Anda di halaman 1dari 4

DIRGAHAYU BAHASAKU

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU AHMAD SARJU


Maksud
Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu
sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.
Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus
kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan
sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.
Rangkap 3
Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa.
Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja
mereka berada.
Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat.
Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah
benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.
Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh
masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa
kejayaan demi kejayaan.
Tema
Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya
mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh
semua pihak.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu
dimartabatkan di negara ini.
2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa
dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah
kegemilangannya yang tersendiri.
4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu
berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.
Bentuk
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
 Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab
Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
 Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa
Nada
Patriotik
Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya :setia dan amanah
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya; warga yang berbudi
3. Aliterasi – perulangan konsonan’m’
Contohnya : hak bangsaku memilikimu
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
5. Sinkope .
Contohnya: mu, ku, tak
6. Metafora
Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu
7. Perlambangan
Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau
8. Personifikasi
Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh.
9. anafora
Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
10. Epifora
Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu

Nilai
1. Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi
bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi.
2. Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat
ditunjukkan.
3. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu
dipertahankan.
4. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai
bahasanya sendiri.
5. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama Penggunaan bahasa
yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu..
6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.Sifat ini penting
agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat
perhatian masyarakat dunia.
Syair Makna Riak

 MAKSUD
 Rangkap 1: Sair ini mengungkap makna riak atau takbur. Orang yang
melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada
semua manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat
dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik.
 Rangkap 2: ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan
kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah
lembut. Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira
 Rangkap 3: Orang sebegini berpura-berpura melakukan amalan tersebut
agar dirinya disangka warak iaitu tidak memintengkan keduniaan. Dia juga
sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduaniaan.
 Rangkap 4: Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang
berpengetahuan luas  dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan
bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering
mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk.
 Rangkap 5:Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui  percakapan yang
kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya
mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian
agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya
ganjaran tertentu.
 Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian, iaitu
memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu,
dan seuntai tasbih berada di tangan.
 Rangkap 7: Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir.
Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat yang
sebenarnya  adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan
atau untuk mendapatkan pengaruh.
 Rangkap 8: Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala
yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada
kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan
kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.

TEMA
·        Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

PERSOALAN
·        Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal ibadat
kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain.
·        Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam melakukan
amal ibadat.
·        Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik amal
ibadat.
·        Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat.
·        Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara
berpakaian.
·        Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan diak yang dlakukan oleh manusia.
BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR
·        Terdiri daripada 8 rangkap
·        Mempunyai 4 baris serangkap
·        Semua baris dalam setiap rangkap adalah rangkap maksud
·        Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris
·        Mempunyai 8 hingga 14 suku kata sebaris
·        Rima akhir bagi puisi ini aaaa
·        Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI


·        Pemilihan kata (diksi) yang indah
      Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik;  Bicara alhayat konon diselidik
·        Bahasa Arab:
      Contoh: jazbah;kasad;wali
·        Simile:
      Contoh: Terkadang jazbah seperti gila
·        Asonansi:
      Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i)
·        Aliterasi
      Contoh: Kemudian dinyatakan makna  (pengulangan bunyi konsonan k)

NILAI
·        Kejujuran
      Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai
oleh  Tuhan
·        Kebersihan fizikal dan me
      Contoh: Mementingkan aspek kembersihan diri walaupun sibuk
berama  ibadat
·        Kerajinan:
      Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis  keraian
·        Kesederhanaan
      Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang
berkaitan  keduniaan
·        Bertanggungjawab:
      Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada
niat yang bertentangan.

PENGAJARAN
·        Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebrang perkara atau tugas.
·        Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan sebahagian
daripada iman
·        Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini
merupakan sifat terpuji.
·        Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama
untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai