Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam
bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit
Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.
Tema
Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melaui watak
Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor
Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu
dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
Persoalan
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah
yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui
konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh
bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada
berjumpa dengan keluarganya.
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia
yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap
kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.
5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah
isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan
membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara
perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.
7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan
Jacinta yang berbangsa Cina.
Pembinaan Plot
(i) Permulaan
Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk menyertai
ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
(ii) Perkembangan
Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang
pekerja O’Hara yang hilang.
Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal
manusia.
Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.
(iii) Klimaks
Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak
dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak
akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.
(iv) Peleraian
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah
anak-anak Tau.
Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun
dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.
2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta
dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.
5. Suspens
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak
sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai
kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia
datang.
Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar.
Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap
mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.
Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua
terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu
Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.
Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu
beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri
antara emaknya dan O’Hara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan
dengan O’Hara yang berkulit putih.
Watak Utama
1. Amira
Pelajar sekolah swasta.
Berbangsa Cina.
Berbadan tegap.
Pensyarah universiti
Berbadan tegap.
5. Malique (Sabi)
Berkulit gelap.
Berambut kasar.
3. Nilai keberanian
Contoh:
- Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
4. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
- Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek
mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
5. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
- Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
6. Nilai kesopanan
Contoh:
- Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.
7. Nilai ketaatan
Contoh:
- Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.
8. Nilai amanah
Contoh:
- Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.
9. Nilai keikhlasan
Contoh:
- Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.
10. Nilai tolong-menolong
Contoh:
- Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak
Lias.
Pengajaran
1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika
Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk
menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat.
Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang
dijalankan berjaya.
4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan
masyarakat yang berbilang kaum.
Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
Pengajaran
5. Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan.
Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku
bersama Pak Lias.