Anda di halaman 1dari 6

KERTAS RANCANGAN

PERNIAGAAN
UNTUK PERUSAHAAN
FRAME TULISAN KHAT
DAN MAKANAN SEJUK
BEKU
1. PENGENALAN

Perusahaan frame tulisan khat sangat sinonim dalam menceriakan ruang-ruang bukan

sahaja rumah, tetapi di surau-surau, masjid, bangunan sekolah, malah ada juga ruangan

bangunan-bangunan kerajaan yang dihiasi dengan frame tulisan khat. Ia juga

menceriakan ruang dari kekosongan tanpa fungsi dan memberikan suasana ketenangan

dalam diri seseorang. Frame Ayat-ayat suci Al-Quran juga memberi impak

menyamankan suasana rumah, rekabentuk yang kontemporari dan moden juga sesuai

dengan teknik hiasan dalaman masa kini.

Pada masa kini, industri makanan sejuk beku (frozen foods) semakin berkembang

pesat dan maju, tidak kurang juga di Malaysia. Produk makanan sejuk beku

(contohnya sandwich, popia, dan karipap) sentiasa menjadi makanan pilihan orang

ramai termasuk warga-warga di Malaysia kerana ianya memenuhi khasiat yang

seimbang dan tahan lama.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan peruntukan untuk projek perusahaan frame

tulisan khat dan makanan sejuk beku untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih

baik.

3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Semasa pendemik berlaku, ramai diantara yang tidak dapat keluar untuk bekerja. Kami

berfikir apakah perniagaan yang sesuai dengan keadaan pendemik dan tidak
mempunyai tarikh luput? Kami membuat keputusan untuk membuat perusahaan frame

tulisan khat dan perniagaan makanan sejuk beku ini sebagai perniagaan utama

memandangkan ianya mudah dan boleh menjana keuntungan sangat besar. Kami

memperuntukan premis yang sesuai untuk membuat kerja-kerja pertukangan,

pemasangan frame dan kerja-kerja membungkus Frame untuk dihantar kepada

pelanggan yang berada di luar dari kawasan kami dan premis yang sesuai untuk kerja-

kerja pemprosesan dan penjualan makanan sejuk beku kepada para pelanggan.

4. LATAR BELAKANG PEMILIK / PEMEGANG SAHAM

Saya bernama Salbiah Binti Abdul Jalil beralamat di No.11, Jalan Pahlawan 1, Bandar

Tenggara, 81440 Kulai, Johor. Saya berpengalaman dalam mengusahakan frame

tulisan khat dan makanan sejuk beku selama 4 tahun bersama-sama suami dan anak-

anak. Saya mengusahakan perniagaan frame tulisan khat dan makanan sejuk beku

demi meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan juga selaku sumber pencarian rezeki

untuk keluarga.

5. LATAR BELAKANG PROJEK CADANGAN

Projek yang dijalankan oleh saya ialah perusahaan membuat frame tulisan khat yang

mana produk perusahaan ini adalah berbentuk hiasan yang bertujuan untuk

memberikan identiti unik kepada pemilik dan sebagai titik tumpu kepada hiasan

dinding. Ia juga menceriakan ruang dari kekosongan tanpa fungsi dan memberikan
suasana ketenangan dalam diri seseorang. Selain itu juga, saya juga menjalankan

perniagaan menjual makanan sejuk buku yang mana ianya dapat membantu

menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat setempat, khususnya taraf

ekonomi keluarga saya. Projek ini akan diusahakan oleh saya dan dibantu oleh

keluarga. Walau bagaimanapun, tenaga kerja tambahan juga diperlukan bagi

melicinkan pengurusan projek.

6. RANCANGAN PEMASARAN

Pada peringkat permulaan, saya akan menjalankan promosi-promosi berkenaan premis

atau tapak perniagaan yang bakal dibuka. Seterusnya saya akan memilih lokasi yang

sesuai untuk menjalankan perusahaan dan perniagaan saya.

Saya juga akan mengenakan harga yang berpatutan dan diterima oleh pelanggan bagi

setiap frame tulisan khat dan makanan sejuk beku yang dikeluarkan, di samping

memastikan keuntungan yang diterima adalah mengikut ketetapan. Produk-produk

yang dikeluarkan juga adalah berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan. Makanan

sejuk beku yang dikeluarkan adalah mengikut keperluan masyarakat setempat.

Selain itu juga, kaedah pemasaran melalui media elektronik dan media sosial juga

berperanan bagi menarik pelanggan dan pembekal untuk menjalankan kerjasama

dengan pihak kami.


7. RANCANGAN ORGANISASI

Matlamat projek perusahaan dan perniagaan frame tulisan khat dan makanan sejuk

beku ini membuka peluang untuk menghasilkan tenaga mahir dalam perkayuan dan

pembuatan makanan, mahir dalam mereka bentuk design menggunakan perisian

Adobe Photoshop dan Adobe illustrator dan mahir dalam membuat pemasaran di

dalam media sosial.

8. RANCANGAN OPERASI

Untuk perusahaan dan perniagaan yang dijalankan, saya menjalankan aktiviti

mempromosi, memasarkan serta menjual frame tulisan khat sebagai hiasan utama

dinding rumah dan juga menjual makanan sejuk beku sebagai jualan utama di premis

perniagaan.

Selain itu juga, kami juga menyediakan tempahan frame tulisan khat dan makanan

sejuk beku secara cash on delivery (COD) dan juga melalui penghantaran secara

kiriman pos.

9. RANCANGAN KEWANGAN

Sumber dana daripada MENJANA dapat membantu saya untuk mendapatkan premis

yang sesuai untuk menjalankan perusahaan dan perniagaan saya. Selain itu juga, dana

yang diperoleh juga dapat digunakan untuk menyediakan keperluan asas untuk

penyediaan frame tulisan khat seperti alat pertukangan, komputer riba untuk tujuan
merekabentuk (designing) dan pemasaran (marketing),mesin pencetak serta bahan-

bahan untuk tujuan penyediaan makanan sejuk beku.

10. PENUTUP

Projek perusahaan frame tulisan khat ini sangat mendapat sambutan ramai oleh kerana

kini penduduk sudah kembali bekerja dan mempunyai pendapatan dan sekaligus

mempunyai kuasa untuk membeli selain barang keperluan mereka. Perniagaan Frame

Khat ini juga dapat membantu meningkatkan pendapatan pengusaha barangan

perkayuan kerana projek ini memerlukan sumber kayu yang banyak untuk membuat

bingkai kayu.

Selain itu juga, perniagaan makanan sejuk beku juga berpotensi untuk manjana

keuntungan yang besar di samping menyumbang kepada peningkatan ekonomi

keluarga dan masyarakat setempat. Saya berharap perniagaan yang saya jalankan ini

mendapat bantuan dana daripada pihak MENJANA untuk memperbesar dan

memajukan perniagaan usahawan bumiputera kecil ini.

Anda mungkin juga menyukai