Anda di halaman 1dari 16

PUISI TRADISIONAL

SYAIR MAKNA RIAK


Mohd Yusof Md dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)

Syair Makna Riak


Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Rangkap 1: Definisi riak ialah badah yang dilakukan semata untuk mendapat pujian manusia.Tuhan amat benci akan sifat tersebut kerana menyekutukan-Nya dengan orang yang dikatakan alim itu.

Terkadang riak pulak dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan,

Bertutur itu suara diperlahankan,


Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Rangkap 2: Kadangkala sifat riak ditunjukkan oleh orang alim yang berpuasa,bertutur kata dengan perlahan sekali,dan tidak mengambil berat tentang tubuh badan sendiri.

Supaya disangka ianya wali,


Akan dunia tidak peduili, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Rangkap 3: Perbuatan tidak mengutamakan hal-hal duniawi dipamerkan supaya masyarakat menyangka orang alim itu wali Allah.Budi pekertinya amat tinggi tetapi sebenarnya orang alim tersebut tidak dapat memisahkan diri dengan perihal dunia.

Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu.

Rangkap 4: Kadangkala orang alim tersebut menunjukkan dirinya amat berilmu dengan menyebut-nyebut bahagian atau bab dari al-Quran ketika dikunjungi orang.Bermacam-macam ilmu agama diperkatakannya.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,


Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik.

Rangkap 5: Kadangkali orang alim itu berhujah tentang sebab kejadian yang berlaku dan juga hal-hal binatang dan tumbuh-tumbuhan supaya orang menyangka dirinya pandai.

Terkadang riak dengan pakaian,


Berserban lilit ekornya berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian,

Tasbih di tangan beruitan.

Rangkap 6: Orang alim ini kadangkadang riak dengan menunjukkan sifat waraknya melalui pakaiannya ,memakai serban, menggantungkan sejadah di bahu, dan menggerakkan tasbih dengan jari-jarinya.

Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak menjadi kepala.

Rangkap 7: Orang alim ini duduk bersila dan berzikir, memuja-muja Allah kerana berhasrat hendak menjadi ketua agama.

Riak demilian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak,

Rangkap 8: Sifat riak seperti ini tidak direstui Allah, Allah tidak menerima sifat warak seperti ini.

Terkadang diemparkannya ke mukanya pulak ,


Allah taala sualak.

TEMA:

S yair ini bertemakan perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia

PERSOALAN:
1. Sikap berpura-pura dalam melakukan amal dan

ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain.


2. Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim

yang riak dalam amalan dan ibadat.


3. Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi

sembunyikan di sebalik amal ibadat.


4. Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk

memperdayakan masyarakat.

5. epercayaan terhadap kewarakkan seseorang yang K

ditonjolkan melalui cara berpakaian.

6. Kemurkaan Allah terhadap perbuatan riak.

NILAI: 1. Kejujuran Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh Tuhan. 2. Kebersihan fizikal C ontoh: Mementingkan aspek kebersihan diri walaupun sibuk beramal ibadat. 3. Kerajinan Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis keraian.

4 . Kesederhanaan Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam halhal yang berkaitan keduniaan 5. Bertanggungjawab Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan.

PENGAJARAN:
1.Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebarang perkara atau tugas.
2. ita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana K kebersihan sebahagian daripada iman

3.Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat terpuji. 4.Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

BENTUK SYAIR
1. Syair Makna Riak adalah puisi terikat/tidak bebas. 2. Syair ini terdiri daripada lapan rangkap.

3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama,iaitu

empat baris serangkap.


4. Semua baris dalam setiap rangkap adalah maksud.

5. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama,iaitu antara

tiga hingga lima patah kata dalam satu baris.


6. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan

hingga empat belas suku kata.


7. Rima akhir pantun ini ialah aaaa.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah : Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik; Bicara alhayat konon diselidik. 2. Bahasa Arab: Contoh: jazbah, kasad, wali 3.Simile :Perbandingan

Contoh: Terkadang jazbah seperti gila.


* Jazbah: Keadaan diri yang sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu

4. Asonansi:Pengulangan Vokal Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i )

5. Aliterasi: Pengulangan Konsonan Contoh: Kemudian dinyatakan makna ( pengulangan bunyi konsonan a )

LATIHAN PEMAHAMAN KOMSAS


1.

Apakah yang dimaksudkan dengan riak demikian menjadi balak?


Sifat takbir akan mendatangkah keburukan

2.

Pada pendapat anda, mengapakah Allah SWT benci akan manusia yang riak dalam ibadatnya?
Kerana mereka bukan melakukan ibadat itu demi-Nya tetapi untuk dirinya. Amalan ibat yang dilakukan mereka tidak ikhlas Perbuatan mereka itu menunjukkan keingkaran mereka kepada suruhan-Nya.

3.

Huraikan dua pengajaran yang diperoleh daripada syair ini.


Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebarang perkara atau tugas. Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat terpuji .

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai