Anda di halaman 1dari 11

Puisi Gelanggang

-KUMPULAN 4-
PENGENALAN DIRI
1

PUISI
2

Isi kandungan MAKSUD RANGKAP


3

TEMA & PERSOALAN


4

NILAI & PENGAJARAN


5
PUISI GELANGGANG
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pedekar datuk moyang lebih
lima dekat yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.
PUISI GELANGGANG
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan perlentingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang mengunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
MAKSUD
RANGKAP
RANGKAP 1:
Penyajak berkata bahawa negara tercinta kita terbentuk oleh generasi terdahulu sejak
lima dekat yang lalu untuk didiami oleh generasi akan datang. Semangat perpaduan
juga dimulakan oleh generasi terdahulu untuk diteruskan oleh generasi kini.

RANGKAP 2:
Generasi kini ialah pewaris negara yang terbentuk daripada jerih perih dan
pengorbanan generasi terdahulu. Dengan negara yang makmur, rakyat hidup bersatu
padu. Rakyat perlu memelihara kedaulatan negara daripada serangan anasir jahat
agar dapat hidup bersatu padu walaupun berbeza keturunan dan agama.
RANGKAP 3:
Pemimpin negara harus berani menghadapi fitnah pihak luar demi mempertahankan
maruah negara. Khabar angin tentang keburukan negara mampu mempengaruhi
minda rakyat. Kita haruslah berani membantah kenyataan yang buruk tentang negara
kita suapaya tidak membinasakan negara sendiri.
RANGKAP 4:
Pemimpin mahupun rakyat haruslah menjalinkan hubungan persaudaraan demi
mengelekkan perselisahan faham sesama sendiri.
RANGKAP 5:
Generasi kini merupakan waris bangsa dan harus memikul amanah untuk mecipta
kejayaan di pentas dunia . Apabila memperoleh kejayaan , kita dapat mempertahankan
maruah dan memperteguh jati diri demi membina negara yang rakyatnya hidup
harmoni dan dihormati . Rakyat Malaysia haruslah taat dan setia pada negara
sehingga akhir hayat .
TEMA & PERSOALAN
PERSOALAN
TEMA

o Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara . o Persoalan keutuhan pepaduan kaum sejak


lima dekad .
o Menghargai pengorbanan generasi terdahulu
.
o Peranan generasi muda mencipta kejayaan
NILAI

• Semangat bermasyarakat
• Patriotisme
• Kerajinan
• Keberanian
PENGAJARAN
1) Kita perlulah mengamalkan semangat bermasyarakat

2) Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik

3) Kita hendaklah bersikap rajin

4) Kita hendaklah berani ketika menjalankan tugas


Sekian terima kasih
Dari kami :
Salman Uqail
Hadif Hilmi
Adam Haziq
Izzuan Nur Haqeem

Anda mungkin juga menyukai