Anda di halaman 1dari 24

CERPEN HIPERTENSI

Karya: Illias Zaidi


Dipersembahkan oleh:
1.Nur Zuraini
2.Nur Masiha
3.Nurul Atikah

IS
Cerpen ini mengisahkan seorang
pelajar bernama
Aiman Aqil yang sangat meminati
bidang penerokaan
sains angkasa lepas. Cerita dimulakan
dengan kisah
Aiman yang berehat di rumah banglo
keluarganya
yang terletak di lereng bukit yang sudah
gondol akibat
kerja- kerja penerokaan dan

dicetuskan oleh Isaac Newton. Dalam sesi


pengajaran
Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Cikgu
Faridah sehigga suasana di dalam kelas itu menjadi
riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai
profesor
disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya
berfikir yang tinggi serta matang berbanding dengan
rakan rakannya yang lain.
Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai
anak
sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan,
iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di
rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya yang
kurang bijak menyelesaikan masalah matematik .
Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat

akan perbuatannya yang selalu


ponteng sekolah
akibat berasa bosan dan jelak dengan
silibus sekolah
rendah yang dikatakan tidak setanding
dengan daya
pemikirannya yang cerdik dan pintar
pada waktu itu.
Disebabkan Aiman dikurniakan daya
berfikir yang
tinggi, dia gemar menyakat kawankawannya yang
agak lambat menyelesaikan latihan
terutamanya bagi

bahagian pinggul sehingga lebam.


Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada
pinggulnya yang belum hilang. Kesempatan itu
digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang
dunia penerokaan sains angakasa lepas. Dalam
imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah
ditambah sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara
di
penjuru. banglonya diandaikan sebagai tempat
berlepas
ke angakasa lepas dengan menggunakan sebuah
kapal
angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia
penerokaan sains angkasa lepas dengan menjadikan
pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi telah
diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya,
pinggul

Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes


tindakan bapanya itu di dalam hati sahaja.
Aiman semakin galak membayangkan dirinya
sebagai
seorang angkasawan yang telah diberi peluang
mengikuti latihan intensif di bawah program
aeroangakasa bersama-sama dengan pihak Rusia.
Aiman membayangkan dirinya sebagai seorang
angakasawan yang akan mendarat di bulan dengan
menaiki kapal angakasa Soyuz dari Stesen Angkasa
Antarabangsa. Aiman berpendapat bahawa dia
perlu
membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa
Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelom dia
meneroka
bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin

Meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di


ruang udarakasa bulan tanpa udara. Dengan berpakaian
lengkap sebagai seorang angakasawan, dia melihat ciri
ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenar.
Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya
terhadap dunia penerokaan sains angakasa lepas itu
masih kuat. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang
tegas dan kasar itu sering menampar Aiman yang masih
kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia
menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang
gagap dalam pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah
membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan
latihan terapi. Aiman terdengar suara ghaib yang
mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu

Melihat dirinya sendiri dalam kehidupan yang


realiti
dan lebih mendekatkan diri kepada ilahi. Aiman
berasa
bahawa ibu bapanya tidak perlu lagi
membawanya
untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi
itu.Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang
terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa
dan
harapannya ke hadrat Ilahi

TEMA
Tema

cerpen hipertensi adalah tentang


keinginan yang tinggi dalam bidang
sains angkasa sehingga menyebabkan
Aiman Aqil membayangkan dirinya
berada dalam suasana di angkasa lepas.
Aiman sering berhalusinasi tentang
dunia penerokaan sains angkasa lepas
dengan menjadikan sebatang pohon
kelapa dara di penjuru banglonya
sebagai tempat berlepas ke angkasa
dengan sebuah kapal angkasa.

PERSOALAN
Tanggungjawab

ibu bapa terhadap anaknya.


Contohnya: ibu bapa Aiman membawa Aiman
untuk menjalani
latihan intensif dan latihan
terapi bagi memulihkan pertuturannya yang
gagap.
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan
sesuatu perkara.
Contohnya: Aiman Aqil bijak menyalesaikan
latihan matematik murid tingkatan lima
walaupun ketika itu dia masih bersekolah rendah.
Pengorbanan seorang guru terhadap anak
murid.
Contohnya: Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil
dan murid-muridnya yang lain subjek sains
dengan bersungguh-sungguh.

WATAK DAN PERWATAKAN


1.
2.

Watak utama Aiman Aqil.


Watak-watak sampingan bapa Aiman,
ibu Aiman, Cikgu Faridah, Fadilah
Fatnin, Azilah Atiqah, dan sebagainya.

Aiman Aqil
.

Aiman Aqil berumur hampir 20


tahun.
Dia berwajah agak cengkung dan
memiliki jari-jemari tangan yang kurus
runcing.
Dia merupakan anak sulung dan

Aiman mementingkan pengambilan makanan


seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Dia seorang murid yang pintar dalam mata pelajaran
terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains.
Aiman bercita-cita tinggi, iaitu menyimpan anganangan untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya
seperti Neil Amstrong.
Dia gemar menyakat orang lain. Contohnya, Aiman
selalu merayau dan menyakat rakan-rakan sekelasnya
hingga dia diberikan amaran oleh guru kelasnya.
Dia seorang yang pendendam, iaitu menyimpan
dendam terhadap kebengisan yang sering merotan dan
menamparnya.

Bapa Aiman

Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman


Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.
Dia bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.

Dia

dipanggil dengan gelaran babah oleh


Aiman dan anak-anaknya.
Dia seorang yang bertanggungjawab dengan
membesarkan tiga orang anaknya di sebuah
rumah.
Dia seorang yang bengis dan garang, iaitu
dia pernah menampar Aiman dan merotan
Aiman kerana kedegilan dan kenakalan
anaknya itu.
Dia seorang yang penyayang, iaitu dia
berusaha merawat masalah kegagapan
anaknya dengan membawa Aiman
menjalani latihan internsif dan terapi.

Ibu Aiman

Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam


bidang geologi.
Dia seorang yang penyayang. Contohnya, dia berasa
kasihan setiap kali meliahat Aiman dirotan oleh
suaminya.
Dia seorang isteri yang taat dan patuh akan suami.
Contohnya , ibu Aiman tidak melawan apabila
suaminya merotan Aiman.
Dia seorang yang penyabar, iaitu dia tetap bersabar
dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anakanaknya terutamanya Aiman yang bersikap kontras
dengan suaminya.

Cikgu Faridah
Cikgu

Faridah ialah guru Sains di sekolah Aiman.


Dia seorang yang dedikasi. Contohnya, dia
menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguhsungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.

Dia

seorang yang cepat marah. Contohnya,


wajahnya segera berubah apabila Aiman
mempertikaikan teori graviti yang diajarinya
dengan kuasa Tuhan.
Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi
murid. Contohnya, dia menggelar Aiman sebagai
profesor kerana kepintaran dan kecerdikan
muridnya itu.

Latar
Latar tempat:
Sekolah. Contohnya, Aiman dan rakan-rakannya
belajar mata pelajaran Sains daripada Cikgu
Faridah di sekolah.
Rumah banglo Aiman. Contonya, Aiman
sekeluarga tinggal di sebuah banglo.

Stesen Angakasa Antarabangsa. Contohnya,


tempat permulaan kapal angkasa Soyuz ke
bulan adalah di Stesen Angkasa
Antarabangsa.

Latar masa
Waktu

siang. Contohnya, peristiwa Aiman


belajar di sekolahnya berlaku pada waktu
siang.
Waktu pagi. Contohnya, peristiwa Aiman Aqil
dilahirkan di bilik bersalin berlaku pada waktu
pagi.
Zaman remaja. Contohnya, Aiman sedar akan
kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi
dan kembali ke dunia realiti.

Latar masyarakat
Masyarakat

yang bercita-cita tinggi untuk menjadi


seseorang yang diidamkannya. Contohnya, Aiman
Aqil menyimpan angan-angan dan bercita-cita
untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya
seperti Neil Amstrong.
Masyarakat yang bijak dan pintar dalam pelajaran.
Contohnya, Aiman Aqil merupakan murid yang bijak
dan pintar dalam pelajaran
Masyarakat yang penyayang terhadap ahli
keluarga. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi
anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan
Azilah Atiqah.
Masyarakat yang bekerja sebagai pendidik.
Contohnya, Cikgu Faridah merupakan guru mata
pelajaran Sains yang mengajar Aiman dan rakanrakannya.

Gaya bahasa

Istilah sains angkasa lepas. Contohnya:


a)Orbit (halaman 61)
b)Aeroangkasa (halaman 62)
c)Planet (halaman 64)

Bahasa

Inggeris. Contohnya:
a)IQ (halaman 61)
b)Genius (halaman 62)

Repitisi.

Contohnya:
a)Tidak ada udara. Tidak ada air (hlmn.65)
b)....daunnya kian keras dan lidinya kian liat
(hlmn 66)

c)Di manakah harmonisnya ? Di manakah


humanisnya? (hlmn 66)
d) Paul Broca, pakar anatomi dan pakar
antropologi berbangsa Perancis.
Personafikasi.

Contohnya:
a)Sang Suria memuncaki ubun-ubun (hlmn
60)
b)Keriangan sudah tercantas, tapi masalah
belum terurai dan terungkai (halaman 62)
c)Tamparan selalu singgah di pipiku (hlmn
66)

Simile.

Contohnya:

.....memercikkan

darah amarah yang


nampaknya macam tidak terkawal,....(hlmn
64)
Bukankah aku yang sedang terlompatlompat macam beruk dan kera di bulan
(hlmn 64)
Dia merasakan bahangnya umpama sudah
mencecah angka 150 darjah Celsius;....(hlmn
65)
Metofora.

dedaun

Contohnya:

kemaafan (hlmn 62)


Tasik hati (hlmn 62)
Pentas halusinasi (hlmn 63)

Sinkope.

Contohnya:

Betapa

tak bangganya? (hlmn 60)


apalah kau ni Chee Keong, masalah
mudah itu pun kau tak dapat buat.(hlmn
62)
Inversi.

Contohnya:

Perlahan-

lahan Aiman bangun (hlmn 61)


Sepatutnya: Aiman bangun perlahan-lahan.
Keterujaan Aiman terus melonjak (hlmn
63)
Sepatutnya: Aiman terus melonjak
keterujaan
Sekali lagi dia kaget (hlmn 65)
Sepatutnya:dia kaget sekali lagi.

Nilai
Nilai kasih sayang. Contohnya, ibu Aiman amat
menyayangi anak-anaknya iaitu Aiman Aqil, Fadilah
Fatnin dan Azilah Atiqah.
Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Aiman boleh
menyelesaikan latihan Matematik tingkatan lima
walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.
Nilai belas kasihan/bersimpati. Contohnya, ibu
Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman
dirotan oleh suaminya.
Nilai tanggungjawab. Contohnya, bapa Aiman
berusaha merawat masalah kegagapan anaknya
dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif
dan latihan terapi.
Nilai kesabaran. Contohnya, ibu Aiman bersabar
dengan sikap garang suaminya dalam mendidik
anak-anak terutamanya Aiman.

Pengajaran
Kita

mestilah menyayangi ahli


keluarga kita. Contohnya, ibu
Aiman amat menyayangi anakanaknya.
Kita hendaklah bijaksana dalam
menyelesaikan sesuatu
masalah. Contohnya, Aiman boleh
menyelesaikan latihan matematik
murid tingkatan lima walhal
umurnya ketika itu baru lapan
tahun.

TAMAT !!!

Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai