Anda di halaman 1dari 3

Cempaka Berdarah(A.

Rahim Abdullah)
Sinopsis
Mak Jah dan Cempaka menunggu kepulangan Zaman dari university. Profesor Peter datang ke rumah dan memperkenalkan dirinya sebagai pensyarah Zaman. Profesor Peter yang terlihat gambar Cempaka yang tergantung di dinding menyebabkan beliau banyak bertanya tentang Cempaka. Profesor Peter menyindir Zaman ketika bertemu Zaman dan Cempaka di dalam hutan. Beliau juga menyatakan Cempaka merupakan adiknya yang telah ditinggalkan ibunya di tepi sungai ketika zaman penjajahan Jepun. Berlaku pertengkaran mulut antara Profesor Peter, Zaman dan Mak Jah. Profesor Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Profesor Peter lari masuk ke dalam hutan. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.

Tema
Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh bersama-sama Mak Jah ketika bertengkar dengan Profesor Peter.

Persoalan
1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. -Darah, warna kulit, keturunan tidak dapat membezakan kasih sayang Mak Jah & Zaman kpd Cempaka yg dibelanya sejak kecil. Mereka cuba mempertahankan anak & adik drpd dirampas Prof. Peter yg mendakwa Cempaka itu adiknya yg hilang semasa zaman Jepun. 2. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul. -Profesor Peter seharusnya mempertahankan hak dengan bertolak-ansur dan betul. 3. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga. -Profesor Peter Broom telah berpisah dengan adik kandungannya semasa Perang Dunia Kedua meletus. 4. Persoalan kepentingan pelajaran - Masyarakat Melayu masih mementingkan pelajaran walaupun mereka miskin malah dapat menghantar anak mereka ke menara gading. Namun demikian, akibat kesusahan, mereka jarang menyekolahkan anak perempuan tinggi-tinggi. 5. Persoalan keutuhan institusi kekeluargaan - Keluarga Mak Jah utuh dgn nilai kekeluargaan. Mak Jah sayang kpd anak-anaknya. Mereka utuh bersatu menentang orang yg cuba menjatuhkan maruah keluarga & merampas hak mereka.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian -Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka. Cth: Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243) 2. Teknik imbas kembali -Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun. Cth: Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)

Watak dan Perwatakan


Zaman Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka. Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.

Penyayang.-Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar. Berani.- Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter. Bijak- Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya. Keras hati. -Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain. Tekun belajar -Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan di universitinya. Mak Jah Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka Penyayang -Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat. Tegas. -Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter. Bertanggungjawab. -Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya. Prof.Peter Seorang lelaki Inggeris; Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan.. Bijak -Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang. Sombong -Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor. Tegas -Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya. Sanggup berkorban. -Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun. Berprasangka buruk sering menganggap Zaman keras kepala & tidak berwawasan Cempaka Anak angkat Mak Jah. Dia menyayangi Mak Jah dan abang angkatnya, Zaman. Dia tertembak oleh Profesor Peter. Tidak mudah terpengaruh yakin dia anak Mak Jah. Dia tidak menerima apa-apa yg dikatakan oleh Prof. Peter & Malik. Manja & lembut Dia merajuk apabila Zaman tidak mengikut kehendaknya.

Latar
Latar Masa 1. Pada sekitar tahun 60-an 2. Pada waktu menjelang tengah hari - Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur. 3. Pada waktu petang - Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Profesor Peter. Latar Tempat 1. Di rumah Mak Jah - Mak Jah berbual dengan Cempaka dan Prof.Peter menceritakan darihal Zaman ketika di university. 2. Di pinggir belukar dalam kampong -Zaman dan Cempaka mencari bunga bidara dan akar kayu untuk diukir serta tempat Cempaka terbunuh oleh Profesor Peter. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mempertahankan hak. -Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Profesor Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah. 2. Masyarakat yang penyayang -Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Profesor Peter juga menyayangi adiknya . 3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita -Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.

4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan. -Profesor Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman. 5. Masyarakat yang prihatin -Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya.

Gaya Bahasa
Sinkope -Tuan nak buat apa di sini? ; -Yang itu tak pulak disebut! Peribahasa -Keras hati, keras kepala Kata ganda -betul-betul, lihat-lihat Simile segak macam koboi Metafora mangsa penipuan ; ejen pembangunan

Nilai
1. Kasih Sayang Mak Jah & Zaman mangasihi Cempaka menyebabkan dia sanggup mempertahankan adiknya daripada diambil oleh Profesor Peter. 2. Keprinhatin - Profesor mengadu akan sikap Zaman yang keras kepala kepada ibunya agar Zaman boleh berubah. 3. Hormat-menghormati - Mah Jah menghormati tetamunya Profesor Peter dan melayannya dengan ramah. 4. Kerajinan - Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. 5. Berdaya usaha Zaman mengikut konsep orang Jepun untuk maju & mengambil peluang yg ada untuk peroleh rezeki.

Pengajaran
1. Kita perlu berbincang untuk menyelesaikan masalah. 2. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan. 3. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. - Profesor Peter berkeras mahu merampas Cempaka dan menyebabkan Cempaka terbunuh. 4. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan. 5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka. 6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka. - Malik dgn senang terpengaruh dgn adu domba Prof. Peter tanpa tahu tujuan sebenarnya.

Anda mungkin juga menyukai