A.PUISI TRADISIONAL
1. Makna kata
2. Maksud
3.TEMA
- Budi dan jasa memainkan peranan penting dalam kehidupan biasa manusia. Biasanya orang yang
berbudi akan sentiasa dikenang dan disebut-sebut oleh orang lain sama ada masih hidup atau sudah
meninggal dunia.
4. PERSOALAN
i. Hanya orang yang dingati sahaja yang sentiasa disebut-sebut dan menjadi ingatan
ii. Manusia yang berbudi dan berjasa menjadi sebutan masyarakat sama ada masih hidup atau telah
meninggal dunia
iii. Manusia yang berjasa walaupun kecil sumbangannya tetap akan dikenang orang
iv. Orang yang berbudi akan sentiasa diterima baik dalam masyarakat dan budinya tidak dapat dibalas
sampai bila-bila pun
5. NILAI
6. PENGAJARAN
Soalan-soalan pemahaman
ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai jasa ibu bapa?
( 3 markah )
Tema:
Perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan biasa manusia sebagai panduan dan pedoman hidup
i.
Perbuatan yang di luar norma /kehidupan/
rutin hidup seeorang melahirkan kebimbangan kepada orang lain
ii.Melakukan sesuatu yang mustahil
akan menyebabkan perasaan bimbang kepada orang lain
Kehebatan/keangkuhan/kelebihan seseorang
mampu ditewaskan oleh orang yang tidak disangka-sangka
seringkali menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat
Persoalan
1. Kepentingan ilmu mengurus rumahtangga jika mahukan keluarga bahagia
2. Sikap masyarakat yang gemar memperlekeh usaha orang lain mencari ilmu
3. Sikap masyarakat yang tidak sedar akan kekurangan diri sendiri
4. Peraturan hidup alam, yang berkuasa akan jatuh
5. Sikap manusia yang sering melakukan perkara yang aneh dan pelik
PENGAJARAN
1. Ilmu pengurusan keluarga mesti dikuasai jika ingin keluarga yang bahagia bukan sekadar menjaga
penampilan diri.
2. Jangan memandang rendah akan kesungguhan orang lain mencari ilmu.
3. Kita perlu cermin kekurangan diri sebelum melihat kekurangan orang lain
4. Jangan berlagak pandai.
5. Kita perlu sedar, kelebihan diri, kepandaian diri tidak akan kekal selama-lamanya, sampai masanya
kita akan jatuh juga.
6. Jangan melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan adat kebiasaan kerana akan menimbulkan
ketegangan dalam masyarakat.
7. Jangan berasa diri sentiasa hebat kerana kita dapat ditewaskan pada bila-bila masa
SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan maksud
Hairan sekali hati saya
Burung terbang disambar ikan
( rangkap ke lima pantun )
( 2 markah )
ii. Jelaskan kelebihan-kelebihan yang akan diperoleh remaja jika bersikap merendah diri dalam
kalangan rakan-rakan.
( 3 markah )
TEMA
Kelebihan orang yang berakal
Orang berakal dapat membezakan perkara yang baik dan buruk kerana orang berakal sentiasa berfikir
sebelum bertindak
MAKSUD RANGKAP
Status orang yang berakal/berilmu amatlah mulia dalam masyarakat kerana itulah ciri para
nabi dan orang alim.
Sesiapa yang mempubyai sifat ini akan beroleh kebahgiaan.
Orang berakal mampu mentafsir sesuatu perkara dengan baik dan tepat
Orang berakal amat dikasihi dan disenangi oleh semua orang
Orang berakal tidak akan bersetongkol dengan mereka yang berbuat kejahatan kerana
dikhuatiri membawa kecelakaan/ keaiban kepada diri.
Satu lagi tanda orang berilmu ialah apabila ia disukai /dihargai oleh pemimpin
Tidak suka berpeleseran/melepak
Tidak meninggi diri apabila melakukan sesuatu perkara
Tidak membezakan status diri dengan rakan-rakan yang lain
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta khidmat.
Orang berilmu ; apabila disukai pemimpin akan sentiasa beringat-ingat/tidak lupa diri.
Semua rakan dan kenalan terpaut hati/ menyukai orang berakal
Orang berakal bersifat merendah diri semasa menabur khidmat.
Persoalan
1. Kemuliaan yang diperoleh oleh seseorang apabila memiliki ketinggian ilmu dan dikategorikan oleh
orang berakal
2. Ketinggian ilmu dan akal dapat membawa kesan positif dalam hidup
3. Sifat-sifat terpuji yang terhasil kesan ketinggian akal dan ilmu seseorang
4. Ilmu yang sentiasa dicari apabila memiliki ketinggian akal
NILAI
1
KEBIJAKSANAAN
Orang berakal bijak menyelesaikan masalah
2
RENDAH DIRI
Orang berakal sentiasa merendah diri apabila bergaul/bekerja
3
KETAATAN
Orang berakal sangat taat akan perintah agama
4
KERAJINAN
Orang berakal amat rajin meningkatkan ilmu yang ada
5
BERHATI-HATI
Orang berakal sentiasa berhati-hati dalam tindakan
6
PENYAYANG
Orang berakal amat menyayangi sahabat handai
PENGAJARAN
1. Jangan menyombong diri apabila kita mempunyai kepandaian.
2. Jangan bersifat tamak dengan menggunakan ilmu untuk kepentingan diri
3. Jangan menggunakan ilmu untuk melakukan kejahatan
4. Kita hendaklah merendah diri jika memiliki kepandaian
5. Kita hendaklah menjaga hubungan yang baik dengan sahabat dan masyarakat walaupun kita
memiliki kelebihan ilmu
SIFAT-SIFAT ORANG BERAKAL
1. MERENDAH DIRI
2. TIDAK TAMAK
3. TIDAK SOMBONG
4. JUJUR
5. BERFIKIR PANJANG
6. MENGHARGAI RAKAN-RAKAN
7. SUKA MENAMBAH PENGETAHUAN
SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan maksud bait ke enam dalam sayair di atas.
( 3 markah )
ii. Sebagai remaja, jelaskan sifat-sifat yang baik semasa menuntut ilmu.
( 3 markah )
TEMA
Nasihat kepada kaum wanita agar menjaga maruah diri, agama dan bangsa
Nasihat kepada kaum wanita agar tidak melanggar norma kehidupan dan budaya bangsa.
Maksud syair
Sesetengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.
Wanita yang gemar mencukur bulu roma di muka, menbentuk kening seperti taji ayam dan
keterlaluan berhias diri dianggap janggal dalam masyarakat
Ketawa mengilai-ngilai
Suka mempamerkan diri di hadapan elaki
Muga-mua kaum lelaki tertarik akan dirinya
Walaupun sesetengah kaum wanita tidak memiliki wajah yang cantik tetapi masih tetap
berhias diri secara keterlaluan
Ada kaum wanita yang memakai rambut palsu untuk menutup kekurangan diri yang berambut
sedikit ditegur oleh penyair
Sesetengah kaum wanita dianggap menipu tentang ketrampilan diri kerana mengenakan
mekap yang tebal
Ada kaum wanita yang dikategorikan sebagai orang yang suka dipuji.
Mulalah menghias diri berlebih-lebihan
Berperangai suka memandang-mandang orang lelaki
Suka berfoya-foya dengan laki-laki jahat/tidak bermoral
Perempuan yang meliuk lengguk di hadapan lelaki sebenarnya bertujuan menggoda laki-laki
Kita diingatkan agar sentiasa berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah dari segala
perbuatan yang keji.
Agar kita tidak menjadi sampah masyarakat.
Ada perempuan yang suka berjudi sehingga habis segala harta yang ada.
Segala barang kemas habis digadaikan kerana terlalu gemar berjudi dan tabiat
buruk ini tidak dapat dikikis lagi.
Perempuan dan lelaki yang tidak menjaga kelakuan banyak terjebak dalam perbuatan yang
dilarang agama.
Segala amalan sembahyang tidak dilaksanakan kerana telah terjebak dengan hasutan syaitan.
PERSOALAN
1. Kaum wanita yang tidak tahu menjaga maruah diri.
2. Kaum wanita yang terlalu bebas pergaulan
3. Perlanggaran terhadap larangan tuhan/ tidak mengambil berat tuntutan agama
4. Keperluan doa dalam hidup manusia agar tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral
NILAI
1
KETAATAN
Taat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diri terpelihara dari perbuatan keji.
PENGAJARAN
1. Wanita perlu menjaga aurat dan fizikal agar terlindung dari kejahatan lelaki
2. Jangan berlebih-lebihan menghias diri
3. Hendaklah patuh akan ajaran agama
4. Hendaklah menerima keadaan semula jadi fizikal diri.
5. Jangan suka dipuji-puji kerana akhirnya memberi kemudaratan
6. Hendaklah menjaga maruah diri demi nama baik keluarga
SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan makna
a. Makan angkat
b. Sempolah
c. Cemara
d. Membadi
( 2 markah )
ii. Pada pendapat anda, mengapakah wanita perlu menjaga maruah diri mereka?
( 3 markah )
TEMA
Nasihat dan pengajaran kepada murid-murid /remaja tentang cirri-ciri orang yang boleh
dijadikan teman dan sahabat dalam hidup.
MAKSUD GURINDAM
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat
Apabila mencari sahabat, pilihlah yang boleh membawa kebaikan kepada kita
Apabila mencari sahabat, carilah orang yang boleh menasihati kita agar sentiasa berwaspada
dengan tindak tanduk manusia di sekeliling
Apabila mencari teman hidup, pilihlah wanita yang taat dan patuh akan suami
PERSOALAN
1. Sikap berhati-hati semasa memilih teman
2. Teman yang berakhlak mulia akan membawa keharmonian kepada kita
3. Ketaatan dan kesetiaan amat penting dalan menjalin hubungan baik sesama manusia
4. Ciri-ciri wanita yang baik amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga
PENGAJARAN
1. Hendaklah berhati-hati dalam pergaulan
2. Hendaklah berkawan dengan orang yang berbudi pekerti tinggi agar perilaku kita terpuji
SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan maksud rangkap 1 gurindam
( 2 markah )
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita dapat mengenal pasti ciri-ciri orang
berperangai baik.
( 3 markah )
iii. Huraikan 4 persoalan dari gurindam tersebut.
( 4 markah )
TEMA
Sikap manusia yang sering menghargai orang lain berbanding keluarga sendiri
Berbudi tidak kena pad tempatnya.
MAKSUD
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan.
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak berhutang,
Beras habis padi tak jadi
Oleh sebab mahu menjaga hati tetamu, segala pekerjaan tidak dibuat. Akhirnya mendapat
susah kerana tiada pendapatan sedangkan simpanan makanan telah kehabisan
PERSOALAN
1. Berbudi dan berjasa mengikut kemampuan diri.
2. Sikap terlalu mengagung-agungkan orang lain selain dari keluarga sendiri
3. Sikap manusia yang kurang beringat tentang kemampuan diri
4. Sikap manusia yang suka menunjuk-nunjuk akhirnya membawa kesusahan kepada diri
sendiri
NILAI
1. MENGHORMATI TETAMU
Emak Si Randang amat menghormati tetamu dengan memberi layanan yang sangati istimewa
PENGAJARAN
1. Apabila berbudi hendaklah berpatutan dan sesuai dengan kemampuan diri
2. Jangan terlalu mengagung-agungkan orang asing kerana belum tentu mereka membawa
kebaikan kepada kita
3. Hendaklah mengutamakan kebajikan anak dan keluarga berbanding orang luar dari
keluarga kita
4. Hendaklah membuat perancangan yang teliti agar tidak diperalatkan oleh orang yang tidak
dikenali.
5. Hendaklah berhati-hati agar tidak ditimpa kesusahan kemudian hari.
SOALAN PEMAHAMAN
1. Apakah kesusahan yang dialami oleh Emak Si Randang setelah dagang pergi ?
( 2 markah )
ii. Mengapakah kita perlu menabur jasa mengikut kemampuan diri?
( 3 markah )
iii.Jelaskan 4 persoalan daripada seloka tersebut.
( 4 markah )
a.Senaraikan perlakuan negatif Emak Si Randang.
b.Berikan maksud
Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
Kera di hutan disusui