Anda di halaman 1dari 6

KERTAS RANCANGAN

PERNIAGAAN
UNTUK PENANAMAN
SEMULA KELAPA SAWIT
DAN SERAI
1. PENGENALAN

Penanaman kelapa sawit dan serai sangat sinonim dalam sektor pertanian. Ia juga

menyumbang kepada kemajuan dalam bidang perniagaan selaras dengan motto

‘PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’. Penanaman kelapa sawit dan serai juga

mampu menyumbang ke arah peningkatan taraf ekonomi rakyat dengan penghasilan

secara komersil seterusnya mampu menyumbang kepada bidang perindustrian melalui

penghasilan produk-produk yang berasaskan kelapa sawit dan serai.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan peruntukan untuk projek penanaman semula

kelapa sawit dan serai di kebun yang diusahakan.

3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Keluarga saya menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Tanaman kelapa

yang telah ditanam sebelum ini terbukti telah membuahkan hasil dan memberikan

sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Oleh itu, saya sekeluarga telah

memandang serius untuk meneruskan projek penanaman semula kelapa sawit dan serai

memandangkan ianya mudah dan boleh menjana keuntungan yang besar. Kami juga

memperuntukan jentera, alat-alatan dengan teknologi yang canggih serta tenaga kerja

yang ramai bagi tujuan pengurusan dan pemasaran.


4. LATAR BELAKANG PEMILIK / PEMEGANG SAHAM

Saya bernama Abdullah Bin Zainal beralamat di No.11, Jalan Pahlawan 1, Bandar

Tenggara, 81440 Kulai, Johor. Saya berminat dan berhajat untuk mengusahakan tanah

yang telah lama terbiar dan meneruskan usaha orang tua saya untuk menyumbang

dalam bidang pertanian. Saya boleh dihubungi di talian 013-6436730.

5. LATAR BELAKANG PROJEK CADANGAN

Lokasi penanaman semula dan sulaman tanaman ini terletak di Kampung Sungai Boh,

Kukup Pontian, Johor. Saya mengusahakan tanaman kelapa sawit dan serai di kebun.

Tanah kebun ini asalnya adalah hak milik keluarga tetapi telah berpindah milik kepada

tanah persendirian. Saya ingin memohon dana untuk memulakan penanaman untuk

tujuan komersil. Saya optimis dan positif bahawa dengan strategi yang betul dan

komitmen yang tinggi boleh mengembangkan penanaman ini.

6. RANCANGAN PEMASARAN

Sektor pertanian memberikan pulangan lumayan kepada mereka yang bijak

menggunakan peluang yang ada di dalam sektor berkenaan. Berdasarkan harga bahan

mentah seperti minyak dan getah yang melambung di pasaran, mereka yang terlibat

secara langsung dalam industri ini pastinya mengambil kesempatan terhadap kenaikan

harga pasaran tersebut.


Projek penanaman ini diuruskan sendiri oleh saya dengan dibantu oleh ahli keluarga.

Namun begitu, saya juga memerlukan tenaga kerja upahan yang lebih ramai untuk

mengusahakan projek ini.

Strategi pemasaran saya adalah penjualan secara persendirian dan juga melalui

kerjasama dengan institusi-institusi pertanian seperti Pertubuhan Peladang dan

koperasi, dari segi pemasaran dan jualan.

Selain itu juga, kaedah pemasaran melalui media elektronik dan media sosial juga

berperanan bagi menarik pelanggan dan pembekal untuk menjalakan kerjasama

dengan pihak kami.

7. RANCANGAN ORGANISASI

Matlamat projek penanaman kelapa sawit dan serai ini adalah untuk membuka peluang

untuk menghasilkan tenaga mahir dalam pertanian dan pemasaran, mahir dalam

mengaplikasikan teknologi yang canggih dan moden dalam penanaman dan mahir

dalam membuat jaringan dan kerjasama di dalam media sosial.

8. RANCANGAN OPERASI

Saya mengusahakan kebun tanaman yang berkeluasan 4 ekar, di mana ianya dibantu

oleh ahli keluarga saya. Untuk projek ini, dianggarkan sebanyak 50 anak benih kelapa

sawit per ekar dan disulami dengan penanaman serai. Harga untuk seunit benih sawit

adalah dalam RM 15.00 sepokok. Dalam usaha ini, saya juga memerlukan kenderaan
untuk urusan penghantaran baja, racun dan anak benih sawit dan serai yang

diperlukan. Kami juga memerlukan beberapa orang tenaga kerja untuk mengurus dan

mentadbir projek.

Selain itu juga, projek kami juga memerlukan pemasangan pagar kawat untuk

mengelakkan serangan binatang seperti lembu dan babi hutan.

9. RANCANGAN KEWANGAN

Sumber dana daripada MENJANA dapat membantu saya memulakan projek

penanaman semula kelapa sawit dan tanaman serai. Dengan adanya pembiayaan dana

ini, projek tanaman yang diusahakan dapat dikomersilkan seterusnya dapat

menyumbang kepada peningkatan ekonomi keluarga dan masyarakat setempat.

10. PENUTUP

Tanaman yang berasaskan kelapa sawit dan serai berkembang pesat di negara kita. Ini

menjadikan kelapa sawit dan serai sebagai produk yang berdaya maju dan fleksibel

untuk pelbagai industri berasaskan makanan dan pembuatan produk yang

menggunakan kelapa sawit dan serai.

Penanaman kelapa sawit dan serai adalah rasional kepada saya dan keluarga, untuk

menjana pendapatan sampingan yang lumayan serta mendapatkan keuntungan dalam

tempoh masa yang singkat.


Saya berharap perniagaan yang saya jalankan ini mendapat bantuan dana daripada

pihak MENJANA untuk memperbesar dan memajukan perniagaan usahawan

bumiputera kecil ini.

Anda mungkin juga menyukai