Anda di halaman 1dari 1

http://wanmohdariffin.blogspot.com/2011/02/gaya-kepimpinan-autokrasi-demokrasi-dan.

html

Gaya Kepimpinan - Autokrasi, Demokrasi dan Laissez faire


Berdasarkan rujukan dan kefahaman saya autokrasi adalah satu cara mengurus atau memerintah atau mentadbir dengan kuasa mutlak kepada seseorang. Dalam hal organisasi sekolah cara urus tadbir seseorang Pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan cara autokrasi adalah seorang pentadbir yang mengurus sekolah tanpa menerima pandangan sesiapa. Apa sahaja yang diarahkan semua guru dan staf mesti akur, jika tidak tindakan disiplin akan diambil oleh beliau. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah kadang-kadang seorang pentadbir harus juga menggunakan kuasa mutlak atau autokrasi dalam menggerakkan guru-guru dan staf terutamanya kumpulan yang merasakan diri mereka selesa dan tidak mahu menerima perubahan walhal perubahan yang dibawa membawa kebaikan. Demokrasi pula pada pemahaman saya adalah satu bentuk pemerintahan yang mengamalkan cara mengurus@mentadbir@memerintah secara demokratik, dimana setiap seuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti, jika dalam hal negara ditentukan rakyat jelata. Bertepatan dengan asal perkataan ini ( Yunani ) yang bermaksud rakyat dan memerintah atau lebih tepat lagi Diperintah oleh rakyat. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah saya banyak mengamalkan cara ini, agar guru-guru dan staf merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Dari sini diharapkan mereka akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Kebanyakan tindakan diambil berdasrkan keputusan mesyuarat, ini bermakna pandangan semua pihak diambil kira. Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir yang memberikan@menjamin kebebasan kepada individu. Dipandang dari satu sudut cara ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif. Dalam pengurusan di sekolah cara ini boleh diamalkan tetap tidak kepada semua guru dan staf, kerana dikhuatiri ada yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan. Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya hingga membawa keburukan kepada organisasi Cara ini mungkin boleh ditadbir urus oleh pengetua atau guru besar kepada key personel tertentu seperti Guru Penolong Kanan atau Ketua Panitia. Kebebasan diberikan kepada mereka yang faham akan tugas sebenar mereka dalam ertikata lain penurunan kuasa supaya mereka lebih bebas dan dengan sendirinya lebih kreatif Kesimpulan dalam mengurus tadbir organisasi sekolah, ketiga-tiga gaya kepimpinan harus digunakan oleh Pengetua atau Guru Besar berdasar situasi dan masa yang bersesuaian. Setiap satu gaya kepimpinan ini ada kebaikan dan keburukannya dan ia sebenarnya terpulang kepada individu bagaimana hendak mentadbir urus berdasarkan situasi, guru-staf dan masa.

Anda mungkin juga menyukai