Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Senarai buku ini telah disusun mengikut


tema supaya mudah dihayati oleh para
pelajar. Diharapkan buku-buku yang
dipilih dapat memupuk minat pelajar
untuk meluaskan dan mempelbagaikan
bahan bacaan mereka.

Selamat membaca!
KANDUNGAN

Senarai Buku Sekolah Rendah

3 Darjah 1 – 2
7 Darjah 3 – 4
11 Darjah 5 – 6

Senarai Buku Sekolah Menengah

16 Menengah 1 - 2
20 Menengah 3 - 5
24 Koleksi Cerpen dan
Puisi Singapura

Keterangan

Mudah Difahami
Sederhana
Mencabar
Darjah 1 - 2

Koleksi Singapura

Judul: Payung Datuk Adil (Siri Aksi Adil)


Penulis: Rilla Melati Bahri
Nombor Panggilan: J SING RIL

Datuk Adil memiliki sebatang payung yang ajaib!


Ikuti pengembaraan Adil dan datuknya bersama
payung istimewa itu.

Hak Cipta Terpelihara. Mini Monsters, 2016.

Aksi dan Pengembaraan

Judul: Ampun Tuanku!


(Projek #100 Buku, #11)
Penulis: Haiman Nuha
Nombor Panggilan: JP HAI

“Ampun, tuanku.” Haikal ketakutan apabila tiba-


tiba lipas dan semut gergasi datang menyembah
kepadanya. Mereka mengisytiharkan bahawa Haikal
ialah raja bagi wilayah makhluk gergasi. Adakah
Haikal harus tinggal bersama rakyat yang sangat
menggerunkan itu?

Hak Cipta Terpelihara. Buku Prima @ Grup Buku


Karangkraf, 2015.

Cereka Sains

Judul: Kembara ke Komet


(Siri Cerita Fantasi Kanak-kanak)
Penulis: MF Kencana
Nombor Panggilan: JP MFK

Hanif dan Nizam disedut oleh sebuah buku ganjil


di perpustakaan. Mereka dibawa ke Negara Komet
yang dipenuhi makhluk-makhluk asing. Apakah yang
akan terjadi kepada mereka?

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014.

3
Aksi dan Pengembaraan

Judul: Hero Ibu (Siri Ariff Ingin Tahu, #2)


Penulis: Jumaini Ariff
Nombor Panggilan: J JUM

Ariff diamanahkan oleh ayahnya untuk menjaga


ibu dan adiknya, Qiyah. Apabila Ariff terdengar
jeritan ibu dan Qiyah meminta tolong, sepantas kilat
Ariff berubah menjadi Pendekar Ariff! Dapatkah
dia menyelamatkan mereka daripada ancaman
yang dihadapi?

Hak Cipta Terpelihara. Pustaka Nasional, 2013.

Cereka Realistik

Judul: Budak yang Pemarah (Koleksi Cerita


Adik Mulia)
Penulis: Rattana Kodchanat
Nombor Panggilan: JP KOD

Marika ialah seorang budak perempuan yang


pemarah. Dapatkah keluarga Marika membantu
beliau mengubah sifat pemarahnya?

Hak Cipta Terpelihara. Penerbitan Pelangi, 2015.

Fantasi

Judul: Yaya Permata Hatiku


Penulis: Hasniah Hussain
Nombor Panggilan: JP HAS

Yaya tertidur sewaktu membaca buku cerita di


bawah sebatang pokok. Apabila Yaya terjaga, dia
mendapati dirinya boleh mengubah rupa mengikut
kehendak hati!

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan


Pustaka, 2015.

4
Cereka Mergastua

Judul: Siapa Juara (Siri Haiwan Teladan)


Penulis: Zainun Mustapha
Nombor Panggilan: JP ZAI

Sang Kancil mencabar Sang Kura-kura untuk


berlumba lari. Sang Kancil yang sombong itu tidak
menjangka bahawa Sang Kura-kura mempunyai
pelbagai helah untuk mengalahkannya.

Hak Cipta Terpelihara. Institut Terjemahan & Buku


Malaysia, 2013.

Fantasi

Judul: Sarah dan Kerusi Ajaib


Penulis: Amir Sabri
Nombor Panggilan: JP AMI

Sarah yang gemar membaca buku mempunyai angan-


angan untuk terbang tinggi seperti seekor burung.
Impian Sarah untuk mengembara menjadi kenyataan
apabila sesuatu yang aneh berlaku kepada kerusi
kayu kegemarannya.

Hak Cipta Terpelihara. Buku Prima @ Grup Buku


Karangkraf, 2015.

Cereka Sains

Judul: Dr Bubbles dan Anak Dinosaur


Penulis: Latfy Anuar Latif
Nombor Panggilan: JP LAT

Apabila Dr Bubbles bertemu seekor anak dinosaur


yang terpisah daripada ibunya di Pusat Sains Negara,
beliau berazam untuk menyatukan kembali pasangan
ibu dan anak itu. Dengan bantuan Mesin Masa,
Dr Bubbles dan anak dinosaur mengembara
merentas masa bersama! Dapatkah anak dinosaur
bertemu ibunya kembali?

Hak Cipta Terpelihara. Buku Prima @ Grup Buku


Karangkraf, 2014.

5
Buku Pengetahuan

Judul: Beluncas (Serangga Yang Menyeramkan)


Penulis: Rebecca Rissman
Nombor Panggilan: JP 595.78 RIS

Menerusi buku ini, pembaca dapat mempelajari


maklumat menarik tentang beluncas. Maklumat
ini disertaikan dengan gambar-gambar beluncas
yang berwarna-warni. Kita juga boleh mempelajari
perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama.

Hak Cipta Terpelihara. Alkem Company (S), 2015.

Buku Pengetahuan

Judul: Jari Seni Si Comel


Penulis: Suraya Kahar
Nombor Panggilan: J 745.5 SUR

Mari membaca sambil membuat kraf mudah daripada


bahan-bahan yang terdapat di rumah kita! Isikan
masa lapang anda dengan menghasilkan pelbagai
kraf seperti penanda buku, bekas pensel, boneka
botol dan banyak lagi.

Hak Cipta Terpelihara, Ana Muslim, 2014.

Buku Pengetahuan

Judul: Kenali Kehidupan Haiwan Savana


Nombor Panggilan: JP 599 KEN

Benarkah haiwan liar amat berbahaya? Mari kenali


pelbagai haiwan Savana seperti badak sumbuh putih,
singa Afrika dan dubuk.

Hak Cipta Terpelihara. Edukid Publication, 2013.

6
Darjah 3 - 4

Cereka Realistik

Judul: Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya


(Cerita Peribahasa untuk Kanak-kanak)
Penulis: Maslina Yusoff
Nombor Panggilan: JP MAS

Mila mempunyai rambut yang keriting dan besar.


Apabila kawan Mila menegur rambutnya yang tidak
lurus seperti ibu bapanya, dia berasa sedih. Apakah
sebenarnya yang terjadi?

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016.

Cereka Teladan

Judul: Puteri Kelapa Gading


(Kisah Dongeng Puteri Purbakala)
Penulis: Azlina Ahmad
Nombor Panggilan: JP 398.2 AZL –[FOL]

Tunggal telah dititahkan oleh Sultan untuk meminang


seorang puteri cantik yang tinggal di dalam hutan.
Namun, sang puteri hanya boleh berkahwin
dengan pemuda pilihannya sahaja Berjayakah
Sultan menikahinya?

Hak Cipta Terpelihara. Pustaka Master Jaya, 2015.

Aksi dan Pengembaraan

Judul: Koleksi Buku Cerita Marvel Super Heroes


Nombor Panggilan: J KOL

Buku ini mengandungi lima buah cerita menarik


tentang wira-wira Marvel Super Heroes. Antaranya,
wira dalam cerita ini, Peter, ‘Spider-Man yang
hebat’, mempunyai kuasa luar biasa untuk
mengalahkan lawannya.

Hak Cipta Terpelihara. Parragon Books, 2015.

7
Koleksi Singapura

Judul: Adam dan Mimpinya: Antologi Cerita


Kanak-Kanak
Penulis-penulis: ASAS 50 (Association) dan
Darul Andalus
Nombor Panggilan: J SING ADA

Mimpi Adam sungguh luar biasa! Ia mengubah Adam


daripada seorang budak yang pemalas kepada
seorang yang rajin dan mendengar kata orang
tuanya. Dua kisah yang lain pula menganjurkan sikap
suka tolong menolong, semangat setia kawan dan
bersikap rajin turut dipaparkan. Buku ini merupakan
pemenang Anugerah Sayembara Novel Temasek.

Hak Cipta Terpelihara. Darul Andalus, 2011.

Aksi dan Pengembaraan Komik

Judul: Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum


(Siri Komik Detektif Yaya)
Penulis: Timie Zafira
Nombor Panggilan: J TIM

Ayuh ikuti Detektif Yaya menyelesaikan kes-kes


misteri bersama rakannya dan dapatkan panduan
untuk menjadi detektif yang hebat.

Hak Cipta Terpelihara. PTS Publishing House, 2016.

Cereka Teladan

Judul: Batu Hikmat dan Cerita-Cerita Lain (Siri


Pipit)
Penyunting-penyunting: Nor Azlin Japar dan Norul
Azila Arifin
Nombor Panggilan: J 398.2 BAT –[FOL]

Nikmatilah empat cerita klasik Melayu yang sarat


dengan unsur-unsur teladan. Pembaca dapat
meraih kebaikan daripada nilai-nilai moral yang
diketengahkan dalam setiap cerita.

Hak Cipta Terpelihara. Kualiti Books, 2013.

8
Cereka Sains Komik

Judul: Ekspedisi Ombak Bermula


(Siri Pengembaraan Im dan Net)
Penulis: Farish
Nombor Panggilan: J FAR

Im dan rakan-rakannya sedang berkelah di tepi


pantai. Tiba-tiba, mereka mendapati robot mereka,
Net, hilang! Ikuti ekspedisi mereka meneroka alam
haiwan di dasar laut dan menghadapi pelbagai
cabaran demi mencari Net.

Hak Cipta Terpelihara. Ana Muslim, 2015.

Cereka Realistik

Judul: Ini Rahsia Kita! (Siri Nilai Murni Adik Muslim)


Penulis: Alice Tong
Nombor Panggilan: J TON

Hakim, Chee Meng, Rahim dan Siva telah merosakkan


harta benda sekolah dengan tidak sengaja!
Mereka merahsiakan kesalahan tersebut. Ikuti juga
sebuah cereka lain yang mengisahkan pentingnya
sikap bertanggungjawab.

Hak Cipta Terpelihara. Ana Muslim, 2015.

Fantasi

Judul: Kotak Rahsia Faqihah


Penulis: Syima Syawal
Nombor Panggilan: J SYI

Faqihah menyimpan sebuah kotak rahsia di


bawah kati. Kotak rahsia itu mengandungi
barang kegemarannya yang dibeli daripada Alia,
rakan sekolahnya. Malangnya rahsia Faqihah
terbongkar apabila ibunya terjumpa kotak itu
semasa dia mengemas bilik Faqihah. Apakah yang
terjadi seterusnya?

Hak Cipta Terpelihara. Buku Prima @ Grup Buku


Karangkraf, 2013.

9
Buku Pengetahuan

Judul: Serangga (Siri Meneroka Sains)


Penulis: Yap Hon Min
Nombor Panggilan: J 595.7 YAP

Bagaimanakah serangga bernafas, membiak dan


mempertahankan diri? Ketahui banyak lagi fakta
berkenaan serangga melalui siri ‘Meneroka Sains’ ini.

Hak Cipta Terpelihara. Azila Media, 2013.

Buku Pengetahuan

Judul: Bidalan: Tahun 4, 5, 6, Sekolah Rendah


(Siri Panduan Genius, #5)
Penulis-penulis: Hassan Noor dan Nor Hanis Hashim
Nombor Panggilan: J 398.9 HAS

Bidalan ialah sejenis peribahasa yang mengandungi


teladan, pengajaran dan nasihat. Kumpulan bidalan
dalam buku ini disusun mengikut susunan abjad.
Matlumat disampaikan dengan penggunaan bahasa
indah dan mudah difahami.

Hak Cipta Terpelihara. Sukses Media Akademia, 2014.

Buku Pengetahuan

Judul: 20 Mainan Terbang: Semua Mainan Terbang


Ini Mudah Dibina dan Menggunakan Bahan-Bahan
yang Ada di Sekeliling Kita
Penulis: Suhaimi Mamat
Nombor Panggilan: J 745.592 SUH

Permainan-permainan dalam buku ini dapat


merangsang pemikiran kreatif, mengasah kemahiran
menggunakan tangan dan memahami ilmu
asas penerbangan.

Hak Cipta Terpelihara. Selangor Yamani Angle, 2013.

10
Darjah 5 - 6

Cereka Realistik

Judul: Honey, Hati-hati (Siri Novel Ana Muslim)


Penulis: Saodah Lasim
Nombor Panggilan: J SAO

Honey ialah seorang remaja yang kerap menghabiskan


masanya dengan bermain Candy Crash Sugar.
Walaupun dinasihati keluarganya, Honey tetap
bersikap sambil lewa dan keras kepala sehingga
mendatangkan kesusahan kepada keluarganya.
Adakah Honey akan insaf akhirnya?

Hak Cipta Terpelihara. Ana Muslim, 2015.

Aksi dan Pengembaraan Komik

Judul: Istana Darah (Siri Adiwira)


Penulis: Ng Keng Yeow
Nombor Panggilan: J NG

Profesor IQ dan Degulla merupakan kawan baik


yang terputus hubungan sejak sekolah rendah lagi.
Kini, Degulla harus berjumpa dengan Profesor IQ
untuk mendapatkan pertolongannya mencari ibu
bapa Degulla yang hilang. Bolehkah ciptaan terbaru
Profesor IQ membantu Degulla?

Hak Cipta Terpelihara. Orbit Buku, 2015.

Koleksi Singapura

Judul: Sekolah Seram


Penulis: Abdul Rahman Basrun
Nombor Panggilan: J SING ABD

Lima sahabat sedarjah menceroboh masuk ke dalam


sekolah pada suatu malam. Mereka bertanding siapa
yang dapat menyampaikan cerita paling menakutkan.
Hanya Din yang tidak takut dengan cerita-cerita
seram yang disampaikan oleh teman-temannya.
Namun, Din tertewas akhirnya. Apakah yang berlaku?

Hak Cipta Terpelihara. Persama Enterprise, 2011.

11
Fantasi

Judul: Kembara Tri


Penulis: Nora Isa
Nombor Panggilan: J NOR

Kuasa Kalung Delima Tri mampu melepaskan rakyat


kerajaan Alamaya daripada sumpahan dan gangguan
tentera puteri Abnus dan Raja Gela. Malangnya, Tri
Kurang yakin akan kebolehannya.

Hak Cipta Terpelihara. KarnaDya Solutions, 2012.

Cereka Realistik

Judul: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah


Penulis: Fadhli Hamdan
Nombor Panggilan: J FAD

Jimi mencari pelbagai jalan untuk mendapatkan


basikal idamannya. Akhirnya, dia mendapatkan
pertolongan daripada raksasa misai yang garang
untuk menyelesaikan masalahnya. Siapakah raksasa
misai ini? Bacalah buku ini untuk mengetahui
kisah sebenar!

Hak Cipta Terpelihara. PTS Pop, 2012.

Aksi dan Pengembaraan

Judul: Misteri Gua Selirat (Siri Penyiasatan)


Penulis: Amir Hamzah Aziz
Nombor Panggilan: J AMI

Hakim, Sen Keong dan Muthu tersesat di dalam


sebuah gua batu kapur semasa suatu lawatan belajar
anjuran sekolah mereka. Pada masa yang sama,
seorang banduan lelaki bersenjata dilaporkan telah
melarikan diri dari penjara. Apakah yang berlaku
apabila mereka bertemu di dalam gua itu?

Hak Cipta Terpelihara. Blue-T Publication, 2013.

12
Cereka Sains Komik

Judul: Perakboy: Menganyam Tradisi


Menjangkau Teknologi
Penulis-penulis: Hilal Azman dan Kamaruzaman
Jahidin
Nombor Panggilan: J HIL

Selepas ditimpa kemalangan di sebuah tapak


penggalian UNESCO di Perak, Ashraf mula sedar dia
sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa luar biasa.
Dengan bantuan Dr. Zee, beliau berubah menjadi
Perakboy yang mampu menumpaskan Profesor
Kaloot dan robot-robot jahatnya.

Hak Cipta Terpelihara. PTS Pop, 2012.

Fantasi

Judul: Putera dengan Gergasi


Penulis: Sharliza Ahmad
Nombor Panggilan: JP SHA

Negeri Payung Teduh sering diganggu oleh tiga


gergasi. Kehidupan rakyat menjadi semakin huru-
hara apabila putera raja ditangkap oleh gergasi di
dalam hutan tebal. Dapatkah putera yang bijaksana
itu melepaskan diri daripada dimakan gergasi itu dan
kembali ke istananya?

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.

Cereka Sains

Judul: Wira Galaksi: Penyelamat Bumi


Penulis: Siti Nurwani
Nombor Panggilan: J SIT

Fattah menemui sebentuk cincin misteri apabila dia


terjatuh ke dalam lubang besar. Disebabkan cincin
itu, Fattah meraih kebolehan yang menakjubkan dan
menggunakannya untuk bertarung dengan Ratu
Asyar, makhluk asing yang kejam. Adakah Ratu Asyar
akhirnya mampu ditewaskan oleh Fattah?

Hak Cipta Terpelihara. PTS Pop, 2011.

13
Buku Pengetahuan

Judul: Panduan Hebat Menghasilkan Kapal Terbang


Kertas: 35 Reka Bentuk Mengagumkan Secara
Langkah Demi Langkah
Penulis: Christopher L. Harbo
Nombor Panggilan: J 745.592 HAR

Buku ini memberi panduan komprehensif bagi


mereka yang ingin memahirkan diri menghasilkan
kapal terbang kertas. Panduan bertahap-tahap
yang disediakan memudahkan para pelajar untuk
menghasilkan pelbagai kapal terbang kertas
seperti Yu Udara, Anak Panah dan Jet Pejuang.
Pasti menyeronokkan!

Hak Cipta Terpelihara. Institut Terjemahan Negara


Malaysia, 2012.

Buku Pengetahuan

Judul: iDinosaur
Penyunting: Carlton Books
Nombor Panggilan: J 567.9 IDI

Mari mengembara dan mempelajari dengan lebih


mendalam lagi tentang dinosaur yang wujud dari
zaman Trias sehingga mereka pupus. Pelajari cara
dinosaur bergerak dengan menggunakan aplikasi
realiti berperantara (augmented reality) yang boleh
dimuat turun percuma ke peranti mudah alih.

Hak Cipta Terpelihara. Orbit Buku, 2013.

Buku Pengetahuan

Judul: Teka-teki Berseloka untuk Kanak-kanak


Penulis: Abdul Hai Abdul Hadi
Nombor Panggilan: J 398.6 ABD

Bermata satu dicucuk pula, Teman membantu


mencantum semula.

Adakah adik-adik dapat meneka bahawa barang


yang dimaksudkan itu adalah jarum dan benang?
Ayuh menguji diri sendiri dan kawan-kawan untuk
menjawab senarai teka-teki yang tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas, yang terdapat di dalam
buku ini.

Hak Cipta Terpelihara. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.


14
NOTA
National Library Board
100, Victoria Street, #14-01
National Library Building
Singapore 188064

All rights reserved, National Library Board, Singapore (NLB). The NLB disclaims all
liability and responsibility for any loss or damage caused to any person due to the
materials contained herein. No part of this booklet may be reproduced, stored in a
retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical,
photocopying, recording or otherwise, without prior written permission of the NLB.
Printed in April 2017.

For more book recommendations, visit www.nlb.gov.sg/discovereads

Anda mungkin juga menyukai