Anda di halaman 1dari 4

BAB 6 : GELANGGANG

MAKSUD SAJAK

RANGKAP 1 :

- Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampau , negara ini telah
berjaya dimerdekakan . Hal ini disebabkan adanya persepakatan antara kaum di negara ini .

RANGKAP 2 :

- Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar . Hal inilah yang telah
dilakukan oleh nenek moayang kita sebelum ini . Generasi kini perlulah bersama-sama
mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang ingin
menggugat kestabilan negara . Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seandainya setiap
kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi .

RANGKAP 3 :

- Demi negara tercinta , rakyat hendaklah berani berjuang mempertahankan maruah negara .
Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-ansir yang cuba menggugat keharmonian negara
. Sekiranya ada pihak yang cuba mengucar-ngacirkan negara , mereka perlu ditentang habis-
habisan .

RANGKAP 4 :

- Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama


sendiri .

RANGKAP 5 :

- Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara .


Perpaduan yang dipupuk itu akan menyababkan negara kita menjadi aman dan seterusnya
dihormati oleh negara lain . Sewajarnya , kita mencurahkan sepenuh ketaatan kepada
negara tercinta ini sampai bila-bila .

TEMA

Tema sajak ini ialah “ kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air ” kita yang tercinta .
Usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah air
wajar dikenang . Oleh itu , kerjasama dan perpaduan anatara kaum perlulah dipereratkan .

PERSOALAN

1. Perjuangan generasi dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan .

2. Kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat untuk menjaga keamanan negara .

3. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara .

4. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara .


5. Kerjasama semua pihak dalam membangunkan negara .

BENTUK SAJAK

1. Sajak ini berbentuk bebas .

2. Sajak ini terdiri daripad lima rangkap .

3. Bilangan baris tidak sama :

a. Rangkap pertama ada lima baris .

b. Rangkap kedua ada lapan baris .

c. Rangkap ketiga ada tujuh baris .

d. Rangkap keempat ada dua baris .

e. Rangkap kelima ada lima baris .

4. Jumlah patah kata dan suku kata dalam sajak ini juga tidak sama .

a. Rangkap kedua baris pertama ada sembilan patah kata dengan dua puluh dua suku
kata .

b. Rangkap kedua baris keempat ada satu patah kata sahaja dengan tiga suku kata .

5. Rima akhirnya bebas ; abccd , abacdaef , abcbdeb , ab , abaac .

GAYA BAHASA dan UNSUR BUNYI

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis . Contohnya :

a. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang

terbina dari keringat

b. dan air mata

2. Anafora . Contohnya :

a. kita pelihara – rangkap 2 , baris 5 .

b. kita mempertahankan – rangkap 2 , baris 6 .


3. Metafora . Contohnya :

a. gelanggang keramat

4. perlambangan atau imejan . Contohnya :

a. pewaris gelanggang

“ Pewaris ” bermaksud generasi kini . Dalam sajak ini , “ pewaris gelanggang ” membawa
maksud rakayat di negara ini .

5. Repetisi atau perulangan kata . Contohnya :

Kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini .

6. Unsur bunyi :

a. Asonsi ( perulangan bunyi vokal ) . Contohnya :

 jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri .

Dalam contoh ini , terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak lapan kali .

b. Aliterasi ( perulangan bunyi konsonan ) . Contohnya :

 elakkan pertelingkahan sesama sendiri

Dalam contoh ini , terdapata perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali .

NADA

Sajak ini bernada patriotik . Nada patriotisme sesuai dengan sajak tersebut yang menggambarkan
perasaan cinta penyajak terhadap tanah air .

NILAI

1. Nilai cinta akan tanah air . Contohnya :

 Nilai cinta akan negara perlulah dipupuk dalam diri setiap warganegara .

2. Nilai mengenang jasa . Contohnya :

 Jasa nenek moyang kita memerdekakan negara ini perlu dihargai .


3. Nilai perpaduan . Contohnya :

 Kemerdekaan yang dikecapi adalah hasil perpaduan antar kaum di negara ini .

4. Nilai ketaatan . Contohnya :

 Taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi merupakan cara untuk menunjukkan
kesetiaan .

5. Nilai pengorbanan . Contohnya :

 Pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta .

6. Nilai tanggungjawab . Contohnya :

 Semua rakyat di negara ini bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada anasir
luar .

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi .

2. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita yang berusaha
memerdekakan negara ini .

3. Untuk menjamin keharmonian negara dikekalkan , rakyat di negara ini perlulah bersatu padu
.

4. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara .

5. Setiap warganegara bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman


anasir luar .

Anda mungkin juga menyukai