Anda di halaman 1dari 5

BAB 8 GAYA KEPEMIMPINAN GAYA KEPEMIMPINAN Gaya kepemimpinan merupakan keaedah atau pendekatan untuk menentukan hala tuju,

persembahan perancangan dan proses memotivasikan orang lain. Terdapat tiga gaya kepemimpinan yang berbeza iaitu Autoritarian (autokratik), Paricipative (partisipatif) dan delegative ( free rein). GAYA KUASA Auokratik Participative Free-rein

Pemimpi n

Pemimpin

Pemimpi n

Sabordinat

Sabordinat

Sabordinat

Pemimpin

Dalam satu Kumpulan

Sabordinat

Walaubagai mana pun, kebanyakkan pemimpin menggunakan kesemua ke tigatiga gaya kepimpinan tersebut. Berkemungkinan salah satu daripadanya akan menjadi pegangan atau dominasi dalam diri seseorang pemimpin itu. Autoritarian Kaedah ini digunakan apabila pemimpin memberitahu sabordinatnya apa yang sepatutnya mereka lakukan dan bagaimana mereka akan berjaya tanpa mendapat nasihat daripada orang lain. Sesetengah kaedah tersebut bersesuaian

untuk dipraktiskan oleh pemimpin jika mereka mempunyai semua maklumat untuk menyelesaikan masalah, berlaku dalam masa yang singkat dan sabordinat mempunyai motivasi yang tinggi. Sesetengah orang berpendapat, gaya ini termasuklah kaedah jeritan,

menggunakan bahasa yang kesat atau kasar dan memimpin dengan cara menyalahguakan kuasa. Ini bukanlah merupakan pendekatan authoritarian, tetapi pendekatan-pendekatan tersebut lebih merupakan pencabulan kuasa dan mempunyai gaya kepimpinan yang tidak profesional. Walaubagai mana pun, jika anda mempunyai masa dan ingin memperolehi lebih banyak komitmen dan motivasi daripada pekerja, maka anda sepatutnya mempraktiskan gaya participative. Participative (demokratik) Gaya ini melibatkan pemimpin melibatkan seorang atau lebih sabordinat dalam membuat keputusan (menentukan apa dan bagaimana sesuatu rancangan hendak dilaksanakan). Walau bagaimana pun, pemimpin akan mengekalkan keputusan akhir berdasarkan kuasanya. Menggunakan gaya ini bukannya bermakna kita memperlihatkan kelemahan, tetapi ianya lebih merupakan kekuatan di mana sabordinat akan lebih menghormati anda. Hal ini kebiasaannya digunakan apabila anda mempunyai beberapa maklumat dan sabordinat anda juga mempunyai maklumat mengenainya. Ianya dapat mengajak mereka untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan dalam membuat keputusn yang lebih baik. Delegative (Free reign). Gaya ini membenarkan sabordinat membuat keputusan sendiri. Walau bagai mana pun pemimpin masih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dilakukan. Tindakan ini digunakan apabila sabordinat berupaya untuk menganalisis situasi dan menentukan apakah keperluan yang mereka perlu

lakukan dan kaedah perlaksanaannya. Anda sebagai pemimpin tidak berupaya untuk melakukan segala-galanya. membahagikan tugas-tugas tertentu. Desakan / tekanan (force) Pemimpin yang baik akan menggunakan semua ketiga-tiga gaya tersebut bergantung kepada apakah tekanan dan situasi yang berlaku atau terlibat di antara pemimpin dan sabordinat. Berikut beberapa contoh berkaitan desakan atau tekanan: 1. menggunakan gaya autoritarian terhadap sabordinat yang baru sahaja mempelajari selok belok sesuatu pekerjaan. Pemimpin merupakan seorang yang berkompetensi dan pembimbing yang baik. Sabordinat akan lebih bermotivasi untuk belajar kemahiran yang baru. Situasi dan persekitaran yang baru bagi seseorang sabordinat. 2. menggunakan gaya participative dengan kumpulan pekerja yang mana mereka arif dengan hal ehwal pekerjaan mereka. Pemimpin lebih arif dengan segala permasahan tetapi mereka juga akan berusaha membina kumpulan kerja di mana sabordinat bertanggungjawab ke atas sesuatu projek. Sabordinat tahu kerja-kerja mereka dan ingin menjadi sebahagian daripada organisasi. Situasi ini memerlukan proses dalam jangka masa yang panjang. 3. menggunakan gaya delegative dengan pekerja yang tahu lebih banyak tentang sesuatu pekerjaan daripada anda. Anda sebagai pemimpin tidak akan mampu untuk melakukan segala-galanya. Sabordinat memerlukan hak pengiktirafan terhadap kerja mereka. Juga situasi ini memerlukan orang lain mengambil alih tugas anda. 4. Gunakan semua gaya tersebut: beritahu sabordinat sesuatu prosedur jika ianya tidak berjalan dengan betul dan seseorang yang baru perlu dimantapkan (autoritarian). Soal selidik idea-idea mereka dan dapatkan input untuk membina prosedur yang baru (participating). Bahagikan tugasan dalam usaha untuk mempersembahkan prosedur yang baru (delegative). Anda perlu tentukan keutamaan dan

Kuasa atau arahan meliputi gaya yang akan digunakan termasuk lah seperti berikut: 1. Berapa banyak masa yang ada 2. Hubungan berasaskan rasa hormat dan kepercayaan atau tidak dihormati? 3. Siapa yang mempunyai maklumat anda, sabordinat atau kedua-duanya? 4. Sejauh manakah sabordinat anda pakar atau terlatih dan sejauh manakah anda mengetahui sesuatu pekerjaan atau tugasan 5. Masalah atau konflik dalaman 6. Tahap stress 7. Jenis tugasan; adakah tersusun, tidak tersusun, kemas kini atau mudah? 8. Undang-undang atau prosedur yang telah mantap sepeti rancnagan latihan dan sebagainya. Pemimpin: Positive dan Negatif Terdapat pelbagai cara atau pendekatan digunakan oleh seseorang pemimpin terhadap guru-gurunya: 1. Positif: Pemimpin yang bersikap positif seringkali menggunakan ganjaran seperti peluang pendidikan, kebebasan dan sebagainya untuk memotivasikan guru dan staf di sekolahnya. 2. Negatif: Jika seseorang pemimpin itu memberi penekanan kepada hukuman, maka pemimpin tersebut menggunakan kepimpinan negatif. Walau bagaimana pun jika pemimpin tersebut menggunakan sebagai salah satu kaedahnya memimpin organisasi, ianya sepatutnya digunakan secara lebih berhati-hati supaya tidak menjejaskan semangat kemanusiaan. Pemimpin negatif bertindak mendominasi dan menunjukkan kehebatan terhadap orang lain. Mereka percaya, bahawa itu adalah satu-satunya cara untuk menjadikan sesuatu perkara dapat diselesaikan melalui hukuman seperti mengurangkan senioriti, kerja tanpa gaji, menegur depan rakan sekerja yang lain dan sebagainya. Mereka percaya bahawa autoriti yang ada pada mereka akan meningkatkan komptetensi pekerjaan setiap sabordinat. Ternyata, ianya merupakan suatu tindakan yang salah, terutamanya dalam zaman globalisasi. Masyarakat guru tidak lagi jumud dengan peraturan

dan undang-undang, mereka lebih bersikap profesional dalam pekerjaan seharian. Kita harus juga ingat bahawa pemimpin bukan semata-mata seorang atau orang lain, tetapi berada di mana sahaja sepanjang masa iaitu antara positif kepada terlalu negatif. merupakan Pemimpin yang berterusan bekerja dalam suasana negatif Boss manakala pemimpin yang mengutamakan kerja adalah

pemimpin positif yang sebenarnya dan amat diperlukan dalam organisasi sekolah di Malaysia. Kepimpinan: Pertimbangan dan struktur Terdapat dua gaya yang sering digunakan oleh pemimpin iaitu: 1. Pertimbangan (berorientasi guru dan staff) pemimpin yang menekankan kepada pertimbangan tentang keperluan manusia terhadap guru dan staff, mereka akan membina kerjasama, membantu guru dan staf menyelesaikan tugas) pemimpin percaya bahawa mereka kepada segala permasalahan dan menyediakan sokongan psikologi. 2. Struktur (berorientasikan pekerjanya mendapat keputusan melalui cara yang betul dan konsisten akan membuatkan sentiasa sibuk. Mereka akan memberi penekanan peningkatan produktiviti Kajian Schriesheim, (1982) menunjukkan pemimpin yang mempertimbangkan aspek-aspek kemanusiaan dalam gaya kepimpinan mereka akan mendapat pencapaian yang tertinggi dalam kepuasan kerja sabordinatnya. Kita juga harus mengambil kira bahawa pertimbangan dan struktur saling bergantungan antara satu sama lain. Oleh itu, mereka perlu melihat dari arah yang bertentangan dan secara berterusan. Sebagai contoh, pemimpin yang akan bertindak lebih kepada aspek pertimbangan, tidak seharusnya menjadi seseorang yang kurang struktur atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai