Anda di halaman 1dari 1

‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬

َّ ‫ َوال‬،‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq
dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia
En.Mohd Pozi Bin Kemin yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya
sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan


keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang
bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai
ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di
dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa
berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi
pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya Qadhial Hajat

Kami juga berhimpun pada petang yang mulia ini,bagi meraikan sahabat kami iaitu
Puan Faziera Hasna Binti Hassan yang akan berpindah ke tempat baru agar mereka
berdua dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja mereka
dalam suasana berbeza dan di tempat yang berbeza, serta dapat menjalankan tugas-
tugas mereka dengan jayanya. Jadikanlah insan-insan yang diraikan ini dapat
meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan
masyarakat dan negara serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang


diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati.

‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َشقِ ًّيا‬،‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬،‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َجمْ ًعا َمرْ ح ُْومًا‬
‫والَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬. َ
‫اب ال َّنار‬ َ ‫ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي اَألخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬.ِ َ
َ ‫هَّلِل‬ ْ َّ
َ ِّ‫ َوال َح ْم ُد ِ َرب‬،‫صحْ ِب ِه َو َسل َم‬
‫العال ِمي َْن‬ َ ‫ َو َعلى َءالِ ِه َو‬ ‫ َعلى َس ِّي ِدنا م َُح َّم ٍد‬ ُ‫صلَّى هللا‬
َ َ َ َ ‫ َو‬.

Anda mungkin juga menyukai