Anda di halaman 1dari 11

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

Tingkatan Masa Tajuk Genre Fokus Utama

: : : :

4 80 minit Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Cerpen : 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut Pandangan Aras 1 (v) Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan dalam karya.

Fokus Sampingan : 2.1

Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan Aras 1 (i) yang bernas. Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan pemerhatian untuk mengemukakan idea

Objektif:

Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Menghuraikan latar tempat dalam cerpen yang dikaji. ii. Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan pemerhatian untuk mengemukakan idea yang bernas. iii. Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.

Kemahiran Bahasa: Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca 1

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

Kemahiran menulis Sistem Bahasa: Tatabahasa: Ayat Aktif dan Ayat Pasif Kosa Kata: Umum: Istilah : terkial-kial, baruh, randuk, conggoh, terkobak, meragau, berderau, gemal, acilut, berbusa tohor

Pengisian Kurikulum Ilmu Nilai : : Geografi dan Pendidikan moral Sayang alam sekitar Kasih-sayang

Kemahiran Bernilai Tambah: Kontekstual

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

Langkah 1 INDUKSI SET

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian Formatif

KBT / Catatan

Guru memilih seorang murid perempuan dan dipakaikan selendang seperti seorang ibu. Guru meminta wakil setiap kumpulan menyoal `ibu tersebut dengan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru. Guru meminta murid yang memegang peranan `ibu menjawab setiap soalan yang dikemukakan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan jangkaan sendiri. Guru membuat rumusan berdasarkan aktiviti tersebut.

KBKK : Kontekstual -menghubungkaitka n Lampiran 1 Soalan untuk ibu Lampiran 2: Jawapan untuk soalan ibu

Latar Tempat Objektif (i) tercapai Guru meminta murid membentuk lima kumpulan Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberikan arahan a. Guru meminta murid melengkapkan peristiwa bagi latar tempat yang diberi. Guru meminta murid membaca cerpen dan memindahkan maklumat ke dalam lembaran kerja. Guru meminta murid menghubungkaitkan watak dan peristiwa dengan latar tempat yang diberi. Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil 3

KBT: Kontekstual Menghubungkaitkan Lampiran 3: Lembaran Kerja Latar Tempat dan Peristiwa Lampiran 4: Jawapan Lembaran

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

tugasan mereka. Guru membuat rumusan dan memilih jawapan yang tepat.

Kerja.

Forum Remaja: Kepentingan Sungai Mencapai objektif (ii) Guru masih dalam lima kumpulan. Guru memberikan tugasan kepada setiap kumpulan dan melantik pencatat dan wakil kumpulan: a. Kumpulan 1 : Kepentingan Sungai dalam pengangkutan. b. Kumpulan 2 : Kepentingan Sungai dalam pertanian, c. Kumpulan 3: Kepentingan Sungai dalam penternakan d. Kumpulan 4: Kepentingan Sungai dalam pelancongan dan rekreasi e. Kumpulan 5: Kepentingan Sungai dalam kegunaan harian Guru meminta murid berbincang dan mencari isi-isi penting berdasarkan tugasan yang diberikan. a. Guru meminta murid menghubungkaitkan tugasan dengan pengetahuan sedia ada mereka. b. Guru meminta murid mengaplikasikan pengetahuan tentang kepentingan sungai dalam kegiatan seharian. c. Guru meminta murid bekerjasama memberikan maklum balas dan berkomunikasi tentang kepentingan sungai. d. Guru meminta murid memindahkan pengetahuan tentang sungai dan menggunakan tugasan dalam forum. Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan datang ke hadapan kelas untuk menjadi salah seorang panel dalam forum remaja. Guru memilih seorang pengerusi untuk mempengerusikan forum tersebut. Guru memberikan tempoh masa 20 minit untuk mengendalikan forum. 4 KBT : Kontekstual Hubungkait, aplikasi, bekerjasama dan memindahkan

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

Guru meminta murid memberikan respons terhadap forum yang telah dijalankan. Guru membuat rumusan tentang forum kepentingan sungai. Mencapai Guru memberikan ayat majmuk dan meminta murid-murid mencerakinkan objektif (iii) menjadi ayat tunggal. Guru meminta beberapa orang murid secara rawak membacakan ayat yang dicerakinkan. Guru membetulkan jawapan yang salah. KBT : Kontekstual (Memindahkan) Lampiran 5 : Mencerakin ayat. Lampiran 6 : Jawapan Mencerakinkan ayat

Mencerakin ayat

Penilaian Kempen Cintai Sungai Kita dan Guru meminta pandangan murid tentang Keberkesanan Kempen Cintai Pengukuhan Sungai Kita. Guru merumuskan pelajaran ini berdasarkan pandangan yang telah diberikan oleh murid-murid.

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

LAMPIRAN 1 (Soalan untuk Ibu) 1.

2. 3. 4. 5.

Apakah antara pekerjaan yang dilakukan oleh ibu? Berapa lamakah masa yang diambil oleh ibu untuk bekerja? Mengapakah ibu melakukan tugas-tugas tersebut? Jika ibu seorang wanita berkerjaya, bagaimanakah ibu membahagikan masa antara tugas rumah tangga dengan kerjaya? Apakah keistimewaan ibu?

LAMPIRAN 2 (Jawapan )

1. 2. 3. 4.

Antara pekerjaan yang dilakukan oleh ibu ialah memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian, berkebun, menjaga dan membesarkan anak-anak, dan sebagainya. Masa yang diambil oleh ibu untuk bekerja ialah seawal pagi hingga ke lewat malam. Ibu melakukan tugas-tugas tersebut kerana rasa tanggungjawabnya sebagai suri rumah tangga. Sekiranya ibu berkerjaya, ibu akan membahagikan masa di rumah dengan menyiapkan kerja-kerja rumah dengan sebaik-baiknya manakala kerja-kerja di pejabat dihabiskan terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
6

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

5.

Ibu seorang yang rajin bekerja, penyabar, tabah dan kuat untuk menjalankan tugas seharian.

LAMPIRAN 3 (Latar dan Peristiwa) Arahan : Lengkapkan peta grafik di bawah dengan peristiwa yang berkaitan dengan latar yang diberi. BIL 1 LATAR TEMPAT Rumah Ibu PERISTIWA

Sawah

3.

Sungai

4.

Gunung

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

LAMPIRAN 4 (Latar dan Peristiwa) Arahan : Lengkapkan peta grafik di bawah dengan peristiwa yang berkaitan dengan latar yang diberi. BIL 1 LATAR TEMPAT Rumah Ibu PERISTIWA Ibu tidur tergolek Ibu mengangkut air telaga naik ke rumah untukdimasukkan ke dalam tempayan. Sangkar-sangkar tersangkut ketitir. Bapa makan dan tidur, menjaga cucu dan memicit tubuh ibu. Aku mengampu ibu di tandas Isteri aku membacakan yasin Bapa jatuh tersungkur di kepala tangga Ibu menajak, pikul gemal dan tanam benih Ibu juga menuai padi aku meragau ikan Lembu dan kerbau diheret ke sungai untuk menghilangkan dahaga Sisa-sisa , hampas-hampas, keladak-keladak di bawa arus Sampah-sarap bertimbun-timbun Bapa nak ke bukit untuk mendenak ketitir

Sawah

3.

Sungai

4.

Gunung

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

Lampiran 5: Ayat 1: Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu. Jawapan: 1. 2. ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________

Ayat 2: Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Jawapan 1. 2. 3. _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________

Ayat 3: Aku bersama-sama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut. Jawapan: 1. __________________________________________________________________________________________
9

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

2. 3.

__________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________

Lampiran 6: Ayat 1: Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu. Jawapan: 3. 4. Ceper terus menggila sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu. Ceper terus mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu.

Ayat 2: Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Jawapan 4. 5. 6. Ikan-ikan terperangkap. Ikan-ikan banyak yang mati. Ikan-ikan tidak boleh main air lagi.

Ayat 3: Aku bersama-sama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut. Jawapan: 4. Aku bersama-sama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga.
10

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Cerpen

5. 6.

Aku bersama-sama sahabat-sahabat sebaya sekali sekala turun ke lubuknya meragau ikan. Aku bersama-sama sahabat-sahabat sebaya sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

11

Anda mungkin juga menyukai