bahawa agama Islam satu cara hidup yang sesuai untuk sepanjang zaman menggunakan media massa yg sesuai seperti TV, radio, internet, buku dan majalah untuk menyampaikan mesej. 1. Tiga teknik berdakwah yang baik berdasarkan surah an-Nahl ayat 125

Firman Allah swt Maksudnya: Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya demi tuhan mu jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalanNya. Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah 1. Hikmah kebijaksanan akal fikiran selaras dengan keadaan orang yang diseur, berdasarkan ilmu aikologi dan sebagainya. Sentiasa berlemah lembut dari segi perbuatan dan percakapan. 2. Nasihat yang baik dan bimbingan yang berterusan sehingga mereka benar-benar memahami ajaran Islam 3. Berdailog/berbincang dengan cara yang terbaik melalui seminar, forum ilmiah, dialog terbuka dan lain-lain.

1. Amalan harian umat Islam yang dapat menarik minat orang bukan Islam kepada agama Islam Perkara Tunjuk Nilai Murni Amalan harian umat Islam Menunjukkan nilai-nilai Islam yang baik I segi tingkah laku, amal ibadat dan penghayatan Mengadakan perbincanagn yg baik dan hormat pendapat mereka Membantu kewangan dan sokongan moral kpd org bukan Islam yang berminat Memberi penerangan tentang Islam secara terperinci mengenai kelebihan Islam Keberkesanannya Ini akan menjadi contoh yang baik dan dapat menarik minat mereka kepada Islam Mereka akan hormati cara org Islam berdakwah Ini akan menguatkan semangat/keyakinan mereka utk peluk Islam Mereka akan memahami ajaran Islam dan ini akan mendorong mereka memeluk Islam Mereka akan memandang mulia teradap org-org Islam dan agama Islam

Perbincangan

Bantuan moral/kewangan

Peneranagan tentang Islam

Berakhlak mulia

Tidak melakukan perbuatan yang melanggar hokum syarak yg boleh menghilangkan keyakinan mereka terhadap Islam

1. Badan-badan dakwah yang terdapat di Malaysia 1. PERKIM: PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM 2. ABIM: ANGKATAN BELIA ISLAM 3. JAKIM: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 4. YADIM: YAYASAN DAKWAH ISLAMIYYAH MALAYSIA 5. JABATAN AGAMA ISLAM di setiap negeri seperti JIS(selangor) JAWI (Wilayah Persekutuan dan lain-lain)

1. Peranan badan-badan dakwah tersebut 1. Mengislamkan mereka yang ndak memeluk Islam 2. Mengajar mereka dengan lengkap mengenai ajaran Islam mellaui kelas-kelas fardhu Ain 3. Menyediakan kemudahan kewangan dan tempat tinggal kepada mereka 4. Berterusan memberi semangat/sokongan moral melalui ceramah, sesi kaunseling dan lainlain perjumpaan

1. Hikmah memberi pertolongan kepada orang yang berminat dengan Islam 1. Mereka dapat mengetahui hakikat kebenaran Islam 2. Mereka akan memeluk lslam 3. Meringankan beban yang mereka tanggung 4. Umat Islam akan dicontohi 5. Umat Islam akan dihormati/dipandang tinggi

1. Kesan peperangan 1. Kehilangan nyawa 2. Kemusnahan harta benda 3. Negara tidak dapat membina kemajuan dan perasarana pendidikan 4. Ekonomi hancur dan akan memerlukan masa lama untu memulihkannya

1. Kesan kedamaian 1. Rakyat hidup dengan selesa 2. Kerajaan akan menumpukan sepenuhnya kearah pembangunan Negara 3. Ekonomi akan kukuh 4. Proses pendidikan akan berjalan dengan lancer 5. Memudahkan Perkembangan dakwah 6. Negara akan dihormati diperingkat antarabangsa

18. Tujuan Allah menggalakkan perdamaian ialah; - menunjukkan Islam pentingkan perdamaian dan keamanan - menggambarkan keindahan dan kebaikan ajaran Islam - menunjukkan Islam mementingkan perpaduan di kalangan umat manusia. Soalan: A. Esei 1. Jelaskan tiga amalan harian umat Islam yang boleh menarik minat orang bukan Islam kepada agama Islam 2. Terangkan tiga kebaikan/keberkesanan amalan tersebut terhadap orang bukan Islam 3. Setiap umat Islam wajib berdakwah sama ada kepada diri, keluarga atau masyarakat. Jelaskan tiga tujuan kewajipan tersebut 4. Islam tidak memaksa seseorang untuk menerima syariatnya. Apaakh tindakan anda sekiranya rakan anda enggan menerima kebaikan ajaran Islam?

Anda mungkin juga menyukai