Anda di halaman 1dari 11

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013 TEMA

Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amir Hamzah L Kadir , tema novel berkenaan ialah pengembaraan seorang remaja perempuan mematangkan kehidupannya . Hal ini jelas melalui pengalaman yang diterima oleh Amira apabila menghabiskan masa cuti persekolahannya dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia melalui cari gali bahan erkeologi di Bukit Mat Raya . Semasa pengembaraan berkenaan Amira telah berjumpa dengan Malique dan Itai . Amira juga telah berjaya merungkai masalah keluarga yang tragis dihadapi oleh mereka dan menyatukan semula hubungan kekeluargaan antara mereka . Hal ini berlaku apabila isteri Tau , Ipah meninggalkannya serta membawa Sabi anaknya yang sebenarnya ialah Malique iaitu abang kepada Itai . Selain itu , Amira juga berjaya mengenali Jacinta dengan lebih dekat setelah dia berjaya mengesan masalah rakannya yang menghadapi masalah apabila bapanya berkahwin lagi . Justeru , Jachinta mengikuti Amira menyertai expedisi ibunya di Bukit Mat Raya kerana tidak mahu pulang ke rumah akibat masalah tersebut . Bahkan juga , Amira juga berjumpa dengan masyarakat orang asli yang cuba untuk mempertahankan hutan mereka daripada dicerobohi oleh masyarakat yang rakus untuk mengaut keuntungan daripada khazanah alam di kawasan mereka . Mereka ke Bukit Mat Raya untuk mencari emas yang dikatakan terdapat di kawasan bukit tersebut .

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013 PERSOALAN


1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya . Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah . Prof Zaidah juga menyesali dirinya yang selama ini hanya menumpukan kerjayanya sedangkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk bersama anaknya Amira . Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anakanak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya . Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya . Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar . Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas . Hal ini terbukti dengan kehadiran John OHara berusia setengah abad ke Bukit Mat Raya untuk membuktikan bahawa kawasan tersebut mengandungi emas atau tidak . Sekiranya terbukti kawasan tersebut mengandungi emas suadh pasti kawasan tersebut akan diterokai dan kawasan hutan di tempat berkenaan akan musnah apabila usaha cari gali emas dijalankan di kawasan tersebut . Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar . Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah . Persoalan konflik keluarga . Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny . Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga . Persoalan ilmu perubatan tradisional . Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya . Akhirnya , dengan perubatan menggunakan buluh yang sudah dibelah kecil , daun-daun seperti daun kunyit , dan bungkusan kecil , keretakan tulang tangan Prof Zaidah dapat disembuhkan oleh Tai dan Ludin . Persoalan integrasi kaum . Contohnya , dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina . Mereka berdua bersekolah di sekolah swasta . Amira dan Jachinta telah bersama-sama mengharungi cuti persekolahan dengan menyertai eskavasi mencari tulang korpus yang diusahakan oleh Prof Zaidah bersama-sama dengan pelajar tahun akhir di Bukit Mat Raya . Persoalan sikap negatif masyarakat yang tidak menerima kehadiran seseorang yang berlawanan kulit , contohnya Ipah tidak diterima oleh masyarakatnya kerana kulitnya putih dan matanya biru . Perbezaan kulit dan warna matanya menyebabkan rakan-rakan sebaya dalam kalangan masyarakat Orang Asli memulaunya . June 6, 2013

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013


9. Persoalan harapan seorang ibu agar anaknya mengenali hutan tempat kelahirannya. Contohnya Jeniffer atau Ipah , telah mendesak anaknya Malique menyertai program yang diatur oleh John OHara ke Bukit Mat Raya dengan harapan anaknya akan mengenali tempat kelahirannya . Hal ini kerana Malique atau Sabi dilahirkan di situ dan bapanya sebenar ialah Tau dan mempunyai seorang adik bernama Itai .

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013 WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama Amira Pelajar sekolah swasta. Anak Profesor Zaidah dan ayahnya bekerja sebagai jurutera IT. Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya. Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan. Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya. Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi menjumpai artifak yang lebih bermakna daripada tulang karpus. WATAK SAMPINGAN 1. Jacinta 2. Berkulit cerah. Berbangsa Cina. Rakan sebilik Amira di sekolah swasta. Anak seorang jutawan. Telah kematian ibunya empat tahun lalu. Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang. Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit. Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

Itai Berkulit gelap. Berbadan tegap. Anak orang asli yang bersekolah di bandar. Anak kepada Tau. Bakal ketua kampung. Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras. Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket. Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli. Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013


3. Profesor Zaidah Wanita pertengahan usia Ibu kepada Amira Pensyarah universiti Meminati bidang arkeologi Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013 Pembinaan Plot


(i) Permulaan Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii)

Perkembangan Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai. Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja OHara yang hilang. Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia. Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan OHara.

(iii)

(iv)

Klimaks Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut. Peleraian Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau. Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013

Latar tempat
Di dalam kereta api, contohnya Amira sedang membaca e-mel yang dihantar kepada ibunya beserta gambar terbaru penemuan tulang karpus. Di rumah Jenifer di Melaka, contohnya Jenifer mendesak Malique supaya menemani John OHara ke Bukit Kerengga. Di Stesen Dahan Hijau, contohnya Amira dan Jacinta turun daripada keretapi dan menungu Pak Lias sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Mat Raya. Di Desa Karpus, Bukit Mat Raya, contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar universiti tahun akhir berbincang tentang penemuan tembikar dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Di Air Terjun Angin, contohnya, Amira bertemu Malique buat kali ketiga. Di hulu sebatang sungai, contohnya, Amira terpegun melihat banyak ketulan emas. Di sungai tersebut jugalah berlaku peristiwa makhluk berbulu membawa seorang lelaki yang diikat tangan dan ditutup matanya. Di perkampungan Orang Asli Semai. Contohnya di situ diadakan mesyuarat adat dijalankan bagi membuat keputusan tentang tindakan Itai yang membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak mempunyai ketulan emas. Di Gunung Gua Gajah, contohnya, Tau membawa Dr. Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta, dan Itai ke Gua tersebut. Di situ mereka menemukan pelbagai lakaran pada dinding gua dan kapak batu. Di pulau Pinang, contohnya John OHara mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pelabur yang akan melabur dalam perlombongan emas di kawasan Hutan Bukit Mat Raya. Di dalam kapal terbang dari Pulau Pinang ke KLIA. Contohnya, John OHara menceritakan kisah silamnya sebagai seorang buruh lombong opal di Australia kepada Malique. Di kaki Gunung Gua Gajah, contohnya OHara, Jenifer, dan Jacinta menunggu Amira dan kumpulannya mencari Malique di puncak gunung tersebut. Di Universiti Kuala Lumpur, contohnya Amira mengemaskan barang-barangnya bagi menghadapi cuti semester pertama.

Latar Masa
Latar masa novel Kembara Amira ialah semasa Amira dan Jacinta menghabiskan cuti sekolah di Bukit Mat Raya sehingga Amira berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa. Peristiwa dalam novel berlaku pada:June 6, 2013

a) Waktu pagi, iaitu ketika Amira dan Jacinta berada di dalam khemah dapur di Desa Korpus untuk sarapan pagi. b) Waktu petang, iaitu ketika Ludin memberitahu Tau bahawa isterinya Ipah membawa anak sulungnya lari dari perkampungan Orang Asli Semai. c) Waktu senja, iaitu ketika Amira dan Jacinta tiba di perkampungan Itai. d) Waktu malam, iaitu semasa Amira sedang mengemas kini laman web ibunya, Prof. Zaidah di dalam kereta api.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013

Latar Masyarakat
Masyarakat penyayang, contohnya Amira menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya, Prof. Zaidah dengan meluangkan masa menjaga ibunya setelah terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh Pak Lias. Masyarakat pelajar yang menghabis masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Contohnya Amira dan Jacinta menghabiskan masa cuti persekolahan mereka dengan menyertai kerja-kerja cari gali arkeologi di Bukit Mat Raya bersama Prof Zaidah dan pelajar tahun akhir. Masyarakat berpendidikan tinggi yang terlibat dalam kerja-kerja mencari gali arkeologi atau bahan bersejarah. Contohnya, Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir menjalankan aktiviti arkeologi di kawasan Bukit Mat Raya. Masyarakat orang asli yang berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang mereka. Contohnya Tau, menganggap kerja-kerja cari gali yang dilakukan di kawasan hutan akan mengganggu roh-roh di situ. Masyarakat yang mementingkan diri dan mengutamakan kekayaan. Contohnya, John OHara ingin membuktikan bahawa kawasan tersebut mempunyai banyak emas. Dia akan memperoleh keuntungan apabila menarik para pelabur untuk melabur dalam aktiviti perlombongan emas kawasan Gunung Mat Raya. Masyarakat yang mengamal budaya bantu-membantu bagi menyelesaikan masalah yang timbul seperti mencari Jacinta dan Malique yang hilang di dalam hutan. Contohnya, Itai, Tau dan Ludin, banyak membantu Prof Zaidah, dan rakan-rakannya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Masyarakat yang tertekan oleh sikap negatif rakan sebaya. Contohnya, Ipah sanggup lari bersama dengan anaknya, Sabi mengikut lelaki kulit putih kerana tertekan dengan pandangan negatif suku Orang Asli Semai terhadapnya yang berambut perang dan bermata biru. Masyarakat yang komited terhadap tugasan atau tanggungjawab, contoh Prof. Zaidah yang terlampau komited terhadap tugasannya untuk mencari gali bahan arkeologi sehingga pada suatu ketika beliau sedar bahawa beliau telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada Amira.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013

Teknik Plot
1. Pemerian Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur . 2. Dialog tentu tiket tu dah sampai, Amira bersuara antara dengar dengan tidak Apa? Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira . 3. Imbas kembali Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya . Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya . 4. Kejutan Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau . 5. Suspens Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang. Apa benda itu? Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku. Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka. Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut OHara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan OHara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan OHara yang berkulit putih.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013

Nilai
1. Nilai bekerjasama Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. Nilai kasih sayang Kasih-sayang antara ibu dan anak. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri setelah dihanyutkan oleh arus sungai. Nilai keberanian Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli. Nilai cinta akan alam sekitar Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. Nilai semangat bermasyarakat Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. Nilai kesopanan Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah. Nilai ketaatan Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas. Nilai amanah Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9. Nilai keikhlasan Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya. 10. Nilai tolong-menolong Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

NOVEL TINGKATAN 5 : KEMBARA AMIRA 2013

Pengajaran
1. Sebagai ibu bapa , kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak . Contohnya , kasih-sayang antara Amira dan ibunya . Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus . Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan . Contohnya , Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut . Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat . Contohnya , pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya . Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum , kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum . Contohnya , dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina . Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan . Contohnya , Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias . Kita harus tidak berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran atau rintangan. Buktinya , Prof Zaidah tetap meneruskan usaha arkeologi meskipun menghadapi masalah seperti tali khemah terputus , terlibat dalam kemalangan sehingga mengalami keretakan tulang tangan , dan sebagainya . Sebagai seorang ketua , kita harus menjaga pekerja-pekerja bawahan . Contohnya selaku pengarah kerja lapangan yang berusaha mencari tulang korpus , Prof. Zaidah mengambil berat akan keselamatan pelajar universti tahun akhir yang bersama-sama dalam usaha mencari arkeologi di Bukit Mat Raya . Kita hendaklah mempertahankan hutan daripada dimusnahkan oleh penceroboh dan peneroka . Contohnya Malique mencipta sistem untuk memusnahkan laporan yang berkaitan dengan projek cari gali emas dalam usaha memelihara hutan di sekitar perkampungan suku Orang Asli Semai .

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Prepared by : Ahmad Anas Bin Ahmad

June 6, 2013

Anda mungkin juga menyukai