Anda di halaman 1dari 5

Puisi Traditional Syair Definisi Orang Berakal

1. Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia1 dan aulia2, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia. 2. Kerana ia akalnya tajam Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam3. 3. Telek4 pandangan dengan makrifat5, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat6. 4. Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal7, Iba8nya tahu dunia tak kekal. 5. Jika ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja9, Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulan10nya bersamaan sahaja. 6. Apabila raja kasih sangat, Makin itu makin ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat. 7. Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan11 jangan tersemu 12.
Abu Hassan Sham (Penyelenggara) Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993 Dewan Bahasa dan Pustaka
anbia-(jambak) nabi-nabi aulia-(jambak) wali-wali,orang yg dipilih oleh Allah SWT utk mendapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya 3 tersunjam- jatuh kepala dahulu ,jatuh menjunam 4 telek/telak- (Jawa) tepat 5makrifat- ilmu mengenai sesuatu (kerohanian) 6 fazihat- (Arab) fadihat, aib, cela, nista, hina/ malu atas perbuatan tak baik, kesalahan 7 tawakal- berserah/ percaya penuh kpd Tuhan 8 iba- hiba, belas kasihan, terharu, pilu 9 melanja-lanja- (Jawa) kunjung-mengunjung, lepak sesuka hati 10 taulan- rakan 11 kupasan- huraian ulasan 12 tersemu- terpedaya
2 1

Maksud
1. Orang yang berakal/cerdik dipandang (dianggap)mulia,kerana mewarisi sifat para nabi dan wali yang amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi (mengikut jejak langkah) mereka akan memperoleh kebahagian. 2. Orang yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua untuk menyelesaikan masalah (menegakkan keadilan). Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.Tetapi jika sesuatu masalah tidak dilihat dengan teliti, hal ini akan menyebabkan orang tersebut tersungkur. 3. Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh (teliti) dan bersungguh-sungguh bersandarkan ilmu. Mereka mengasihi ketua dan para sahabat (setia kepada kawan). Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengetepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka. 4. Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Tuhan dan mengikut hukum syarak/undang-undang agama. Selain berserah kepada Tuhan, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak berkekalan/sementara(matalamat akhir mereka ialah kehidupan kekal di akhirat13). 5. Orang berakal tidak akan menjadi sombong walaupun mereka dikasihi oleh orang atasan/ orang besar. Mereka boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja dan tidak bersikap mengada-ada serta menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan. 6. Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada/beringat-ingat. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan (tidak akan melupai saudara-mara dan sahabat handai), merendah diri dan sedia berkhidmat/masih kuat bekerja. 7. Orang yang berakal tidak bosan/jemu dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mendapatkan jawapan/penjelasan/huraian agar tidak terpedaya/terkeliru. Mereka ingin memahami sesuatu bidang ilmu secara mendalam.Mereka tidak akan berhenti belajar kerana ilmu tidak ada hujung atau penamatnya.

Tema
y Keperibadian atau ciri-ciri orang yang berakal. iaitu berkisar tentang perihal kiteria orang yang berakal seperti dimuliakan, berfikiran tajam, mengasihi orang, menjauhi orang berpengaruh negatif, mematuhi peraturan Tuhan, tidak sombong dan sentiasa rendah diri apabila diberi pangkat/darjat.

13

Akhirat- (Arab) alam kita berada selepas mati

Persoalan
1. Ketinggian status orang yang berilmu/ Kemuliaan orang berakal (rangkap 1) #14 Orang yang berakal dianggap sangat mulia kerana mempraktikkan sifat para nabi dan wali. 2. Mempunyai akal yang tajam/Kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2) # Oleh sebab mempunyai fikiran yang tajam, seseorang akan dipilih menjadi pemimpin untuk menyelesaikan pelbagai masalah. 3. Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu. (rangkap 2) Apabila berdepan dengan orang yang berpengaruh tidak baik, orang yang berakal seharusnya perlu berfikiran matang dan tidak mudah dipengaruh. Seseorang itu juga harus bertindak efektif apabila berhadapan dengan mereka. 4. Orang yang berakal tidak memihak kepada orang yang jahat. (rangkap 2,3) # Orang yang berakal tidak akan menyebelahi orang jahat tambahan pula akan bersikap adil dan tidak berat sebelah dalam apa jua situasi. 5. Memandang sesuatu perkara dengan teliti bersandarkan ilmu (rangkap 3) Orang yang berakal sentiasa memandang sesuatu dengan teliti serta berfikiran rasional dan berusaha bersandarkan ilmu yang diperolah. 6. Tidak bertindak sesuka hati/ bertindak rasional (rangkap 3) # Orang yang berakal akan berpandangan jauh dan sentiasa memikirkan akibat yang akan menimpa atas perbuatan yang telah dilakukan. 7. Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4) Orang yang berakal sedar akan kewujudan-Nya dan sentiasa berkelakuan baik. 8. Kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4) # Orang yang berakal sentiasa mematuhi perintah Tuhan. 9. Menjauhi sifat tamak yang buruk. (rangkap 4) # Orang yang berakal patut menjauhi diri daripada sifat tamak haloba yang memang suruhan agama agar kita bersikap sederhana. 10. Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang. (rangkap 5,6) Seseorang yang berakal sering berhamah tinggi dalam kalangan orang. Sikap berbudi pekerti serta tidak sombong amat disenangi oleh orang lain. 11. Keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6) Seseorang yang berakal akan sering memikirkan kawan dan mengetahui kepentingan serta penghargaan seseorang kawan. 12. Sentiasa beringat-ingat dan rendah diri/ Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan. (rangkap 6) # Semakin dikasihi, orang yang berakal semakin berhati-hati. Mereka masih berhubungan baik dengan rakan lain serta sentaisa bersedia untuk berkhidmat. 13. Tidak jemu menuntut ilmu (rangkap 7) # Orang yang berakal sentiasa cari peluang untuk menambah ilmu pengetahuan. Hal ini demikian supaya mereka mendapat penjelasan tentang suatu perkara. Selain itu, mereka tidak jemu menimba ilmu untuk mengelakkan diri daripada kekeliruan.
14

#-penting

Bentuk
y y y terdiri daripada 7 rangkap 4 baris serangkap setiap baris antara 3 hingga 5 perkataan  Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)  Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan) terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata  Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)  Sangatlah mengasihi orang yang jahat (13 suku kata) Rima akhir syair ini ialah aaaa Syair ini adalah syair nasihat (syair non-naratif15)serta puisi terikat

y y

Gaya Bahasa
y Unsur Bunyi y Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam (pengulangan vokal e) y Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal (pengulangan konsonan k) Unsur Keindahan y Simpulan Bahasa - Kerana ia akalnya tajam (R2,B1) y Anafora - pengulangan frasa/kata di hadapan baris secara berturut-turut Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja, (R5, B2, 3) y y Repitisi - pengulangan perkataan/ frasa/ayat Makin itu makin ia ingat, (R6, B2) Responsi - pengulangan perkataan di tengah baris/ayat Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, (R3, B2, 3) Inversi pembalikan kata/ frasa/ ayat Tiadalah ia melanja-lanja (R5, B2) =Ia tiadalah melanja-lanja Apabila raja kasih sangat (R6, B1) =Apabila raja sangat kasih Sinkope / Sinkof - Ibanya tahu dunia tak kekal. (R4, B4) Kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu

y y

Nilai
1. Kebijaksanaan # Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia. Mereka juga dapat bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat. (R2) 2. Keadilan # / Bertanggungjawab # Seseorang yang berakal itu akan bersikap amanah setelah dilantik sebagai pemimpin dan tidak akan rela membiarkan orang lain dianiaya. (R2, B1, 2)

15

non-naratif bukan berasaskan cerita/ pengalaman (syair agama/ nasihat)

3.

Rasional Orang yang berakal akan sentiasa berpandangan jauh dan teliti dan berwaspada dalam membuat keputusan/ tindakan. (R2, B3, 4) 4. Kasih sayang # Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya. (R3, B1, 2) 5. Ketaatan # / Ketakwaan # Seseorang yang berakal akan taat dan tidak menyangkal kepada hukum syarak. (R4, B1, 2) 6. Ketabahan # Orang yang berakal akan tabah melawan sifat tamak (nafsu). (R4, B3, 4) 7. Reda Sentiasa reda dan rela dengan apa yang berlaku. (R4, B3, 4) 8. Baik hati Orang yang berakal akan berbudi bahasa dalam pergaulan dan dikasihi ramai. (R5, B3, 4) 9. Kesederhanaan/ Rendah diri # Orang yang berakal tidak akan bersikap sombong atau meninggikan diri walaupun dipuji dan dikasihi oleh orang lain. (R6, B3, 4) 10. Kerajinan/ Mencintai ilmu/ Berilmu # Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan dan meneliti kehidupan tanpa rasa jemu. (R7, B3, 4)

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup. 2. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal (menurut tabiat orang yang cerdik) agar memperoleh kebahagiaan dalam kehidupan. (R1) 3. Orang yang cerdik akan dilantik menjadi ketua untuk membela dan menyelesaikan pelbagai masalah. (R2) 4. Kita hendaklah menangani sesuatu isu/ masalah dengan teliti agar tidak menyusahkan kita kelak. (R2) # 5. Kita mestilah menghormati dan menyayangi orang lain (ketua dan rakan) dan menjauhi orangorang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh. (R2) # 6. Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan(nafsu) dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk. (R2) 7. Kita hendaklah sentiasa mematuhi hukum syarak/ perintah Tuhan agar terhindar daripada kemungkaran. (R4) # 8. Janganlah kita bertindak sesuka hati apabila diberi pangkat dan kuasa. (R5) 9. Kita haruslah merendah diri semasa melakukan kerja yang diamanahkan walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur. (R5, 6) # 10. Kita hendaklah rajin menimba ilmu pengetahuan agar lebih jelas dan memahami sesuatu perkara. (sentiasa menelaah ilmu dengan rasa tanpa jemu)(R7)

Anda mungkin juga menyukai